1.Memang ia nampak nyata dari sesiapa (akan perasaan yang diwakilinya). Adakalanya, ianya tidaklah berapa kabur kalaupun cuba ditutup. Bahkan!! Tetapi bagi yang terlatih, tengok sahaja dah tahu jawapannya. Dan acapkali dilagukan perihalnya-MATA.
2. Ada masanya, melihat seseorang samada secara hadapan atau maya, nampak jelas karenah tuanpunya diri dan perasaannya. Ada pula yang sarat dengan kepalsuan sementara tak kurang pula yang penuh dengan kelampauan! Ada pula dengan keletihan untuk meneruskan kehidupan. Ada orang, pada hemat saya, dirinya penuh dengan kebencian. Lihat matanya ketika dia sedang berkata kata dan kita tahu ianya penuh dendam kesumat..maung!
3. Yang lebih dahsyat bilamana dia gagal memisahkan 2 perkara; kecenderungan peribadi dan pandangan profesional. Bayangkan kalau ini terjadi- memarahi dan mengasari si polan yang enggan memberikan ruang untuk kereta kita mencelah setelah memotong kiri-siap tunjuk jari-maki hamun-cucuk bontot (kereta)-dan BAMMM!!kemalangan jadinya kita. Dibawa ke hospital-parah cederanya-perlu pembedahan sertamerta-dan sekonyong konyong- SI POLAN TADI doktor bedahnya!!Aha!Padan muka!
4. Demikian juga si palsu yang sentiasa memandang tanpa ketulenan. Melihat kilas matanya, kita tahu akan niat yang terpasang itu bedanya melangkau tingginya sendiri. Hadapan menyokong dan belakang menikam! Bayangkan kalau ini pula terjadi- dek selalu sangat berpura sehingga ianya menjadi kezaliman yang bertakung dalam dada-tiba tiba ditunjuk Tuhan akan kuasanya-terbongkar selama ini rupanya peminat dusta yang setia!Mana nak sorok muka!!!
5. Dan si polan yang obes dengan obsesnya. Dalam ilmu psikologi, ianya digelar obsessive compulsive disorder. Banyak pihak yang mengadu dirinya ada stalker. Bahkan sehingga yang sama jantina pulak tu pun ada! Ahh Ahh!! Melihat matanya, ikut cerita tuanpunya diri, habis digondolnya segenap ruang (space) menjadi miliknya. Cuma dia tidak tahu bahawa perangainya itu persis penjenayah predator yang lain; demi kepuasan dirinya samada secara seksual fizikal atau rogolan mental!
6. Cuba lihat matamu dan tafsirkan sendiri. Lihat samada terdapat kehidupan atau hanya kemusnahan di dalamnya. Jangan terkejut! Barangkali sebab mata mencerminkan segalanya maka kau juga berusaha melindungnya dengan memakai cermin mata hitammu?Barangkali juga!!
kamal fnd hashim
Monday, May 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
Aslmkum Tuan KAf,
Kawan saya pergi melancong ke Siam. Depan hotel ada seorang Mamat Siam badan besar, misai panjang, muka bengis duduk dari pagi sampai malam. "Alamak, dia ni samseng Siam agaknya," fikir kawan saya. Dia cuba elak dari bertemu muka atau bertembung dengan Mamat Siam tu.
Hari terakhir, lepas check-out, tiba-tiba beg kawan saya tu hilang! Tau siapa yang tolong carikan? Mamat Siam tu lah.. lepas 1 jam jumpa! Rupanya bellboy terhantar ke bilik orang lain.
Moral of the story: Don't Judge a Book by Its Cover. Muka pecah rumah tapi Hati Baik. Tapi tak salah untuk kita hati-hati.. :)
sah mata dia pun bengis le tu ek?ha ha ha..
Biar muka pecah pintu tapi hati baik.
Jangan muka baik tapi hati kaldu!!
Macam kes 2 wanita C!%@ diserang dalam lif 3 minggu lepas.. muka penyamun bersenjata pisau dirakam dalam CCTV - memang muka Mat Belia - berambut pendek kemas!! Mata? Nampak baik. Tapi perangai tak baik.. hmmm :(
itulah. Muka dia nampak baik tetapi bagi yang terlatih, mata dia pasti nampak cunning kata omputih..kalau terlatih le. Kalau tak, letih je le...ha ha ha
Pengalaman peribadi. Lawa tiada manis ada, baik budi pekerti,solat tak tinggal, memikat hati. 'Terpukau'. Rupa2nya akaun bank kita yg diintainye. Hangus.
Ada mata yang lebih merbahaya. Berkaitan dengan Yahudi yang ingin menakluk dunia dengan New World Order.
PKR=Illmuninati.
uhuk..uhuk..
uhuk,,uhuk,,, mulut manis, senyum terhias dbibir dahi keriut..ada gak..pelaga buah melaga..kawan2.
Alhamdulillah kita dianugerah sepasang mata. Andai sebiji ja, sdh pasti pelik kan? nak jd stalker pun tak boleh. he..he..he..
Rasa2nya apa yg berlaku disekeliling kita itu adalah merupakan cermin utk kita juga kan? kan? kan?
Tingi sungguh makam bahasa encik kamal.
Penat otak saya memproses setiap ayat yang tertlis =)
*...sampai eja 'Tinggi' pun jadi 'Tingi', 'tertulis' jadi 'tertlis' !
lama menyepi...^_^ mungkin sibuk dalam penugasan... hahahah den pun sama la... dok tengah pikir strategi nak turunkan kadar jenayah kaw hot spot jinjang utara...
Alhamdulillah ada perubahan walaupun merangkak...
sis kenyalang..
uhuk..uhuk.. [again]
ashue, sis rasa loya pulak dah huwek..huwek..huwek...
penting juga .
Cermin depan Ok, cermin belakang oK..
Kena buat cermin mata spare sblm pergi supaya semua nampak jelas kat sana.
Mana tau kalau2 ternampak Tn KAH nanti. Bila jelas senang nak decide to tegur or not to tegur
:D
Seluruh dunia patut putuskan hubungan dengan negara Yahudi.
Act against Israel terrorist.
Post a Comment