
Apa ke halnya yob?ha ha ha..
angkasawan Mejar Fais dengan candid shotnya!"Wooo, belum ready lagi la!Wooo!", katanya tapi saya tetap klik klik klik..
Fais
handsome orangnya bila berjumpa depan depan. Dan acapkali kami berganding bersama dalam ceramah motivasi dan sebagainya. Namun kami berdua berkongsi pendapat bahawa pencapaian hari ini adalah kerana guru guru yang banyak berjasa kepada kami.

Contoh yang terbaik cikgu sebelah ini yang saya ketemu di Kuala Terengganu. Sekolah Menengah Padang Negara. Beliau duduk di sebelah saya seraya berkata," budok budok gelar saya
cikgu alleycats!" Tapi beliau tak kisah pun. Janji bahagia tambahnya lagi!!
"sesiapapun mereka samada anak raja atau menteri sekalipun, dianya bermula dari seorang guru biasa yang mengajarnya menulis, membaca dan mengira"- Pendeta Zaaba.
Hari ini, dalam ruangan ringkas ini saya ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada semua guru khususnya guru guru saya dari
Sekolah Jubli Intan Rengam, Sekolah Dato' Haji Hassan Yunos, Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin yang mengubah bengapku hingga menjadi bijak, susahku hingga menjadi senang, kecilku sehingga menjadi matang. Antaranya:
SJIR=Zainab Haji Sabirin@ farah fawcett, Haji Sameon@ guru besar, Mr Lee @ English
Cikgu Mat Lazim@scout.
SDHHY= Cikgu Ghani Gilong@garang giler ajar agama, Mr Ang @ Math, Mr Lee @seni perusahaan, Cikgu Jelani @ Pendidikan Jasmani.
TBSS= Cikgu Ramli@bapak Fadzli Ramli, Cikgu Fadil@ garang tahap kritikal, Puan Zaleha@ guru kelas, Mr Jaib Singh @ English.
Maaf andai tertinggal beberapa nama lagi kerana aku
sebak ketika ini mengingat betapa gigihnya kamu semua berjuang mendidik nusa yang bebal sepertiku...
maaf kutak bisa membalas jasamu meskipun aku rindu mengucup tanganmu...maaf kerana barangkali
hidupmu sukar ketika ini dan aku tak di sisi membantumu...
Kepada kalian pembaca blogku, ayuh berikan mereka penghormatan ini yang barangkali sekali ini seumur hidupmu..dan catatkan nama guru gurumu agar mereka tahu, bak wira tak didendang, jasanya tetap kita kenang...
kamal fnd hashim.