17 Ogos 2008
Di situ aku berdiri kaku. Di situ aku berdiri lesu. Bahkan nafasku juga sebak dan dadaku mula sesak. Hanya ada aku yang berdiri dengan pilu.
Hampir setahun kakiku tidak menginjak tanahmu. Hampir setahun kau juga (barangkali) tidak melihatku dari peraduanmu. Cumanya, sebahagian darimu terus bersama detik jantung.
Hari ini, Tanah Perkuburan Islam Kg Melang Tengah masih sepi. Berceracak nisan yang tidak pernah kurang. Dan di bawah pohon tembusu, di situlah pusara Abah. Monumen seorang lelaki yang tabah dan menjadikan aku begini.
Entah kenapa Abah, seminggu dua ini aku begitu rindu padamu. Barangkali kerana aku semakin jauh sedangkan kau tentunya tidak kemana mana; tetap di posisimu. Barangkali juga kerana aku cuba menduga apakah kau kini bahagia atau sengsara?
“ Tampar kang berdamar!”- kata kata yang suatu ketika dulu ku benci tapi kini ku rindu sekali!!(Aneh kerana cumanya ia tidak pernah kau lakukan. Dan hanya aku yang berburuk sangka.)
Benar kata pendeta, kuburan menghasilkan seribu kenaangan. (Cuma bagiku, kuburan juga mendatangkan kerinduan…) Dan aku masih berdiri cuba mengumpul kata kata..
Dan lelaki ini buat kali pertamanya punya kekuatan melafazkannya. (kalau kalau kau bisa mendengarnya, hadirlah kalaupun sebentar dalam mimpiku malam nanti ayahandaku)
“Abah, ini anakmu kamal Affandi. Kamal jugak sayang abah sebenarnya”
Dan mataku banjir .
(menangis bukan kerana tiada redha atas pemergiannya tetapi kerana sifatku sebagai manusia)
- Ya Allah, masukkanlah kedua ibubapaku ke dalam syurgaMu yang tertinggi tanpa hisab
Kamal fnd hashim
Sunday, August 17, 2008
Saturday, August 16, 2008
tanpa makna
16 Ogos 2008
"Entah apa silapnya, udara Sabtumu berbeda dengan Sabtuku..atau apa ruang nafasmu yang menyempitkan dada? Lalu, bagaimana untuk berlapang dada? Mudah. Kau hirup sahaja nafasmu sedalam dalamnya dan beritahu kalbumu yang engkau ingin hidup jujur..kalau kau punya sebatas sahaja, tanam dan semai hingga jadi dua batas dan seterusnya..."
Ada ketikanya saya juga kecewa (khusus bila aku cuba menjadi manusia). Ada kalanya saya juga merasa hiba (khusus bila aku cuba menjadi seorang orang). Tapi, saya terus juga melangkah dan mengheret diri ke hadapan..tanpa sesal tanpa silu. Noktah.
Kalaulah masa dapat diterbalikkan, saya tetap akan melalui jalan yang sama ini. Bahkan barangkali lebih gagah kerana pengalaman mendewasakan dan mengajarku erti pengorbanan.
Bila bila ada yang lain mengatakan mereka mahu mati sahaja( daripada melalui kehidupan), maka saya akan bertanya,' adakah kau pasti? atau kau hanya tidak mahu hidup?'
Ini 2 dunia yang berbeza. Mahu mati? Ahh..jangan susah susah bagitahu dunia! Terjun atau tenggelamkan sahaja dirimu yang tidak mempunyai apa apa makna itu. Kan kau mahu mati? Perlu apa kau menyebut tentang dirimu lagi kepada sesiapa sahaja?
Cumanya kalau yang kau sebenarnya hanya tidak mahu hidup, makanya beritahu kepada seorang dua. Mudah mudahan kau akan mendapat bantuan dari mereka yang mengenalimu..
Entah apa sebabnya, kadangkala ramai daripada kita yang keliru dua perkara ini. Mahu mati atau sekadar tidak mahu hidup? Jurangnya bak langit dan dasar neraka. Mahu mati kerana kecewa, gagal dan ranap cinta misalnya? Eh, bukankah kau menghukum dirimu? Perlu apa kau melihat gagalmu sahaja? Atau kau memang suka yang lain tertawa?
Bangkit!Bangkit!! Lihat kelilingmu. Belum pernah sejarah manusia tiada hiba. Adam dan Hawa juga terfana, inikan pula kita manusia!! Yang penting, kau tetap berjuang dan mara. Bukannya menangis melihat kegagalanmu sahaja tetapi melangkah membawa semangat membara; bahawa kali ini atau seterusnya kau akan berjaya.
Tiada kejayaan tanpa usaha; yang cekal dan tabah sahaja yang berjaya.
(Lebih baik begitu kalaupun tanpa makna..)
kamal fnd hashim

Friday, August 15, 2008
Tamat Berkabung
15 Ogos 2008
Hari ini genap 30 hari saya tidak mencatat apa apa di blog ini. Tentu ramai yang bertanya kenapa? Mudah. Saya dapati dalam blog dan juga chatbox saya ramai yang bercakap soal politik.
Kalau nak bercakap soal politik, ini bukan tempatnya. Carilah blog blog lain. Blog ini soal harga nyawa manusia tak kira siapa. Saya muak dengar sembang politik. Saya muai dengar cakap cakap berdegar degar tu. Hapah tak jadi apa pun.
Jadi, ambil iktibar dan peringatan ini ya. Kenapa?
Ini soal prinsip. Sedang yang lain leka mempertahankan hujah dan perjuangan peribadinya (supaya tidak terbantut cita cita dan kepentingannya), saya masih juga bermandi keringat dan darah berseorangan dalam perjuangan menyelamatkan nyawa.
Zaman oh zaman..
Ramai yang berkobar kobar panjat tiang dan pokok memasang bendera, bercakap soal maruah bangsa, agama dan negara sedangkan dalam hatinya lain bicara. Semua nak jadi ketua dan juara. Dan adik adikku masih diratah tubuhnya oleh haiwan biadap terhadap bangsanya sendiri...
Kalaulah ada yang kuat dan tegap( memanjat pokok kelapa memasang bendera pilihanraya), di manakah dia semasa Nurin Jazmin Jazimin merintih diseksa? Kalaulah ada yang bijak laksana(bercakap konon mengangkat martabat ekonomi bangsa) dimanakah dia semasa si tua 73 tahun Asiah Pandak (masih lagi menoreh getah sepanjang hayatnya) dihempuk kepalanya seraya dirogol bunuh?
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Wednesday, July 16, 2008
Rabu yang mendung
16 Julai 2008
Hmm...pagi pagi lagi tel dah berdering (pukul 11 baru bangun sebenarnya dan bukak hp). Ada 9 je missed call dan 13 sms. Tengah mamai lagi dan dengar jelah pesanan sambil menguap (pastinya yang terlebar di setiap pagi!).
Perasan tak bahawa setiap kali kita menguap, mata kita pasti tertutup? Kenapa ya?Ha ha, barangkali kalau ada sesiapa yang prihatin, esok cuba menguap sambil buka mata. Lepas tu share pengalaman dengan saya ek?
Ahaks!
Apapun pagi ni (tengahari untuk anda) saya sedang membuat persiapan untuk ke Sarawak esok. Ada event pada Sabtu ini dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Sarawak dan Kementerian Perancangan dan Sumber Sarawak.
Bercakap tentang program secara bekerjasama ini, saya keliru bila ramai dakwa susah untuk mendapatkan kerjasama dengan mana mana pihak misalnya. Mungkin ada yang beranggapan, ahh untuk si kamal pasti senang kerana orang kenal dia! Ahaks! Takdelah!!
Saya pun kena hadir briefing, meeting, cordination meeting dan pelbagai tok nenek urusan yang lain. Saya pun kena naik turun tangga, menapak dan menunggu. Kadang kadang kejap, kadang kadang laaaaaaaammmmmmaaaaaaaaa menunggunya! Jadi kita serupa.....
Natijahnya, kalau kita tak berusaha dan berkorban, tentunya tak dapat apa yang kita mahukan dalam hidup. Yang inilah yang membezakan boys and men.
Sekadar renungan- berbanding jutaan benih yang keluar, hanya benih yang terkuat, terhebat dan terbaik sahaja akan dapat disenyawakan menjadi bayi. Pada masa itu, kita hanya ada ekor sahaja.
Bila dah jadi manusia(ada kaki, tangan, mata, hidung dan pancaindera yang lain) macamana kita boleh gagal?
Kamal Fnd Hashim

Tuesday, July 15, 2008
hari ini dalam sejarah
15 Julai 2008
MONOLOG 1
Semalam di Radio 24, berpusu pusu pemanggil kerana topik yang saya bawa adalah- perlu atau tidak sekatan jalanraya? Puhhhh, berkelip kelip lampu di talian dan Shima tak menang tangan menjawab! Macam macam versi ada walhal ada pemanggil yang kontra dengan kenyataannya sendiri!
Saya hanya memerhatikan bangsaku dengan reaksi mereka. Ada yang setuju, ada yang tidak. Ada pula yang setuju bersyarat! Eh, ada syarat pulak eh? Hmm...tak apalah.
Cumanya, ada yang nakal bercakap dengan emosi. Yang saya minta adalah rasio tapi yang kedengaran,kecuali satu dua, rata ratanya emo!
Dan ini membawa saya kepada perihal sejarah. Apakah kita terlalu santai sehingga terlupakan negara ini di bena atas darah dan keringat tok nenek kita? Atau adakah kita terlalu selesa hingga hal keselamatan perlu dilihat dengan kaca yang berbeda?
Tak kesahlah kalau nak mempunyai ideologi politik sekalipun. Cumanya, perlu lihat semua dengan akal yang tajam. (Barangkali ada yang terlupa saya juga termasuk di dalam orang orang yang terperangkap di dalam kesesakan itu).
Saya lihat pengulangan yang sama. Bila berlaku hal seperti ehwal keselamatan, masing masing akan mempunyai pendapat tersendiri. Tidak kolektif sebagaimana sepatutnya. Bila isu misalnya rogol, semua pakat bercakap itu dan ini. Bila reda isunya, semua diam tak terperi.
Tidakkah terdetik waima sebesar zarah sekalipun bahawa yang perlu kita duduk dan lihat adalah persamaan dan bukan perbezaan? Kenapa kita perlu apertheid (Afrikaan word; selective development) dalam penceritaan keselamatan?
Hmm..bangsaku bangsaku...
Teringat saya semalam juga lewat jam 1035pm, hantar sms kepada Dato' Noraini. Dah tabiat saya bila ada ruang waktu, akan cuba bertanya khabar menerusi sms kepada ramai. Hajat hati sekadar bertanya khabar dan reaksi. Kebetulan dia baru balik dari parlimen. Penat giler katanya seharian di Parlimen. (yang giler tu saya tambah untuk sedapkan cerita sahaja. Maaf D Noraini ek?)
Lalu saya hantarkan sms kepadanya- Penat dan lelah itu adalah makanan pejuang bangsa sementara khianat dan helah makan petualang bangsa.
MONOLOG 2
Hari ini pasti akan jadi sejarah. Kenapa? Iyalah. Bila masa berlalu dan matahari melabuhkan tirai siang seraya menyingkap langsir malam, pasti hari ini akan jadi sejarah. Kan sejarah itu peristiwa semalam?
Barangkali hari esok, kita bakal menghirup udara yang sama; bugar dalam angan angan atau angau yang dalam bagi sesetengah dari kita. Cumanya, kita terlupa - setiap nafas yang kita tarik sekarang hanya mendekatkan kita kepada nafas terakhir; percuma.
Dan hari ini, mataku terpandang Pandian di restoran bawah ofis ini. Ceria kalaupun dalam rindu yang teramat kepada anaknya yang sudah 7 tahun tidak dijumpai. Kerana apa? Dia sedang cuba mengiyakan kehidupan anaknya yang nun di India.( Barangkali supaya sejarah hidup anaknya tidak sekelam dirinya)...
Nah, cuba kalian lihat betapa besar pengorbanan seperti itu. Namun, setiap pengorbanan sebenarnya memerlukan kesanggupan yang tinggi. Dan selalu saya terapkan kepada massa; bukan usaha yang menjanjikan kejayaan tetapi berapa jauh pengorbanan yang sanggup dilakukan.
Cuba sekali lagi kalian menoleh ke dalam diri sendiri. Adakah semalammu buruk dan busuk atau semalammu penuh nikmat? Kalau iya, apa salahnya memperpanjangkan nikmat itu kepada yang lain?
Bila malam ini kita menutup kelopak mata, apa janjinya esok ia pasti terbuka?
(Berusahalah untuk mencatatkan sejarah. Bukan untuk mencacatkan sejarah.)

Sunday, July 13, 2008
Di mana dirimu yang sebenar?
Sabtu 11 Julai
10.55am
Lokasi: Dewan Syarahan Kolej Seroja, UiTM Shah Alam
Butir:Ceramah Pembangunan Jatidiri untuk student Diploma.
Meletak kereta di porch, kaki saya terus melangkah. Di sambut 2 petugas yang bertugas (?), saya terus menghulurkan CD track lagu pembukaan sessi saya. Kedua duanya nampak sedikit cemas tapi mengangguk seraya khusyuk dengan 'arahan' saya. Tapi biasalah..sayakan veteran. Jadinya saya ulang semula set piece untuk mereka berdua memahaminya.(kalaupun sebenarnya hanya seorang diperlukan, tapi ini fail-safe SOP untuk saya).
11.00am
Penceramah sebelum saya masih beraksi di pentas. Kelihatan ada peserta yang bercakap cakap sesama sendiri, ada yang lentuk, ada yang tak ambil pot. Saya akses keadaan sekeliling dan 'membaca' atmosfera (ahaks!) dewan tersebut. Hairan. Penceramahnya bagus tetapi audience (khusus yang belakang belakang) buat hal sendiri sahaja.
11.05am
Saya beritahu penganjur, tolong maklumkan kepada Dato' penceramah bahawa masanya telah tamat. Saya diminta berkongsi my two cents worth of opinion dari jam 11 ke 1. Jadi, saya masih berada di perkarangan tingkat 1, luar dewan. Dan saya bilang saya perlu ke tempat lain selepas jam 1; Selatan dan Utara.
11.08am
Penceramahnya menamatkan sessi dan kami bertemu di luar. Dato tersenyum melihat saya dan saya terus beritahu saya yang minta penganjur memberi notis tamat kepadanya. Mujur dia tak minta Kenyataan Bersumpah! Ha ha ha..Bukan apa, saya hanya cuba menyelamatkan maruah penganjur dan supaya mereka tidak kekok.
11.10am
Yang Amat Berbahaya mulakan sessinya hingga tamat jam 1.10 pm(Sessi jemputannyakan sessi 120 minit).
Sebenarnya nukilan di atas adalah inti kesah kali ini. Acapkali saya sengaja meletakkan diri dan keburukan sangka ramai pihak demi pihak lain. Saya tak kesahpun mengakui bahawa sebenarnya saya yang salah, silap, kureng sedangkan sebenarnya pihak lain yang tersilap. Kenapa?
Entah.
Tapi, bukankah itu yang terkadang terpaksa kita lakukan? Cuba renung kembali saat orang lain mencipta kesalahan; saudara, kekasih, ibu, bapa, taulan etc. yang terpaksa kita tanggungkan demi mereka. Apakala ini berlaku, kenapa lancang sahaja kita sanggup berada di posisi bahaya itu?
Nah. Barangkali sebagai manusia, ini bukan kali pertama kita mengakui dan bertanggungjawab untuk kesalahan, kealpaan, khilaf orang lain. (Barangkali sudah wajib kita semua dianugerah-kan pingat emas olimpik kalau ada katogeri "Cover Line Of The Year Award" ya?)
Tetapi juga, di manakah batasannya antara mengorbankan diri dan menipu? Inilah dilemanya. Mahu menyelamat maruah atau cover line?
Adakala kita mengakui kesalahan orang lain bertujuan menghilangkan aib mereka; supaya kita dipersalahkan. Lebih tepat lagi, supaya kononnya kesalahan itu angkara kita. Asasnya; sayang.Dibuat untuk memelihara aman serta maruah dan juga menamatkan krisis serta merta.
Cumanya, ia konsep yang sedikit lacur kalau kita melakukan perkara yang sama untuk melindungi rakan subahat darihal perkara yang terang gelapnya.(baca= sudah nyata buruk) Contohnya; rakan yang ponteng kerja dan rajin mengular.(aku tidak bercakap tentang dirimu wahai pembaca!! (kalaupun ia sudah menjadi kelazimanmu) )..Asasnya; kawan.
Dan lebih busuk lagi malah porno kalau kalau kita melakukannya kerana hanya ingin menyebabkan supaya kebenaran sesuatu perkara itu terkambu dalam pengap yang palsu. Contohnya; menidakkan perkara yang hak dan mengiyakan perkara yang batil.Asasnya; sentimen.
Hanya kerana itu, ramai yang terpesong dalam nyata. Barangkali itu lebih mulia?
Entah.
Di mana dirimu yang sebenar ya? Apakah kita masih hilang dan sesat? Apakah kita masih bersepah mencarinya? Apakah kita masih tenggelam punca?Atau kita masih biasa biasa sahaja? Tepuk dada tanya selera.
aku masih seperti dahulu.

Friday, July 11, 2008
"Berbulu"
12.30pm
(Hari ini jumaat lagi. Dan hati ini masih merindui..)
Hi, you all. Maaf kerana lama tak menulis. Sebenarnya, ada hajat nak menukilkan sesuatu tetapi masanya tak ada. Akhirnya, hari ni baru berkesempatan mencoret sesuatu.
Ah, masa berlalu begitu pantas. Semalam berada di Seremban. Berkongsi pentas bersama Angkasawan Negara, Prof Izzi dalam Forum Perdana. Yang kelakarnya, semasa tiba di Tol Senawang, sdr Azman ada menyambut kami. Bila tiba di sebuah rumah di Taman apa-ke-nama-nya, Tuanrumah dan hadirin menyambut kedatangan Dr Sheikh sahaja! Terkulat kulat lah saya di luar!!
Memungut diri sendiri dan melangkah masuk ke halaman rumah itu, saya masih sendiri. Di hati terdetik juga samada perlu hadir di situ atau tidak. Tapi, saya (seperti biasa tanpa rasa aib) terus duduk. Sempat juga bersalaman dengan mereka yang sebenarnya menoleh ke arah lain semasa berjabat. Barangkali trend baru...
Selepas makan, saya duduk dan menghirup air oren yang disediakan. Berbual kecil dengan Dr Sheikh. Cukup masa kamipun mahu beredar ke tapak forum. Tiba tiba isteri tuanrumah mencelah dan bertanya kepada saya ,' mana penceramah 2 orang lagi?".
Hendak ketawa pun ada! Ahaks!! Saya tersenyum dan memaklumkan bahawa saya adalah salah seorang daripadanya sementara Prof Izzi dalam perjalanan. Dan dia pula terkulat kulat!! he he he!!! Puas makcik tu minta maaf dan saya masih tersenyum!!
Bukan penghormatan yang saya inginkan sebenarnya bila membuat coretan di atas. Apa yang ingin saya utarakan adalah perihal sikap setengah daripada kita. Saya tak jakipun bilamana tidak disambut. Tak kesah pun kalau orang kenal atau tidak. Tetapi, ada di antara kita yang akan merasa 'berbulu' bila dia tidak mendapat perhatian sewajarnya.
Sebenarnya, tak perlu rasa sakit hati. Barangkali kita merasa demikian (berbulu) kerana kita merasakan diri kita besar konon. Sombong!!Kalau kita percaya apa yang kita lakukan selama ini adalah penting, kita perlu mengenepikan angkuh dan riak dalam dada.
Bila melakukan satu kerja, kuncinya ikhlas. Sesungguhnya,sebagai aktivis, banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Antaranya tidak mengharapkan apa apa seperti pangkat, darjat, pingat itu dan ini waima penghormatan orang bila menghadiri sesuatu majlis.
Kalau saya, kamal affandi hashim, boleh tidak merasa apa apa bila diperbuat sedemikian, kenapa pula anda mahu merasa geram dan marah bila diperlakukan sedemikian kepada anda bilamana mengharungi hari hari anda? ( Cuma saya akan sedikt marah bilamana orang meletak darjat ilmu di telapak kai mereka.)
Saya dah 13 tahun dalam bidang saya dan satu sijil haprak pun tak ada tetapi saya masih meneruskan perjuangan ini.
Kenapa? Kerana tanpa pangkat, darjat, harta dan ilmu yang diperpinjamkanNya, barangkali kita tiada apa apa.

Subscribe to:
Posts (Atom)
i feel your pain
audrey & nurul hanis