Friday, February 19, 2010

Badut

Maaf dah lama tak menaip.

1. Ada yang makan hati sebab saya tak tulis ehwal mereka. Katanya, kenapa angkat satu tempat ini sahaja dan tidak mereka? Jawapannya ada di bawah.

2. Ada yang makan hati sebab bayar sama tapi respon kepada saya lain. Katanya, depa pun bayar sama tapi kenapa tempat lain lagi meriah? Jawapannya ada di bawah.

Bukannya saya mahu membezakan antara satu sama lain. Hakikatnya, ada di antara mereka yang masih terus berhubungan bertanya khabar menerusi sms atau email walaupun event dah bertahun berlalu. Tetapi, ada yang langsung bezanya bagai langit dengan bumi sebelum dan selepas event!

Sebaik sahaja tamat event mereka, hubungan yang sebelum itu sangat meriah tiba tiba tamat! Jika sebelum itu bukan main tawaduk, lepas itu terus berpatah arang berkerat rotan. Kenapa? kerana saya tidak diperlukan lagi.

Masalah yang kedua pula, bila bayaran khidmat itu sama tetapi respons crowdnya berbeza. Barangkali dari segi kehadiran kot. Now, ada penganjur yang sanggup bermandi peluh dan membuat promosi bagai orang gila menarik jumlah kehadiran. Seawal 2 minggu hinggalah saat saat akhir, rangka promosi dibuat dengan giat. Ada pula yang buat ala ala kadar sahaja. Eh, ala kadar? Dah kalau hanya tampal dan edar risalah itu namanya promosi, hmmm, memang patutlah kurang sambutan.

Contohi pelajar UNITEN Tragedi Berdarah. Tengah malam sampai subuh nampal banner, letak bunting di tempat strategik, walk-talk-stop, sms, email dan bermacam macam lagi dibuat mereka. Begitu juga Fadhil UiTM Melaka dan jkuasanya. Saya sampaikan ulang alik 2 3 kali tengah malam hanya untuk mereka!

Saya juga tidak menulis tentang Nurul Aiman dan kawannya di UIA yang kerananya saya memaksa diri berulang alik separuh malaysia! Ada mereka kata apa apa? Ada mereka mengomel kerananya? Tidak! Kenapa? kerana mereka tahu apa yang saya fikirkan dan tanggapan saya tentang mereka. Bila saya tulis Segamat yang terlampau, itu kerana mereka berhak mendapat penghormatan saya. Bukan kerana apa tetapi atas usaha dan inisiatif yang mereka lakukan dalam sejarah peribadi saya.

Saya sentiasa match apa yang orang berikan. Prinsipnya meet or beat your expectation. Nilai RM1 adalah RM1. Malahan banyak kali saya buat nilai RM1 sebagai RM2. Bahkan, yang berikan RM0 tetapi saya buat dengan nilai RM1 juga. Selepas event, saya pasti bertanya samada puashati atau tidak. Sehari dua selepas itu saya kembali follow through bertanya respon dan follow up. Kalau misalnya tak puashati, saya ada money back guarantee.

Natijahnya, bukan saya tidak mahu menulis tentangmu, tapi nanti kau sendiri yang malu. Jadi, tepuklah dahimu dan tanya sendiri di mana jujurmu.

kamal fnd hashim

p/s

Kalau kutahu aku dinilai dengan wang, sudah tentu kulemparkan sahaja wangmu itu ke mukamu agar kau tahu itulah nilaimu.

Thursday, February 11, 2010

Sebab lambat cabut!

Pasal apa ubi jadi kayu?
Pasal apa gigi sakit?
Pasal apa pencuri kena tangkap?

Haaa, sebab lambat cabut!Bila sempat cabut, ramai tak cabut sebab takut ubinya kecik, giginya masih boleh diselamat dan tuanrumah lambat balik. Akhirnya, ramai yang terlantar sambil tepuk dahi!ha ha ha

Bercakap pasal cabut ini, ramai juga yang keliru kenapa, seperti khabar di akhbar, kisah pelajar umur 15 tahun yang dirogol mahramnya tak cabut dari rumah bila diperlakukan dengan biadap. Macamana boleh tak lari je? Apesal masih tinggal menetap bawah bumbung yang sama?!

Samalah dengan pembantu rumah yang tak cabut walaupun diperlaku kejam oleh majikannya. Kenapa tak kau lari sahaja dari situ dan selamatkan dirimu? Bahkan ada yang tamat riwayatnya menahan seksaan.

Dan begitu juga wanita yang dikasari pasangannya juga tak cabut, kan? Dah ditampar, tendang dan keronyok masih jugak disitu! Kata sakit? Dahtu masih kekal gak di situ kenapa?Aneh!!

Bagi saya di dalam bidang ini, ianya sesuatu yang bukan luarbiasa. Kesemuanya mampu lari dan keluar dari kesengsaraan itu. Setidak tidaknya melawan si bangka terkutuk, majikan atau pasangan bangsat itu. Tapi kesemuanya menjadi pasif. Kenapa? Jawapannya ialah takut.

Ada yang melakukannya dengan gertakan dan ancaman. Ada pula yang melakukannya dengan ancaman pengaruh dan kuasa. Ada juga yang melaksanakan hajatnya kerana dia tahu dia akan lebih dipercayai daripada mangsanya.

Eh, takkanlah sampai macam tu? Laa, ini dunia jenayahlah. Ini bukan dunia maya! Memanglah pada sesetengah orang yang melihat pakcik tua ganyut yang merogol tu tidaklah menepati dakwaan yang dikenakan padanya. Siap berketayap dan jalan ketar ketar. Kaki pulak pengkar! Perghhhh, takkan lah dia boleh rogol?!

Takkanlah majikan dia yang nampak baik tu dera dia teruk teruk! Sah sah bibik ni yang buat cerita kot! Ntah ntah dia yang bubuh seterika kat badan sendiri!

Tak masuk akal lah yang pasangan dia simbah minyak panas! Orangnya baik! Ahh, pompuan tu yang jahat ni! Mulut bau longkang!Ntah ntah dia pun suka sebab kena seksa. Tu pasal tak lari!!

Aduhai!!! Memanglah dia tampak baik sebab bukan kita atau saudara kita yang dirogolnya, kan? Memanglah dia nampak baik kerana kita adalah orang yang perlu dia buat baik, kan? Memanglah nampak baik waima tak layak dia difitnah sebegitu kerana kita pun ada kepentingan dengan dia, kan?

Inilah kisah belakang tabir yang beratus kali. Peliknya, tak seorangpun yang mahu menuntut akalnya untuk berfikir. Yang demikian, cuba lah sendiri eksperimen ini untuk memahami.

1- Bagi yang makan gaji, esok kau sergah bos atau penyelia hang. Kalau boleh, maki hamun sekali keturunan dia. Kan selama ini dia yang paksa suruh kerja?Merungut kat belakang buat apa? Seranah je depan depan!

2- Bagi yang tinggal bersama keluarga, esok kau jerkah je bapak hang! Kalau boleh siap tujal jari kerana dia gagal belajar pandai dulu dan kita terpaksa sengsara duduk di rumah yang tak ada apa apa. Kan dia banyak membebel?Sound tepat je!

3- Bagi yang ada bibik, haa, kau amek seterika panas, tuam kat belakang badan sendiri. Jangan lupa kelar kelar sikit peha. Amek je rotan dan sebat sekuat hati kat tapak tangan. Tapi kalau bimbang sakit, sumpah seranah je bibik tu tanpa sebab. Esok da mula cuti panjang kan? Apa ada hal. kita boleh jaga anak sendiri lah!

4- Bagi yang takda apa apa tapi seorang pengguna jalanraya, nampak polis trafik ke JPJ ke, jangan pakai topi atau tali keledar dan lalu selamba badak je depan dia. Kalau tak, cari je orang yang bertubuh sasa, kau saja je cari pasal dengan dia! Jalan dekat dia, berhenti dan tampar je! Jangan lari lepas tu. Tunggu dan tadah je!

Eh, apesal tak buat? Ceh!!Pengecut!!Bukan pengecut.Tak berapa berani la! Eleh, dayus!!!Eh bukan dayus.Lu ni mulut tak cebok la bro! Abih tu? Takuuuut! Haa, tau pun nko! Tau takpe!!Ahaks!!

Begitu le keadaan mangsa bila nko masih berbodohan dengan soalan kenapa tak cabut sahaja!


kamal fnd hashim.

Monday, February 8, 2010

Segamat yang terlampau!

PECAH PANGGUNG WO!!!

Itulah yang boleh saya katakan tentang kehadiran penonton untuk program tajaan Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi di Uitm Segamat Sabtu lalu. Bukan sahaja duduk menempek kat tangga, kat lantai pun ramai setinggan! WA CAYA LU LA!!!

Semenjak tiba di hotel VIP ptg itu , Brader K dan Brader I jadi Liason Officer. Mamat mamat ni cool gak walaupun mula mula kekok sebab penceramah ni bangsa meriah!Maklumlah, mulut tak cebok! Sampai waktu balik pun, 2 kereta eskot! Aduhai!

Dan pastinya yang layak ditahniahkan adalah Pensyarahnya Cik Puan Rafiaah Bte Abu. Berkoyan koyan mesej jemputan dihantar yang saya tak balas. Tapi, dia tetap kebal! Dia tetap berusaha menjejak kamal affandi dan akhirnya gua surrender la!

Malam itu, semuanya agak meriah. Mentelah ADO Segamat pun ada. Pastu, i tell you, student kat situ sporting belaka. Macam sorang brader yang kujadikan mangsa sebagai perogol kelas atasan tu!hahaha!! cian dia kena raging dengan wa! Tak masuk lagi bab mukanya merah menahan sakit kilasanku!he he he

Apapun, kenangan ceramah ini amat besar ertinya pada si kerdil sepertiku. Bahawa belia2 itu wajar diukur pada akalnya dan bukan pakaiannya. Dan inilah yang mahu kubuktikan bahawa adik adikku kalaupun berseluar jeans dan bertshirt sahaja, nyata mereka juga besar jiwanya.

Tentang Uitm Segamat -bangga dapat menghirup udara yang sama di dalam dewan yang sesak itu kerana ternyata ada lagi insan yang masih mahu mengangkat harga nyawa manusia. Insan insan yang masih sanggup mendoakan kepada adik adikku. Inilah anak anak harapan bangsa yang tahu bahawa kita semua sama dalam duduk dan berdirinya.

Tentang Surrender- Eh, kenapa pulak menyerah? Tak pernah pun dengar mulutmu dan perkataan ni? Gila ke mahu menderhaka pada guru?! Apa maut itu hasratmu? (bila kali terakhir kau mengirim doa buat ibubapa dan guru gurumu yang kini sudah tiada? Atau masa smsmu lebih utama daripada Fatihah sejengkal dua?)

Natijahnya, kalau mahu ilmu berkat, hormati kedua ibubapa dan gurumu. Nyatanya kau akan tetap di dalam rahmat mereka dan RahmatNya!

Buat semua di Uitm Segamat, jangan mudah terlupa pergorbanan, perjuangan anak bangsa ek! Terlampau!!

Thursday, February 4, 2010

Saiful vs Anwar dan SMS Laknat

1. Perbicaraan sedang berjalan sekarang dan saya bukan ahli mana mana parti. Tetapi ada yang sms kepada saya semalam dengan lkurang mesejnya " Fitnah itu lebih besar dosa dari membunuh. Sesiapa yang menyokong La'natullah!".

2.Saya tahu tujuan sms itu kerana penghantarnya menyokong salah satu pihak. Tapi bila ia dilemparkan seolah olah kalau tidak menyokong pihak tertentu maka kita dalam laknat Allah, saya hanya tersenyum. Kenapa? Yalah, beria ria seolah dia, yakni yang cenderung kepada salah seorang itu, turut terlupa dia juga sedang menyokong dan menyebarkan fitnah! Macamana dia yakin dia betul dalam hal sokongannya itu?

3. Persoalannya- Bagaimana kalau misalnya seseorang yang disokong kita itu tidak berkata benar? Bagaimana kalau pihak yang disokong mati matian oleh kita itu sebenarnya yang berdusta? Bagaimana kalau sebenarnya kita yang sedang menjadi jentera menyebar fitnah? Macamana nak buat kalau akhirnya kebenaran didapati begitu?

4. Lebih menambah kronik, dalam kes Saiful vs Anwar ini misalnya, ia dibicara secara tertutup atas permintaan peguam. Maka, banyaklah fakta yang bakal tidak diketahui. Bertambahlah nampaknya spekulasi dan kerja tukang sebar dan spin!

5. Dan ini jawapan saya - semasa kejadian hanya ada 2 orang itu sahaja. Samada seorang berdusta seorang tidak, dua dua berbohong, atau keduanya berkata benar, hanya mereka dan Allah yang tahu. Kalau nak jugak terbabit dalam ehwal ini, pakailah otak dan rasio bukannya otot dan emosi! Susah susah ikut sahaja jejak bukti @ follow the evidences. Evidence never lies kerana telah tetap pada QadarNya.

6. Kepada semua rakyat Malaysia, samada dari kabilah mana sekalipun anda cenderung, samada tukang sorak, tok dalang, kaki kipas waima kaki wayang sekalipun, nasihat saya - tidak perlu ikut sedap mulut. Bertenang dan biarkan proses mahkamah berjalan lancar. Allah suruh guna akal dan kita yang sentiasa dalam solat mintak tunjukkan jalan yang lurus- Ikutlah jalan yang lurus yakni jalan orang orang yang disayangi, bukan orang yang dibenci tidak pula yang sesat!

Masakan Allah menipu dalam janjiNya!

Monday, February 1, 2010

Selamat Hari Wilayah!

1. Selamat Hari Wilayah- Saya tumpang gembira dengan rakan rakan yang kini menjadi Orang Bergelar. Dulu orang biasa sahaja, sekarang orang luarbiasa! Cumanya, janganlah segan pulak nak bercampur dengan Orang Kebanyakan ya? Sejarah dalam hubungan saya banyak dah terjadi sedemikian dan diharap Orang Bergelar yang baharu belajar dari kesilapan orang orang lain.

Saya pun ada kawan yang jadi Datuk Bandar, YB, Menteri Besar, Tim Menteri. Saya akui saya kawan mereka. (Cuma tak pasti sama ada mereka masih anggap saya kawan mereka lagi ataupun tidak! he he) Kadangkala terjumpa, meriah suasana! Boleh berhenti seketika dan bertanya ehwal kita. Sampaikan di celah celah manusia, dia sanggup datang kat kita andai ternampak! Huaaaa, besar sungguh penghormatan yang diberikan pada kita!

Pun begitu, dahulu juga ada rakan yang kamceng gigit. Comolot lagi rapatnya! Bila dapat gelaran, tegur kitapun tersipu sipu! Duduk bersebelahan pun dah tak pandang kita. Muka dipaling tempat lain. Sungguh!! Tak termasuk yang sekarang dah jadi kaya, pegawai besar waima pegawai kecik yang berlagak besar. Hulamak, bongkak semedang! Bahkan, saya pernah terkulat kulat berdiri, tersenyum kelat kerana tangan dihulur tak dijabat. Macam terlupa bahawa kerana kita dia di sana! ha ha ha

2. Bercakap pasal kawan, saya pernah kecundang beberapa kali bagai seorang anak miskin yang menagih simpati. Bayangkan, bila dia susah, kita wajib ada. Bila dia senang, kau siapa aku siapa katanya! Bahkan saya asyik kena kencing aje! Resmi manusia agaknya?!Saya hanya doakan mereka berbahagia.

3. Ini rumusan saya sekarang. Barangkali ada baiknya kalau berkawan dan menabur jasa kepada orang politik sahaja kerana kalau tak berbalas baik kita, sekurang kurangnya taklah kita sengsara kerana mereka sememangnya begitu; amnesia dan pelupa!! Ahaks!!

kamal fnd hashim

p/s

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis