Tuesday, November 2, 2010

Keliru

Ada yang menasihatkan supaya berpegang kepada agama untuk mengelak seseorang menjadi penjenayah. Satu nasihat yang baik, benar bahkan tiada kompromi terhadapnya. Ironi kenyataan itu adalah kesemua yang sahih seorang penjenayah di tanahair khabarnya mempunyai agama. Belum ada yang atheis menjadi penjenayah!

Pasti ada yang terfikir (ataupun belum), kalau begitu keadaannya bahawa keseluruhan banduan itu mempunyai dan menganuti agama, apa ceritanya ya? Hmm..

Pada hemat saya, tidak perlu terlanjur berfikir. Memang mereka ada agama tetapi bedanya adalah hidayat. Dan kita juga cuma senang mencemuh daripada mendoakan orang yang belum mendapat hidayat. Kita lebih selesa menjuih bibir daripada mahu berusaha mengubah nasib mereka. Bahkan, barangkali kita juga menikmati saat saat itu!

Yang demikian kata pendeta- lihat sahaja hatimu dan duduknya. Ya, benar mereka sering terlupa tetapi kita pula sengaja melupakan hak mereka ke atas kita. Maka siapakah yang lebih kejam pada detik itu? Orang yang tidak berpengetahuan atau orang yang berpengetahuan tetapi tiada juga membawa manfaat samada atasnya atau yang lain?

Kata bijakpandai, biar ilmu sedikit tetapi amalnya konsisten daripada ilmu banyak tetapi amalnya mengikut tempat, masa dan keadaan. Dan Al-Furqan- berpesanlah dengan kebenaran..

Justeru, faedah nasihat itu akan jadi lebih molek bila kita perpanjangkan seraya mendoakan hati hati yang kelam dan tenggelam. Tak gitu?

kamal fnd hashim

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis