Monday, September 13, 2010

kosong

Kadangkala sedih berbaur hampa bilamana atas khilaf yang lain, kita terpaksa menanggungnya. Dan yang lebih perit bilamana kita juga yang akhirnya terpaksa merendam rasa menjeruk jiwa..

Hanya sahaja masa akan menentukan segalanya..barangkali. Pun begitu, acapkali yang utama adalah semangat dan kekuatan melaluinya. Dan keupayaan inilah yang sukar digapai. Justeru, bagaimana untuk terus kuat bila melalui ujian getir?

Kenanglah masa indah yang pernah dihabiskan bersama. Kenanglah detik itu. Kemudian, tarik nafasmu dan lihatlah hadapanmu dengan mata objektifmu. Bahawa sesungguhnya yang tersangka salah puncanya bukan dia. Sepertimana dirimu, dia juga menjadi mangsa keadaan.

Bahkan kosongmu dan kosongnya barangkali serupa nisbahnya.Nah, kalau dia juga senasib sepertimu, kenapa tidak lalui getir itu bersama?

kamal fnd hashim

Saturday, September 4, 2010

25 ramadhan@13 jan 1998

Hanya doa dapat dipanjangkan buat abah! Itu sahaja yang mampu kulakukan!

Dan setiap kali di penghujung Ramadhan, kalaupun tubuh ini sasa, aku tak mampu menahan terjunan deras airmata rindu buatmu abah. Hanya sahaja kalau beratus kali aku akan menulis pengalaman ini, aku tetap rindu padamu..

Dan aku juga terbayang sengsara emak. Suami dan rayanya barangkali hanya pada nama..Bagaimana mungkin tubuh kerdil itu berdaya menahan asakan perasaan nan kosong itu, hanya Tuhan yang tahu..

Kamal fnd Hashim

p/s

Barangkali ada juga yang masih memiliki orang tua tetapi sengaja melupakan kedua duanya..Barangkali ada juga yang masih hidup salah seorang darinya tetapi sengaja dipadamkannya pertalian itu.

Barangkali kau belum kenal apa itu rindu ..(bila nanti mereka tiada)..barangkali kau belum teringat asal usulmu.


i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis