Thursday, March 17, 2011

Maruah Raja2 & TYT

1. Sama ada sengaja atau terlepas pandang, lelah melihat maruah Raja2 Melayu dan Tuan Yang Terutama Negeri2 sentiasa dipersenda dan diperkotak katik. Eh? betul ke ni? Ya, betul! Tapi bagaimana? Begini, terlalu ramai musang berbulu ayam yang hidup di pasaran dengan cara yang begitu halus; tak nampak dek mata. Eh, apanya? Begini ceritanya-

Bukanlah terlalu janggal melihat gelaran pada nama seseorang- Dato', Datuk Paduka, Datuk Seri dan sebagainya. Kesemua gelaran ini datang dari Raja2 dan TYT2 untuk mereka yang berbakti, barangkali. Cuma akhir akhir ini, terlalu ramai yang sewenangnya meletak gelaran itu yang tidak dikurnia oleh Raja2 Melayu atau TYT. Lebih malang, tindakan tidak dapat diambil kecuali jika mereka itu memang terlibat dengan penipuan/jenayah dan sebagainya sahaja!

Maka itu, kenapa tidak kita buat undang2 ataupun mewartakan gelaran itu sahaja sebagai pencegah khusus buat mereka yang curang dan sengaja menggunakannya? Bahkan gelaran ini, dari luar negara yang setengahnya hanya wilayah adat malah palsu, turut tidak diiktiraf bukan?

Barangkali hanya aku sahaja tetapi tidakkah mata kalian melihat maruah Raja2 Melayuku dan TYT2ku dilenyek oleh si pendusta? atau memang itu yang kau mahukan seraya dayus membenarkan?

kamal fnd hashim

Monday, February 14, 2011

Simpang Rengam.

Tanah itu masih sama. Udara itu masih sama. Kayu dindingnya juga sama. Yang berbeda hanya masa dan sekitarnya. 1254 A, Lorong Kelantan 2; rumah tempat dibesarkan hingga menjejak remaja.

Saat pertama tiba, ku cium bumi kem bn 5 itu kerana bersyukur dengan kurniaNya. Mentelah mengenang detik kecil sehingga dewasa dan bagaimana dibesarkan oleh kedua orangtua.

Benar kata orang, tak nampak batang hidung nampak bumbung pun jadilah buat pengubat rindu. Berjalan dan papan pintu rumah itu, kenangan sepanjang 14 tahun bermain di fikiran. Dan pengecasnya adalah sentuhan tanganku dengan daun pintu itu.

Peliknya, kalaupun abah sudah tiada, seolah mata dapat melihatnya. Tanpa menyangka insan kerdil sepertiku satu hari dapat mencipta sejarah, ku lewati juga tempat kerja abah. Terngiang ngiang suara abah di sebalik bau diesel dan tong drum didalamnya. Nampak abah di ruang mataku..jelas.

Dan nampak juga usaha emak yang mengayuh basikal menghantar ku ke sekolah agama kem. Cuma bila sahaja dia berpaling, aku lantas ponteng! Ahh, nostalgia!Dan kem ini tetap menjadi kompas hidupku. Dan aku juga sebahagian daripadanya.

Maaf abah kalau aku tidak cukup sayu kerana pada kali ini aku dapat merasa kebanggaanmu padaku.

kamal fnd




Thursday, January 13, 2011

Barangkali hanya aku.

1. Sebenarnya abah, anakmu masih sayu dan pilu. Masih bugar dalam ingatanku kehilangan dan pemergianmu. Hari ini genap 13 tahun tanpamu. Dan aku masih mengingatimu..semakin nyilu merinduimu.

Kalaulah abah ada, pasti kau akan tersenyum melihat berbaloi jerihmu membesarkanku. Kalaulah abah ada, pasti aku akan tersenyum melihatmu gembira. Hanya sahaja aku masih tegar meneruskan amanahmu berhadapan dunia sebagai seorang yang perkasa sedang batinku, sesungguhnya, menangis sengsara..

Barangkali hanya aku yang mesti tabah menderita kerana dirimu dalam jagaan Tuhanku; Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani. Yang mendengar doa sebelum tidurku; Ya Rahim masukkanlah kedua ibubapaku ke dalam syurgaMu yang tertinggi tanpa hisab. Dan disitulah selayaknya tempatmu.



Wednesday, January 5, 2011

Saat itu.

1. Al-Fatihah buat Zul Massa, Din Beramboi, Shamrin Fotograf dan terbaharu, Faizal Yusof. Kecuali Zul Massa, yang lain merupakan kenalan akrabku. Zul tak pernah jumpa pun tetapi selalu teringat padanya. Kenapa teringat? Sebab orang lain selalu lupa!

Berbanding P Ramlee, AR Tompel, Sudir dan yang lain, mereka seperti Zul Massa selalu dilupakan kerana tidak sepopular nama nama besar itu, barangkali. Dan hanya kerana itu, sangat sedikit, kecuali keluarganya sahaja yang akan mengingati. Justeru, apakah perlu kita kenal seseorang itu terlebih dahulu sebelum dapat berdoa untuknya?

2. Antara hidup dan mati itu, meminjam kata2 Pramoedya Ananta Toer dalam Keluarga Gerilya, hanya ada masa beberapa detik. Dan seketika tahun lepas, ketika terlantar di ranjang hospital, pernah juga terlintas untuk tamat bernafas. Kerana terlalu lesu dengan kondisi tubuh, mentelah jerih untuk menghela nafas, berserah sahaja langsung kepada Yang Esa.

Dan saat itu yang bermain dalam ingatan bukan perihal kematian dan nikmat dunia yang bakal ditinggal. (Saat saat sama syaitan membisikkan ketakutan kepada legasi peninggalan, kebimbangan kepada insan yang bakal kutinggalkan dan kekalutan persoalan kematian itu.) Yang berlegar dalam minda ketika itu, jujurnya sambil kutersenyum, hanya sahaja redhaku atas hidupku, matiku, agamaku dan Tuhanku.

Apakah perlu bimbang kalau Yang Maha Pencipta, yang selama ini menetapkan rezeki dan laba serta ketentuan hidup matimu, telah juga menetapkan saat itu untukmu? Bukankah Dia Maha Mengetahui rahsia kenapa dipilih saat itu? Dan bukankah Dia juga Maha Mengasihani kalaupun bekalan akhiratmu sedikit sepertiku?

Al-Fatihah buat semua yang mendahului daripada kita semua yang bakal menyusuli.

kamal fnd hashim


Monday, December 20, 2010

spy baba!

1. ada seorang peminat ruang diskusi menggelar saya ngok. Ceritanya bermula bila si polan menggunakan bahasa yang berbentuk penghinaan terhadap satu kumpulan ini. Maka saya buat petisyen untuk pertimbangan pentadbir laman supaya tindakan termasuk undang undang dapat di ambil terhadapnya.

2. Tidak puas dengan itu, si polan memanjangkan snapshot screen ruang tadi kepada BPA, JPM kerana kononnya dia teraniaya. Saya juga menyokong usaha itu supaya kebenaran dapat ditegakkan. Dia, yang merahsiakan identitinya, juga mencabar saya dengan pelbagai bahasa dan gelaran dan saya tetap cool.

3. Cuma dia tak tahu bahawa sepandai pandai tupai melompat, dushhhh!!!, akhirnya ke tanah jua tersembamnya. Dan tak perlu CIA atau FBI pun kerana dengan ketelitian ejen Spy Baba, yakni ejen awam tahap James Bond wajahnya dapat kutatap dan kutahu empunya baling batu sembunyi tangan tu!

4. Dan dia sehingga saat ini si polan terus membisu! Terimakasih kepada spy baba. Siapa? SPY BABA!!!Ahaks!!


Kamal FND Hashim

Friday, December 3, 2010

Kench!!

JIKA ADA NAMA ATAU TEMPAT YANG DISEBUT DALAM KISAH INI ADA PERSAMAAN DENGAN NAMA SESEORANG ATAU SESUATU TEMPAT , IANYA ADALAH SECARA KEBETULAN SAHAJA DAN TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU MASIH MATI.

1. Semalam seorang kenalan nama
Soffyan Dumex(bukan nama sebenar) tel. Katanya dia kena KENCH!!FUYOO!! Dia berbincang dengan satu pihak yakni dari Columbia Asia (bukan nama sebenar) untuk mengadakan acara bengkel keselamatan wanita dengan melibatkan kamal affandi (bukan nama sebenar). Dan sepertimana dalam satu janji perniagaan, dimeterai dengan janji bahawa pihaknya akan dapat menjalankan perniagaan dengan tempat itu.

2. Selesai acara dengan jayanya, beberapa purnama kemudian Soffyan Dumex pun bertemu semula dengan pihak Columbia Asia itu untuk menuntut janji. Tapi, lain yang jadinya!!Mereka dakwa takde janji janji pun dengan Soffyan Dumex kita tadi! Loponglah Soffyan!!! Hangin satu badannnya!!!

3. Dan senak ini saya pun lalui. Baru baru ni ada pihak yang bertindak bagi pihak JPAM Johor, tel kata nak buat acara ahad 5 Disember 2010. Saya pun berusahalah mengubah acara lain semata mata nak memenuhi tuntutan masa walaupun dua acara lain itu di Lembah Klang. Tup Tup KENCH!!!Katanya, Pengarah JPAM kata dah penuh jadual. Eh, dia yang jemput kita ke kita yang suruh dia jemput kita?

4. Dan seronok baca spekulasi tentang pelbagai hal. Ada yang tergamak kutuk berapi tanpa tahu hujung pangkal!!Ada yang kata si polan si polan KENCH!!!Saya yang tahu hujung dan arif pangkal tetapi diam ini terhibur dengan keletah si pengutuk. Begini, kalau nak jadi pencacai (seperti saya), dapatkan fakta sebelum berani bercakap atau menulis sesuatu. Jika tidak, sendiri malu bilamana kebatilan kita lebih menonjol daripada kejujuran orang itu! Ahaks!!

Yang best tu, antara pengutuk2 ini kutuk sampai 7 keturunan pun takkan abis makan!! Aleh aleh hujung tu suruh si polan sasarannya bertaubat! Eh, nasihat agama rupanya!! tapi kenapa bahasanya itu kasar dan disampai tak macam tuntutan agama?Sapa KENCH sapa nih?

kamal fnd hashim

Tuesday, November 2, 2010

Keliru

Ada yang menasihatkan supaya berpegang kepada agama untuk mengelak seseorang menjadi penjenayah. Satu nasihat yang baik, benar bahkan tiada kompromi terhadapnya. Ironi kenyataan itu adalah kesemua yang sahih seorang penjenayah di tanahair khabarnya mempunyai agama. Belum ada yang atheis menjadi penjenayah!

Pasti ada yang terfikir (ataupun belum), kalau begitu keadaannya bahawa keseluruhan banduan itu mempunyai dan menganuti agama, apa ceritanya ya? Hmm..

Pada hemat saya, tidak perlu terlanjur berfikir. Memang mereka ada agama tetapi bedanya adalah hidayat. Dan kita juga cuma senang mencemuh daripada mendoakan orang yang belum mendapat hidayat. Kita lebih selesa menjuih bibir daripada mahu berusaha mengubah nasib mereka. Bahkan, barangkali kita juga menikmati saat saat itu!

Yang demikian kata pendeta- lihat sahaja hatimu dan duduknya. Ya, benar mereka sering terlupa tetapi kita pula sengaja melupakan hak mereka ke atas kita. Maka siapakah yang lebih kejam pada detik itu? Orang yang tidak berpengetahuan atau orang yang berpengetahuan tetapi tiada juga membawa manfaat samada atasnya atau yang lain?

Kata bijakpandai, biar ilmu sedikit tetapi amalnya konsisten daripada ilmu banyak tetapi amalnya mengikut tempat, masa dan keadaan. Dan Al-Furqan- berpesanlah dengan kebenaran..

Justeru, faedah nasihat itu akan jadi lebih molek bila kita perpanjangkan seraya mendoakan hati hati yang kelam dan tenggelam. Tak gitu?

kamal fnd hashim

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis