Thursday, December 31, 2009

Mintak diri!

Ini ayat popular hari ini- Selamat tinggal 2009! Ayat mudah yang sukar..naskah yang banyak pengertian. Eh?

Dulu dulu, kalau nak masuk tahun baharu, ayat paling popular ialah, 'tak dapat kalendar ke?'
Masuk 80an, kalau nak masuk tahun baharu, yang paling popular - 'diari tak de ke?'
90an lak, ayat paling popular - 'tak de annual dinner ke tahun ni?'
2000an ni pulak-'takde bonus ke tahun ni?'

Laa, nilah evolusi tahun baharu rupanya! Yang tak berubah ubah adalah permintaan kita dari pihak lain. Cumanya, tak lak mintak permintaan kepada diri sendiri gamaknya! Eh? Ya la, mintak diri kita lebih cekap jalankan kerja, mintak diri kita berhenti merokok rokok sendiri (he he), mintak diri kita lebih kurus, sihat dsbgnya ek?Ahaks!

Ada la! apanya? Ada mintak diri! Camana? Tu yang AZAM tu!

Oooo, azam tu ek? azam tu untuk kita kepada kita la ek? O ya ke? eh, schizo bunyi nya!he he he...Cuma yang paling popular hari ini, detik ini- selamat tinggal 2009! eh mintak diri dulu ek!ha ha ha






kamal fnd hashim

p/s

Kepada kebodohanku, selamat tinggal kerana mendewasakanku. Kepada kecerdikanku, selamat tinggal kerana belum pasti tahun hadapan apakah bernasku masih ada..

Wednesday, December 23, 2009

Cair!!

Kalau yang kisah cinta cintun, wanitalah yang banyak. Kalau yang kisah barangan, lelaki yang banyak.

Eh, kata cerita jenayah? camana pulak kisah cair ada kat sini?

Ahaks! Ni lah ceritanya! Di celah celah keriuhan lanskap jenayah, ada sahaja yang berbalah bahawa yang lebih mudah jadi mangsa adalah wanita. Dalilnya perangkap cinta siber, keldai dadah dan juga subahat. Ya tak ya jugak. Mana pernah ada lelaki yang ikut teman wanita lari ke Lombok ek? he he

Tapi, ada juga yang mengatakan lelaki lebih ramai yang menjadi mangsa. Dalilinya, black money, barang curi, motor panas dan sebagainya. Ya tak ya jugak ni! Mana ada perempuan yang beli motor panas ke atau kereta lelong kononnya dari Kastam tu ek?ha ha

Jadi siapa sebenarnya yang mudah cair? Lelaki atau wanita?

kamal fnd hashim

Tuesday, December 15, 2009

Blackmaria Radio24 93.9FM

Ini hebahan terbaru.

Isnin, Rabu & Jumaat jam 11.30pagi frekuensi 93.9FM yakni BERNAMA Radio24 ke udara di Lembah Klang. 30 minit sahaja siarannya. Yang di luar lingkungan, silalah layari www.radio24.com.my dan dengarkan audio streaming ya.

Isnin berkisar tentang susulan kepada berita atau pasca berita melibatkan mutakhir jenayah yang menarik perhatian. Temubual dengan mangsa/keluarga dan juga pegawai penyiasat menerusi telefon akan dibuat. Tujuannya mudah- sedang orang lain tertanya tanya apa kesudahan sesuatu berita itu, kita bawakan yang terkini.

Di sini juga, mereka dapat berpesan tentang kesilapan yang menyebabkan peluang jenayah itu berlaku dan nasihat kepada orang ramai. Buka untuk menerima panggilan kalau ada masa.

Rabu versi Kopi Panas. Ada buka topik panas yang menjadi bualan hangat masyarakat dalam minggu sebelumnya dan nyatakan pendirian anda. Cuma ada 45 saat setiap pemanggil dan bila je dengar kocakkan air kopi yang sedang dikacau dengan sudu, masa dah tamat. Kita minum kopi dulu sementara pemanggil lain pula diberi peluang mengutarakan pendapat.

Jumaat pula untuk isu isu pencegahan jenayah dalam lanskap jenayah tanahair. Kisah Modus Operandi, Taktik dan lain lain ada dibincang di sini. Buka untuk pemanggil juga.

Kalau rasanya tak mau belajar selamat, tak mau berkongsi pandangan dan tak teringin menghargai nyawa sendiri, tak suka dengar leteran kamal fnd hashim, JANGAN dengar BLACKMARIA, JANGAN telefon 03-2692 7939, JANGAN sms taip R24 (jarak) mesej anda, hantarkan ke 32728 dan JANGAN email blackmaria@radio24.com.my ek!

he he he


kamal fnd

Tuesday, December 8, 2009

amuk tok nadim!

2 senario; 2 kontras. Ironinya respon terhadap keduanya berbeza.

Seorang lelaki terpaksa ditembak mati bagi mengelak amukan yang terbias. Maka berdegar sekelian alam. Respon- POLIS KEJAM!!!

2 polis cedera parah di pukul semasa cuba menangkap seorang pemuda yang mengamuk. Satu patah pinggul, satu patah tangan. Respon-bisu?!

Ahh, bukan tidak simpati dengan petaka ini dan keluarga pemuda pertama..Cumanya, bagaimana dengan mangsanya yang juga sebelum itu cedera ditetaknya? Apa hanya pemuda itu yang nyawanya berharga? Polis itu bagaimana?

Timbul pula puak hak asasi menjaja berita bahawa dia itu OKU. Apa? Orang Kurang Upaya! Eh? Bagaimana pula ceritera dia ke karaoke dari malam hingga awal pagi, mengangkat parang membelasah kawannya dan kemudian cuba menyerang polis? Ada pula upayanya!!!

Yang cacat hanya KAKInya yang dengkot dan tepok. TANGANnya tak bermasalah! Dalilnya? Laa, kan dia boleh mengangkat parang dan memegang microphone! Menyanyi juga dia berupaya!!

Bilamana 2 terlantar cedera parah kerana orang ramai yang lain lintang dan pukang semasa kejadian kedua, tak seorangpun termasuk pejuang hak asasi - YANG MENGAMUK KEJAM!!YANG MENGAMUK KEJAM!!

Jadi, kenapa lacurkan tandanama OKU? Ntah. Aduhai!! Aib! aib!, aib! Dan suara sumbang terus berdegar-POLIS KEJAM!!!POLIS KEJAM!!!Barangkali pampasan atau saguhati yang dicari atas kematian itu dan bukan atas dasar kebenaran?Ntah. Atau memang sepanjang hidupmu dik kau tiada bernilai apa apa tetapi atas matimu dik ada $$$ yang dibawa?

Aku juga mahu mengamuk kalau begitu kesahnya!!!!!!!

kamal fnd hashim

Thursday, December 3, 2009

Kuala Kangsar Yob!!

Hari sabtu dan ahad ini, jangan le lupe nak ke karnival klasik nasional kat kuala kangsor. Macam macam ade! Eh, ade tapok cegah jenayah khabarnye! Ate, kalo di izin Tuhan, teman ade di sane!!

Oh ya, jemputan ini terbuka kepada semua. Masuknya percuma. Ilmunya halal. Kalau kalau ada kelapangan, silalah ya.

Cuma maklum sahajalah, booth ilmu, berapa ramai pun yang nak singgah! Lainlah kalau booth kosmetik langsing badan atau ubat kuat..BRRRRR!!! sah sah sesak!

Dan membawa kita kepada persoalan yang utama; nyawa. Berapa nilai nyawa? datanglah sendiri dan saksikan berapa kerat yang akan hadir di booth Pencegahan Jenayah ni. Berapa nilai airmata? Jemputlah lihat dengan mata kepala sendiri nanti.

Rasanya tak habis bilangan jari sahaja yang akan singgah. Barangkali patut dibuat macam yang lain baru orang nak datang kot! Beritahu je ada 5T, berduyun yang akan berkunjung punya. Ntah ntah boleh roboh booth ni! 5T? apa 5T ek?

T- Tambang. Beritahu yang tambang penganjur tanggung- ramai yang nak ikut!
T- Topi. Sapa sapa turut serta, dapat topi. Ramai yang sanggup!
T- T shirt. Akan diberi sorang sehelai dua. Ramai yang berlumba nak datang!
T- TopUp. Sorang $30!! Perrghh, bersesak pun sanggup!!
T- masuk Tv!! penuh le jawabnya!!

Nilai semua= $30+$15+$25+$30+ glamour=$90 + glamour? perrggghh! tak ternilai wok!!!

Eh, banyak tu je ke gamaknya nilai satu nyawa?Haah le!! Adusss!!


kamal fnd hashim

Friday, November 20, 2009

Lencun II

Banjir dengan kecaman dan spekulasi minggu ni! 5 penjenayah ditembak dan kritikus berdiri mengutuk tindakan Polis!! Kejam!!! Kejam!!!Kejam!!! bergema di corong radio dan skrin tv serta cetakan akhbar.

Lencun airmata ibubapa yang mendakwa tindakan Polis menyebabkan anak itu terbunuh. Lencun airmata orang yang tersayang mereka. Lencun juga dek peluh orang yang bangkit menuntut hak yang mati!

Barangkali dek banyak menonton filem tamil atau hollywood, ada yang beranggapan polis trigger-happy. Barangkali untuk mengaleh pandangan masyarakat, ada yang membakar semangat untuk 'menuntut bela'. Tak kurang yang bercakap tentang hak asasi penjenayah!!

Eh?

Kalau penjenayah, prinsipnya hak asasinya 'tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahan', kenapa untuk polis "bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya'?Bagaimana pula hak mangsa mangsa penjenayah itu? Di mana pula hak asasi mereka?

Atau mangsa dan massa moden malaysia tiada hak pertahankan diri sementara penjenayah perlu sentiasa diselimutkan dengan suaka undang undang?

kamal fnd hashim

Thursday, November 12, 2009

Kuching yang basah

Hari ini hari ke-2 di Kuching. Pagi semalam tiba dari Kota Kinabalu dan terus check in. Petang semalam sempat ke Waterfront. Senja semalam minum teh dangdut.

Semasa berada di deretan kedai berhadapan waterfront, brader brader kaki lima ramah menegur sapa. Lama tak jumpa? soal mereka. Ada apa Kuching Bro? Nyaman!!he he he! Nampak pula ada gitar Kapok dan terus minta kebenaran tuan punyanya. Ha ha ha...jadi Busker sekejap!! Mereka juga seronok! Saya pula seronok jumpa kawan kawan ini sampai terlupa malam nanti akan tiba di KLIA dan hendak memandu terus pula ke Penang!

B
rader kaki lima? Alah yang buat jualan kecil kecilan bermodalkan hanya meja lipat dan kerusi tu. Kalaupun di kaki lima, atas nama Kuching, perkhidmatan pelanggan mereka nombor 1. Tanyalah apa sahaja akan mereka bantu kalaupun kita tak membeli apa apa daripada mereka. Dan inilah ceritanya.

Saya bangga punya kawan seperti mereka. Sanggup mengusung meja ke mana-mana tanpa silu. Senyum tak luntur dari bibir mereka. Dan mereka tahu hak Kuching atas mereka. Tanpa malu, sanggup berusaha menjaja tenaga mencari rezeki biarpun kecil dan sedikit.

Sementara ada di antara kita yang lebih seronok mencuri rezeki, orang orang kecil seperti ini sentiasa dilihat dari kacamata kegagalan oleh sesetengah pihak. Pesong!! Kalau bukan kerana mereka, pasti tawar rencah hidup dan roh sesuatu tempat.

Eh, mencuri rezeki? Ya. Biar betul? Ya! Macamana pulak? Hari pertama bekerja begitu sopan dan berkobar. Hari ini sombong dan diri tak sedar! Hari pertama menjawat kerja begitu komited dan berwawasan. Hari ini, juara lembab dan tak bertenaga! Hari pertama harta syarikat harta syarikat. Hari ini harta syarikat harta peribadi!

Jadi, mulai hari ini, setiap kali guna komputer syarikat dalam waktu pejabat, datang lewat balik cepat, kawan yang clock in punchcard atau touch card, minum teh pukul 10 sampai 4, cakap melayu macam orang putih pelat, tak beri idea dan jadi batu dalam mesyuarat, tanya pada diri sendiri - dulu janji nak ikut jalan ala syaitan ke malaikat?

kamal fnd hashim

Monday, November 9, 2009

Cemburu

3, 4 & 5hb di Langkawi. 6hb di Kuching. 7hb Bintulu. 8hb Shah Alam. 9hb, hari ini Kota Kinabalu. Ini antara pergerakan seorang sahaya bernama kamal affandi hashim. Tidur? Tuhanku Maha Kaya memberikanku tempias kudratnya sehingga aku berdaya melaksanakan amanahNya kalaupun lenaku pendek.

Barangkali ada yang cemburu kerana mereka juga punya panca yang sama. Dalam benak timbul soalan. Bagaimana kau menjaga kesihatanmu? Bagaimana kau begitu cergas? Bagaimana itu dan ini?!

Sebenarnya, aku tiada jawabannya. Yang aku tahu, hati aku hidup memujaNya dalam setiap nafas yang kuhirup dan langkah yang kuhela.

Bagaimana dengan cemburumu? masakan aku tidak punya!! Cuma cemburuku bertempat. Kalau kalian mahu tahu, cemburuku pada insan yang lahir serba kekurangan dan kurang upaya tetapi berjaya. Di sebalik segala nista, baik dari orang biasa atau terkadang sendiri dari batinnya, teguh kompas hatinya membelek tamadun manusia.

Kalau orang biasa yang berjaya, ahh, biasa biasa sahaja padaku!! Tetapi kalau yang kurang upaya, aku memandang tinggi dan tunduk malu kepada mereka. Kalaupun aku berjaya, ya, itu barangkali lelahku hasil tulang 4 keratku. Kalau mereka berjaya, aduhai, itu lelahnya hasil cerca manusia!

Perangku penuh senjata, perang mereka penuh sengsara. Perangku dengan segala pancaindera, perang mereka airmata bekalannya! Dan mereka boleh lebih berjaya dari kita semua?

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Kamal fnd Hashim


Sunday, November 8, 2009

harga kejujuran


Hanya di Langkawi barangkali ada yang masih bulat jujurnya. Kesimpulan ini saya buat bila bersama Pak Tam Penjara bersarapan pagi di Restoran Ikhwan. Lihat sahajalah notis ini.

Lalu ia membawa 2 makna. Samada pelanggan mereka semuanya adalah jujur jujur belaka atau keyakinan mereka pada Tuhan amat luarbiasa. Kenapa yang kedua dan bukan yang pertama?

Kerana di Eagle Bay Hotel Langkawi, semasa mahu mendaftar masuk jam 2.10pm 3nov,(walaupun bilik telah disediakan oleh penganjur), si pegawai pemasarannya (Puan Sharifah) menyuruh saya tunggu sehingga semua orang tiba baru mahu memberikan bilik walhal saya yang baru mendarat jam 1.45 perlu memulakan ceramah jam 2.30 ptg di hotel itu!

Dan saya melangkah meninggalkan hotel ke-2 di Malaysia yang hanya tahu menghina bangsanya. Akhirnya terjumpa hotel bajet REGION yang layanannya mesra, harganya murah dan paling penting memartabatkan bangsanya!

Apa kaitan jujur dan cerita ini? 3 hingga 5 november, sungguh luarbiasa layanan Pn Sharifah kepada pegawai kerajaan yang menganjurkan seminar setelah tahu ketidakcekapannya sendiri mengundang padah. Hinggakan sanggup memandu menghantar mereka ke Jeti dan Lapangan Terbang!!!

Saya? untuk 3 hari itu menapak 2km ke tempat seminar Program Pemanduan Berhemah (Motorsikal) zon utara di eagle bay itu. Untuk 3 hari, saya tidak sentuh marker pen, kertas yang disediakan oleh hotel durjana itu. Untuk 3 hari, saya tidak menjamah airnya kerana bimbang Pn Sharifah terpaksa samak gelas yang saya gunakan!

Ishhh, takkan begitu hina dirimu kamal pada pandangannya? Benar. Kenapa kau kata begitu? Si Sharipah tidakpun meminta maaf denganku! Jadi? Bukankah aku tidak layak wujud dalam alamnya?!!

kamal fnd hashim

Sunday, November 1, 2009

Semalam Di Malaya

2.35am 31 Oktober 2009.

Sampai di Puteri Resort Hotel, Ayer Keroh, Melaka. Hujan. Berhenti di lobi untuk melihat kalau kalau ada bilik. Tiba tiba datang pengawal Nepal beritahu tidak boleh letak kereta di situ! Maklumkan pada dia untuk letak sebentar untuk tengok kalau ada bilik. Dia mengangguk dan berlalu..berkaki ayam!

Sampai reception dan tekan loceng. Berkali kali. Lepas 3 minit tak muncul pun sapa sapa. Tiba tiba datang mamat lain dengan walkie talkie dan bagitau staf reception pergi makan! Laa..

Mamat nama Nizam ni pun keluar dari tempat makan dan salam dihulurkan kepadanya. Aku pula yang memohon maaf kalau kalau mengacau! Yalah, tengah sedap makan. Selesai urusan pendaftaran, aku maklumkan kepadanya aku mahu menurunkan barang barang di dalam kereta, meletak kereta dan baru ambil kunci.

Bergerak ke kereta dan turunkan barang. Tiba tiba Nepal berkaki ayam yang sudah pula berkasut memberitahu di situ tidak boleh meletak kenderaan! Laa, amnesia ke Nepal ni? Dan Nizam pun datang beritahu tidak boleh letak kenderaan di situ! Laa!

Kutoleh kiri dan kanan lobi itu kosong sahaja. Langit masih lagi mencurah. Dan tanpa banyak soal, ku isi semula dua beg dan pakaian ke dalam bonet. Dan ini kenyataanku kepada mereka:-

"Saya tahu sini tak boleh park. Saya dah cakapkan yang saya nak turunkan barang dan kemudian letak kereta. Sini letak kereta open air. Saya tak mahu barang barang saya basah. Kalau awak rasa orang malaysia macam saya tak layak duduk hotel ni, awak cakap je lah. Kalau saya mat salleh, dah lama awak tolong angkat barang barang ni. Tak pun offer payung. Tapi pasal saya orang melayu rakyat malaysia, saya memang tidak diterima duduk hotel awak ni kan!"

Terkulat kulat keduanya dan aku terus memandu meninggalkan hotel yang mana rakyat negaranya sendiri menjadi anak tiri! Ku fikir tanahairku namanya Malaysia. Rupa rupanya masih Malaya!!

kamal fnd hashim.

Thursday, October 29, 2009

Kalau bukan keranaMu

Ya Tuhan,

Bagaimana mungkin aku terlupa melakukannya selama ini?
Bagaimana mungkin kali pertamaku hanya tadi?
Atau aku yang alpa dalam sengaja?

Kalaulah bukan kerana Ar-RahmanMu, barang tentu aku terus lalai.
Kalaulah bukan kerana Ar-RahimMu, barang tentu aku masih mamai.

Dan selayaknya aku mohon ampunMu.
Dan semestinya aku mohon ehsanMu.

Kalau bukan keranaMu, wahai Tuhan langit dan bumi, pasti aku tidak berupaya. Kalau tidak keranaMu, wahai Tuhan siang dan malam, pasti aku terus terleka.

Sepertimana manusia biasa, aku terlupa mengucapkan syukur atas nikmatMu. Bukan syukur yang semata demi mencari syurgaMu itu.. Bukan!!Bukan juga yang hanya kerana mencari pahala itu.. Bukan!! Tapi syukur yang ikhlas kerana selayaknya sebagai hamba kepada Tuhannya.

Belum pernah selama ini aku mengucapkan terimakasih kepadaMu kerana memberikan aku usia demi usia.Tiba tiba hari ini, di hari lahirku, Engkau detikkan dalam hatiku sujud syukur kepadaMu atas kelahiranku..merafak sembah seorang sahaya.

Dan aku sujud pada Kemuliaanmu..
dan aku sayu pada KeagunganMu..

Siapalah aku dikalangan makhlukmu dan mulia ini Kau hadiahkan padaku?

ALLAHUAKBAR!!


kamal fnd hashim.

Tuesday, October 27, 2009

airmata sang bapa

Sabtu di Seremban. Saya datang untuk sesi sepenuh hari anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan. Dihadiri oleh hampir 100 orang. Anak dan bapa. Anak dan ibu. Anak dan penjaga.

Kesemua remaja ini mempunyai peluang kedua dalam hidup mereka. Diletak di bawah Program Khidmat Masyarakat kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan, saya lihat wajah wajah kusam dan tegang antara mereka pada mulanya.

Bukan mudah untuk meletak 2 'kuasa besar' dalam satu ruang. Bukan mudah! Apatah lagi untuk hadir atas dalil yang khilaf; kegagalan.

Sedang sang anak merangka hidup berdasarkan kawan sebagai dewata, keluarganya jerih mengumpul belanja buat membesarkan mereka. Seorang ayah hampir sahaja meraung sedih kerana merasa gagal ilmu pentadbiran keluarganya. Seorang lagi kerana menyangka yang dilakukan selama ini sia sia sahaja; mencagar maruah dirinya untuk sesuap nasi buat anak anaknya...ironi.

Hampir akhiran, 2 dunia tadi menjadi satu. Bertaut dalam nada yang sama. Bernafas dalam kalbu yang sendu.

Hati saya remuk melihat airmata seorang bapa yang menangis tanpa silu tanpa berkira kira. Terlupa bahawa 99 lagi mata melihatnya pada masa yang sama. AHHH!!!Persetan kalian semua!Ini anakku! Daripada dunia, dia lebih utama!!!

Yang wujud padanya ketika itu hanya dia dan ikhlasnya.Yang wujud padanya hanya dia dan kasih-belasannya. Yang wujud hanya dia dan anaknya..

dan kau anaknya dapat berada di sana bersama bapamu mendengar lisan redhanya sedang aku dan rakan pembacaku hanya bersendiri..bisu dalam tuli yang sepi.


kamal fnd hashim

Tuesday, October 20, 2009

Mata

Saya melawat blog seorang jurugambar profesional malaysia (blog.hadzleyharith.com). Aduhai! Betapa matanya merakam sesuatu yang indah dan pesona. Bahkan, dalam diam saya mengkagumi ketipan lensanya. Bukan sahaja gambarnya penuh cerita tetapi berdaya menghasilkan keinsafan dan kekaguman kepada Yang Esa. Baik bukit, kayu malah pantai latar fotonya mengingatkan saya kebesaran Tuhan.

Dan tentunya mata juga untuk melihat dan memandang. Adakalanya mata terperdaya dalam ketakutan. Cumanya, setiap orang mempunyai cara melihat yang tersendiri.

Bila takut, pokok pisang pun tersangka hantu. Bila ngantuk, jalan lurus pun disangka bengkok! Bila terlampau lena, mata sukar dibuka..lembam!

Cumanya, ada juga yang sering memilih dengan matanya untuk melihat kelemahan seseorang sahaja. Berilah apa sahaja, nescaya dia akan berjaya melihat negatifnya. Baik macamanapun sesuatu itu, pastinya dia buta. Buruk sahaja yang nampak dek matanya..

Jika demikian, wahai si celik tapi buta, bagaimana mungkin Tuhan mencipta sesuatu yang sia sia? Dan kenapa engkau tidak berusaha membutakan sahaja matamu? Kan lebih elok begitu supaya mulutmu turut membisu dari terus berbicara menyongsang Tuhanmu?

" sesiapa yang membenci, dialah yang terputus" Al-Kauthar ayat 3.

kamal fnd hashim

Friday, October 16, 2009

Tabik buat Mock Trial!

Dalam kekecohan,kesibukan dan kecemasan, sempat juga mencarik adat hadir di auditorium UIA malam tadi kalaupun lewat. Yang pasti, sangat sangat berbaloi menyaksikan projek penuntut jurusan undang undang ini.

Set yang sangat mudah; rentas perbicaraan mahkamah di mana seorang lelaki dituduh membunuh anaknya sendiri. Kerana hanya tiba kira kira 1008pm, saya hanya sempat tonton bahagian kedua mock trial ini. Best ker?

HULAMAK! Pecah pecah perut gelak tengok gelagat " pendakwaraya" dan juga saksi "Bapak Ayam"! Kelakar giler!! Senang cakap, saya rasa bangga dapat menyedut udara dalam dewan yang sama dengan pementasan yang sangat sangat menarik itu!

Tak lupa lakonan mantap oleh 'bapa mangsa' di akhir persembahan. (sedang orang lain bergelak, aku diam. Kenapa? kerana aku dapat membaca mesej yang dilontarnya dengan jelas. Noktah)

Kepada pengarah dan pendukung watak khususnya mereka yang saya sebutkan di atas, tabik sama lu!!!


kamal fnd hashim

Thursday, October 8, 2009

Orang minyak


Orang minyak di Utara tanahair akhirnya tertangkap! Boleng je! Yang tangkap lak bukan orang sembarangan! Makcik umur 60an dengan adik lelakinya umur 53. Hulamak!!

Yang bestnya, selama ini dia dengan jirannya selalu tuduh menuduh pasal harta masing masing asyik hilang. Mentelah rumahnya dah 3 kali kena pecah tapi takda kesan pecah.

Cuma kali ini dia tahu dah si orang minyak masuk melalui lubang angin atas tingkap rumahnya. Mana tak HANGIN makcik tu!!

Eh, tak yah pakai bomoh ek?

Wednesday, October 7, 2009

Kelas Ejaan

Pada sesiapa yang masih mahu tahu nama penuh saya, ianya ada di bawah ini. Sebenarnya, tak berapa kesah nak dipanggil atau eja macamanapun. Cuma, kalau salah eja atau panggil, mungkin diri sendiri yang malu ek.

Barangkali untuk mengelak malumu, wahai insan, maafkan kalau saya terpaksa mengajar;

K A bunyinya KA,
M A L bunyinya MAL,
KAMAL....(tepuk tangan sikit..pandai!)

A F bunyinya AF,
F A N D I bunyinya FANDI.
AFFANDI...(tepuk sikit lagi..Ahh, pandai!!)

H A bunyinya HA
S H I M bunyinya SHIM
HASHIM...(yeh yeh..dah pandai!!!)

Eh, senang rupanya ejaan dan sebutannya ek?!!Laa, abih tu kenapa penerbitan radio JAKIM Putrajaya hantar pesanan ringkas untuk En Kamarul hadir rakaman pada hari ini tetapi di sms kepada saya ek?

Takkan hanya aku sahaja yang terpaksa menjaga malumu!


kamal fnd hashim

Thursday, September 24, 2009

Datuk Dr Ekspres!

Panas!! Panas!!

4 tahun dahulu, saya ada sebut hal ini! Tahun lepas pun saya sebut lagi. Muka depan lah kat Kosmo! Hasilnya, saya lak yang kena sound macam macam. Ada yang kata saya nak jatuhkan bangsa sendirilah, melayu tak sedar dirilah, bangsatlah dan seribu macam sinikal!

Semalam Utusan Malaysia buat pendedahan Datuk dan Dr Ekspres. Datuk Seri Dr Rais Yatim menyampaikan kebimbangannya.Bergegar jugak tiang seri bila Montori sendiri sebut kegusarannya!

Hakikatnya, memang ada yang gunakan gelaran palsu ini untuk agenda menipu bangsanya. Bahkan, pada hemat saya perbuatan ini termasuk juga satu kebiadaban serta penghinaan terhadap institusi Raja Raja Melayu.

5.Adakah Gelaran itu diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia ?

Tidak, Kerajaan Malaysia tidak akan mengiktirafkan Gelaran dari Negara asing tetapi Gelaran yang diterima oleh penerima tersebut boleh diguna dan ianya didaftarkan di Istana Surakarta. (rujuk: http://rajasurakarta.com/soalan.html)

7. Setakat manakah pengiktirafan Negara Indonesia terhadap Karaton ?

Negara Indonesia merupakan Replublik dan pandangan Negara Raja tidak lagi berkuasa dan akan tetapi Raja dan Sultan adalah seperti Simbolik kepada Kebudayaan (rujuk: http://rajasurakarta.com/soalan.html)

Sudah terang lagi bersuluh! Tetapi, jangan lupa baca catatan saya di buku pelawat laman itu ya? Setidak tidaknya webmaster itu jujurnya ada.

Kepada mereka semua yang bergelar Datuk dan Dr Palsu, maaf bukan maksud ujub; saya ni satu satunya anak melayu dalam bidang saya dalam dunia ini. Lebih unik dari anda. Dan saya masih lagi kamal affandi hashim. Begitu juga Chef Wan..

Ya, pengiktirafan itu penting barangkali buatmu wahai sang palsu. Tetapi yang lebih afdal adalah pengiktirafan dan keredhaan Tuhanmu.

(Eh, kalau mereka di kalangan orang yang benar, kenapa tidak seorangpun yang menyaman saya ya? Letih menunggu sampai hari ni..)

kamal fnd hashim

Friday, September 18, 2009

Doa

Sebenarnya, gembiraku berbaur sedih. Rianya kerana syawal, hibanya kerana ramadhan.

Ramai yang tertanya kenapa lewat penggal ke empat Ramadhan, blog ini sunyi sahaja.Mudah jawapannya.Bapaku meninggal pada Ramadhan ke 25 kira kira sebelas tahun dahulu. Menghormati dan mencari dirinya di dalam diriku. Maka aku pun diam..

Ria syawalku pula kerana ibu masih ada. Kerut muka dan kedut tangannya mengingatkanku untuk terus berusaha mendamaikan jiwanya. Wanita yang telah kehilangan abah serta 4 anak ini adalah penting dan utama dalam hidupku. Misiku melihat dia bahagia di hujung hujung usianya. Masakan aku benar dia bergenang airmata..

Buat kalian pembaca budiman, kalau kalau orangtuamu masih ada bila kau pulang nanti, selepas kau kucup tangannya, ucapkan doa yang selalu aku panjangkan kepada Tuhan-

" Ya Rahim, ampuni dosa kedua ibubapaku dan masukkanlah kedua duanya ke dalam syurgamu yang tertinggi tanpa hisab"

Kalau kau pula terpaksa berdiri di pusara, bacakan fatihah untuknya dan tetangga pusara. Bisikkan dalam munajatmu kepada Yang Maha Esa-

" Ya Rahman, sesungguhnya aku redha dengan pemergiannya. Kalau kalau aku menangis, hanya kerana aku ini manusia'


kamal fnd hashim

Friday, September 11, 2009

Demi Masa

Maaf lama tak update. Kesibukan. Bukan angkara sendiri tetapi karenah orang lain.

1. Institut PROFESIONAL Baitulmal.

Sekumpulan pelajar menjemput saya (menerusi telefon) bagi program mereka. Ini jemputan bermarkah untuk mereka. Kerja kursus rasanya.

Siapa mereka saya tak pernah berjumpa pun tetapi $200 dia tawarkan pembayaran untuk program itu. Hmm...menarik tetapi saya pulak beritahu apa yang saya mahukan.

Semalam ptg mereka telefon dan beritahu tak mampu.Baguslah saya kata. Dan saya sambung sedikit-

"Sebenarnya begini, bayaran tu untuk masa saya kan?

"Ya" jawab pemanggil itu

"Saya rasa masa awak semua lebih mahal berbanding saya.
"

" macamana?" tanya suara di hujung talian itu tak faham dan kehairanan.

" Dahtu, sehingga ke hari ini awak semua tak pernah pun cuba untuk jumpa saya dan berbincang tentang program ni. Jadi, kalau masa awak semua lebih berharga dari saya, patut ke saya datang?"

DUMMMM!Runtuh langit pemanggil tu agaknya!

Saya kemudian beritahu dia, banyak juga program yang saya datang tanpa dibayar pun. Saya juga ada hati perut. Tapi, bila yang menjemput merasakan masa-nya lebih berharga (dengan tidak pernahpun berikhtiar memperkenal, bertemu, berbincang dengan yang dijemputnya),makanya ia hanya satu penghinaan yang nyata.

Perlu apa datang ek?


2. TUAN HAJI Hamdan Adnan

(Sila baca mengikut lagu Setahun Sudah Berlalu Alleycats)

2 tahun sudah berlalu,Aidilfitri muncul kembali,dengan kehangatan semalam,
tanpaku sedari, masih tak settle settle lagi, kutulis semula ini,
tapi sayang kau masih buat tak peduli..

Begini TUAN HAJI,

Bagaimana engkau mencari redha Tuhanmu sedang redha manusia ini juga kau masih sipi sipi lagi? Kalau tiada redha manusia, apakan ada redha Tuhanmu?

Bagaimana ya kau bisa menempuhi hari hari mendatangmu bila sekarang ini sudahpun kau tahu ianya tanpa redhaku?




kamal fnd hashim


-Ilahi Anta maksudi, wa redhai Kama tulubi-

Wednesday, September 2, 2009

3.51ptg Sep 1 itu, telefon saya berbunyi ketika saya sedang membetulkan paip radiator kereta yang patah. Kepala pulak tengah serabai memikirkan bertimpa timpa ujian yang saya terima minggu lalu. Dengan tangan yang separuh hitam dek grease, saya jawab panggilan tanpa lihat nombor pemanggil.

"Hallo brader!Assalamulaikum! Tengah buat apa tu? ha ha ha", ujar pemanggil tu. Dalam hati saya, macam akan akan kenal suara ni tapi kat mana ya? Tup tup rupanya yang menelefon ialah YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi! Walla!

YB Datuk Saifuddin Abdullah, anak jati Temerloh ini seorang yang saya kira proaktif dan sangat berdedikasi terhadap tanggungjawabnya. Ada facebooknya sendiri. Ada Tweeter. Tidak pernah terlupa bahawa satu masa dahulu dia juga adalah manusia biasa seperti kita.

Dalam perbualan telefon itu, beliau bertanya butiran dan ehwal kedudukan UIAM yang berhutang 2 tahun dengan saya tu. Saya sampaikan kronologi dan minta ehsan pertimbangannya untuk meneliti. Tetapi yang lebih menyebabkan saya bertambah hormat kepada orang seperti beliau ialah bilamana beliau kata," ada butir contact person tu? Kalau ada boleh bagi sekarang".

Saya yang sangap ni terkapai kapai mencari butir tu dan siap minta beliau tunggu @ hold the line. Pun beliau kata OK! Akhirnya perbualan 5 minit sangat sangat bermakna untuk saya.

Kenapa? adakah masalah UIAM tu selesai?

Bukan! Bukan sebab itu!

Ate?

Kerana rupanya ada diantara kita yang kalaupun memandang langit yang tinggi, tidak dilupa rumput di bumi!

Saturday, August 29, 2009

Ini pun sama.

Pegawai wanita NIEW bernama Puteri itu masih tiada respon.Cuma bosnya, En Azmil yang ada respon pada Rabu Petang sebaik saya hantar email memaklumkan perkata tersebut. Beliau terkejut kerana ingatkan hal dah settle. Akhirnya!

Tepat benar telahan saya bahawa hal ini didiamkan sahaja dan tak dibawa ke pengetahuan En Azmil yakni pegawai kanan yang berkenaan. En Azmil kata beliau akan beri instruction untuk membuat pembayaran dan memohon maaf bagi pihak Puteri. Saya kata saya faham tetapi saya takkan terima maaf bagi pihak Puteri kerana dia ada mulut sendiri.

Hari Jumaat saya tel en Azmil bertanya samada telah di proses dan katanya barangkali minggu hadapan dah kredit dalam akaun saya. Harap haraplah kerana bil bil kuning campur merah dah sampai kat rumah!

Terlanjur cerita ini, untuk makluman semua, sempena hari raya yang bakal menjelang ini, genaplah 2 tahun, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA GOMBAK BERHUTANG DENGAN SAYA. Banyak tak? Boleh buat sambut 6 hari raya!

Tahniah UIA kerana kakitangan OSHA anda secara berterusan berjaya mencemar imej IPTA ini dan ISLAM. Barangkali untuk mereka LAKUM DINUKUM WALIADEEN.

Ironi kan?

Tuesday, August 25, 2009

sapa lebih kejam?

"Hina sangat ke saya sampai awak tak boleh jumpa saya? Sampaikan kertaskerja pun tak boleh bagi? Jemput dalam telefon je?"

Dia terdiam.

"Tapi awak nak biodata dan butir lain. Nak ikut protokol tapi jemput saya tak pulak ikut protokol?"

Dia diam.

2 hari kemudian dia telefon saya. "Jangan risau cik kamal. Semua dah settle. Takda problem. Tak yah bagi salinan akaun bank pun takpe. Dah boleh dah bayar."

Akhirnya, saya pergi ke NIEW, tkt 16 Wisma Sime Darby setelah dimaklumkan bahawa penganjur takda masalah buat pembayaran. Tarikhnya 13 JULAI. Sampai di perkarangan, saya terpaksa cari tempat letak kereta sendiri kerana penganjur terlupa sediakan. Saya diam gak.

Hari ini 25 OGOS. Saya masih belum terima pembayarannya. (Pernah sekali dia tel mintak salinan buku akaun dan saya kata "U kata tak payah. U yang janji dan beritahu semua masalah dah selesai dan sebab itu saya hadir".)

Jam 4.35ptg saya tel Bahagian akaun. Mereka beritahu mereka perlukan salinan akaun bank dan saya terangkan keadaan sebenarnya kenapa ia berlaku sedemikian. Saya faham pasal prosedur kerana dah lama kerja dengan Kerajaan. Cuma, saya katakan yang saya hanya MENUNTUT JANJI!

Saya beritahu juga yang saya akan buat surat kepada KSU KPWKM dan maklumkan kegagalan pegawai (samada kontrak atau tetap) mewakili imej Kerajaan bertanggungjawab terhadap janjinya.

Bagaimana kalau wanita itu kena tindakan tatatertib dan dibuang atau tidak disambung perkhidmatan kontraknya? BUKAN MASALAH SAYA. Kejam! Ya, benar!

Apakah saya lebih kejam kerana menuntut janji ditunai atau dia yang mewakili Kerajaan hanya memalu dan menjatuhkan imej agensinya?

kamal fnd hashim

Tuesday, August 18, 2009

Hang Nadim

Kalaulah engkau itu aku
pasti sudah lama kau mendepani gagalmu
kerana cekal, tabah dan sabar itu senjatamu
sedang mereka punya kuasa, pengaruh dan segalanya.

Kalaulah engkau itu aku
sudah tumpul akalmu nan buntu
kerana hanya kejujuran yang menegakkanmu
sedang batil dikerah guna menundukkanmu.



Ada 1 perkara yang selalu dilupakan tentang generasiku. Bahawa mereka dikatakan sebagai pewaris akan datang tetapi yang berkata terlupa generasi ini juga hidup masakini.

Akibatnya, jurang generasi itu makin kembang. Hanya semata memberi pendapat yang baik, maka dia perlu disingkir. Hakikat yang pedas!

Kita seolah tidak belajar bahawa masalah hari ini adalah kerana pada satu ketika, generasi yang hari ini menjadi ibu dan bapa, tidak pernah diambilkira kewujudannya. Bahkan, ada yang dinafi ke-adaan mereka!The Lost Generation.Ada atau tiada, tidak membawa apa apa makna.

Cumanya, kalau antara Hang Nadim ini terlalu dicicirkan, mereka bakal menjadi Jebat Derhaka; Perjuangan atas dasar setia dan bukan lagi demi negara.

Siapa yang memulakannya? Ahh!!! si tua yang terlupa akan anak anaknya!

Aib! Aib! Aib!

Bila tarikh tamatnya? Ahh!!!Lupakan sahaja mereka!! Kan dunia kita yang punya?!!


kamal fnd hashim

Sunday, August 16, 2009

kenapa ek?

Ada brader tu terkejut tengok saya berhenti kat gerai cendol & rojak sotong tepi jalan kat Jalan Klang Lama! Eh, bro yang selalu dalam tv tu kan? Saya mengiyakan. Fuyoo, makan kat sini je? Apa ada hal bro. Gue pun orang biasa je!Kelakar!!

Ya, benar, bahawa saya adalah sebahagian dari masyarakat. Dibesarkan cara yang sama dengan semua. Rasa skim pinjaman buku teks. Pernah berlapar sebab takde duit. Kecewa tak dapat beli barang luarmampu dan macam2 lagi.Bagi saya takda kasta antara kita.

Cumanya, bila saya meningkat dewasa, baru saya tau ada pihak yang suka berkasta kasta dan hidup penuh dusta. Contohnya:-

1. Bila syarikat panggil artis pop menyanyi untuk majlis makan malam, sanggup berhabis puluhan ribu untuk 5 lagu. Bila panggil penyanyi nasyid, bayaran mesti tak lebat seperti tu. Bila panggil ustaz/ penceramah, lagi la; kebajikan! Siap mintak diskaun!!

2. Masa jemput penceramah, janji langit dan bumi. Tempat letak kereta- ada. Bayaran- ada, bilik penginapan- ada. Bila dah abis," maaf ye.. bayaran tengah proses. Seminggu dua dapat le." Persatuan ada berbau Islam lak tu. Persatuan lain tak de le pulak macam tu!

3. Pertubuhan Gah! Ofis gah! Janji lagi Gah! tapi masih hutang kat gue?

4. Bila masa mesyuarat, semua hebat. Bila masa ambik gambar, semua hadir. Bila masa kerja, semua hilang.

5. Bila pakai kemeja, layannya bagus. Datang tempat yang sama pakai tshirt, pandang pun idak! Nak tengok pakaian atau mutu kerja ek? Cuba pak menteri yang datang pakai tshirt. Perghhh!Bukan main layan!!!

6. Titlenya ada Haji. Tapi hati dan peribadi tak seperti selayaknya!Kasta tinggi agaknya!!

kenapa ek?

kamal fnd hashim

Monday, August 10, 2009

Abah, Angah & Aku

Ramadhan hampir sahaja mencecah sementara aku masih lagi berdiri. Kelu kesah, rinduku basah. Hanya sahaja jiwaku masih kental. Barang tidak, merangkakpun gagal.

Abah,

Bagaimana hari harimu? Segar di ingatan terakhir kita sahur,puasa dan berbuka. Bersama. Keras lagi di sanubari kenangannya. Cumanya, kalau dihitung(kalaupun terasa bagai sehari dua sahaja), 11 tahun kau meninggalkan dunia sedang aku masih di sini..

Abah,

Usah ayahanda khuatir akan gawatku memenuhi kewajipan dunia. Tau tau sajalah, berhadapan dengan manusia dan permasalahannya; Emosi dan otot melawan rasio dan otak! Rupa rupanya ada yang penuh sandiwara- sentiasa berusaha melemas dan membenamkan anakmu sahaja(kalau bisa aku menggelar diriku demikian).

Bukan abah mereka bukan orang biasa! Mereka ini manusia bergelar penuh bintang dan darjah kebesaran sedang anakmu orang biasa sahaja!

Cuma sepertimana dirimu semasa hidupmu( sekarang aku tiada tempat mengadu), anakmu akan sentiasa menyambung sumpah keramatmu;demi nusa, bangsa dan agama kalaupun aku terkorban memenuhinya.

Angah,

Barangkali padamu yang aku ini sudah terlupa keenakan lontong yang sentiasa kau sediakan itu. Barangkali juga padamu, sirap selasih bekas tanganmu tak bermakna buatku.

Jujurnya, aku belum pernah gagal melupakan bagaimana kita berbuka, kalaupun hanya air kotak sahaja,di stesen minyak tempatmu mencari nafkah tambah buat keluargamu. Dan aku tidak pernah malu duduk di lantainya sahaja sedangkan kau mahu menjaga maruah adikmu!

Aku,

Teruskan langkah kakimu mendepani dunia kerana sebenarnya kau telah lama meninggalkannya. Biarkan dunia mengejarmu dan bukan kau yang mengejarnya. Sujud sayang, kasih belasan simpan sahaja dalam selerangmu.

Kalau kau pula ramadhan ini bakal menyusul abah dan angahmu (juga adik beradikmu yang terdahulu yakni Normala, Zulkarnain dan Zulkifli), yakinilah perjalananmu wajib di jalan yang lurus lagi benar kalaupun kau masih terpaksa sahur, puasa dan berbuka tanpa mereka...kalaupun kau cemburu dengan orang lain yang masih memiliki semuanya...kalaupun mereka selalu melupakan malah dengan sengaja.

kamal fnd hashim

Thursday, August 6, 2009

Peristiwa Lucu Zaman Darurat!

Ini sambungan dari kisah pelayan cucuk tu. Saya terjumpa sesuatu yang menarik untuk dikongsi lagi! Ini kisah benar semasa Darurat tau... he he he


Sir Gerald Templer
was a hands-on manager and was famous for flying to trouble spots. Sometimes his chastising of the villagers had humorous consequences. Noel Barber mentions such a case after a guerrilla ambush caused Templer to immediately fly to the nearest village where he harangued the collected inhabitants:

"You're a bunch of bastards," shouted Templer; and Rice, who spoke Chinese, listened carefully as the translator announced without emotion: "His Excellency informs you that he knows that none of your mothers and fathers were married when you were born."

Templer waited, then, pointing a finger at the astonished villagers to show them who was the "Tuan," added "You may be bastards, but you'll find out that I can be a bigger one." Missing the point of the threat completely, the translator said politely, "His Excellency does admit, however, that his father was also not married to his mother."

he he he!!



kamal fnd hashim

Peguam =I put it to you that you're lying! = Saya taroh sama you sampai you terbaring!

Sunday, August 2, 2009

KUDA

Ada banyak jenis kuda; padi, kepang, lumba, sarkas dan pastinya kuda kayu. Yang menjadi masalahnya ialah kuda kuda ni semuanya ada bertuan. Istilahnya yang mudah- tak bebas merdeka. Yang pasti bila dicemeti atau digosok, berlarilah ianya ke sana sini. Suruh berhenti, berhenti. Belok, beloklah dia. Lari, larilah dia. Maklumlah, sudah resmi sahaya!

Barangkali kuda juga boleh berfikir. Tapi perlu apa berfikir? Makannya dah tersedia, bangsalnya pun ada. Janji jerami dan batu garam tersedia, sang kuda sentiasa bersedia. Dan inilah masalahnya…

Eh, tak pernahkah kuda terfikir bagaimana Tuannya sahaja yang bergaya? Atau bagaimana hanya Tuannya yang kaya? Bahkan, bila sahaja cacat dan cela atau patah kakinya, kuda “direhatkan” untuk selamanya?

BAM!! BAM!! dan kuda juga yang tersungkur sedangkan Tuannya masih boleh balik berdengkur. Eh, kan dulu dia sayang kuda ini? Bagaimana mungkin dia boleh syahdu berdengkur? Kau kan kudanya sahaja!! Bila habis keperluan dan mencapai tujuan Tuanmu, kau hanya si polan dan bukannya taulan! Peduli apa denganmu kerana yang penting aku!!!!

Lebih baik kau jadi nangka atau durian sahaja!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


ISTIMEWA JEJAK MERDEKA:

Leaflet No. 1750, 'Qualifications of a High Ranking Leader' (Illustration courtesy of Lee Richards)


Leaflet No. 1750 depicts caricatures of a Communist leader on the front and a Communist fighter on the back. The leader has a ferocious face, the fighter big ears and a very thin waist. The text is:

QUALIFICATIONS OF A HIGH RANKING LEADER








1. Big eyes: able to supervise all the movement of his subordinates.

2. Small ears: so that will not be able to listen to the complaints and protests of subordinates.

3. Big mouth: to use for issuing orders the whole day long, telling lies about peace and equality, and to eat and drink voraciously

4. Small chest: to reduce his chance of being a target and, to avoid being shot by guns and bullets.

5. Big stomach: in order to have the capacity for good food and precious health supplements.

6. Slim little hands: convenient to loosen tight belt

7. Big buttocks: For just sitting all day long doing nothing while the comrades laboriously work the whole day carrying food supplies and collecting donations.


QUALIFICATIONS OF A MODEL FIGHTER








1. Blind Eyes: so that he won't be able to see his higher ranking leader's mistakes and bad habits.

2. Big Ears: to hear a whole bunch of propaganda and lies and to obey unreasonable orders.

3. No Mouth: so that he can't gossip secretly or be able to eat.

4. Big chest: in order to block gun shots to protect his superior.

5. Small stomach: to help lower food consumption, and to solve the problem of food shortages.

6. Rough hands: in order to do rough work.

7. Big feet: in order to walk up and down the jungle and streams.

Thursday, July 30, 2009

SERPICO

Petang Selasa, wartawan Utusan Malaysia bertanya soalan. Saya jawab sejujurnya. Dalam telefon. Hari Rabu, tajuk utama Utusan Malaysia "Kongsi Gelap Taja YB?'! Tak sangka pulak jadi tajuk besar Nasional!

Sebenarnya, saya bercakap dari segi perspektif landskap jenayah bila ditanya soalan" apakah benar ada politik kongsi gelap?" Ianya lanjutan dari respon terhadap rencana dan jawapan Datuk Zaman Khan dalam Mingguan Malaysia berkaitan budaya politik kongsi gelap.

Begini, dari sejarah dunia jenayah, kita kenal nama nama Bugsy, Al Capone, Mafia, Yakuza dan sebagainya. Ini kumpulan jenayah terancang, bersendiket dan kongsi gelap. Mereka ini terbukti mencuri peluang dan ruang untuk bergerak. Antaranya kegiatan pelacuran, perjudian dan kegiatan haram yang lain.

Yang demikian, kumpulan ini juga bertindak secara langsung menaja semua pihak yang mereka ada kepentingan. Dari majlis majlis keraian hinggalah pencalonan jawatan; Kesatuan Sekerja, Ahli Politik dan Penguasa Setempat misalnya.

Bukan...bukan samseng tu sendiri mesti turun padang!(kadang kadang ada). Tetapi menerusi proksi atau pelobi pelobinya. Orang inilah yang menaja dan membiayai apa sahaja kehendak calon calon dan boneka mereka.

Akhirnya, apabila calon ini menang, mereka tidak berdaya mengekang kegiatan haram ini malah ada yang bertindak melindungi kepentingan "rakan sekutu" mereka. Akibatnya, rumah perjudian bercambah dan pelacuran bertambah. Dadah pula bersepah.

Masalahnya begini-

a)Masyarakat yang berhadapan dengan keadaan ini tidak mendapat penghormatan sewajarnya bila kegiatan haram ini berlaku. Masakan tidak bila rumah perjudian dan premis pelacuran wujud di hadapan kediaman mereka sendiri.

b) Pihak Berkuasa yang akan dipersalah kerana tidak mengambil tindakan walhal orang yang diwakilkan kuasa oleh rakyat seperti Pemimpin setempat, Ketua Kesatuan waima ahli politik itu gagal menjalankan kewajipan mereka kerana "terhutang budi".

c) Demonstrasi jalanan dan mogok umum bertambah walhal yang menyertainya tidak tahu mereka diperguna dan diperkuda. Masakan tidak bilamana perbelanjaan besar mesti diperuntukkan bagi mempengaruhi massa dan juga membiayai keperluan logistik aksi tunjuk rasa itu!

Ehwal sedemikian berlaku di serata dunia dan sejarah pasti berulang. Hatta, tidak seorangpun berdaya menolak kemungkinan ianya boleh berlaku dimana mana sahaja. Oleh itu, kalau kita sayang negara ini, jangan benarkan ianya berlaku di sini. Penjenayah dan pelobinya tidak pernah diam sedang kita pula tidak pernah bising menolaknya.

Yang demikian, berdasarkan fakta sejarah, petualang ini akan terus mencuri peluang bilamana massa, kalaupun matanya terbuka, akal, mulut dan hatinya terkatup rapat. Perjuangannya hanya buat dirinya dan bukan negaranya....

kamal fnd hashim


p/s lucu bila ditanya orang apakah saya tidak bimbang keselamatan diri atas berita itu?

a) Hasbunallahu wanikmal wakil..
b) kalau berlaku kejadian bahaya atau ancaman terhadap saya, bukankah itu jawaban kepada soalan Kongsi Gelap taja YB?
c) saya tidak pernah gagal percaya kepada Polis DiRaja Malaysia dalam memelihara keamanan dan keselamatan rakyat semua termasuk saya.

Sunday, July 26, 2009

Balasungkawa Yasmin Ahmad

Secara tiba tiba, Yasmin meninggal dunia. Ramai yang menangis tetapi barangkali juga ada satu dua yang ketawa. Menangis, harus kerana berdukanya atas ketiadaan, bahkan! Yasmin anak muda yang pemikiran dan karyanya kritis dan puitis. Cuma yang masih mampu tertawa? Ah, masakan?

Ya benar bahwa Yasmin seorang yang baik. Seingat dangkal akal, seriusnya hanya semasa berkarya. Waktu yang lain, dia biasa biasa sahaja. Pernah berjabat dengannya. Pernah berbual dengannya. Peramah.

Habis, kalau dia seorang yang baik, kenapa ada yang sampai hati ketawa? Kenapa ada yang sanggup bergembira? Kenapa tergamak mencuri duka dari orang yang menyayanginya??

Ahh, masakan lupa!

Yasmin memang tidak memusuhi sesiapa. Tapi sepertimana kita semua, Yasmin tidak boleh menghalang orang lain untuk sengaja memusuhi atau menjadikan Yasmin itu musuh mereka.

Kenapa begitu?

Semata kerana dia lebih cerdik darimu, kan?


Kamal fnd hashim

Buatmu Yasmin dan yang terdahulu, AlFatihah dariku dan yang terkemudian. Atas salahku kepadamu, jika ada, hanya Tuhan yang menghukuminya(kerana kau telah tiada). Atas khilafmu kepadaku, jika ada (pastinya tiada), aku telahpun memaafkanmu.

Thursday, July 16, 2009

Ia bukanlah seperti apa yang anda fikirkan...

Saya terjumpa sesuatu yang menarik untuk di kongsi; penterjemahan.

Saya cuma nak beritahu bahawa ini bukan lucah. Jadi, baca dan komen ek..he he he!!ha ha ha

Terjemahannya,yakni dalam bahasa malaysia berbunyi:-

"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."

Haa!!!ini bukan lucah tau!Sumpah!!

Tak percaya?

Ok, bacalah teks asalnya dalam bahasa inggeris..

"That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."

Dah cakap dah! ha ha ha

Lu fikirlah sendiri!!


Hardware = barangkeras
Software = baranglembut
Joystick = batang gembira
Plug and Play = cucuk dan main
Port = lubang
Server = pelayan
Client = pelanggan

Friday, July 3, 2009

sapa ek?

Saya selalu bermasalah mengingat nama orang. Kadangkala saya cam muka, tapi nama, habuk!! Jadi bila orang tanya "ingat tak?" dengan saya, saya cuba gaklah nak ingat but hancuss!!

Begitu juga bila nak masukkan nombor telefon. Kadangkala dah beria ria bercakap, bila nak masukkan nombor ke dalam telefon, saya selalu buat gini:-

"err...macamana ejaannya ya? atau how to spell your name correctly ya?"..

Selain coverline, dapatlah saya namanya yang betul!!he he he

Dan membawa kita ke isu gantinama:- bro , sis.

Sebab apa? sebab lupo lah tu!!!!!ha ha ha..

Jadi, kalau ada tips tips yang baik, kongsi ek? sebab apa?SEBAB APA???

ekau pun samo yo kan??ha ha ha

kamal fnd hashim

Thursday, July 2, 2009

Monolog Mikael Jackson Abdullah

Michael Jackson meninggal dunia dan satu dunia hiba. Semua pakat menjeruk rasa. Semua berkata dia inspirasi dan sebagainya..

Sehingga hari ini, tak seorang pun yang menangis, bukan kerana kematiannya tapi kerana gagal memohon maaf atas kesalahan kepadanya sehingga dia menghembuskan nafas terakhir.

Dan kita? barangkali biasa biasa sahaja. Tiada sesal dan kesal.

Barangkali kita masih menghitung bahawa esok masih ada...peluang masih terbuka. Dan kerananya, kita biasa biasa sahaja. Setiap waktu mencari kesalahan dan kelemahan seseorang kerana kita pasti bernafas esoknya.

Siapa tahu akhiranmu barangkali lebih dahsyat.!!

Bukan sahaja tiada airmata yang berderai, tetapi kau hanya sekujur bangkai.

Kepada semua yang bersalah kepadaku, hanya kalau ini hari terakhirmu, aku bersedia memaafkan dirimu..bukan kerana hatiku mulia, tapi tidak mahu kau terseksa di neraka.

Selagi kau masih bernyawa, semoga Tuhan merahmatimu!

Entahlah.

Bagaimana kalau ini pula hari terakhirku?

Friday, June 5, 2009

Crime Scene Investigation

1. Ada seorang lelaki yang diberkas semasa berada di tempat kejadian jenayah bunuh. Di tangannya ada pisau yang masih berdarah dan sekujur tubuh lelaki dewasa umur sekitar 50 tahun, penuh liang tikaman dan kelaran, yang nyata baru sahaja mati.

Jika anda pegawai penyiasat kes ini, apa kesimpulan dan pertuduhan yang dapat anda buat bila keadaannya begitu?

kamal fnd hashim

Tuesday, May 26, 2009

ni siapa ni?

Tkasih kepada yang sentiasa mendoakan saya sihat. Setelah 1.5 bulan sakit, saya dah boleh tarik nafas lega. Dan banyak yang saya dapat kutip pengalaman darinya..

a) tak siapa berminat penceramahnya sakit atau tidak. Mereka lebih minat lepas tengkuk sendiri. Tanya pun idak!!!

Kesimpulannya, menelefon sapa sapa, tanyakan dahulu:-

a) apa khabar diikuti nama/nama panggilan orang itu.
b) kenalkan diri sendiri.
c) Tanya- boleh kita bercakap sekarang atau tunggu masa lain yang sesuai?
d) Nyatakan sebab panggilan.
e) Re-capped butir perbualan.
f) Ucap terimakasih.

Ini gi tanya- ini en xxxx ya? atau bole saya bercakap dengan encik xxx? atau Ni sapa ni? CHOYY!!!!Dah tu ada ke 2 orang punya nombor yang sama?!!!


kamal fnd hashim

Tips: bila salesman nak geromal, saya cakap - " tunggu sat boleh tak Cik. Saya tengah angkat mayat"..(dan lepas tu depa langsung tak telefon! Suwey gamaknya!!!!!he he he)

Monday, May 18, 2009

Alahai melayu...

4.00 ptg

Hisap dadah paling ramai- Melayu
Merempit paling ramai- Melayu
Ponteng sekolah paling ramai- Melayu
Ponteng kerja paling cekap- Melayu
Meniru paling tekun - Melayu

Tak Melayu hilang di dunia!! Bahkan!! (yang gelap kusam jugak diisi oleh kaumku tanpa gagal.)

Jangan salah faham. Melayuku masih tebal setebal maluku. Cumanya, aku melayu yang gigih memilih jalan hidupku; biar dunia mengejarku dan bukan aku yang mengejarnya! Atau melayumu sekadar layu sebelum berkembang?

Perlu apa ada kalau sekadar berani dan berjaya menyentap kegagalan dari rahang kejayaan?


kamal fnd

Friday, May 8, 2009

#3 maut lagi..

3 maut di ragut. Satu negara gempar. 2 wanita hamil dan 1 nenek.

Kenapa dililit pada cermin sisi? kawan nasihatkan.
Kenapa beg disilang di bahu? entah.

Takziah pada keluarga mereka. Tahniah kepada kaki wayang dan yang menyampaikan ilmu sesat.

kamal fnd

Tuesday, April 14, 2009

Kastamu Kastaku

Minggu minggu sebelum ni sakit. Mula dengan demam dan sekarang streps kat tekak. Mulai semalam inject lincomycin selama 10 hari. Hari ni hari ke 2.

Ada undangan yang tak dapat pergi kerana tak larat demam. Ada jugak yang tak dapat pergi sebab tak tahu pun ada undangannya!

Cuma teringat kisah teladan kawan lama yakni penyanyi Dato' Shake yang baru baru ni balik Malaysia. Shake yang saya kenal tak pernah sombong. Masih lagi anak jati Johor. Sebut Muar tetap Muor! Dah bertahun tinggal di luar negara, dia masih fasih berbahasa Melayu.

Turun kapalterbang, Shake akan tel saya dan ajak makan. Makan apa? Hahaha...Roti Canai! Hahaha...kelakar bila kitaorang duduk kat mamak, semua orang terkejut!

Dan inilah masalahnya..bagi sesetengah rakyat Malaysia, downgrade duduk kat Mamak, minum sirap dan makan roti canai..banjir lak tu! Yang standard, makan pizza, minum latte dan duduk kat Kopitiam je. Konon jaga standard lah but balik rumah puak puak ni le yang makan maggi gak! Ha ha ha

Moral storynya, betapa jauhpun kita merantau, betapa tingginya kasta kita, tak semestinya yang duduk kat warung tu lebih hina dari yang duduk kat coffee house sahaja! he he he...

Betul ke ek?

Selamat Tahun Baharu kepada penganut Hindu dan Kaum Sikh.
Selamat pulih segera buat Nabil Raja Lawak yang kemalangan msikal petang tadi jam 3.45 kat Bkt Jelutong.

kamal fnd hashim

Wednesday, April 1, 2009

Ragut lagi...

Semalam berita mangsa ragut koma kerana terlibat kemalangan setelah mengejar peragutnya. Kalau mengikut statistik, hanya 26 kes ragut berlaku setiap hari di Malaysia. Kadar penyelesaiannya 36% yakni tinggi berbanding sasaran 25% yang ditetapkan oleh UN.

Kenapa masih berlaku?

a) dah berbuih nasihat, masih ada lagi yang hanya menyangka ini kerja polis semata...

b) dah berjanggut pesan, masih ada lagi yang tak menyangka bahawa dia mangsa seterusnya..

c) dah jenuh ulas, masih ada lagi yang beli barang panas...

Masalahnya begini, bila kita beli barang panas yakni hasil ragut, curi ataupun yang seangkatan dengannya, kita hanya menggalakkan lagi aktiviti ragut. Eh, ada ke orang beli? Kenapa tidak?

kan telefon tu murah berbanding kedai?

kan rantai tu murah berbanding kedai?

Janji murah!!!

Barangkali semurah maruahmu wahai sang pembeli...


kamal fnd hashim

Tuesday, March 24, 2009

Fong Thean Kit


2 liang tembakan; perut dan peha. 5 minit pertama yang menyeksakan; muka penuh darah. Perlahan tangannya terlerai kerana hampir pengsan. Penjenayah itu terlepas dan lari hanya 10 kaki darinya. Tangannya gocoh cuba mengisi peluru semula.

Mata Fong hanya mampu melihat. Tiada lagi kekuatan tubuhnya. Jasadnya haus tenaga. Hamis darah dan perit peluru yang singgah ditubuhnya meratah tenaga..Ahh, sudah tiba masa barangkali untuk mati.Di kepalanya terbayang wajah anaknya yang masih kecil. Di jiwanya berbayang semangat sang saka.

Dasar pahlawan sang saka, Fong nekad. Hanya tinggal semangat sahaja dalam jasad penuh darah itu. Hanya tinggal semangat sahaja!

Darah membuak buak keluar ketika semangatnya mengisi salurdarah. Setiap pelosok otot dikerahnya bertindak.Entah dari mana datangnya tenaga, Fong mampu berdiri dan kemudian melompat semula.

Kali ini dijerutnya kaki penjenayah itu semula dan digenggamnya dengan kejap. Nekad. Kepalanya dihentak semula dengan butt pistol. Bersembur darah. Ahh!!Biar sampai matipun takkan kulepas kali ini!!! Kali ini pecah kepalanya..diperlakukan seganas ganasnya..Alang alang cedera, biar sampai mati, baru puashati !!

Berapa lama jangka nyawanya diberi percuma? Dengan 2 liang luka itu, 5 minit pertama yang menyeksa, 15 minit kedua yang merengsa.

Kenapa? Demi bangsa, negara dan kalian semua.


Di mana 15 minit balasanmu untuk negara?



kamal fnd hashim

Wednesday, March 11, 2009

SM 9458

Petikan dari dokumentari Kasa Merah, Si Saka Biru.

" Ini abah. Lelaki ini dari dahulu hanya tahu mengabdikan diri kepada negaranya. Lelaki ini jarang sekali dapat bersama keluarganya..

Dari muda hingga akhir hidup, hayatnya di belantara, bersama mereka yang seangkatan dengannya...memburu komunis dan petualang negara...

Dan aku pernah tertanya tanya, mengapa saat aku masih kecil, abahku asyik asyik tiada..sehingga aku lemas dalam rindu , dengan malam yang suram kelabu..

Ketika anak lain berdaya memimpin tangan bapanya, aku hanya berderai airmata..ibu juga menanggung pedihnya...terpaksa!


Hanya sahaja bila dewasa baru kutahu pengorbanannya..baru kutahu kemuliaannya...

Biarpun tubuhnya kecil, abah rupanya besar jiwa..bahkan hingga sanggup menderma nyawa supaya aku, generasiku dan seterusnya bisa hidup bahgia, aman dan sentosa.

Rupanya, pengorbanan kepada nusa adalah jauh lebih utama buat bangsa, agama dan negara.

akhirnya aku mengerti..."


kamal fnd hashim

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis