Hari ini, bayi mongel itu barangkali tidak faham hatibudi manusia.
(Eh, apa manusia masih punya nurani itu atau hanya mainan di bibir saja?) Atau,
setan sahaja yang bersalah? Setan atau manusia?
Esok pasti ada yang berdegar degar percakapannya. "
Ini perbuatan tidak berperi kemanusiaan menodai bayi 20 bulan!! Ini bangsat kasta pariah!! "(..dan sandiwara ini pasti berlaku!)
Akan kau saksikan respon mereka kepada masalah ini;
Pertama, kata mereka, pastinya
tubuhkan jawatankuasa. Samada plastik, luncai atau jawatankuasa bangsawan tidak penting. Yang penting, tubuhkan jawatankuasa sahaja. Selesailah masalah!
Kedua,
cari kelemahan pihak berkuasa dan muafakat mengiyakan kegagalan mereka. Samada benar atau tidak (lebih banyak dusta), spekulasi lebih bermakna dari makrifat hakiki.
Ketiga,
lawat keluarganya atau lebih baik lagi bayi itu di hospital.
Jangan lupa bawa pihak akhbar bersama. Tunjukkan gaya yang simpati, marah dan sedih sayu ketika kamera dihalakan.
Keempat, sementara berita masih panas,
muncul di kaca tv dan
berkata sesuatu yang popular (
perbuatan jijik, hukuman lebih berat, kesan porno, dll) kalaupun lapuk dan tak tergapai akalmu. (
nota: kepada yang berkenaan, jangan lupa bawa fail tebal supaya mereka tahu dirimu bekerja.)
Kelima, hebahkan acara potong reben dengan belon besar yang
akan direncana.
Keenam,
bakar kelambu kerana marahkan nyamuk.
Ketujuh,
salahkan setan dan sekutunya.
Tak penting samada kadar penyelesaian kes pihak berkuasa purata 93% per tahun; bukankah
kau sendiri telah jalankan kewajipanmu yakni
menyalahkan sesuatu sambil dirimu sendiri tidak pernah menunaikan bahagianmu?
Tak penting samada jawatankuasa itu sudahpun berjuta bilangannya; bukankah ini
kesempatanmu mendapatkan perhatian, anugerah, darjah, pengaruh dsbgainya?
sekali bekerja sahaja cukup seumur hidupmu? bak malam lailatul Qadar; satu malam ibadah umpama 100000 tahun layaknya?
Tak penting juga samada yang kau katakan itu bodoh ataupun tidak bermakna; bukankah ini tanda
cerdas akalmu kerna perlu apa membazir memikirkan yang baru?
Tak penting samada kelambu yang mahu kau bakar itu amat berbahaya apinya; bukankah itu juga tandanya
kau beriya iya mengutuk kebiadaban pencabulan bayi itu?
Tak penting samada kau benar mahu melakukan sesuatu atau hanya masih sedang memikirkannya (
khusus ketika ianya masih menjadi tajuk berita);
kan melayu mudah lupa?Zaman ini,
nyanyuk kalau seseorang itu mahu menyelamatkan dan memelihara kedaulatan bangsanya. Pikun kalau kau cuba memartabatkan tamadun bakal generasi negaramu.
Mahu kuberitahumu 1 hal percuma yang tiada sapa yang pedulikannya? nyawa dan perjuangan memuliakannya.
Eh, sebelum terlupa-Tak penting samada bayi itu sengsara atau keluarganya menderita; bukankah telah kau
tunjukkan simpatimu ketika membaca berita tentangnya itu
seraya menggeleng geleng kepala?NYANYUK!!!
kamal fnd hashim