1. Buat mereka yang sedang menuntut di universiti ini, di harap dapat meneruskan pengajian dengan aman sejahtera. Mudah mudahan tercapai hajat menamatkan pengajian dalam tahun 2010.
2. Kita wajib tabik pada kebolehan anakbangsa kita. Kejayaan seperti ini patut kita raikan bersama. Kalau setakat mat saleh panjat gunung, Neil Armstrong pergi ke bulan dan Locard dengan forensiknya, apalah sangat nak dibandingkan dengan inisiatif anakbangsa yang pergi mengaji di sini. Bukan mudah nak menjejak kaki di sini!
3. Kita jugak patut mengangkat mereka menjadi ikon- Anugerah Anak Merdeka ataupun Malaysian Book of Records.
4. Kenapa? Yalah, kalau seseorang dapat masuk dan belajar di universiti ini, orang itu pasti hebat! Apalah sangat Oxford ,Cambridge atau UCLA. Orang yang saya maksudkan ini pasti lebih mampu menjadi pembimbing bangsa dan wajar dijadikan kajian bagaimana otaknya berfungsi dan bagaimana dia menjadi sebegitu hebat bahkan lebih hebat dari biasa! Eh, betul ke? Ya!sebab universiti ni tak wujud pun!!
5. Kalau betul mahu bangkit dan belajar dari silap, takkan pilih modus operandi yang sama? Pilihlah universiti yang ujud di dunia nyata. Bukan universiti di alam ghaib, universiti bunian atau universiti internet! Atau mari kita sama sama daftar kursus di universiti tempatan yang tak kurang hebatnya kalau2 mahu aku membantu menutup malumu. Atau mari kita berdebat- bukan siapa menang atau siapa kalah tetapi debat untuk mencari kebenaran. Takkan orang hebat sepertimu dayus dan hanya senyap bila peluang menunjuk benarmu terbuka?
7. Pengikutmu sering mencanang aku yang bersalah. Tapi, lillah, bukan aku yang berdusta. Apa mereka mahu ini diselesaikan cara bersumpah juga?Silakan!Cuma satu nasihatku, jangan sampai kau yang terbukti salah dan membuka aibmu sendiri.
6.Tak serik serik lagi ke? alahai! Bukan busuk hati atau cemburu. Kalau kau tiada apa apa title bahkan keputusan akademik sekalipun tetapi kau memang bagus, tiada siapa yang akan menidakkanmu. Tetapi kalau kau memang sampai sekarang ternyata masih mahu membunuh bangsaku dengan tipudaya helahmu, aku pasti berada di situ; antara kebatilanmu dan maruah bangsaku.
kamal fnd hashim
Sunday, April 11, 2010
Tuesday, April 6, 2010
Memali
1. Banyak yang diperkata berkenaan insiden memali. Taip sahaja Memali dan pelbagai versi muncul. Ada yang berfakta, ada yang sedikit sahaja faktanya dan lebih malang lagi ada yang hanya fiksyen sepenuhnya!
2. Antaranya laporan Signal Divisyen yang dikatakan dibuat oleh pihak polis. Pelik! Bila pulak polis ada signal divisyen ya? Kemudian, cara penulisan laporan yang dikatakan dibuat oleh pihak polis itu. Bukan saya hendak mempertikai atau mempertahan tetapi belum pernah lihat format tersebut sama ada dari zaman komunis ataupun sekarang! Saya jadi musykil.
3. Selaku neutralis, saya hubungi email dan no tel bloggers yang berapi api menceritakan insiden ini. Saya perkenalkan diri dan minta jasa baik dapatkan sumber rujukan seperti yang tertera dalam blog mereka. Sorang je jawab yang lain senyap..
4. Semua orang tahu saya suka cari fakta dan data berhubung duduk perkara sesuatu isu. Sumber pula hendaklah jelas dan rantaian bukti tidak terputus. Jadi, rasa saya tidak timbul soal berat sebelah atau pro mana mana kalau saya yang bertanya, kan? Tetapi kenapa membisu? Kalau saya tersalah pandang, bukankah ini ketika yang baik untuk memperbetulkan perspektif saya? Atau sebenarnya risau saya di pihak yang benar kot?Entahlah.
5. Yang penting bukan mencari siapa salah siapa betul dalam satu satu perdebatan itu saudaraku. Yang penting apa yang benar.
kamal fnd hashim
p/s Setakat ini, saya dah baca puluhan blog, tonton video "signal division" (yang nyata voice over palsu), baca laporan akhbar, selidik di Arkib Negara dan Perpustakaan Negara, baca Kertas Perintah 21 Tahun 1986 dan info Sidang Dewan Rakyat/Dewan Negara 1986. Sesiapa yang mempunyai maklumat dan sumber sahih, silalah hubungi saya ek.

Monday, April 5, 2010
Pesanan Khidmat Masyarakat
Bengap!! itu sahaja yang mampu Peah ucapkan dari mulutnya. Kepalanya pening. Kakinya longlai. Matanya kuyu. Tangannya terus cuba menggapai gelas kaca itu. Telinganya terus bingit.
Nampak kesalahan ayat di atas? Tak nampak? Aneh! Ada orang yang beranggapan ianya salah! Ucap sudah tentu dari mulut, pening pasti kepala, longlai juga barang tentu kaki, kan!
Sekalipun tiada kesalahan dalam struktur seperti di atas, ada yang melihatnya dalam perspektif yang berbeza!!Cumanya, nahu sastera dan nahu pasar apatah lagi baku pasti berbeza, kan?
Ada syntax, diction dan grammar dalam ilmu sastera. Penambahan yang perlu bagi menguatkan lagi maksud. Unsur metafora dan personafikasi misalnya. Mana mungkin pokok melambai!! Mana mungkin air mengalir lesu!! Laa, takkan tak pernah belajar ini semua? Takkan tak faham kaedah penyampaian, oopps maaf, stail itu kalaupun berbeda hanya kerana ianya sebuah karya sastera?Takkan Siti Jarum tak pernah sebut?
Ironinya, itulah yang berlaku. Rupanya, hanya ada satu jalan menuju ke Kuala Lumpur! Kalau tinggal di Kajang, naiklah bas Foh Hup Omnibus. Jangan naik komuter atau memandu malah menunggang kerana hanya itu sahaja satu cara menuju Kuala Lumpur. Kalaupun ketinggalan atau ditinggalkan, jangan risau kerana yang pasti tetap sampai.
Jangan tanya lama atau sekejap tibanya kerana kalaupun orang lain sudah sampai ke bulan dan bintang, patutlah kita hanya mampu berada di daratan..pulak tu lemas dalam kontang. Ouch!!
Sementara aku mahu mengubah tamadun bangsaku, rupanya masih ada lebih senang beku dan kaku. Sebenarnya, hanya batu bergolek sahaja yang tidak mengumpulkan lumut..

Friday, April 2, 2010
Belasungkawa
A. Jam 0135, selesai acara pentas ceramah di UiTM Pahang, Jengka. Pereksa hp dan dapati ada mesej dari Latiff manager Nabil-
Telah disahkan bahawa Din Beramboi telah pulang ke rahmatullah tepat jam 1230am 2/4/10 di ICU Hosp Selayang. Jenazah akan dibawa ke rumah mak arwah dan akan dikebumikan di taman ehsan kepong. Semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin.
B. Bergegas pulang ke Kuala Lumpur. 0334am tiba di Hospital, Latiff update dan beritahu jenazah dibawa ke 2079, Jalan E5/12 Taman Ehsan Kepong.
C. 0400am tiba di rumah alamat seperti di atas. Ahli keluarga dan jiran arwah sedang mahu memulakan tahlil. Rakan artisnya yang ada pada masa itu hanya Iqram Dinzly.
D. 0405am masuk ke ruang tamu dimana jenazah berada ditemani isterinya. Selepas menyedekahkan Fatihah, buka selendang yang menutup wajah Meor Ahmad Fuad @ Din Beramboi. Beritahu isterinya bahawa kecuali pandangan saya silap, saya nampak wajah Din tenang dan senyum. Isterinya mengiyakan dan memberitahu bahawa bila life support system dicabut, itulah wajahnya.
Dan begitulah kebesaran Allah. Al Fatihah.

Monday, March 29, 2010
9 tips untuk bakal penceramah.
Bagi yang berminat untuk menjadi penceramah, berikut saya perturunkan seba sedikit ilmu setelah 15 tahun di dalam bidang ini.
1. Kebanyakan yang mengundang ceramah sebenarnya tidak berminat mengetahui samada yang dijemputnya sihat atau tidak. Yang penting orang itu datang pada masa itu. Sebelum atau selepas itu, apa jadi pada penceramahnya, samada hidup, mati, cacat, itu urusannya.
2. Nilai kertas bagi sesetengah pihak lebih mahal daripada ilmu. Sebab itu mereka akan bertanya samada ada kelapangan atau tidak menerusi telefon sebelum bersedia untuk menghantar jemputan rasmi.
3. Penceramah hendaklah berkira kira soal kebajikan apabila timbul perbincangan upah. Ingat selalu bahawa kebajikan itu pahala walaupun penganjur lebih banyak berbelanja untuk hal lain. Ini kerana penganjur akan cuba memberikan yang terendah untuk ilmu dan tertinggi untuk makanan.
4. Tidak usah bertekak dengan pam atendan apabila cuba mengisi minyak kenderaan dengan memberitahu bahawa dia juga mendapat pahala kebajikan bila memberikan diskaun. Begitu juga dengan jurutol apabila membayar tol serta juga pemotong bil letrik dan air di rumah.
5. Cuba ambil kelas nyanyian kerana artis mendapat bayaran lebih banyak untuk lagu dalam 30 minit berbanding penceramah yang bercakap ehwal ilmu untuk 2 jam.
6. Bersedia untuk kelewatan majlis kerana telahpun dijanjikan sejumlah wang. Walaupun tempohmasa akadjanji telah tamat, katakan 10pagi ke 12tghari, dan terpaksa dianjak 12tghari itu ke 1 ptg, jangan fikirkan sangat tentang temujanji berikutnya yang tidak dapat ditepati gara gara penganjur gagal menepati masa.
7. Ingat bahawa sesiapapun mempunyai hak meletakkan gambar dalam iklan mereka walaupun tak pernahpun berjumpa dan membincangkan undangan itu. Ini bagi membantu mereka melariskan jualan walaupun nama penceramah jadi tercemar bila tidak hadir pada hari yang dijanjikan kerana tidak tahu menahupun hujung pangkalnya.
8. Sentiasa bersedia untuk hinaan paling hebat bila kesediaan penganjur untuk membayar upah selayaknya rupa-rupanya fitnah semata mata.
9. Jangan kecil hati bila penganjur salah eja nama kalaupun andalah fokus majlis itu kerana ada hal lebih besar yang perlu mereka fikirkan seperti khemah, protokol dan jamuan.

Saturday, March 13, 2010
Sekarang vs kemudian
Ini hobi terbah
aru. Bela jam lama. Setakat ini ada beberapa koleksi peribadi seperti Pagol di sebelah kanan ini, Rado, Orient dan Titoni. Kesemuanya keluaran sekitar tahun 60an ke hujung 70an.
Kenapa? Satu soalan yang baik. Jawapannya- kenapa tidak? Jam lama ini menyimpan seribu kenangan. Jam ini merakam dan menyimpan masa. Bukan masa masa tetapi masa ketika.
Satu masa satu ketika dahulu ada perkara yang tergapai dek akal, dek mampu yang terbatas. Maka, hajat yang tertangguh itu akhirnya lunas bilamana keadaan berubah. Sekarang baru dapat merasa memakai jam yang suatu ketika dahulu hanya impian buat orang kerdil sepertiku.
Jam ini buat mengingatkan siapa diriku. Jam ini juga mengajarku untuk tidak sombong dek teringat asal usulku. Dan jam jam ini juga lambang usaha gigihku mengejar jaya.
Tetapi apa kisah sebenarnya? Begini, ini nasihat buat semua termasuk adik adikku..seperti adik adik bangsaku ini di PLKN yang ditemui di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak
bagi menjayakan program dan Forum Minggu Keselamatan UTP awal bulan ini.
Kadangkala kau rasa seperti mahu memiliki sesuatu tetapi tak terjangkau. Usah kau salahkan dirimu, keluargamu yang papa malah Tuhanmu yang menangguhkannya. Simpan hajatmu dan berusahalah menuju kejayaan. Hanya dengan ilmu pengetahuan sahaja kau bisa keluar dari runsingmu. Marahmu, kecewamu, gerammu tidakkan membantu. Dan bila sahaja dirimu berjaya menjadi manusia, banyak perkara yang dahulu hanya mimpi bagimu menjadi nyata.
Kadangkala, jenuh kau berusaha dan hanya setelah beberapa ketika (setelah banyak kali hampir sahaja kau menyerah kalah) barulah kau mencapainya. Terkadang, bila sahaja kau tidak mahu mengejarnya, saat itulah kau mendapatkannya! Aneh!
Pun begitu, jangan kau gusar ehwal gagalmu. Kalau kalau kau sudah berusaha tanpa jemu kalaupun sepanjang hayatmu tetapi masih tidak berjaya mencapai mimpi itu, barang pasti nikmat dari Tuhanmu tidak di sini tetapi di dunia selepasnya!! Apa kau terlupa? Mana satu yang kau mahu? sekarang atau kemudian?
kamal fnd hashim
aru. Bela jam lama. Setakat ini ada beberapa koleksi peribadi seperti Pagol di sebelah kanan ini, Rado, Orient dan Titoni. Kesemuanya keluaran sekitar tahun 60an ke hujung 70an.Kenapa? Satu soalan yang baik. Jawapannya- kenapa tidak? Jam lama ini menyimpan seribu kenangan. Jam ini merakam dan menyimpan masa. Bukan masa masa tetapi masa ketika.
Satu masa satu ketika dahulu ada perkara yang tergapai dek akal, dek mampu yang terbatas. Maka, hajat yang tertangguh itu akhirnya lunas bilamana keadaan berubah. Sekarang baru dapat merasa memakai jam yang suatu ketika dahulu hanya impian buat orang kerdil sepertiku.
Jam ini buat mengingatkan siapa diriku. Jam ini juga mengajarku untuk tidak sombong dek teringat asal usulku. Dan jam jam ini juga lambang usaha gigihku mengejar jaya.Tetapi apa kisah sebenarnya? Begini, ini nasihat buat semua termasuk adik adikku..seperti adik adik bangsaku ini di PLKN yang ditemui di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak
bagi menjayakan program dan Forum Minggu Keselamatan UTP awal bulan ini.
Kadangkala kau rasa seperti mahu memiliki sesuatu tetapi tak terjangkau. Usah kau salahkan dirimu, keluargamu yang papa malah Tuhanmu yang menangguhkannya. Simpan hajatmu dan berusahalah menuju kejayaan. Hanya dengan ilmu pengetahuan sahaja kau bisa keluar dari runsingmu. Marahmu, kecewamu, gerammu tidakkan membantu. Dan bila sahaja dirimu berjaya menjadi manusia, banyak perkara yang dahulu hanya mimpi bagimu menjadi nyata.Kadangkala, jenuh kau berusaha dan hanya setelah beberapa ketika (setelah banyak kali hampir sahaja kau menyerah kalah) barulah kau mencapainya. Terkadang, bila sahaja kau tidak mahu mengejarnya, saat itulah kau mendapatkannya! Aneh!
Pun begitu, jangan kau gusar ehwal gagalmu. Kalau kalau kau sudah berusaha tanpa jemu kalaupun sepanjang hayatmu tetapi masih tidak berjaya mencapai mimpi itu, barang pasti nikmat dari Tuhanmu tidak di sini tetapi di dunia selepasnya!! Apa kau terlupa? Mana satu yang kau mahu? sekarang atau kemudian?
kamal fnd hashim
Friday, March 5, 2010
jawapannya tiada.
741 menunggang ke Sri Pentas Bandar Utama untuk MHI.
742 disondol dari belakang oleh sebuah kereta selepas tol Damansara.
748 tiba di TV3.
811 muncul di MHI
827 tamat sessi
830 terbaring disebab rasa sakit yang amat di T12 dan L1.
(Kesan cedera lama di tulang belakang muncul semula kerana momentum perlanggaran. Tersadung badan ke hadapan dan melentik bahu ke belakang. Impak hentaman diserap sepenuhnya oleh tulang belakang. Bergerak semula disc yang dormant klinikal kepada kedudukan kritikal.)
Tuhan Maha Kuasa. Ditangguhkan rasa sakit hanya setelah selesai MHI. Jadi , nikmat Tuhanku yang manakah yang dapat aku dustakan?

Subscribe to:
Posts (Atom)
i feel your pain
audrey & nurul hanis