Wednesday, December 31, 2008

Last Kopek

Se-malam sahaja lagi dan kita melangkah ke tahun baru 2009. Berkobar semangat dan segalanya menetapkan :-


A)azam baru

B)azam lama yang diperbaharui

C)azam baru yang mahu dilamakan

D) Masih tercari cari sesuatu yang tidak bermakna untuk jadikan azam?

Ahaks!


Ini pedoman dalam membuat keputusan kalau kalau sukar buat penentuan azam baru;

Tanya dirimu mana lebih baik;-

buat baik dengan niat jahat atau berbuat jahat dengan niat yang baik?

kamal fnd hashim

Wednesday, December 24, 2008

Nyanyuk!

Hari ini, bayi mongel itu barangkali tidak faham hatibudi manusia. (Eh, apa manusia masih punya nurani itu atau hanya mainan di bibir saja?) Atau, setan sahaja yang bersalah? Setan atau manusia?

Esok pasti ada yang berdegar degar percakapannya. "Ini perbuatan tidak berperi kemanusiaan menodai bayi 20 bulan!! Ini bangsat kasta pariah!! "(..dan sandiwara ini pasti berlaku!)

Akan kau saksikan respon mereka kepada masalah ini;

Pertama, kata mereka, pastinya tubuhkan jawatankuasa. Samada plastik, luncai atau jawatankuasa bangsawan tidak penting. Yang penting, tubuhkan jawatankuasa sahaja. Selesailah masalah!

Kedua, cari kelemahan pihak berkuasa dan muafakat mengiyakan kegagalan mereka. Samada benar atau tidak (lebih banyak dusta), spekulasi lebih bermakna dari makrifat hakiki.

Ketiga, lawat keluarganya atau lebih baik lagi bayi itu di hospital. Jangan lupa bawa pihak akhbar bersama. Tunjukkan gaya yang simpati, marah dan sedih sayu ketika kamera dihalakan.

Keempat, sementara berita masih panas, muncul di kaca tv dan berkata sesuatu yang popular (perbuatan jijik, hukuman lebih berat, kesan porno, dll) kalaupun lapuk dan tak tergapai akalmu. (nota: kepada yang berkenaan, jangan lupa bawa fail tebal supaya mereka tahu dirimu bekerja.)

Kelima, hebahkan acara potong reben dengan belon besar yang akan direncana.

Keenam, bakar kelambu kerana marahkan nyamuk.

Ketujuh, salahkan setan dan sekutunya.

Tak penting samada kadar penyelesaian kes pihak berkuasa purata 93% per tahun; bukankah kau sendiri telah jalankan kewajipanmu yakni menyalahkan sesuatu sambil dirimu sendiri tidak pernah menunaikan bahagianmu?

Tak penting samada jawatankuasa itu sudahpun berjuta bilangannya; bukankah ini kesempatanmu mendapatkan perhatian, anugerah, darjah, pengaruh dsbgainya? sekali bekerja sahaja cukup seumur hidupmu? bak malam lailatul Qadar; satu malam ibadah umpama 100000 tahun layaknya?

Tak penting juga samada yang kau katakan itu bodoh ataupun tidak bermakna; bukankah ini tanda cerdas akalmu kerna perlu apa membazir memikirkan yang baru?

Tak penting samada kelambu yang mahu kau bakar itu amat berbahaya apinya; bukankah itu juga tandanya kau beriya iya mengutuk kebiadaban pencabulan bayi itu?

Tak penting samada kau benar mahu melakukan sesuatu atau hanya masih sedang memikirkannya (khusus ketika ianya masih menjadi tajuk berita); kan melayu mudah lupa?

Zaman ini, nyanyuk kalau seseorang itu mahu menyelamatkan dan memelihara kedaulatan bangsanya. Pikun kalau kau cuba memartabatkan tamadun bakal generasi negaramu.

Mahu kuberitahumu 1 hal percuma yang tiada sapa yang pedulikannya? nyawa dan perjuangan memuliakannya.

Eh, sebelum terlupa-Tak penting samada bayi itu sengsara atau keluarganya menderita; bukankah telah kau tunjukkan simpatimu ketika membaca berita tentangnya itu seraya menggeleng geleng kepala?

NYANYUK!!!

kamal fnd hashim

Thursday, December 18, 2008

Mat kucing lagi?

Gempar dan terkejut semua bila seorang lelaki melarikan seorang kanak kanak perempuan baru baru ini. Maka berduyun duyunlah yang keluh kesah dan gelisah; bimbang terluka lagi..KONONNYA!!

Apa sebenarnya dalam fikiranmu?

a) jangan kena anak/cucu sendiri.
b) kenapa tak tangkap tangkap lagi.
c) menyusahkan sahaja kerana sekarang terpaksa menjaga keselamatan anak sendiri!

Nah, saksikanlah!! Ramai yang mengeluh kerana semua asbab di atas.

Mana mungkin seorang bapa dan bonda mengeluh hanya kerana terpaksa menjaga anaknya sendiri? Takkan penjaga waima ibubapa menganggap menjaga anaknya sendiri suatu yang menyeksa? Ah, karut!!

Jawapan untukmu;-Eh, ini biasa biasa saja; kerana bapa terpaksa pulang awal dari kerja (dan membatalkan rancangannya untuk bermain karom di pejabat), kerana ibu yang terpaksa mengikut jejak anaknya ke taman permainan dan mana sahaja ( dan terpaksa membatalkan dirinya menonton sinetron dan drama), penjaga yang kini mandatori melihat, mengambil dan menghantar anaknya ke sini sana (dan terpaksa membatalkan hasratnya untuk berguling guling di lantai sahaja).

Barangkali tersalah baca atau sekadar pandangan peribadi; semuanya alasan yang mansuh dan lusuh belaka!

Di mana nilai anakmu di matamu sendiri? harta pusaka atau bebanan sahaja? Atau, berbanding Mat Kucing, kamu yang sebenarnya lebih berbahaya?

kamal fnd hashim



Monday, December 15, 2008

Gelut II

Dan hari ini makcik tua itu diragut oleh cucunya sendiri. Belot. Dan hari ini bayi itu dijumpai di dalam mangkuk tandas. Belot. Kita masih hanya simpati dan kasihan. Noktah.

Barangkali ada sesuatu yang 'khilaf' kalau kita tak dapat nafikan hak mangsa kan? Terutama mangsa mangsa yang sudah mati atau cedera. Kenapa? eh, di zaman ini penjenayah lebih mempunyai hak asasi dari mangsanya!

Tak adil melakukan itu dan ini kepada penjenayah!! Hormatilah hak mereka di sisi perlembagaan!!!

Kalau penjenayah terluka waima kerana cuba menafikan tangkapannya, kita henyak sahaja pihak berkuasa!!!

Mangsa? Aaah!!! persetankan sahaja kerana dia bukannya keluarga kita! Siapapun yang peduli kalau nenek itu mati disamun cucunya sendiri atau bayi itu mati dek lemas dalam lubang tandas? Dia bukannya nenek kita dan bukannya keluarga kita!!

Peduli apa! Itulah jawapan hatimu...

Siapa sebenarnya yang belot?

kamal fnd hashim

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis