Thursday, July 30, 2009

SERPICO

Petang Selasa, wartawan Utusan Malaysia bertanya soalan. Saya jawab sejujurnya. Dalam telefon. Hari Rabu, tajuk utama Utusan Malaysia "Kongsi Gelap Taja YB?'! Tak sangka pulak jadi tajuk besar Nasional!

Sebenarnya, saya bercakap dari segi perspektif landskap jenayah bila ditanya soalan" apakah benar ada politik kongsi gelap?" Ianya lanjutan dari respon terhadap rencana dan jawapan Datuk Zaman Khan dalam Mingguan Malaysia berkaitan budaya politik kongsi gelap.

Begini, dari sejarah dunia jenayah, kita kenal nama nama Bugsy, Al Capone, Mafia, Yakuza dan sebagainya. Ini kumpulan jenayah terancang, bersendiket dan kongsi gelap. Mereka ini terbukti mencuri peluang dan ruang untuk bergerak. Antaranya kegiatan pelacuran, perjudian dan kegiatan haram yang lain.

Yang demikian, kumpulan ini juga bertindak secara langsung menaja semua pihak yang mereka ada kepentingan. Dari majlis majlis keraian hinggalah pencalonan jawatan; Kesatuan Sekerja, Ahli Politik dan Penguasa Setempat misalnya.

Bukan...bukan samseng tu sendiri mesti turun padang!(kadang kadang ada). Tetapi menerusi proksi atau pelobi pelobinya. Orang inilah yang menaja dan membiayai apa sahaja kehendak calon calon dan boneka mereka.

Akhirnya, apabila calon ini menang, mereka tidak berdaya mengekang kegiatan haram ini malah ada yang bertindak melindungi kepentingan "rakan sekutu" mereka. Akibatnya, rumah perjudian bercambah dan pelacuran bertambah. Dadah pula bersepah.

Masalahnya begini-

a)Masyarakat yang berhadapan dengan keadaan ini tidak mendapat penghormatan sewajarnya bila kegiatan haram ini berlaku. Masakan tidak bila rumah perjudian dan premis pelacuran wujud di hadapan kediaman mereka sendiri.

b) Pihak Berkuasa yang akan dipersalah kerana tidak mengambil tindakan walhal orang yang diwakilkan kuasa oleh rakyat seperti Pemimpin setempat, Ketua Kesatuan waima ahli politik itu gagal menjalankan kewajipan mereka kerana "terhutang budi".

c) Demonstrasi jalanan dan mogok umum bertambah walhal yang menyertainya tidak tahu mereka diperguna dan diperkuda. Masakan tidak bilamana perbelanjaan besar mesti diperuntukkan bagi mempengaruhi massa dan juga membiayai keperluan logistik aksi tunjuk rasa itu!

Ehwal sedemikian berlaku di serata dunia dan sejarah pasti berulang. Hatta, tidak seorangpun berdaya menolak kemungkinan ianya boleh berlaku dimana mana sahaja. Oleh itu, kalau kita sayang negara ini, jangan benarkan ianya berlaku di sini. Penjenayah dan pelobinya tidak pernah diam sedang kita pula tidak pernah bising menolaknya.

Yang demikian, berdasarkan fakta sejarah, petualang ini akan terus mencuri peluang bilamana massa, kalaupun matanya terbuka, akal, mulut dan hatinya terkatup rapat. Perjuangannya hanya buat dirinya dan bukan negaranya....

kamal fnd hashim


p/s lucu bila ditanya orang apakah saya tidak bimbang keselamatan diri atas berita itu?

a) Hasbunallahu wanikmal wakil..
b) kalau berlaku kejadian bahaya atau ancaman terhadap saya, bukankah itu jawaban kepada soalan Kongsi Gelap taja YB?
c) saya tidak pernah gagal percaya kepada Polis DiRaja Malaysia dalam memelihara keamanan dan keselamatan rakyat semua termasuk saya.

9 comments:

Akak said...

Assalamu'alaikum. Bukan senang jadi ketua / pemimpin. Ketua keluarga, kelas, jabatan, organisasi, negeri. Tanggungjwb berat. Ujian, cabaran dan godaan pun banyak. Setiap tindakan perlu berjawab kemudian nanti. Wallahu'alam

asilahmuhajer said...

berani ke diorang tu apa2 kan tuan kamal??

rasanya tak.. fikir sejuta kali sebelum mencuba.hahaha.

nurdaniella said...

salam tuan kamal, payah bila nafsu menguasai minda.. demi wang dan kuasa, mereka sanggup menggadaikan maruah sendiri dan juga bangsa.. bagi saya, pemimpin sebegini seharusnya di hukum rejam kat tengah padang..

abang bro EL said...

salam tuan kamal...
topik antarabangsa ni...kena pakai method antarabangsa jugaklah nak settle...

Anonymous said...

Manusia sekarang dah ramai yang pandai dan masing-masing nak jadi ketua biarpun maruah bangsa tergadai.

Wira DuniaMoto said...

Salam bro Kamal,

Syabas berani meletak kebenaran di depan.

Org ramai sekang ramai buta hati... pilih calon ikut nafsu dan meletakkan ketaksuban terhadap sesorang melampaui batas.

Inilah yg perlu dibayar oleh rakyat setempat sekarang.

Saya cukup2 sedih dgn nasib bangsa Malaysia.... :(

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Ziarah Saudara,

Sesuatu yang mustahil, takkan mustahil berlaku. Seiring perkembangan dunia semasa, tidak mustahil ini juga akan berlaku di negara kita.

Apa yang diharapkan, saudara Kamal akan terus mengemukan pandangan, dan mengetengahkan apa jua idea, pandangan dan pendapat agar negara ni selamat daripada ancaman-ancaman seperti ini.

Syabas dan tahniah!

Anonymous said...

Assalamualaikum! Seronok ye baca blog ni. Bukan calang-calang penulisnya. Lebih-lebih lagi Tn. Kamal. Sy selalu juga mengintai-ngintai blog ni, tp sy jarang-jarang ada idea utk menulis. Mungkin faktor usia Kot? Sy mmg berminat pd Tn. Kamal yg selalu beri ceramah di TV tu kan? Lebih-lebih lagi mengenai jenayah yg smakin menular skg. Ddoakan agar Tn Kamal akan sentiasa sihat dan dilindungi Allah dlm menjlnkan tugas beliau. Maaf kiranya bahasa sy ni tidak begitu teratur. Wassallam.

mr.khairul said...

Macam tu lah pulak..
Tak pe tn.kamal..
Berani kerana benar.

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis