Monday, May 24, 2010

cerminan mata

1.Memang ia nampak nyata dari sesiapa (akan perasaan yang diwakilinya). Adakalanya, ianya tidaklah berapa kabur kalaupun cuba ditutup. Bahkan!! Tetapi bagi yang terlatih, tengok sahaja dah tahu jawapannya. Dan acapkali dilagukan perihalnya-MATA.

2. Ada masanya, melihat seseorang samada secara hadapan atau maya, nampak jelas karenah tuanpunya diri dan perasaannya. Ada pula yang
sarat dengan kepalsuan sementara tak kurang pula yang penuh dengan kelampauan! Ada pula dengan keletihan untuk meneruskan kehidupan. Ada orang, pada hemat saya, dirinya penuh dengan kebencian. Lihat matanya ketika dia sedang berkata kata dan kita tahu ianya penuh dendam kesumat..maung!

3. Yang lebih dahsyat bilamana dia gagal memisahkan 2 perkara;
kecenderungan peribadi dan pandangan profesional. Bayangkan kalau ini terjadi- memarahi dan mengasari si polan yang enggan memberikan ruang untuk kereta kita mencelah setelah memotong kiri-siap tunjuk jari-maki hamun-cucuk bontot (kereta)-dan BAMMM!!kemalangan jadinya kita. Dibawa ke hospital-parah cederanya-perlu pembedahan sertamerta-dan sekonyong konyong- SI POLAN TADI doktor bedahnya!!Aha!Padan muka!

4. Demikian juga si palsu yang sentiasa memandang tanpa ketulenan. Melihat kilas matanya, kita tahu akan niat yang terpasang itu bedanya melangkau tingginya sendiri.
Hadapan menyokong dan belakang menikam! Bayangkan kalau ini pula terjadi- dek selalu sangat berpura sehingga ianya menjadi kezaliman yang bertakung dalam dada-tiba tiba ditunjuk Tuhan akan kuasanya-terbongkar selama ini rupanya peminat dusta yang setia!Mana nak sorok muka!!!

5. Dan si polan yang
obes dengan obsesnya. Dalam ilmu psikologi, ianya digelar obsessive compulsive disorder. Banyak pihak yang mengadu dirinya ada stalker. Bahkan sehingga yang sama jantina pulak tu pun ada! Ahh Ahh!! Melihat matanya, ikut cerita tuanpunya diri, habis digondolnya segenap ruang (space) menjadi miliknya. Cuma dia tidak tahu bahawa perangainya itu persis penjenayah predator yang lain; demi kepuasan dirinya samada secara seksual fizikal atau rogolan mental!

6. Cuba lihat matamu dan tafsirkan sendiri. Lihat samada terdapat kehidupan atau hanya kemusnahan di dalamnya. Jangan terkejut! Barangkali sebab mata mencerminkan segalanya maka kau juga berusaha melindungnya dengan memakai cermin mata hitammu?Barangkali juga!!


kamal fnd hashim

Monday, May 3, 2010

Fallacy

1. Kepada sesiapa yang gemar melatah, tulisan ini pasti menyinggung. Maklumlah, bilamana kenyataan itu berbeza dengan pendirian tertentu, maka sudah tentulah ianya menyinggung. Yang jadi parah adalah kerana saya bukan orang politik. Maka sudah tentu dilihat sebagai lebih ganjil!

2. Acapkali saya lihat dayus yang sama berlaku; manipulasi, spekulasi dan fallacy
seperti False Attribution digunakan dalam menegakkan benang yang basah. Yang menjadi masalah, adakah kita sebenarnya berminat menyelesaikan isu atau sengaja melengahkan supaya ianya boleh mendatangkan kepentingan kepada kita?

3. Kematian aminulrasyid memperlihatkan kejanggalan ini. Peguam, ya, peguam memberikan kenyataan- kes ini clear cut. Kita mesti dakwa polis- semasa siasatan belum pun lengkap! Laa!!Saya pun turut keliru sama ada mereka ini benar benar peguam atau tidak kerana peguam yang sebenar yakni yang mendukung prinsip keadilan jenayah pasti tahu kenyataan ini berat sebelah dan sedikit nakal!

Biarlah insiden ini disiasat dengan teliti tanpa kita memperlihatkan ketidakmatangan kita yang mengambil kesempatan dari keadaan untuk melunaskan hajat peribadi. Jangan juga menangguk di air keroh. Lebih daripada itu, ada pula yang menuntut supaya Ketua Polis Negara letak jawatan! Pelik!!

Eh, kalau ikut simple logik macam itu, Presiden Majlis Peguam juga perlu meletak jawatan kerana ternyata pernah ada peguam yang melakukan pecah amanah duit anak guamnya, CEO TNB juga perlu letak jawatan kerana sebelum ini orang potong api kat rumah dan ikan kita jadi busuk!

Dan kalau ikut nafas logik yang sama, Presiden Majlis Peguam perlu meletak jawatan kerana peguam seperti ini memberikan kenyataan yang berat sebelah dan memalukan profesyen guaman, Bos Proton juga patut meletak jawatan kerana insiden melibatkan kereta jenis ini, Dato' Bandar Shah Alam juga perlu meletak jawatan kerana MBSA membenarkan restoran dibuka 24jam!!Dan inilah masalahnya bila bercakap ikut sedap mulut tanpa mahu bersangka baik, kan?

4. Hairan saya! Semua orang tahu saya neutral dan tidak punya apa apa kepentingan dan ini teguran saya atas prinsip without fear or favour. Benarkanlah siasatan dibuat dengan lengkap, tertib dan tartil. Bagi saya, yang penting adalah kebenaran. Kemana perginya pertimbangan yang jujur sehingga kita terpaksa curang mengambil kesempatan atas kehilangan seseorang?Atau, apakah nyawa adik itu begitu murah sehingga ada pihak yang, tanpa silu,tergamak melacurkan kematiannya?

Tepuk dada, tanya selera.

kamal fnd hashim

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis