Tuesday, April 6, 2010

Memali

1. Banyak yang diperkata berkenaan insiden memali. Taip sahaja Memali dan pelbagai versi muncul. Ada yang berfakta, ada yang sedikit sahaja faktanya dan lebih malang lagi ada yang hanya fiksyen sepenuhnya!

2. Antaranya laporan Signal Divisyen yang dikatakan dibuat oleh pihak polis. Pelik! Bila pulak polis ada signal divisyen ya? Kemudian, cara penulisan laporan yang dikatakan dibuat oleh pihak polis itu. Bukan saya hendak mempertikai atau mempertahan tetapi belum pernah lihat format tersebut sama ada dari zaman komunis ataupun sekarang! Saya jadi musykil.

3. Selaku neutralis, saya hubungi email dan no tel bloggers yang berapi api menceritakan insiden ini. Saya perkenalkan diri dan minta jasa baik dapatkan sumber rujukan seperti yang tertera dalam blog mereka. Sorang je jawab yang lain senyap..

4. Semua orang tahu saya suka cari fakta dan data berhubung duduk perkara sesuatu isu. Sumber pula hendaklah jelas dan rantaian bukti tidak terputus. Jadi, rasa saya tidak timbul soal berat sebelah atau pro mana mana kalau saya yang bertanya, kan? Tetapi kenapa membisu? Kalau saya tersalah pandang, bukankah ini ketika yang baik untuk memperbetulkan perspektif saya? Atau sebenarnya risau saya di pihak yang benar kot?Entahlah.

5. Yang penting bukan mencari siapa salah siapa betul dalam satu satu perdebatan itu saudaraku. Yang penting apa yang benar.

kamal fnd hashim

p/s Setakat ini, saya dah baca puluhan blog, tonton video "signal division" (yang nyata voice over palsu), baca laporan akhbar, selidik di Arkib Negara dan Perpustakaan Negara, baca Kertas Perintah 21 Tahun 1986 dan info Sidang Dewan Rakyat/Dewan Negara 1986. Sesiapa yang mempunyai maklumat dan sumber sahih, silalah hubungi saya ek.

12 comments:

kuyie said...

saya pun mahu cerita sebenar disebalik peristiwa memali ini..
kipidaut be(abg)....

Cantiknyapurple said...

Bila-bila berkelana ke utagha lagi,singgahla ke Kg Memali, Baling. Mungkin banyak input dari sebelah pihak sana boleh diperolehi. Jaraknya dari Kulim saya tak pasti. Tapi mungkin lebih kurang 1 jam dengan Savvy saya atau mungkin lebih cepat dengan kereta En Kamal =) Ajak saya sekali! Saya pun tak pernah berkunjung ke sana lagi =)

Cetusan said...

betul2 nak cari yang benar, bila sudah tau benar baru kita memilih mana satu, soal nak ikut aliran mana soal kedua. nak ikut yang bengkok pun soal kedua.

zul said...

ada 3 orang yg saya tahu mereka ini ada direct info:

1. Mr Chan Kok Keong - lawyer yg mula2 kendalikan kes jenayah/habeas corpus ke atas tahanan ISA. beliau kini ada firma di Ipoh. boleh rujuk website www.malaysianbar.org

2. Dato Taulan Rasul - dulu peguam bagi mangsa memali yg membuat tuntutan sivil ke atas kerajaan malaysia. beliau kini adalah EXCO Kerajaan Negeri Kedah

3. Senator Yusof Husin - beliau adalah orang yg terlibat langsung dan ditahan serta telah dipaksa oleh Menteri utk membuat pengakuan di RTM. Beliau kini senator di Dewan Negara

Ross said...

Salam,

Apa pula pandangan saudara apabila ada dakwaan mengatakan ada perisik Israel dlm PDRM?

ashue♫♫♫ said...

Tragedi ni berlaku, kita baru umur sebulan.. hukhuk.. masa tu, xkenal dunia lagi..
Xpasti apa yang berlaku..kita dah tanya mak kita, mak kita ckp masa tu dia dlm pantang.so dia pun xambik tahu sangat ;)
♫♫♫♫ ;)

Tapi apa yang ada dalam internet,especially blogger2 tuh, byk yang dari sebelah pihak.. (i mean dari org2 PAS)
Jadi tak boleh nak terima dan dengar dari sebelah pihak je kann..


Hurmmm, tapi yang lebih menarik bila mereka kata yang ada dalam muzium tu pun salah..boleh ke bahan muzium tu diputar-belit supaya yang salah nampak benar dan yang benar nampak salah..
Musykil.

http://tukulbesi.blogspot.com/2009/12/tragedi-memalimuzium-pdrm-berbohongtak.html

ashue♫♫♫ said...

Rasanya ramai yang sentap..
Since 2minggu lepas bila dah keluar semboyan semua kena buat research memali, rasanya byk jugak blog yang cerita pasal Memali nih.. hari ni bila nk tgk balik, byk yg da delete post mereka walaupun tahun 2007 and 2008 punya post..
Ape kes??

abdooss said...

Saya pun tak berapa suka nak cerita hal politik.
Cuma teringat kata-kata dalam novel Shogun , "Sejarah dicipta oleh Pihak yang Menang (dan Berkuasa)" ..
:)

Mizix said...

Sedangkan pen pun ada bekas untuk bersandar (kata Zunar)....kita tak boleh neutral selama-lamanya....mesti ada pegangan dan pandangan yg mungkin berat sebelah. Bagi saya, sejarah, fakta boleh diputarbelitkan....terutama oleh pihak yang berkuasa/yg menang...cuba Encik Kamal tanya penduduk di Kg. Memali dan tanya reaksi mereka...apa yang terjadi sebelum peristiwa itu bermula??? ada ke provokasi pihak tertentu yg menyebabkan peristiwa ini berlaku?? apakah kesan selepas peristiwa ini??? nescaya En. Kamal boleh dapat jawapan yg tepat dan tidak bersandarkan kepada RTM semata-mata

Ashue said...

RTM?

kamal fnd hashim said...

RTM? eh? salah kot?

update; saya dah dapat bckap dengan Pak Chup sendiri.Beliau seorang senator daripada PAS Kedah. Tuan Haji Yusof Bin Husin nama penuhnya. Sempat juga tanya pasal tangkal kebal dan azimat kat badan si mati-adakah benar atau hanya propa?

Jawapannya sangat mengejutkan! Insyaallah akan upload ini kemudian:)

kamal fnd hashim

aman damai said...

cpt la update en kamal....
kitowg lme dh tggu nie....

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis