Monday, December 20, 2010

spy baba!

1. ada seorang peminat ruang diskusi menggelar saya ngok. Ceritanya bermula bila si polan menggunakan bahasa yang berbentuk penghinaan terhadap satu kumpulan ini. Maka saya buat petisyen untuk pertimbangan pentadbir laman supaya tindakan termasuk undang undang dapat di ambil terhadapnya.

2. Tidak puas dengan itu, si polan memanjangkan snapshot screen ruang tadi kepada BPA, JPM kerana kononnya dia teraniaya. Saya juga menyokong usaha itu supaya kebenaran dapat ditegakkan. Dia, yang merahsiakan identitinya, juga mencabar saya dengan pelbagai bahasa dan gelaran dan saya tetap cool.

3. Cuma dia tak tahu bahawa sepandai pandai tupai melompat, dushhhh!!!, akhirnya ke tanah jua tersembamnya. Dan tak perlu CIA atau FBI pun kerana dengan ketelitian ejen Spy Baba, yakni ejen awam tahap James Bond wajahnya dapat kutatap dan kutahu empunya baling batu sembunyi tangan tu!

4. Dan dia sehingga saat ini si polan terus membisu! Terimakasih kepada spy baba. Siapa? SPY BABA!!!Ahaks!!


Kamal FND Hashim

Friday, December 3, 2010

Kench!!

JIKA ADA NAMA ATAU TEMPAT YANG DISEBUT DALAM KISAH INI ADA PERSAMAAN DENGAN NAMA SESEORANG ATAU SESUATU TEMPAT , IANYA ADALAH SECARA KEBETULAN SAHAJA DAN TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU MASIH MATI.

1. Semalam seorang kenalan nama
Soffyan Dumex(bukan nama sebenar) tel. Katanya dia kena KENCH!!FUYOO!! Dia berbincang dengan satu pihak yakni dari Columbia Asia (bukan nama sebenar) untuk mengadakan acara bengkel keselamatan wanita dengan melibatkan kamal affandi (bukan nama sebenar). Dan sepertimana dalam satu janji perniagaan, dimeterai dengan janji bahawa pihaknya akan dapat menjalankan perniagaan dengan tempat itu.

2. Selesai acara dengan jayanya, beberapa purnama kemudian Soffyan Dumex pun bertemu semula dengan pihak Columbia Asia itu untuk menuntut janji. Tapi, lain yang jadinya!!Mereka dakwa takde janji janji pun dengan Soffyan Dumex kita tadi! Loponglah Soffyan!!! Hangin satu badannnya!!!

3. Dan senak ini saya pun lalui. Baru baru ni ada pihak yang bertindak bagi pihak JPAM Johor, tel kata nak buat acara ahad 5 Disember 2010. Saya pun berusahalah mengubah acara lain semata mata nak memenuhi tuntutan masa walaupun dua acara lain itu di Lembah Klang. Tup Tup KENCH!!!Katanya, Pengarah JPAM kata dah penuh jadual. Eh, dia yang jemput kita ke kita yang suruh dia jemput kita?

4. Dan seronok baca spekulasi tentang pelbagai hal. Ada yang tergamak kutuk berapi tanpa tahu hujung pangkal!!Ada yang kata si polan si polan KENCH!!!Saya yang tahu hujung dan arif pangkal tetapi diam ini terhibur dengan keletah si pengutuk. Begini, kalau nak jadi pencacai (seperti saya), dapatkan fakta sebelum berani bercakap atau menulis sesuatu. Jika tidak, sendiri malu bilamana kebatilan kita lebih menonjol daripada kejujuran orang itu! Ahaks!!

Yang best tu, antara pengutuk2 ini kutuk sampai 7 keturunan pun takkan abis makan!! Aleh aleh hujung tu suruh si polan sasarannya bertaubat! Eh, nasihat agama rupanya!! tapi kenapa bahasanya itu kasar dan disampai tak macam tuntutan agama?Sapa KENCH sapa nih?

kamal fnd hashim

Tuesday, November 2, 2010

Keliru

Ada yang menasihatkan supaya berpegang kepada agama untuk mengelak seseorang menjadi penjenayah. Satu nasihat yang baik, benar bahkan tiada kompromi terhadapnya. Ironi kenyataan itu adalah kesemua yang sahih seorang penjenayah di tanahair khabarnya mempunyai agama. Belum ada yang atheis menjadi penjenayah!

Pasti ada yang terfikir (ataupun belum), kalau begitu keadaannya bahawa keseluruhan banduan itu mempunyai dan menganuti agama, apa ceritanya ya? Hmm..

Pada hemat saya, tidak perlu terlanjur berfikir. Memang mereka ada agama tetapi bedanya adalah hidayat. Dan kita juga cuma senang mencemuh daripada mendoakan orang yang belum mendapat hidayat. Kita lebih selesa menjuih bibir daripada mahu berusaha mengubah nasib mereka. Bahkan, barangkali kita juga menikmati saat saat itu!

Yang demikian kata pendeta- lihat sahaja hatimu dan duduknya. Ya, benar mereka sering terlupa tetapi kita pula sengaja melupakan hak mereka ke atas kita. Maka siapakah yang lebih kejam pada detik itu? Orang yang tidak berpengetahuan atau orang yang berpengetahuan tetapi tiada juga membawa manfaat samada atasnya atau yang lain?

Kata bijakpandai, biar ilmu sedikit tetapi amalnya konsisten daripada ilmu banyak tetapi amalnya mengikut tempat, masa dan keadaan. Dan Al-Furqan- berpesanlah dengan kebenaran..

Justeru, faedah nasihat itu akan jadi lebih molek bila kita perpanjangkan seraya mendoakan hati hati yang kelam dan tenggelam. Tak gitu?

kamal fnd hashim

Tuesday, October 26, 2010

remeh

Ada yang kurang faham dengan penjelasan saya berhubung perkara2 yang dilapor di akhbar mahupun tv. Bila saya kaji semula, ini kerana petikan ayat saya diambil di luar konteks serta bacaan falsafah yang berbeza. Misalnya-Pornografi dan video lucah bukan penyebab jenayah seksual-.

Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim menyatakan bahawa jenayah salah laku seks tidak ada kena mengena dengan internet dan hiburan yang dipaparkan media, sebaliknya terjadi kerana pilihan pelaku jenayah atas sebab tertentu.

"Pihak yang mendakwa salah laku seks berlaku kerana hiburan yang dipaparkan media dan capaian internet tanpa sekatan adalah pihak yang enggan mengaku kesilapan sendiri. Dalam hal ini, ibubapa memainkan peranan untuk mendidik serta memberi penerangan mengenai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara kepada anak." - Petikan Berita Harian 03.07.2010

Katak bawah tempurung, kenyataan bodoh, bangang dan banyak lagi komen2 pembaca dalam laman sosial dan forum. Tak seorang gamaknya mahu bertanya maksud kenyataan itu.

Soalannya, adakah pisau ada kena mengena dengan pembunuhan? atau motorsikal kena mengena dengan kemalangan jalanraya? pisau dan motorsikal itu statik. Yang menjadikannya berbahaya adalah apabila seorang manusia yang berada di hujung atau atasnya MEMILIH menjadikannya berbahaya!

Kenyataan saya itu rupanya membuat ramai yang keliru dan celaru. Begini, bila kita terjatuh kerana terpijak kulit pisang, kenapa mencari dan mencela yang membuangnya? kerana kita tidak mahu cuba terima kesalahan kita yang berjalan sambil bercakap telefon dan gagal memberi perhatian,kan?

Bila kemalangan jalanraya, kenapa kita marahkan kereta yang keluar memotong tanpa memberikan lampu isyarat itu? bukankah kita juga begitu? Dan kita juga tadinya memandu dengan laju! Bagaimana mungkin ibubapa 'terpaksa' menjaga anaknya. Bukankah itu amanah untukmu?

Dengan kata lain, pandangan saya, kita cuba lari dari tanggungjawab sebenar bilamana mencari alasan bagi mengelak memikulnya! Kalau porno itu ketahuan bahaya, kenapa kita juga yang berkobar kobar forwardkan pada kawan kawan bahkan menontonnya? repot pada pihak berkuasa? Eh, pernahkah kita??

Inti ceritanya, dari zaman tok adam kita rupanya hanya cuba mencari dan mengalehkan perhatian kepada remeh yang nyata. Barangkali kita langsung tidak berhasrat menyelesaikan masalah. Sebaliknya, kita lebih selesa menjadi sebahagian darinya.

kamal fnd hashim


Wednesday, October 6, 2010

Cekal

Sekadar renungan buat sahabat2ku semua apa yang sedang kufikirkan sekarang. Barangkali terdapat sedikit manfaat yang dapat kau pelajari buat bekal dalam hidupmu.

Ada yang beranggapan segalanya mudah untukku. Dikenali dan pasti dapat apa yang kuhajati kalau kumemohon apa apa sahaja. Percayalah, kalau ada kebaikanku itu, kalaulah ada, ia tidak mendatangkan apa apa manfaat sekali pun kepadaku sebenarnya. Seperti orang lain, aku juga perlu melalui proses dan tatacara yang sama. Dan permohonanku juga tidak berjaya bahkan!

Cuma beza kita, dirimu dalam hampa mula tertanya tanya apakah pengorbananmu selama ini tidak membawa sebarang makna sementara aku pula, kalau kalau terpaksa melaluinya lagi dalam hidup ini dan habuannya gagal yang serupa, tetap kulakukan sumbangan kerdilku kepada agama, bangsa dan negara tercinta dengan cara yang sama; tanpa cacat cela.

Anak bangsa perlu besar jiwa kalaupun terpaksa menderita kecewa kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.

kamal fnd hashim

Monday, September 13, 2010

kosong

Kadangkala sedih berbaur hampa bilamana atas khilaf yang lain, kita terpaksa menanggungnya. Dan yang lebih perit bilamana kita juga yang akhirnya terpaksa merendam rasa menjeruk jiwa..

Hanya sahaja masa akan menentukan segalanya..barangkali. Pun begitu, acapkali yang utama adalah semangat dan kekuatan melaluinya. Dan keupayaan inilah yang sukar digapai. Justeru, bagaimana untuk terus kuat bila melalui ujian getir?

Kenanglah masa indah yang pernah dihabiskan bersama. Kenanglah detik itu. Kemudian, tarik nafasmu dan lihatlah hadapanmu dengan mata objektifmu. Bahawa sesungguhnya yang tersangka salah puncanya bukan dia. Sepertimana dirimu, dia juga menjadi mangsa keadaan.

Bahkan kosongmu dan kosongnya barangkali serupa nisbahnya.Nah, kalau dia juga senasib sepertimu, kenapa tidak lalui getir itu bersama?

kamal fnd hashim

Saturday, September 4, 2010

25 ramadhan@13 jan 1998

Hanya doa dapat dipanjangkan buat abah! Itu sahaja yang mampu kulakukan!

Dan setiap kali di penghujung Ramadhan, kalaupun tubuh ini sasa, aku tak mampu menahan terjunan deras airmata rindu buatmu abah. Hanya sahaja kalau beratus kali aku akan menulis pengalaman ini, aku tetap rindu padamu..

Dan aku juga terbayang sengsara emak. Suami dan rayanya barangkali hanya pada nama..Bagaimana mungkin tubuh kerdil itu berdaya menahan asakan perasaan nan kosong itu, hanya Tuhan yang tahu..

Kamal fnd Hashim

p/s

Barangkali ada juga yang masih memiliki orang tua tetapi sengaja melupakan kedua duanya..Barangkali ada juga yang masih hidup salah seorang darinya tetapi sengaja dipadamkannya pertalian itu.

Barangkali kau belum kenal apa itu rindu ..(bila nanti mereka tiada)..barangkali kau belum teringat asal usulmu.


Monday, August 23, 2010

tragedi atau tergedik?

1. Ada lagi korban seperti ini. Barangkali tidak sah raya kalau tidak ada yang putus jari, cedera parah malah mati.

2. Kalau begitu, barangkali juga kita sangat memerlukan 'hiburan' seperti ini? Eh? Hiburan?!! Masakan tidak bilamana berpuluh puluh tahun ianya telahpun berlaku dan kita masih lagi menjadi pelanggan kepada peniaga mercun, kan? Dah berzaman masalah ini dan sekali pun tidak pernah kita terfikir untuk memberi maklumat supaya penjualnya tertangkap, kan? Atau selemah lemahnya, belum sekalipun kita mengagalkan niat kita untuk membelinya, kan?

3. Lantas apabila adik itu mati akibat letupan stok mercun tersebut, bukankah kita juga turut sama membunuhnya? Dan tergamak kita mengatakan ianya tragedi? GEDIK!

kamal fnd hashim

Monday, August 16, 2010

The Malayan Emergency

Sempat tonton doku The Malayan Emergency di History Channel? Jika tak sempat, saya sarankan tontonlah doku yang dikira Skim Wajib Tonton ini! Lagipun ini kan bulan kemerdekaan. Maka ada baiknya kalau kita mengetahui asal usul dan sejarah tanahair kita sendiri kalaupun sedikit.

Ya, saya pernah menulis tentang propaganda Komunis , pakar psy-ops CC Too dan perjuangan anak bangsa yang lain. Dan tatkala menonton doku seperti ini, bulu roma saya pasti meremang dan kadangkala hati juga sentap sendu. Kenapa? kerana anak anak kerdil ini, kalau berselisih bahu dengan kita pun, entah kita kenal entahkan tidak!

Katakanlah satu pakcik, apek atau ayya yang datang kat kita dan nak tanya sesuatu. Kita pulak memang alergik dengan senior citizen dan layanpun kerana terpaksa. Acuh tak acuh je kita jawab sambil jari kita sibuk balas sms ataupun layan FB. Agaknya, macamana roman wajah kita kalau tiba tiba pakcik, apek atau ayya tadi dengan lembut cakap," Nak, salah ke pengorbanan saya sampai macamni awak balas?"

Nah, kalau bimbang itu terjadi, serbulah pameran kemerdekaan di Muzium Negara mulai esok.Barangkali banyak yang kita boleh pelajari. Atau sempena bulan merdeka ini, carilah mereka dan jabat tangannya seraya mengucapkan terimakasih kepada wira tak dicanang ini.

Ya benar sayapun ada buat doku seumpama The Malayan Emergency dan telah pun lama siap. Judulnya Kasa Merah, Si Saka Biru. Finas, yang buat doku kualiti antarabangsa seperti dgn History Channel atau AETN All Asia kata ok dan tiada masalah samada teknikal dsbgnya. Responden yang menonton pun kata meleleh airmata. Wakil PDRM yang tonton pun kata inilah dia. Tapi nak buat camana coz panel penilai RTM tak setuju dengan pendapat2 ini. Kata mereka-opening tak sesuai, jalan cerita berterabur, idea ada tapi treatment tak menarik, suara latar macam kisah seram..

Tapi kenapa 3 orang panel penilai itu pun tak pernah pulak hasilkan doku seumpama itu sepanjang karier mereka ya? Dan doku Mansor Puteh pasal Tunku Abdul Rahman mereka yakni panel ini luluskan pulak walhal..tak apa lah..no komen! Mungkin kerana kasta perjuangan yang berbeza kot?

Tak kisahlah siar tak siar. Bukan RTM nak kena bayarpun.Yang mustahaknya, sempena bulan kemerdekaan ini, tanyalah sendiri diri kita. Apakah dengan mengibar bendera maka itu sahaja tanda patriotik? Atau kisah pemimpin sahaja itu yang dinama sejarah? cerita anak bangsa yang gugur mempertahannya dikira tiada apa apa?

Jawapannya barangkali seperti saya katakan tadi. Sementara kerajaan berusaha mengingati pengorbanan si anak bangsa, kita beriya-iya memadamkannya kerana bagi sesetengah daripada kita apalah sangat sumbangan mereka itu pada sejarah negara? Apalah sangat istimewanya pejuang2 kerdil itu sehingga kita perlu mengangkat kisah mereka, ya?

Atau kerana kita sendiri tidak mampu menandingi mereka dan cara yang terbaik untuk menutup malu itu adalah melenyapkan usaha mereka yang terdahulu?

kamal fnd hashim

Wednesday, August 11, 2010

Salah baca

1. Encik Soffian Dumex menghubungi saya dan bertanya samada dia yang saya maksudkan di dalam posting kisah dalam kelambu. Dia risau ada kesilapannya mentelah setelah cuba menelefon berkali kali, saya tidak dapat menjawab! Ironinya, Encik Soffian dan Dumex TIDAK PERNAH menghampakan saya! Tapi dia sanggup 'menyangka' dirinya sendiri. Inilah manusia yang mahu belajar mengetahui. Bravo Sir! Saya tidak ada apa apa masalah dengan pihak Tuan!


Tapi, bagi mengelakkan prasangka ini berlaku dan sempena bulan ramadhan, hari ini saya akan nyatakan siapa yang saya maksudkan dalam posting itu; ibupejabat MARA Kuala Lumpur, tarikh kejadian pada 23 Jul 2010. Yang hadir pada acara itu adalah isteri Ketua Pengarahnya yang merupakan pengerusi puspanita.

Habis acara, di lobi letak kereta, saya maklumkan kepada Datin duduk perkara yang sebenar dan bagaimana saya dipermain oleh petugas yang menjemput saya, parking pun pandai pandailah sendirilah, jemput pun tak ikut protokol tapi bab bayar mahu kita ikut protokol dan perihal yang saya sebenarnya hadir walaupun urusan perjanjian dan persetujuan belum lunas!

Sehingga hari ini, tiada usahapun daripada penganjur untuk berhubung dengan saya malah menyelesaikan soal upah yang masih tertangguh! Saya sedia maklum kerana barangkali MARA takda duit dan tak dapat bayar hak saya. Barangkali sebab itu mereka masih diam. Maklumlah, ramai yang masih berhutang dengan MARA dan gagal bayar, kan? Tetapi, yang benarnya, betul kan apa yang saya kata dalam posting itu?

Saya buat pendedahan ini hanya kerana ada permintaan. Jadi, harap harap hanya yang makan cili akan terasa pedasnya!

kamal affandi hashim

Monday, August 9, 2010

pacal yang hina

Pelbagai karenah manusia yang dapat disaksikan sepanjang perjalanan kehidupan. Dan sebagai rakyat kecil, kadangkala terlihat serpihan penghinaan sesetengah kelompok terhadap picisan seperti kita.

Eh, kenapa?

Bila berlaku kemalangan, sesiapa pun akan cuba memindahkan kesalahan ini kepada pihak lain kan? Hujan, jalan berpasir, gelap lah, bla bla bla..Cumanya, terlupa bahawa kaki kita hakikatnya menginjak pedal minyak sampai pepat! Tak ingat yang lampu kuning tanda bersedia untuk berhenti! Terlupa yang tayar dah nampak benang!

Aib! Aib! Aib!

Samalah apabila berjanji kita mungkir. Jemput datang tapi malu nak beritahu batal atau tak jadi. Akibatnya, yang diundang telah tiba dan mahluk ini akan cuba mengelak dari dipersalah!

Saya sendiri melalui saat lacur ini. Dan yang berbulunya, kita cenderung dianggap bersalah! Mujurlah saya ada salinan sms jemputan yang dihantar. Eh, takda surat jemputan rasmi ke? Dah saya ingat nak permudahkan urusan; buat perjanjian dan pengesahan mulut kemudian faks surat. Tetapi memang ada mintak. Cuma dia tak faks pun. Dan adakah patut kerana kegagalannya setelah berbelas hari tidak menghantar undangan, saya juga hendak dipersalah?

Yang mahalnya, semua cuba diputar supaya mereka nampak benar dan suci sementara kita tetap pacal yang hina! Aneh kan?

Ini kisah saya. Anda bagaimana?


kamal fnd hashim

Tuesday, July 27, 2010

Kisah dalam kelambu

1. Dijemput hadir acara perkara biasa dalam hidup saya. Jujurnya, adakala saya datang juga, buat persembahan terbaik walaupun dalam protes. Eh protes? Ya dan yang terbaharu, baru baru ini.

2. Walaupun hati membengkak, demi memegang amanah ilmu, saya teruskan juga seolah olah tiada apa yang berlaku walhal penonton tidak tahu yang penganjurnya belot! Ya, saya tersenyum, buat kelakar macam biasa dan penuhi tuntutan penganjur. Dan semasa itu semua, penuh sedar bahawa saya diperguna!! Tetapi kenapa teruskan juga? eh, ilmu itu dari Tuhanku tetapi marah itu dariku.

3. Sepanjang karier, 2 kali saya berdepan dengan situasi ini. Saya tahu depan bos dan rakan rakan mereka kelihatan dan diangggap hebat kerana mengatur acara dengan baik sekali. Cumanya, bagaimana mereka dapat tidur nyenyak selepas itu?

4. Barangkali ada separuh dari kita yang tidak kira bagaimana, sentiasa mahu kelihatan bagus di mata majikan, bos dan rakan tetapi tidak di mata Tuhan?

kamal fnd hashim

Monday, July 19, 2010

Lama!

1. Ada yang komplen- kenapa lama tak menulis..

Sebenarnya sibuk banget kerana beberapa hal dan urusan seri pasuka baginda. Bahkan, tak sempat nak mencoret sesuatu waima sebaris sekalipun. Dari Pantai Timur ke Utara semenanjung, perihal jenayah dan keselamatan jalanraya, jadual perjalanan tak mengizinkan.

Insyaallah dalam minggu ni blog akan diupdate tentunya beserta foto kerana gue ada D90 dah!!ha ha ha


kamal fnd hashim

Monday, June 21, 2010

Apa hal!!



Wajah terkini pagi tadi di Wisma BERNAMA yakni bangunan seperti yang tertera di sebelah. Setiap Isnin, Rabu dan Jumaat ada program menerusi Radio 24.

Dan dalam perjalanan ke konti pagi tadi, atas jalan ada gak kenderaan yang potong simpang siur tak bagi signal langsung! Pastu, ada jugak yang bawak kereta macam jalan ni dia yang punya!

Barangkali ada yang terlupa bahawa setiap sesuatu ada masa dan ketikanya. Dan begitu juga di jalanraya. Sekadar mengingatkan bahawa pembuli jalanan bukan sahaja yang bawak macam pelesit tu tetapi kura kura pun sama gak! Eh? Halo, apa hal bawak perlahan dekat lorong laju ha?

Menghala ke Seremban untuk perbincangan program, sempat menjadi pengguna PLUS. Jalan ok, cuaca ok. Cumanya, terlampau banyak kura kura atas jalan sekarang. Amek angin ke? Ntah! Buat orang lain naik hangin adalah!!!grrrrrr!

Akhirnya sampai destinasi gak walaupun lambat coz kura kura ni. Mujur En Sofyan Dumex dan Rachel dari Columbia Asia mahu menunggu! Mujur juga yang dikejar sah tak tercicir dan yang dikendong apatah lagi ek!

Kalau tak, sah sah bila balik ke KL tadi, kura kura atas jalan kena jelingan manjaku!! ha ha ha..Eh, tapi betul ke banyak kura kura atau hanya perasaan gua saja? Atau ada katanama lain bagi spesis tertentu warga jalanraya?

Jawab jangan tak jawab!!

kamal fnd

Sunday, June 6, 2010

Berita PANAS!!!

Ada yang bertanya pernahkan saya diancam penjenayah? Jawapannya tiada. Memang saya dalam bidang jenayah tetapi masih belum rasa terancam. Tambahan pula, saya yakin dengan PDRM dan saya juga memegang Hasbunallah huwanikmal wakil.

Cuma, tak ramai yang tahu bahawa saya ada masalah stalker. Benar! Rimas rasanya. Kemana saya pergi, kat situ dia ada. Ke barat pun dia sanggup ikut, ke timur apatah lagi! Pendek kata sanggup berhabis! Yang peliknya,urusan hidup saya pun hendak dicampurnya!

Halo! Cukuplah meminati hasil kerja saya, kalau ya pun. Apa yang saya hasilkan dan berikan buat masyarakat, itu hak awam. Kehidupan peribadi saya tidak termasuk di dalam kontrak kerja saya. Kerja saya je milik masyarakat.Saya-nya tidak, ada faham?

Setelah lama mendiamkan diri, hari ini saya nak kongsi tentang hal ini kerana dia dah melampaui batas. Kadang kadang orang seperti ini nampak baik, niatbaik. KONON!. Lama lama possessive. Nak suruh kita dengar nasihat dia sedangkan kita tahu apa dia buat dibelakang kita! Kita tahu apa dia lakukan dibelakang kita! Cumanya, saya diam tak membalasnya dan berpura pura seolah tidak tahu apa apa walaupun saya tahu keburukan pekertinya.

Sudahlah, tak perlu main wayang. Bukan main kau tuduh itu dan ini. Bukan main kau speculate ini dan itu. Nah, tamat sudah permainanmu wahai manusia. Cuma sedikit pesanan kepada sang pelaku,
malam ini dan seterusnya sebelum kau tidur, soal dirimu bagaimana kau mahu menuntut redha Tuhanmu bilamana aku sendiri tidak redha padamu?

Sebenarnya, mahu sahaja aku berdoa- Ya Allah, selagi aku tiada redha atasnya, alehkan pandangannya dari rumahMu kelak agar dia tahu salahnya- kerana aku sedang memohon kepada Tuhanku atas nama hak buat diriku dan bukan atas kerana marahku. Cumanya ini yang mampu kuhasilkan- Ya Rahim, kalau aku di pihak benar, semoga Kau memberi ingat padanya tentang dustanya kepadaku dan sekutuku.


kamal fnd hashim

Monday, May 24, 2010

cerminan mata

1.Memang ia nampak nyata dari sesiapa (akan perasaan yang diwakilinya). Adakalanya, ianya tidaklah berapa kabur kalaupun cuba ditutup. Bahkan!! Tetapi bagi yang terlatih, tengok sahaja dah tahu jawapannya. Dan acapkali dilagukan perihalnya-MATA.

2. Ada masanya, melihat seseorang samada secara hadapan atau maya, nampak jelas karenah tuanpunya diri dan perasaannya. Ada pula yang
sarat dengan kepalsuan sementara tak kurang pula yang penuh dengan kelampauan! Ada pula dengan keletihan untuk meneruskan kehidupan. Ada orang, pada hemat saya, dirinya penuh dengan kebencian. Lihat matanya ketika dia sedang berkata kata dan kita tahu ianya penuh dendam kesumat..maung!

3. Yang lebih dahsyat bilamana dia gagal memisahkan 2 perkara;
kecenderungan peribadi dan pandangan profesional. Bayangkan kalau ini terjadi- memarahi dan mengasari si polan yang enggan memberikan ruang untuk kereta kita mencelah setelah memotong kiri-siap tunjuk jari-maki hamun-cucuk bontot (kereta)-dan BAMMM!!kemalangan jadinya kita. Dibawa ke hospital-parah cederanya-perlu pembedahan sertamerta-dan sekonyong konyong- SI POLAN TADI doktor bedahnya!!Aha!Padan muka!

4. Demikian juga si palsu yang sentiasa memandang tanpa ketulenan. Melihat kilas matanya, kita tahu akan niat yang terpasang itu bedanya melangkau tingginya sendiri.
Hadapan menyokong dan belakang menikam! Bayangkan kalau ini pula terjadi- dek selalu sangat berpura sehingga ianya menjadi kezaliman yang bertakung dalam dada-tiba tiba ditunjuk Tuhan akan kuasanya-terbongkar selama ini rupanya peminat dusta yang setia!Mana nak sorok muka!!!

5. Dan si polan yang
obes dengan obsesnya. Dalam ilmu psikologi, ianya digelar obsessive compulsive disorder. Banyak pihak yang mengadu dirinya ada stalker. Bahkan sehingga yang sama jantina pulak tu pun ada! Ahh Ahh!! Melihat matanya, ikut cerita tuanpunya diri, habis digondolnya segenap ruang (space) menjadi miliknya. Cuma dia tidak tahu bahawa perangainya itu persis penjenayah predator yang lain; demi kepuasan dirinya samada secara seksual fizikal atau rogolan mental!

6. Cuba lihat matamu dan tafsirkan sendiri. Lihat samada terdapat kehidupan atau hanya kemusnahan di dalamnya. Jangan terkejut! Barangkali sebab mata mencerminkan segalanya maka kau juga berusaha melindungnya dengan memakai cermin mata hitammu?Barangkali juga!!


kamal fnd hashim

Monday, May 3, 2010

Fallacy

1. Kepada sesiapa yang gemar melatah, tulisan ini pasti menyinggung. Maklumlah, bilamana kenyataan itu berbeza dengan pendirian tertentu, maka sudah tentulah ianya menyinggung. Yang jadi parah adalah kerana saya bukan orang politik. Maka sudah tentu dilihat sebagai lebih ganjil!

2. Acapkali saya lihat dayus yang sama berlaku; manipulasi, spekulasi dan fallacy
seperti False Attribution digunakan dalam menegakkan benang yang basah. Yang menjadi masalah, adakah kita sebenarnya berminat menyelesaikan isu atau sengaja melengahkan supaya ianya boleh mendatangkan kepentingan kepada kita?

3. Kematian aminulrasyid memperlihatkan kejanggalan ini. Peguam, ya, peguam memberikan kenyataan- kes ini clear cut. Kita mesti dakwa polis- semasa siasatan belum pun lengkap! Laa!!Saya pun turut keliru sama ada mereka ini benar benar peguam atau tidak kerana peguam yang sebenar yakni yang mendukung prinsip keadilan jenayah pasti tahu kenyataan ini berat sebelah dan sedikit nakal!

Biarlah insiden ini disiasat dengan teliti tanpa kita memperlihatkan ketidakmatangan kita yang mengambil kesempatan dari keadaan untuk melunaskan hajat peribadi. Jangan juga menangguk di air keroh. Lebih daripada itu, ada pula yang menuntut supaya Ketua Polis Negara letak jawatan! Pelik!!

Eh, kalau ikut simple logik macam itu, Presiden Majlis Peguam juga perlu meletak jawatan kerana ternyata pernah ada peguam yang melakukan pecah amanah duit anak guamnya, CEO TNB juga perlu letak jawatan kerana sebelum ini orang potong api kat rumah dan ikan kita jadi busuk!

Dan kalau ikut nafas logik yang sama, Presiden Majlis Peguam perlu meletak jawatan kerana peguam seperti ini memberikan kenyataan yang berat sebelah dan memalukan profesyen guaman, Bos Proton juga patut meletak jawatan kerana insiden melibatkan kereta jenis ini, Dato' Bandar Shah Alam juga perlu meletak jawatan kerana MBSA membenarkan restoran dibuka 24jam!!Dan inilah masalahnya bila bercakap ikut sedap mulut tanpa mahu bersangka baik, kan?

4. Hairan saya! Semua orang tahu saya neutral dan tidak punya apa apa kepentingan dan ini teguran saya atas prinsip without fear or favour. Benarkanlah siasatan dibuat dengan lengkap, tertib dan tartil. Bagi saya, yang penting adalah kebenaran. Kemana perginya pertimbangan yang jujur sehingga kita terpaksa curang mengambil kesempatan atas kehilangan seseorang?Atau, apakah nyawa adik itu begitu murah sehingga ada pihak yang, tanpa silu,tergamak melacurkan kematiannya?

Tepuk dada, tanya selera.

kamal fnd hashim

Tuesday, April 27, 2010

Remaja mati terkena tembakan.

1. Saya bersimpati kepada keluarga adik ini dan berharap pembaca blog beragama islam menyedekahkan Al-Fatihah. Saya berharap keluarganya redha kalaupun sedih dengan insiden yang berlaku.

2. Acapkali ditanya pendirian saya tentang insiden seperti ini. Dan acapkali saya akan memberi jawapan yang sama; biarkan siasatan berjalan lancar dahulu sebelum kita membuat spekulasi yang terlampau. Saya amat yakin, sekiranya ia terbukti berlaku kecuaian atau kesalahan, pucuk pimpinan PDRM juga tidak akan melindungi tindakan yang tidak diluluskan oleh undang2.

3. Seperkara yang menarik perhatian saya adalah karenah remaja. Hari ini kita melihat banyak kes remaja cuba melarikan diri daripada tahanan yang sah oleh polis, JPJ atau pihak berkuasa. Di Pantai Timur, pernah seorang remaja bermotorsikal melarikan diri bila ditahan pegawai JPJ dalam satu sekatan jalanraya mengakibatkan dia terjatuh atas kegopohan untuk lepasdiri. Hasilnya, pegawai JPJ itu dipukul oleh orang berhampiran dan dipersalahkan.

4. Begitu juga dalam tragedi kemalangan bilamana ibubapa remaja penunggang motorsikal yang mati berlanggar dengan kenderaan lain. Pasti pemandu itu yang menjadi sasaran. Dan banyak lagi contoh lain.

5. Yang menjadi masalah bagi saya adalah apakala kita gagal menghentikan kebinasaan ini. Kita, orang dewasa, membiarkan sahaja anak saudara, anak, anakbuah atau remaja kenalan kita memandu atau menunggang tanpa lesen. Kita benarkan mereka atas
alasan tersendiri seperti nak ke sekolah, ke kedai sekejap, ambil adik tuisyen dsbgnya. Tak termasuk yang curi curi memandu kereta ibubapa atau motorsikal keluarga. Kita yang benarkan bila kita beri izin atau tak sorok kunci.

6. Apakah kita terlupa bahawa mereka ini tidak layak menunggang atau memandu kerana tiada kelayakan seperti lesen. Akibatnya, semua akan cuba lari bila ditahan atau merempuh sekatan jalanraya. Lupakah kita bila tiada lesen, ini bermakna mereka belum diperakui layak mengimbangi dan mengendali jentera itu. Bila tidak layak, ini bermakna ilmu mereka cetek. Bila ilmu cetek, respon mereka terhadap cabaran di atas jalanraya sangat tumpul dan membahayakan nyawa mereka sendiri dan orang lain. Dan bila terlibat pulak dalam kemalangan kecil, mereka akan sedaya upaya cuba lari!

7. Bagi remaja, kelebihan memandu kereta dan menunggang motorsikal, kalaupun tanpa lesen, adalah aset untuk menunjuk. Tambahan pula dapat mengelak cubaan tahanan pihak berkuasa; sah sah jadi bahan berbangga dengan kawan seangkatannya!! Walhal, kalaupun ditahan, dia akan hanya disaman, keluarga akan dipanggil dan itu sahaja. Tetapi, remaja tetap akan memilih untuk melarikan diri walaupun terpaksa melanggar sesiapa pun! Kenapa? kerana hak berbangga itu.

8. Bercakap tentang hak, jangan terlupa bahawa hakikatnya, sesiapa juga di Malaysia dilindungi oleh undang undang yang sama. Seksyen 99 dan Seksyen 100 Kanun Keseksaan jelas menyebut hak ini. Hak mempertahankan diri. Tertakluk kepada Seksyen 99, seseorang, mengikut peruntukan Seksyen 100 kanun yang sama, boleh melanjutkan hak mempertahankan diri walaupun membawa kematian dalam 6 keadaan-(saya ringkaskan supaya senang difahami)

a) Perbuatan yang diyakini boleh mendatangkan kematian SERTAMERTA kepada dirinya atau oranglain
b) Perbuatan yang diyakini boleh mendatangkan cederaparah SERTAMERTA
c) Serangan bertujuan ROGOL
d) Serangan bertujuan LIWAT
e)Pecahrumah malam hari
f) Khianat api.

9. Jadi, apabila ada laporan media atas insiden seumpama dan dengan hadirnya elemen ketakutan munasabah serta keadaan2 seperti di atas, saya harap kita semua dapat menantikan hasil siasatan supaya kita tidak dimanipulasi oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab yang akan cuba memperbodohkan kita dengan meniupkan pelbagai sentimen kononnya demi menuntut pembelaan walhal sebenarnya untuk cerita dijaja demi kepentingan mereka sendiri.

10. Ingatlah, sehingga kiamat dunia, yang hak takkan boleh terpadam oleh perdaya yang batil.

kamal fnd hashim

Sunday, April 11, 2010

Universidad Empresarial de Costa Rica

1. Buat mereka yang sedang menuntut di universiti ini, di harap dapat meneruskan pengajian dengan aman sejahtera. Mudah mudahan tercapai hajat menamatkan pengajian dalam tahun 2010.

2. Kita wajib tabik pada kebolehan anakbangsa kita. Kejayaan seperti ini patut kita raikan bersama. Kalau setakat mat saleh panjat gunung, Neil Armstrong pergi ke bulan dan Locard dengan forensiknya, apalah sangat nak dibandingkan dengan inisiatif anakbangsa yang pergi mengaji di sini. Bukan mudah nak menjejak kaki di sini!

3. Kita jugak patut mengangkat mereka menjadi ikon- Anugerah Anak Merdeka ataupun Malaysian Book of Records.

4. Kenapa? Yalah, kalau seseorang dapat masuk dan belajar di universiti ini, orang itu pasti hebat! Apalah sangat Oxford ,Cambridge atau UCLA. Orang yang saya maksudkan ini pasti lebih mampu menjadi pembimbing bangsa dan wajar dijadikan kajian bagaimana otaknya berfungsi dan bagaimana dia menjadi sebegitu hebat bahkan lebih hebat dari biasa! Eh, betul ke? Ya!sebab universiti ni tak wujud pun!!

5. Kalau betul mahu bangkit dan belajar dari silap, takkan pilih modus operandi yang sama? Pilihlah universiti yang ujud di dunia nyata. Bukan universiti di alam ghaib, universiti bunian atau universiti internet! Atau mari kita sama sama daftar kursus di universiti tempatan yang tak kurang hebatnya kalau2 mahu aku membantu menutup malumu. Atau mari kita berdebat- bukan siapa menang atau siapa kalah tetapi debat untuk mencari kebenaran. Takkan orang hebat sepertimu dayus dan hanya senyap bila peluang menunjuk benarmu terbuka?

7. Pengikutmu sering mencanang aku yang bersalah. Tapi, lillah, bukan aku yang berdusta. Apa mereka mahu ini diselesaikan cara bersumpah juga?Silakan!Cuma satu nasihatku, jangan sampai kau yang terbukti salah dan membuka aibmu sendiri.

6.Tak serik serik lagi ke? alahai! Bukan busuk hati atau cemburu. Kalau kau tiada apa apa title bahkan keputusan akademik sekalipun tetapi kau memang bagus, tiada siapa yang akan menidakkanmu. Tetapi kalau kau memang sampai sekarang ternyata masih mahu membunuh bangsaku dengan tipudaya helahmu, aku pasti berada di situ; antara kebatilanmu dan maruah bangsaku.


kamal fnd hashim

Tuesday, April 6, 2010

Memali

1. Banyak yang diperkata berkenaan insiden memali. Taip sahaja Memali dan pelbagai versi muncul. Ada yang berfakta, ada yang sedikit sahaja faktanya dan lebih malang lagi ada yang hanya fiksyen sepenuhnya!

2. Antaranya laporan Signal Divisyen yang dikatakan dibuat oleh pihak polis. Pelik! Bila pulak polis ada signal divisyen ya? Kemudian, cara penulisan laporan yang dikatakan dibuat oleh pihak polis itu. Bukan saya hendak mempertikai atau mempertahan tetapi belum pernah lihat format tersebut sama ada dari zaman komunis ataupun sekarang! Saya jadi musykil.

3. Selaku neutralis, saya hubungi email dan no tel bloggers yang berapi api menceritakan insiden ini. Saya perkenalkan diri dan minta jasa baik dapatkan sumber rujukan seperti yang tertera dalam blog mereka. Sorang je jawab yang lain senyap..

4. Semua orang tahu saya suka cari fakta dan data berhubung duduk perkara sesuatu isu. Sumber pula hendaklah jelas dan rantaian bukti tidak terputus. Jadi, rasa saya tidak timbul soal berat sebelah atau pro mana mana kalau saya yang bertanya, kan? Tetapi kenapa membisu? Kalau saya tersalah pandang, bukankah ini ketika yang baik untuk memperbetulkan perspektif saya? Atau sebenarnya risau saya di pihak yang benar kot?Entahlah.

5. Yang penting bukan mencari siapa salah siapa betul dalam satu satu perdebatan itu saudaraku. Yang penting apa yang benar.

kamal fnd hashim

p/s Setakat ini, saya dah baca puluhan blog, tonton video "signal division" (yang nyata voice over palsu), baca laporan akhbar, selidik di Arkib Negara dan Perpustakaan Negara, baca Kertas Perintah 21 Tahun 1986 dan info Sidang Dewan Rakyat/Dewan Negara 1986. Sesiapa yang mempunyai maklumat dan sumber sahih, silalah hubungi saya ek.

Monday, April 5, 2010

Pesanan Khidmat Masyarakat

Bengap!! itu sahaja yang mampu Peah ucapkan dari mulutnya. Kepalanya pening. Kakinya longlai. Matanya kuyu. Tangannya terus cuba menggapai gelas kaca itu. Telinganya terus bingit.

Nampak kesalahan ayat di atas? Tak nampak? Aneh! Ada orang yang beranggapan ianya salah! Ucap sudah tentu dari mulut, pening pasti kepala, longlai juga barang tentu kaki, kan!

Sekalipun tiada kesalahan dalam struktur seperti di atas, ada yang melihatnya dalam perspektif yang berbeza!!Cumanya, nahu sastera dan nahu pasar apatah lagi baku pasti berbeza, kan?

Ada syntax, diction dan grammar dalam ilmu sastera. Penambahan yang perlu bagi menguatkan lagi maksud. Unsur metafora dan personafikasi misalnya. Mana mungkin pokok melambai!! Mana mungkin air mengalir lesu!! Laa, takkan tak pernah belajar ini semua? Takkan tak faham kaedah penyampaian, oopps maaf, stail itu kalaupun berbeda hanya kerana ianya sebuah karya sastera?Takkan Siti Jarum tak pernah sebut?

Ironinya, itulah yang berlaku. Rupanya, hanya ada satu jalan menuju ke Kuala Lumpur! Kalau tinggal di Kajang, naiklah bas
Foh Hup Omnibus. Jangan naik komuter atau memandu malah menunggang kerana hanya itu sahaja satu cara menuju Kuala Lumpur. Kalaupun ketinggalan atau ditinggalkan, jangan risau kerana yang pasti tetap sampai.

Jangan tanya lama atau sekejap tibanya kerana kalaupun orang lain sudah sampai ke bulan dan bintang, patutlah kita hanya mampu berada di daratan..pulak tu lemas dalam kontang. Ouch!!

Sementara aku mahu mengubah tamadun bangsaku, rupanya masih ada lebih senang beku dan kaku. Sebenarnya, hanya batu bergolek sahaja yang tidak mengumpulkan lumut..

kamal fnd hashim

Friday, April 2, 2010

Belasungkawa

A. Jam 0135, selesai acara pentas ceramah di UiTM Pahang, Jengka. Pereksa hp dan dapati ada mesej dari Latiff manager Nabil-

Telah disahkan bahawa Din Beramboi telah pulang ke rahmatullah tepat jam 1230am 2/4/10 di ICU Hosp Selayang. Jenazah akan dibawa ke rumah mak arwah dan akan dikebumikan di taman ehsan kepong. Semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin.

B. Bergegas pulang ke Kuala Lumpur. 0334am tiba di Hospital, Latiff update dan beritahu jenazah dibawa ke 2079, Jalan E5/12 Taman Ehsan Kepong.

C. 0400am tiba di rumah alamat seperti di atas. Ahli keluarga dan jiran arwah sedang mahu memulakan tahlil. Rakan artisnya yang ada pada masa itu hanya Iqram Dinzly.

D. 0405am masuk ke ruang tamu dimana jenazah berada ditemani isterinya. Selepas menyedekahkan Fatihah, buka selendang yang menutup wajah Meor Ahmad Fuad @ Din Beramboi. Beritahu isterinya bahawa kecuali pandangan saya silap, saya nampak wajah Din tenang dan senyum. Isterinya mengiyakan dan memberitahu bahawa bila life support system dicabut, itulah wajahnya.

Dan begitulah kebesaran Allah. Al Fatihah.

Monday, March 29, 2010

9 tips untuk bakal penceramah.

Bagi yang berminat untuk menjadi penceramah, berikut saya perturunkan seba sedikit ilmu setelah 15 tahun di dalam bidang ini.

1. Kebanyakan yang mengundang ceramah sebenarnya tidak berminat mengetahui samada yang dijemputnya sihat atau tidak. Yang penting orang itu datang pada masa itu. Sebelum atau selepas itu, apa jadi pada penceramahnya, samada hidup, mati, cacat, itu urusannya.

2. Nilai kertas bagi sesetengah pihak lebih mahal daripada ilmu. Sebab itu mereka akan bertanya samada ada kelapangan atau tidak menerusi telefon sebelum bersedia untuk menghantar jemputan rasmi.

3. Penceramah hendaklah berkira kira soal kebajikan apabila timbul perbincangan upah. Ingat selalu bahawa kebajikan itu pahala walaupun penganjur lebih banyak berbelanja untuk hal lain. Ini kerana penganjur akan cuba memberikan yang terendah untuk ilmu dan tertinggi untuk makanan.

4. Tidak usah bertekak dengan pam atendan apabila cuba mengisi minyak kenderaan dengan memberitahu bahawa dia juga mendapat pahala kebajikan bila memberikan diskaun. Begitu juga dengan jurutol apabila membayar tol serta juga pemotong bil letrik dan air di rumah.

5. Cuba ambil kelas nyanyian kerana artis mendapat bayaran lebih banyak untuk lagu dalam 30 minit berbanding penceramah yang bercakap ehwal ilmu untuk 2 jam.

6. Bersedia untuk kelewatan majlis kerana telahpun dijanjikan sejumlah wang. Walaupun tempohmasa akadjanji telah tamat, katakan 10pagi ke 12tghari, dan terpaksa dianjak 12tghari itu ke 1 ptg, jangan fikirkan sangat tentang temujanji berikutnya yang tidak dapat ditepati gara gara penganjur gagal menepati masa.

7. Ingat bahawa sesiapapun mempunyai hak meletakkan gambar dalam iklan mereka walaupun tak pernahpun berjumpa dan membincangkan undangan itu. Ini bagi membantu mereka melariskan jualan walaupun nama penceramah jadi tercemar bila tidak hadir pada hari yang dijanjikan kerana tidak tahu menahupun hujung pangkalnya.

8. Sentiasa bersedia untuk hinaan paling hebat bila kesediaan penganjur untuk membayar upah selayaknya rupa-rupanya fitnah semata mata.

9. Jangan kecil hati bila penganjur salah eja nama kalaupun andalah fokus majlis itu kerana ada hal lebih besar yang perlu mereka fikirkan seperti khemah, protokol dan jamuan.

kamal fnd hashim


Saturday, March 13, 2010

Sekarang vs kemudian

Ini hobi terbaharu. Bela jam lama. Setakat ini ada beberapa koleksi peribadi seperti Pagol di sebelah kanan ini, Rado, Orient dan Titoni. Kesemuanya keluaran sekitar tahun 60an ke hujung 70an.

Kenapa? Satu soalan yang baik. Jawapannya- kenapa tidak? Jam lama ini menyimpan seribu kenangan. Jam ini merakam dan menyimpan masa. Bukan masa masa tetapi masa ketika.

Satu masa satu ketika dahulu ada perkara yang tergapai dek akal, dek mampu yang terbatas. Maka, hajat yang tertangguh itu akhirnya lunas bilamana keadaan berubah. Sekarang baru dapat merasa memakai jam yang suatu ketika dahulu hanya impian buat orang kerdil sepertiku.Jam ini buat mengingatkan siapa diriku. Jam ini juga mengajarku untuk tidak sombong dek teringat asal usulku. Dan jam jam ini juga lambang usaha gigihku mengejar jaya.

Tetapi apa kisah sebenarnya? Begini, ini nasihat buat semua termasuk adik adikku..seperti adik adik bangsaku ini di PLKN yang ditemui di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak bagi menjayakan program dan Forum Minggu Keselamatan UTP awal bulan ini.Kadangkala kau rasa seperti mahu memiliki sesuatu tetapi tak terjangkau. Usah kau salahkan dirimu, keluargamu yang papa malah Tuhanmu yang menangguhkannya. Simpan hajatmu dan berusahalah menuju kejayaan. Hanya dengan ilmu pengetahuan sahaja kau bisa keluar dari runsingmu. Marahmu, kecewamu, gerammu tidakkan membantu. Dan bila sahaja dirimu berjaya menjadi manusia, banyak perkara yang dahulu hanya mimpi bagimu menjadi nyata.

Kadangkala, jenuh kau berusaha dan hanya setelah beberapa ketika (setelah banyak kali hampir sahaja kau menyerah kalah) barulah kau mencapainya. Terkadang, bila sahaja kau tidak mahu mengejarnya, saat itulah kau mendapatkannya! Aneh!

Pun begitu, jangan kau gusar ehwal gagalmu. Kalau kalau kau sudah berusaha tanpa jemu kalaupun sepanjang hayatmu tetapi masih tidak berjaya mencapai mimpi itu, barang pasti nikmat dari Tuhanmu tidak di sini tetapi di dunia selepasnya!! Apa kau terlupa? Mana satu yang kau mahu? sekarang atau kemudian?

kamal fnd hashim

Friday, March 5, 2010

jawapannya tiada.

741 menunggang ke Sri Pentas Bandar Utama untuk MHI.
742 disondol dari belakang oleh sebuah kereta selepas tol Damansara.
748 tiba di TV3.
811 muncul di MHI
827 tamat sessi
830 terbaring disebab rasa sakit yang amat di T12 dan L1.

(Kesan cedera lama di tulang belakang muncul semula kerana momentum perlanggaran. Tersadung badan ke hadapan dan melentik bahu ke belakang. Impak hentaman diserap sepenuhnya oleh tulang belakang. Bergerak semula disc yang dormant klinikal kepada kedudukan kritikal.)

Tuhan Maha Kuasa. Ditangguhkan rasa sakit hanya setelah selesai MHI. Jadi , nikmat Tuhanku yang manakah yang dapat aku dustakan?

Friday, February 19, 2010

Badut

Maaf dah lama tak menaip.

1. Ada yang makan hati sebab saya tak tulis ehwal mereka. Katanya, kenapa angkat satu tempat ini sahaja dan tidak mereka? Jawapannya ada di bawah.

2. Ada yang makan hati sebab bayar sama tapi respon kepada saya lain. Katanya, depa pun bayar sama tapi kenapa tempat lain lagi meriah? Jawapannya ada di bawah.

Bukannya saya mahu membezakan antara satu sama lain. Hakikatnya, ada di antara mereka yang masih terus berhubungan bertanya khabar menerusi sms atau email walaupun event dah bertahun berlalu. Tetapi, ada yang langsung bezanya bagai langit dengan bumi sebelum dan selepas event!

Sebaik sahaja tamat event mereka, hubungan yang sebelum itu sangat meriah tiba tiba tamat! Jika sebelum itu bukan main tawaduk, lepas itu terus berpatah arang berkerat rotan. Kenapa? kerana saya tidak diperlukan lagi.

Masalah yang kedua pula, bila bayaran khidmat itu sama tetapi respons crowdnya berbeza. Barangkali dari segi kehadiran kot. Now, ada penganjur yang sanggup bermandi peluh dan membuat promosi bagai orang gila menarik jumlah kehadiran. Seawal 2 minggu hinggalah saat saat akhir, rangka promosi dibuat dengan giat. Ada pula yang buat ala ala kadar sahaja. Eh, ala kadar? Dah kalau hanya tampal dan edar risalah itu namanya promosi, hmmm, memang patutlah kurang sambutan.

Contohi pelajar UNITEN Tragedi Berdarah. Tengah malam sampai subuh nampal banner, letak bunting di tempat strategik, walk-talk-stop, sms, email dan bermacam macam lagi dibuat mereka. Begitu juga Fadhil UiTM Melaka dan jkuasanya. Saya sampaikan ulang alik 2 3 kali tengah malam hanya untuk mereka!

Saya juga tidak menulis tentang Nurul Aiman dan kawannya di UIA yang kerananya saya memaksa diri berulang alik separuh malaysia! Ada mereka kata apa apa? Ada mereka mengomel kerananya? Tidak! Kenapa? kerana mereka tahu apa yang saya fikirkan dan tanggapan saya tentang mereka. Bila saya tulis Segamat yang terlampau, itu kerana mereka berhak mendapat penghormatan saya. Bukan kerana apa tetapi atas usaha dan inisiatif yang mereka lakukan dalam sejarah peribadi saya.

Saya sentiasa match apa yang orang berikan. Prinsipnya meet or beat your expectation. Nilai RM1 adalah RM1. Malahan banyak kali saya buat nilai RM1 sebagai RM2. Bahkan, yang berikan RM0 tetapi saya buat dengan nilai RM1 juga. Selepas event, saya pasti bertanya samada puashati atau tidak. Sehari dua selepas itu saya kembali follow through bertanya respon dan follow up. Kalau misalnya tak puashati, saya ada money back guarantee.

Natijahnya, bukan saya tidak mahu menulis tentangmu, tapi nanti kau sendiri yang malu. Jadi, tepuklah dahimu dan tanya sendiri di mana jujurmu.

kamal fnd hashim

p/s

Kalau kutahu aku dinilai dengan wang, sudah tentu kulemparkan sahaja wangmu itu ke mukamu agar kau tahu itulah nilaimu.

Thursday, February 11, 2010

Sebab lambat cabut!

Pasal apa ubi jadi kayu?
Pasal apa gigi sakit?
Pasal apa pencuri kena tangkap?

Haaa, sebab lambat cabut!Bila sempat cabut, ramai tak cabut sebab takut ubinya kecik, giginya masih boleh diselamat dan tuanrumah lambat balik. Akhirnya, ramai yang terlantar sambil tepuk dahi!ha ha ha

Bercakap pasal cabut ini, ramai juga yang keliru kenapa, seperti khabar di akhbar, kisah pelajar umur 15 tahun yang dirogol mahramnya tak cabut dari rumah bila diperlakukan dengan biadap. Macamana boleh tak lari je? Apesal masih tinggal menetap bawah bumbung yang sama?!

Samalah dengan pembantu rumah yang tak cabut walaupun diperlaku kejam oleh majikannya. Kenapa tak kau lari sahaja dari situ dan selamatkan dirimu? Bahkan ada yang tamat riwayatnya menahan seksaan.

Dan begitu juga wanita yang dikasari pasangannya juga tak cabut, kan? Dah ditampar, tendang dan keronyok masih jugak disitu! Kata sakit? Dahtu masih kekal gak di situ kenapa?Aneh!!

Bagi saya di dalam bidang ini, ianya sesuatu yang bukan luarbiasa. Kesemuanya mampu lari dan keluar dari kesengsaraan itu. Setidak tidaknya melawan si bangka terkutuk, majikan atau pasangan bangsat itu. Tapi kesemuanya menjadi pasif. Kenapa? Jawapannya ialah takut.

Ada yang melakukannya dengan gertakan dan ancaman. Ada pula yang melakukannya dengan ancaman pengaruh dan kuasa. Ada juga yang melaksanakan hajatnya kerana dia tahu dia akan lebih dipercayai daripada mangsanya.

Eh, takkanlah sampai macam tu? Laa, ini dunia jenayahlah. Ini bukan dunia maya! Memanglah pada sesetengah orang yang melihat pakcik tua ganyut yang merogol tu tidaklah menepati dakwaan yang dikenakan padanya. Siap berketayap dan jalan ketar ketar. Kaki pulak pengkar! Perghhhh, takkan lah dia boleh rogol?!

Takkanlah majikan dia yang nampak baik tu dera dia teruk teruk! Sah sah bibik ni yang buat cerita kot! Ntah ntah dia yang bubuh seterika kat badan sendiri!

Tak masuk akal lah yang pasangan dia simbah minyak panas! Orangnya baik! Ahh, pompuan tu yang jahat ni! Mulut bau longkang!Ntah ntah dia pun suka sebab kena seksa. Tu pasal tak lari!!

Aduhai!!! Memanglah dia tampak baik sebab bukan kita atau saudara kita yang dirogolnya, kan? Memanglah dia nampak baik kerana kita adalah orang yang perlu dia buat baik, kan? Memanglah nampak baik waima tak layak dia difitnah sebegitu kerana kita pun ada kepentingan dengan dia, kan?

Inilah kisah belakang tabir yang beratus kali. Peliknya, tak seorangpun yang mahu menuntut akalnya untuk berfikir. Yang demikian, cuba lah sendiri eksperimen ini untuk memahami.

1- Bagi yang makan gaji, esok kau sergah bos atau penyelia hang. Kalau boleh, maki hamun sekali keturunan dia. Kan selama ini dia yang paksa suruh kerja?Merungut kat belakang buat apa? Seranah je depan depan!

2- Bagi yang tinggal bersama keluarga, esok kau jerkah je bapak hang! Kalau boleh siap tujal jari kerana dia gagal belajar pandai dulu dan kita terpaksa sengsara duduk di rumah yang tak ada apa apa. Kan dia banyak membebel?Sound tepat je!

3- Bagi yang ada bibik, haa, kau amek seterika panas, tuam kat belakang badan sendiri. Jangan lupa kelar kelar sikit peha. Amek je rotan dan sebat sekuat hati kat tapak tangan. Tapi kalau bimbang sakit, sumpah seranah je bibik tu tanpa sebab. Esok da mula cuti panjang kan? Apa ada hal. kita boleh jaga anak sendiri lah!

4- Bagi yang takda apa apa tapi seorang pengguna jalanraya, nampak polis trafik ke JPJ ke, jangan pakai topi atau tali keledar dan lalu selamba badak je depan dia. Kalau tak, cari je orang yang bertubuh sasa, kau saja je cari pasal dengan dia! Jalan dekat dia, berhenti dan tampar je! Jangan lari lepas tu. Tunggu dan tadah je!

Eh, apesal tak buat? Ceh!!Pengecut!!Bukan pengecut.Tak berapa berani la! Eleh, dayus!!!Eh bukan dayus.Lu ni mulut tak cebok la bro! Abih tu? Takuuuut! Haa, tau pun nko! Tau takpe!!Ahaks!!

Begitu le keadaan mangsa bila nko masih berbodohan dengan soalan kenapa tak cabut sahaja!


kamal fnd hashim.

Monday, February 8, 2010

Segamat yang terlampau!

PECAH PANGGUNG WO!!!

Itulah yang boleh saya katakan tentang kehadiran penonton untuk program tajaan Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi di Uitm Segamat Sabtu lalu. Bukan sahaja duduk menempek kat tangga, kat lantai pun ramai setinggan! WA CAYA LU LA!!!

Semenjak tiba di hotel VIP ptg itu , Brader K dan Brader I jadi Liason Officer. Mamat mamat ni cool gak walaupun mula mula kekok sebab penceramah ni bangsa meriah!Maklumlah, mulut tak cebok! Sampai waktu balik pun, 2 kereta eskot! Aduhai!

Dan pastinya yang layak ditahniahkan adalah Pensyarahnya Cik Puan Rafiaah Bte Abu. Berkoyan koyan mesej jemputan dihantar yang saya tak balas. Tapi, dia tetap kebal! Dia tetap berusaha menjejak kamal affandi dan akhirnya gua surrender la!

Malam itu, semuanya agak meriah. Mentelah ADO Segamat pun ada. Pastu, i tell you, student kat situ sporting belaka. Macam sorang brader yang kujadikan mangsa sebagai perogol kelas atasan tu!hahaha!! cian dia kena raging dengan wa! Tak masuk lagi bab mukanya merah menahan sakit kilasanku!he he he

Apapun, kenangan ceramah ini amat besar ertinya pada si kerdil sepertiku. Bahawa belia2 itu wajar diukur pada akalnya dan bukan pakaiannya. Dan inilah yang mahu kubuktikan bahawa adik adikku kalaupun berseluar jeans dan bertshirt sahaja, nyata mereka juga besar jiwanya.

Tentang Uitm Segamat -bangga dapat menghirup udara yang sama di dalam dewan yang sesak itu kerana ternyata ada lagi insan yang masih mahu mengangkat harga nyawa manusia. Insan insan yang masih sanggup mendoakan kepada adik adikku. Inilah anak anak harapan bangsa yang tahu bahawa kita semua sama dalam duduk dan berdirinya.

Tentang Surrender- Eh, kenapa pulak menyerah? Tak pernah pun dengar mulutmu dan perkataan ni? Gila ke mahu menderhaka pada guru?! Apa maut itu hasratmu? (bila kali terakhir kau mengirim doa buat ibubapa dan guru gurumu yang kini sudah tiada? Atau masa smsmu lebih utama daripada Fatihah sejengkal dua?)

Natijahnya, kalau mahu ilmu berkat, hormati kedua ibubapa dan gurumu. Nyatanya kau akan tetap di dalam rahmat mereka dan RahmatNya!

Buat semua di Uitm Segamat, jangan mudah terlupa pergorbanan, perjuangan anak bangsa ek! Terlampau!!

Thursday, February 4, 2010

Saiful vs Anwar dan SMS Laknat

1. Perbicaraan sedang berjalan sekarang dan saya bukan ahli mana mana parti. Tetapi ada yang sms kepada saya semalam dengan lkurang mesejnya " Fitnah itu lebih besar dosa dari membunuh. Sesiapa yang menyokong La'natullah!".

2.Saya tahu tujuan sms itu kerana penghantarnya menyokong salah satu pihak. Tapi bila ia dilemparkan seolah olah kalau tidak menyokong pihak tertentu maka kita dalam laknat Allah, saya hanya tersenyum. Kenapa? Yalah, beria ria seolah dia, yakni yang cenderung kepada salah seorang itu, turut terlupa dia juga sedang menyokong dan menyebarkan fitnah! Macamana dia yakin dia betul dalam hal sokongannya itu?

3. Persoalannya- Bagaimana kalau misalnya seseorang yang disokong kita itu tidak berkata benar? Bagaimana kalau pihak yang disokong mati matian oleh kita itu sebenarnya yang berdusta? Bagaimana kalau sebenarnya kita yang sedang menjadi jentera menyebar fitnah? Macamana nak buat kalau akhirnya kebenaran didapati begitu?

4. Lebih menambah kronik, dalam kes Saiful vs Anwar ini misalnya, ia dibicara secara tertutup atas permintaan peguam. Maka, banyaklah fakta yang bakal tidak diketahui. Bertambahlah nampaknya spekulasi dan kerja tukang sebar dan spin!

5. Dan ini jawapan saya - semasa kejadian hanya ada 2 orang itu sahaja. Samada seorang berdusta seorang tidak, dua dua berbohong, atau keduanya berkata benar, hanya mereka dan Allah yang tahu. Kalau nak jugak terbabit dalam ehwal ini, pakailah otak dan rasio bukannya otot dan emosi! Susah susah ikut sahaja jejak bukti @ follow the evidences. Evidence never lies kerana telah tetap pada QadarNya.

6. Kepada semua rakyat Malaysia, samada dari kabilah mana sekalipun anda cenderung, samada tukang sorak, tok dalang, kaki kipas waima kaki wayang sekalipun, nasihat saya - tidak perlu ikut sedap mulut. Bertenang dan biarkan proses mahkamah berjalan lancar. Allah suruh guna akal dan kita yang sentiasa dalam solat mintak tunjukkan jalan yang lurus- Ikutlah jalan yang lurus yakni jalan orang orang yang disayangi, bukan orang yang dibenci tidak pula yang sesat!

Masakan Allah menipu dalam janjiNya!

Monday, February 1, 2010

Selamat Hari Wilayah!

1. Selamat Hari Wilayah- Saya tumpang gembira dengan rakan rakan yang kini menjadi Orang Bergelar. Dulu orang biasa sahaja, sekarang orang luarbiasa! Cumanya, janganlah segan pulak nak bercampur dengan Orang Kebanyakan ya? Sejarah dalam hubungan saya banyak dah terjadi sedemikian dan diharap Orang Bergelar yang baharu belajar dari kesilapan orang orang lain.

Saya pun ada kawan yang jadi Datuk Bandar, YB, Menteri Besar, Tim Menteri. Saya akui saya kawan mereka. (Cuma tak pasti sama ada mereka masih anggap saya kawan mereka lagi ataupun tidak! he he) Kadangkala terjumpa, meriah suasana! Boleh berhenti seketika dan bertanya ehwal kita. Sampaikan di celah celah manusia, dia sanggup datang kat kita andai ternampak! Huaaaa, besar sungguh penghormatan yang diberikan pada kita!

Pun begitu, dahulu juga ada rakan yang kamceng gigit. Comolot lagi rapatnya! Bila dapat gelaran, tegur kitapun tersipu sipu! Duduk bersebelahan pun dah tak pandang kita. Muka dipaling tempat lain. Sungguh!! Tak termasuk yang sekarang dah jadi kaya, pegawai besar waima pegawai kecik yang berlagak besar. Hulamak, bongkak semedang! Bahkan, saya pernah terkulat kulat berdiri, tersenyum kelat kerana tangan dihulur tak dijabat. Macam terlupa bahawa kerana kita dia di sana! ha ha ha

2. Bercakap pasal kawan, saya pernah kecundang beberapa kali bagai seorang anak miskin yang menagih simpati. Bayangkan, bila dia susah, kita wajib ada. Bila dia senang, kau siapa aku siapa katanya! Bahkan saya asyik kena kencing aje! Resmi manusia agaknya?!Saya hanya doakan mereka berbahagia.

3. Ini rumusan saya sekarang. Barangkali ada baiknya kalau berkawan dan menabur jasa kepada orang politik sahaja kerana kalau tak berbalas baik kita, sekurang kurangnya taklah kita sengsara kerana mereka sememangnya begitu; amnesia dan pelupa!! Ahaks!!

kamal fnd hashim

p/s

Monday, January 25, 2010

Daulat Tuanku!

Sebagai anak Johor, sugul dan sedih penuh di dada. Pedih kerana kemangkatan Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Hiba kerana tidak sempat berterimakasih kepada Sultanku.

4 bulan yang lalu, saya utus surat kepada Setiausaha Sulitnya mohon perkenan masuk mengadap. Bukan tujuan apa apa. Sebaliknya sekadar mahu menjunjung kasih dan mengucapkan terimakasih secara peribadi kepada Almarhum Sultan.

Kalau bukan kerananya, anak anak Johor tidaklah perlu menghadiri sekolah agama di sebelah petang dan bersekolah kebangsaan pula di sebelah paginya. Mana yang petang ke sekolah biasa, wajib ke sekolah agama di sebelah paginya. Memang wajib!

Dan sewaktu surat itu dihantar, saya hanya anak jati johor yang mahu berdiri di hadapan orang yang berjasa membentuk kami semua. Saya hanya mahu Tuanku tahu betapa dia dihargai. Saya hanya mahu Tuanku Sultan tahu bahawa saya berada di mana saya berada pada hari ini kerana asas dan budaya Johor!

Namun itu semua tinggal kenangan sahaja kerana warkah saya tidak mendapat apa apa balasan hatta bukti penerimaan pun. Hari ini, Almarhum Sultan Iskandar telah tiada. Sebagai rakyatnya, ralat tidak dapat bertemu muka dan menjunjung kasih Sultanku. Kalaulah dia tahu aku di sini kerana jasanya, pasti Tuanku bangga. Kalaulah dia tahu aku di sini kerana Johorku, pasti terbetik senyum di wajahnya. Kalaulah dia tahu sedang sempat lisanku sampai kepadanya, pasti saat ini aku tidak perlu menanggung sedih dan sendu..

Al-Fatihah.

Monday, January 18, 2010

Puaka Bandar Lama

Sila baca dalam keadaan tenang. Kalau belum tenang, jangan baca. Dan sila baca ikut turutan 1 hingga 5. Jangan lompat lompat. Ok? Tenang..tenang..baca ya?

1. Seorang peniaga dakwa dipukau lelaki warga asing yang berpura pura datang nak membeli air dengan not 100. Bila wang dah dipulangkan, tiba tiba lelaki itu minta duit baru 50. Bila Puan N buka sahaja laci, si lelaki memasukkan tangannya dan mengambil semua duit sebelum diletak semula sebahagiannya. Bila dia dah bergerak, Puan N dapati duit hanya berbaki 600 dan dah dikebas 1100. Pukau katanya.

2. Dan inilah cerita yang banyak kali terdengar dan termaktub di dada akhbar. Bukan sekali dua berlaku. Kaedah yang sama; alih perhatian. Macam silap mata tu. Cumanya, ada orang dakwa ini kerana kita manusia ada minda bawah sedar, minda separa sedar, minda tengah sedar lah(kih kih kih).

4. Pukau? Eh! Biar betul? Secara peribadi dan tidak, saya tak sependapat. Pakau ada. Pulau pun ada. Tapi, pukau?

5. Kalau minda bawah sedar ada, macamana diaorang tahu ya kewujudannya? Dah namanya bawah sedar! Tapi pukau? Eh ada pembaca blog ini yang pun dah kena pukau tau! Tak yah jampi jampi? Tak payah! Biar betul bro?Abih tu, macamana boleh baca perenggan ni! Baca semula arahan kat atas tadi. Eh? Cuba tengok betul betul! Haa, camtulah pukau!!

kamal fnd hashim

Monday, January 11, 2010

dah cakap dah!

1. Bila sesuatu buruk berlaku, kita semua cakap "orang dah cakap dah, tak caya!" ek? Kenapa bila sesuatu yang baik terjadi, kita cakap " aku dah cakap dah, tak caya!" ek? Yang mana yang betul agaknya? Bila buruk je, guna gantinama pihak ketiga. Bila baik je, gantinama pihak pertama. Hmm. kronik jugak ek?

2. Barangkali kita takut untuk mengaku salah? Katakanlah bos tanya dengan muka serius merah padam, sapa punya angkara hingga meletup hal yang bukan bukan, maka segera kita tunduk. Cuba dia tanya dengan senyum simpul, sapa yang buat ni sampai berjaya, semua tumpang tui!Ahaks!

3. Akhirnya, lebih ramai yang dalam gambar daripada yang bekerja ek?he he he..Natijahnya, sebahagian daripada kedewasaan ialah melakukan kesilapan. Hanya yang belajar daripadanya sahaja yang tidak akan gentar bila berlaku kesalahan dan mengakui khilafnya. Hatta, kita lebih fokus pada kejayaan hingga terlupa bahawa kegagalan juga satu pengalaman kan?

4. Jadi?Apa cerita bro? Tak faham la posting ni! Gini ek- perasan tak lebih ramai yang takbir hingga salamnya ala ala kadar je tapi bila berdoa dia bersungguh sungguh? Ouch!!!aku dah cakap dah! he he he

kamal fnd hashim

Thursday, January 7, 2010

Awas ilmu Hitam!!!

AMARAN: Sementara posting ini belum dibaca dengan lebih lanjut, harap pastikan tingkap dah bertutup, pintu dah berselak dan tiada sesiapa selain anda berada di situ. Kalau terdengar lolongan anjing, anggap sahaja tidak ada apa apa. Kalau terasa seakan ada sesuatu berdiri di belakang, buat tak tahu sahaja. Kalau terasa hembusan angin di belakang leher, biarkan sahaja. JANGAN TOLEH!

1. Baru baru ini, Pak Wan dari Redzuan FotoMedia Pertama Kompleks beritahu ramai yang dah berminat semula dengan ilmu hitam. Bukan sahaja dia pernah disoal, malah ramai yang berani terang terangan bertanya berkenaan itu.

2. Benar, lewat 80an, Pak Wan dan anak anaknya adalah mangsa bagi orang yang menuntut ilmu hitam ini. Ikhlas@adik dan Indra Che Muda pun selalu dikacau oleh mereka. Tak cukup dengan itu, mereka sanggup mengotorkan premis RFM sehingga menyebabkan orang lain takut untuk masuk ke sebuah bilik bersebelahan di dalam studio premis itu.

3. Kata Pak Wan, pada masa tu, dia " rasa" sesak hinggakan hendak bergerakpun sukar! Bayangkan! Pak Wan yang berpuluh tahun semua-orang-tahu-baik-pekerti itu pun menjadi sasaran dan asakan mereka! Sampaikan hendak makan pun tak mampu! Aneh!

4. Hanya baru ini Pak Wan beritahu yang Indra dan Ikhlas juga rupanya terkena tempiasnya! Ikhlas terpaksa tempuh pelbagai dugaan. Indra pula terpaksa berhadapan dengan pontianak!Sampai hari ini jarang sekali mereka berdua dapat masuk ke premis ini dengan tenang!

5. Tak cukup dengan itu, bila ada sesiapa yang tahu cerita ini(termasuklah anda dan saya), ada ketikanya kita akan rasa semacam. Tangan akan mula sejuk dan dada berdebar. Telinga pula akan jadi lebih peka terhadap bunyi dan yang paling seram- mendengar suara halus seolah olah berbisik di telinga-" pergi..pergi..pergi.."

5. Jadi, kepada anda yang teringin merasai 'bahang' ilmu hitam ini, datang dan jumpa Pak Wan sendiri di Pertama Kompleks. Pak Wan dan anak anaknya dah ada petua untuk anda elak gangguan ataupun lebih fokus.

6. Jangan bimbang kalaupun ada yang kata anda kolot!! Bawaklah apa apa kamera samada video, digital atau filem yang anda ada dan buatlah hitungan sendiri untuk dapatkan bukti sebelum dan selepas anda berkunjung ke situ. Bilik yang saya maksudkan masih ada di situ. "Dia" juga berada di situ...

Jangan risau atau takut. Anda hanya perlu berani melangkah masuk ke dark room itu untuk belajar develop gambar dari filem ke negatif ke sekeping foto stail retro macam saya dulu dulu!

kamal fnd hashim

p/s

Terimakasih kepada Pak Wan atas terma "Ilmu Hitam" ini!

Tuesday, January 5, 2010

fight or flight

1. Apa beza siang, senja dan malam? Eh, senang je. Siang ada matahari. Senja lak mentari dah nak berlabuh dan malam ada bulan. Apa beza panas, suam, sejuk? Eh, ada! Panas yakni suhu tinggi, suam yakni panas tak sejukpun idak dan sejuk lak dah tentu dingin!

2. Apa cerita ni? Begini, baru ini ada orang tanya pasal yang mana satu berbaloi untuk dipelajari. Katanya susah nak buat pilihan kerana semua kata depa je yang bagus. Hmm..

3. Camnilah, sebenarnya ada perbezaan yang nyata antara semua itu. Tapi, kalau belajar untuk disiplinkan diri, kesihatan dan membentuk sahsiah (he he he), maka semuanya bagus. Tapi kalau belajar dan kemudiannya jalan berkepak, hmmm...hampeh!!

4. Saya cuma terdaya berpesan supaya jangan jatuh ke false sense of security dah le. Mentang mentang belajar sesuatu tentangnya, maka pantang ada peluang, perrghhh, disapunya! Pastu, dulu tak berani gi tempat gelap, sekarang dah berani! Ni cari nahas namanya!

5. Jadi, apa beza Martial Art (Seni tempur), Combative sport (sukan kombat) dan Self Defense (Ilmu pertahanan diri) ek?

kamal fnd hashim

Saturday, January 2, 2010

Kasyaf!

Sukar untuk melihat dari mata seseorang. Yang mudah ialah melihat dari kacamata mereka.

1. Posting semalam merujuk kepada beastialiti. Yang sukarnya, ada yang tak dapat menggambarkan bagaimana haiwan boleh dilihat seksi oleh si polan.

2. Yang demikian, supaya pembaca halaman ini dapat setidak tidaknya menggambarkan yakni membayangkan subjek ini, maka itu disertakan kepingan foto perbandingan.

3. Barangkali ini yang ternampak oleh mereka!


Normal vs Beastialiti








AHAKS!

kamal fnd hashim

Friday, January 1, 2010

ek?

Salam Selamat.

1. Seorang lelaki berdepan dengan hukuman penjara 7 tahun atau denda atau kedua duanya sekali jika disabitkan kesalahan mencuri 6 ekor ayam. Biasa je berita ni...

2. Seorang remaja ditangkap kerana disyaki melakukan seks luar tabii dengan seekor lembu. Eh? Luarbiasa!!!!

3. Dalam bidang jenayah, kecelaruan ini dipanggil beastialiti; Seseorang yang hanya mendapat kepuasan bila melakukan hubungan seksual dengan haiwan. Kalaupun orang itu telah mempunyai pengalaman seksual termasuk telahpun berkahwin, dia hanya mendapat kepuasan abadi bila dapat melakukannya dengan mana mana haiwan.

4. Persoalannya- apa yang seksinya pada haiwan ya?

ahaks!

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis