Wednesday, November 12, 2008

Analisis sang langau diperlukan.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak saya sedang membuat pelan tindakan Belia Mencegah Jenayah untuk tahun 2009. Oleh yang demikian, adalah dipelawa semua pihak untuk mengemukakan pandangan berhubung aktiviti yang bersesuaian untuk belia.

Sukacita dimaklumkan juga bahawa semua pandangan, cadangan, saranan, idea, pendapat dan buah fikiran anda TIDAK akan dilayan atau diterimapakai kerana belia tidak layak memberikan pendapatnya tentang bagaimana menarik perhatian atau mengurus kelompoknya sendiri walaupun bertujuan mulia demi masadepan negaranya.

Wargatua.

Nah, ini masalah yang kerap saya hadapi sebagai belia warga malaysia. Sekali imbas, seolah olah kita tidak layak melihat bagaimana untuk meletak nilai belia di mata massa. Tetapi yang lebih menyedihkan adalah kebolehan menerima pandangan golongan belia begitu terbantut. Kata belia tonggak negara kan?

Maka itu, patutlah tak ramai yang mahu terlibat kerana tidak diberi ruang. Patutlah ramai yang tak gemar mencurah bakti. Patutlah ramai dari bangsaku, khususnya belia, rebah menyedut heroin kerana tak siapapun mahu menerimanya..

Kita hanya sang langau yang selalu membuat kacau sahaja. Bukankah tarik tali dan cari duit dalam tepung itu lebih bermakna dari XBox dan Paintball? Bagaimana mungkin Paintball menyatukan kita?Ekstrem tembak tembak ini dan menyebabkan belia radikal dan agresif!! (eh, bagaimana dengan si tua yang menjadi ahli kelab menembak ya?)

Kecewa? Eh, yang layak kecewa hanya wargatua kerana kita semua tidak mengikut saranannya betapapun ketinggalan zaman atau menyahut seruan keterlibatan demi Negara!

kamal fnd hashim

26 comments:

  1. belia?!
    nak pahamkan topik ni dulu, mcm pening aje..hahahaha....
    betulkah belia tidak diberi ruang dan peluang utk memberi pendapat dan menilai sesuatu perkara itu?!
    siapakah warga tua itu?!
    saya lebih banyak pertanyaan daripada penyataan.

    ReplyDelete
  2. Hahahaa..
    Setuju dengan pendapat saudara..
    Tali ukhuwah itu lebih lebih terjalin jika kita bermain galah panjang, konda-kondi dan berbagai lagi permainan di zaman saya dan juga zaman datuk nenek kita..

    Tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana saudara telah dengan bijaknya mengutarakan pendapat yang bijaksana..!!

    Salam..

    ReplyDelete
  3. bagaimana utk belia melibatkan diri dalam mcm2 kempen, terutama yang memberi kepentingan kepada belia itu sendiri, jika belia tidak diberika hak utk bersuara?!
    lagi satu, carilah pendekatan yg sesuai dalam memberi pengajaran dan pendedahan kepada belia dalam mencapai matlamat tertentu, dan jangan menjadikan hiburan itu semata-mata dalam membentuk belia masa kini, kerana hiburan sahaja akan melalaikan mereka, tambah lah dgn aktiviti2 yg menarik tanpa lupakan tradisi kita.

    ReplyDelete
  4. Fireroll, baca apa kata cerpelai tu..

    "Tali ukhuwah itu lebih lebih terjalin jika kita bermain galah panjang, konda-kondi dan berbagai lagi permainan di zaman saya dan juga zaman datuk nenek kita.."

    he he he...kalau setakat idea tu datang dari belia mcm kita,he, najis mughallazah tu!

    ReplyDelete
  5. langau?? emm.ade yg wat muka cm dengar "najis" je bila ckp psl belia..ntahla,mcm2 dah kita wat nk suh warga-warga senior ni terima belia.terima bukan takat terima..cuba terima belia kala berdiri mahupun duduk.baru la orang kata berdiri sama tinggi duduk sama rendah..ujilah kami untuk bangsa..

    ReplyDelete
  6. Salam. warga tua sedar ke diri mereka dulu pernah jadi warga muda/belia?
    Bukan ke warga tua yang berkeluarga kini hidup bersama/serumah dengan warga muda?
    Walaupun akak tiada anak tapi pernah mendidik dan membimbing anak remaja supaya mereka 'menjadi'. I'm happy to say that 'anak-anak' akak menjadi. Alhamdulillah. Warga tua perlu open your minds and open your hearts untuk memahami warga muda. But this doesn't mean that kita biarkan sahaja tanpa bimbingan. Akak yang tergolong dalam warga tua pun upset juga dengan sikap sesetengah warga tua yang 'buta hati'.

    ReplyDelete
  7. sang langau hanya diperlukan apabila tersepit atau terdesak saja

    ReplyDelete
  8. wargatua ni mergastua pun ya..

    merak merak kayangan sedang hamba gagak di rimba...

    Golongan yang merasa dirinya elit dek kerana pangkat & keturunan tetapi bukannya dek kerana kewajarannya dihormati..

    ReplyDelete
  9. Pangkat dan gelaran tak bermakna jika tiada budi bahasa, budi pekerti.
    Pangkat dan gelaran tak bermakna bila tiada lagi denyutan nadi.
    Pangkat dan gelaran tak bermakna
    bila talqin dah dibaca.
    Pangkat dan gelaran tak bermakna bila sendirian dalam pusara.

    ReplyDelete
  10. Pesanan untuk adik-adik dan anak-anak dari warga tua ini:
    Jangan leka dengan berpesta, berkonsert, berhiburan yang melalaikan. Tak salah nak berhibur tapi ada hadnya.Hargailah masa muda. Penuhilah masa muda dengan aktiviti berfaedah yang diredhoiNYA, yang boleh memajukan diri, agama dan bangsa.
    Jangan lupa, yang muda akan jadi tua juga, insyaAllah.

    ReplyDelete
  11. tolong terangkan definisi belia itu sendiri.. golongan dari umur berapa sehingga berapa??

    ReplyDelete
  12. Pada akak/aunty, belia tu dari peringkat akhir remaja hingga 30 thn aje. Tapi norm M'sia sampai 40 thn. Rasanya 40 thn dah tua sangat.(nothing personal ye Dik Kamal!!)
    Ada sorang doktor perubatan bagi tau umur 40 thn tu dah middle age!
    Kalau nak plan activities untuk belia, kena libatkan belia (18-30 thn) dalam perbincangan. Tengok apa keperluan mereka dan bimbing mereka dalam merangka aktiviti.

    ReplyDelete
  13. Ternyata provokasi dari saudara Kamal membuahkan hasil..
    Tiada seorangpun warga emas yang memberikan pandangan disini..
    Hanya ada warga belia yang menulis dengan aura amarah dan tidak puas hati..
    Saya juga seorang belia..
    Tapi saya rasa memang patut belia seperti saya memberikan laluan kepada warga tua (saya lebih gemarkan frasa 'orang lama') untuk berbicara tentang belia..

    Belia berbincang tentang kebaikan dan munafaat belia sendiri?..
    Kita masih belum layak..
    Memang benar kita punya hak untuk bersuara.. Tapi jangan jadikan itu sebagai medium melepas geram.. (hanya segelintir)

    Telah saudara Kamal tulis di situ, pendapat belia tidak diambil enteng.. maksudnya kita boleh memberi pendapat.. bukannya tak boleh langsung.. Takkan kita mahu memaksa orang untuk mendengar segala pendapat?.. itu kediktatoran dalam bersuara namanya..

    Apapun, banyak pendapat dalam post kali ini yang menjana minda.. Sekali lagi tahniah pada saudara Kamal kerana berjaya memomokkan warga belia dengan ayat yang bijaksana..

    Salam

    ReplyDelete
  14. bila dilihat dan di fikir kembali...itulah sebab bukan semua layak jadi pemimpin dan bukan semua layak menjadi decision maker....mebina kelab sendiri membina badan sendiri hanya kerana nama?pangkat?menggunakan belia sebagai wayang kerana apa?belia ramai?tetapi kehendak belia?pernah faham atau dalami?majulah mergastua,gunakan akal sepenuhnya...ikutlah peredaran masa..shah rukh khan nak dapat datuk dah..muzaffar dah melancong ke angkasa lepas...nak main konda kondi dengan laga buah getah macam zaman dia dulu ke?gamaknya kalau dibiarkan...xberkembang dan xkemanalah belia2 negara melainkan ke tampuk yang asal...jika mahu berbakti,bukan sudah banyak kelab yang ada?bukan menyindir mahupun menghina?nampak tak udang di sebalik batu?walau apa pun dah jelas kan?ia tidak salah,malah ia juga mungkin mulia..jika betul apa yg dijuangkan dilaksanakan...itulah yang terjadi apabila siluncai naik menjunjung takhta...maka biarkan si luncai terjun dengan labu2nya...sadaqallahulaazim

    ReplyDelete
  15. Salam perkenalan,..
    1st time dtg sini...
    Hi En Kamalfnd!

    ReplyDelete
  16. Steady jebat derhaka.

    biarkan si luncai terjun/TERjun dengan labu labunya..dengan labi labi lagi afdal! ha ha

    ReplyDelete
  17. tetibe ambe ghase tak cukup belia untuk memberikan buah pikiran...

    karang lah bagi kot...huhuhu

    ReplyDelete
  18. wargatua
    warga yang dah tua
    bila nak 'keluar'

    wargatua
    orang lama
    sudah ada nama
    kuasa bergema

    wargatua
    berhati muda
    nafsu kuda
    macam gila

    wargatua
    jgn dihina sang langau
    nanti dihentak...kalau
    terus sasau

    ReplyDelete
  19. Wargatua bila bersua
    cerita semua tentang mereka
    wargamuda bila berjumpa
    cerita jugak tentang negara

    wargatua buat kelab
    itu semua demi negara
    wargamuda duduk berkumpul
    ini semua otaknya tumpul

    Kalau si tua buat kelab
    ini untuk elakkan negara malap
    kalau si muda buat kelab
    ini semua jiwanya gelap

    orangtua kelab jiwa bangsa
    orangmuda kelab jiwa luka!

    ReplyDelete
  20. orangtua kelab jiwa bangsa
    orangmuda kelab jiwa luka!

    hehe, nak tambah sikit..

    orang tua ke kelab dangdut,
    orang muda ke kelab malam,
    pas tu, orang tua sakit lutut,
    orang muda pulak, mata berbalam-balam..

    ReplyDelete
  21. biasa bro semua nie adalah dugaan bagi mereka yang mahukan sesuatu bukan untuk diri sendiri...dugaan inilah terjadi bagi mereka yang berjiwa pejuang...inilah yg berlaku jika kita menentang arus...tapi ingat....antara manusia yang berjaya dan berjasa adalah manusia yang menentang arus...dan harus diingati...menentang arus bukanlah kepada yang mudah jemu dan putus asa...maka teruskan usaha bro menjadikan belia malaysia yang terbaik demi masa depan negara...ramai yang menyokong secara moral...fizikal...buah fikiran...doa dibelakang kamu...ini bukan ayat poyo tapi ini lah kebenaran...orang kita suka sokong dari jauh...tak ramai dari dekat...xpelah...dari tak sokong langsung...adala jugak sipi2..apa apa pun perjuangan masih belum selesai..do or die dont ask why...yakin dgn langkah diatur

    ReplyDelete
  22. Ada dia punya 'untaian' dalam hali ini. mengikut pandangan aku.

    Pemimpin
    |
    v
    implementasi pendidikan
    implementatsi agama dan budaya
    implementasi social
    |
    v
    Rakyat
    |
    v
    cara hidup rakyat
    |
    v
    Kesan dari cara hidup
    |
    v
    Kesan kepada rakyat/generasi baru


    contoh:

    Pemimpin menekankan hal agama
    so
    Rakyat didik dengan cara yang penuh dengan Ad-Din
    so
    rakyat kuat pegangan agama dan aqidah
    so
    Insya Allah tidak berlaku jenayah.

    Contoh kedua:

    Pemimpin terlalu menekankan kehidupan duniawi

    Rakyat berlumba lumba mengejar duniawi

    Yang menguasai ekonomi terus monopoli ekonomi

    Minority ekonomi akan hidup tertekan

    Minority menjadi hamba dan minta subsidi

    mudah melakukan jenayah

    jenayah berleluasa akibat tekanan ekonomi dan harga minyak naik mendadak selari dengan harga barang

    meragut/menyamun/mencuri/merompak kerana nak beli susu anak

    bangsa lain terus maju

    bangsa melayu belajar hingga ke university, sukar dapat kerja seperti mana golongan pengawal ekonomi

    golongan pengawal ekonomi mudah dapat kerja walaupun cgpa rendah

    golongan minority hidup tertakan

    kuasa membeli tiada pada tangan golongan minority

    maka semuanya hidup terpinggir

    bila hidup terpinggir, agama tidak dijadikan pegangan kerana untuk terus hidup harus menggagahi ekonomi.

    untuk mengatasi masalah ekonomi secara pantas, berlaku lah jenayah ekonomi atau lain lain yang tidak langsung.

    sekian

    ReplyDelete
  23. dr kamal

    Tengokla di Melaka, makin melampau mereka ni kepada orang Malayu.

    Gantung kepala babi di pagar rumah.

    Salah Siapa?

    Siapa yang beri MUKA sangat kepada penternak 'BABI' ni?

    Pemimpin lah, siapa lagi.

    ReplyDelete
  24. salam...ape kata kalo sama2 bg idea yg terbaik?

    maaf jika menyampuk...leh gak saye dpt idea nak didik anak2 murid saya...

    ReplyDelete
  25. Cerita melayu

    Ada apa dengan melayu?
    Ada nama tapi tiada rupa
    Ada bangsa kurang penjiwa
    Ada bahasa kurang penutur setia…

    Melayu ada pada setiap peringkat usia
    Ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua
    Tanpa melayu tua, tiada melayu dewasa
    Tapi apa guna yang tua
    Kalau akal tak berguna

    Anak melayu suka dimanja
    Suka dimanja pantang dicela
    Kalau kurang tak boleh diajar
    Mahu berjaya suka meleka

    Anak melayu
    Suka mengada-ngada
    Bila bercakap tak pernah kalah
    Bila disuruh buat banyak masalah

    Lain pula cerita melayu dewasa
    Mahu dihormati mahu disapa
    Pantang dikritik yang lebih muda
    Walaupun salah kena biarkan saja
    Tapi ada hati nak nasihatkan orang lain pula

    Begitu juga dengan melayu tua
    Tidak boleh ditegur, pantang dipersenda
    Kalau dikritik kurang ajar katanya
    Kalau tidak ditegur
    Usia dah tua
    Tapi akal tak reti guna.

    Melayu tua
    Yang perempuan suka mengumpat
    Yang lelaki suka mengorat
    Tak sedar-sedar rumah kata pergi
    Kubur kata mari

    Wahai bangsaku melayu
    Janganlah suka meleka
    Janganlah lagi suka mengata-ngata
    Jagalah tingkah laku
    Berfikir biarlah secara terbuka

    Wahai bangsaku melayu
    Sedarlah kita bahawa apa guna
    Ada bangsa
    Tapi tak melambangkan bangsa…

    ReplyDelete