Thursday, June 12, 2008

Ketawa dalam takwa

1230 pm

Sampai di pejabat. Datang lambat kerana ada urusan yang lain. Sepatutnya pagi ini ada rakaman RTM tapi mereka tak dapat cari pej ini. Jadinya mereka maklumkan nak minta tangguh hari Isnin nanti. Ok la tu.

Bukak sahaja blog, nampak komen qul dalam chatbox.

"tadi dpt eml pasal ragut. giler tul kat petrol pam lak tu. selamba je ragut bag pompuan tu. yg lain leh pandang je!! nape ek masyarakat kita mcm tu??..

dah hilang ke masyarakat penyayang yg selalu diagung2 kan kat tv, radio, media cetak??..dah cukup prihatin ke? salah sape nie en kamal?..kita sendiri ke?"

Saya tertarik dengan apa yang diperkatakan perihal 2 dimensi yang berbeza. Yang pertama, ehwal penonton setia bagi setiap kecemasan, kemalangan dan keselamatan yang berlaku kepada orang lain. Kenapa keadaan jadi begitu? Mudah. Tragedi bagi seseorang adalah komedi bagi orang lain.

Bila orang lain terjatuh kerana terpijak kulit pisang..BERDEBUK!!..kita akan tertawa,kan?
Bila orang lain ice skate dan terjatuh terlentang, kita jugak pasti gelak.
Bila orang lain tiba tiba terkentut, lagi sakan le kita ketawa!!!

Anehnya, bila kita pula berada di tempat mereka, kita juga ketawa! Cuma motifnya berbeda. Dia tadi ditertawakan dan kita pula ketawa kerana mahu lindung malu!

Nah, esok esok bila ada yang jatuh bagai nangka busuk di depan kita, jangan hanya setakat ketawa. Sambil ketawa itu, berjalan ke arahnya dan bantu. Kenapa tak perlu berhenti ketawa? Kerana di dalam ketawamu itu terdapat redhamu dan di dalam bantuanmu terdapat redhanya.


5 comments:

laili said...

Hi Tuan Kamal,
KETAWA DALAM TAKWA...EMMM.
Sebut pasal jatuh bagai nangka busuk, saya teringat seorang minah ni jatuh "berdebuk" depan "kawan-kawan baik" dia..kawannya setakat memandang dan hahaha (ketawa)tak bantu langsung..saya terus ke arahnya & bantu.Bukan nak bagitau yg saya ni "hero" tapi rasa kesal sesangat-kawan ketawa ramai tapi kawan berduka ZERO,tak ada kawan di sisi.

Anonymous said...

Resmi manusia laili. Bila susah, semua akan jarakkan diri.Bila senang, ramai mengaku sahabat sejati.

Anonymous said...

Salam,
Ramai pelawat ye… he..he..
Saya berbangga dengan En. Kamal ni kerana sanggup bersusah payah berkempen untuk memerangi jenayah di Malaysia ni terutama pada kanak-kanak. Hakikatnya di Malaysia ni ibubapa sendiri seolah-olah tak perihatin langsung tentang keselamatan anak sendiri. Saya tak kata semua tapi kebanyakannya. Kenapa saya kata begitu ?? . Pernahkah saudara melihat kanak2 ini dibiarkan tinggal sendirian dirumah dengan alasan “anak saya dah besar cik bedah…dah pandai masak nasi pon… kalau nak upah orang jaga dah beratus-ratus..kang astro saya sapa nak bayar..tak dapat ler pulak nangis-nangis tengok AF” ataupun..” anak saya dah besar cik joyah… saya dulu besar tu dah boleh jaga adik-adik, mak pergi toreh getah. Nak hantar nursery mahal sangat, kang miss pulak nak bayar Honda Accord baru saya tu.” . Ataupun “tak pe la…sekejap je dia duk rumah tu. Lepas tu nak pergi sekolah agama pulak.. kalau ambil pembantu rumah kang dah beribu… hujung tahun ni saya ni melancong ke Somalia.. tak cukup duit pulak nak bayar duit tiket.”

Ibubapa juga sanggup membiarkan kanak2 ini berjalan kaki untuk ke sekolah dengan alasan yuran bas sekolah mahal. Tak ke mereka terfikir dengan membiarkan anak2 ini berjalan sendirian mendedahkan diri mereka dalam bahaya. Bukan setakat diculik tapi mereka ini terdedah dengan kemalangan jalanraya.

Saya faham kalau ibubapa mereka orang susah dan kurang berkemampuan tapi masalahnya mereka ni dari golongan pertengahan yang ‘teringin’ menjadi kelas atasan…

Adakah undang-undang Negara kita terlalu longgar dan menidakkan hak anak2 kecil ini dalam menjamin keselamatan mereka ??.

Anonymous said...

Yatie,

Masalah kita yang sebenarnya adalah kita selalu menyangka bahawa yang akan jadi mangsa ialah anak orang lain sahaja.

Maklumlah, kita tak berdosa, kita keturunan baik baik. Yang jadi mangsa ialah yang makbapak buat dosa dan sebagai kifarah dosanya, anak yang tanggung! Adake???

Dan barangkali anak satu beban..

nurdaniella said...

hai, adakalanya sedih juga melihat masyarakat kita seolah-olah sudah hilang kemelayuannya... bukankah melayu dulu tinggi budi bahasanya, tutur katanya beralas dan semangat setiakawan yang tinggi..kini, semuanya seolah-olah hilang, pergi bersama tiupan angin.. zaman sekarang zaman duit, ada duit semuanya boleh di beli... kadangkala, duit lebih penting dari darah daging sendiri padahal anak-anak itu amanah Allah.. sepatutnya mereka yang lebih diutamakan dari segalanya...

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis