Kadangkala sedih berbaur hampa bilamana atas khilaf yang lain, kita terpaksa menanggungnya. Dan yang lebih perit bilamana kita juga yang akhirnya terpaksa merendam rasa menjeruk jiwa..
Hanya sahaja masa akan menentukan segalanya..barangkali. Pun begitu, acapkali yang utama adalah semangat dan kekuatan melaluinya. Dan keupayaan inilah yang sukar digapai. Justeru, bagaimana untuk terus kuat bila melalui ujian getir?
Kenanglah masa indah yang pernah dihabiskan bersama. Kenanglah detik itu. Kemudian, tarik nafasmu dan lihatlah hadapanmu dengan mata objektifmu. Bahawa sesungguhnya yang tersangka salah puncanya bukan dia. Sepertimana dirimu, dia juga menjadi mangsa keadaan.
Bahkan kosongmu dan kosongnya barangkali serupa nisbahnya.Nah, kalau dia juga senasib sepertimu, kenapa tidak lalui getir itu bersama?
kamal fnd hashim
Monday, September 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
Salam Sdr...
(sekadar menyibuk sebab saat ini terasa kosong..)
mungkin memang sama nisbahnya tapi tidak sama natijahnya....
Di masa senang ucapkan syukur. Dimasa susah banyakkan istighfar..
Hidup hanya AKU dan DIA. AKU hanyalah watak. Selainnya hanyalah tambahan, set & efek semata. DIA senantiasa bersama KITA, AKU, KAU dan DIA...
kenapa kita sering merasakan 'kosong'??
lagi banyak kosong lagi kaya..
salam assalam \Tuan..selepas bermaafan ZERO-O
seorang sahabat telah kehilangan tujuh ahli keluarga dalam masa dua bulan. Kekosongan yang nyata! simpati dan insaf
lepas raya memang selalu kosong tuan. masa raya dorg minta maaf ckp 0-0, lps raya poket lak kosong tuan. mmg kena sangatlah subjek tu tuan. he..
yg pasti jgn biarkan jiwamu kosong...
**jgn marah, sekadar mencelah.
salam...jiwa kacau ke tuan...
kosong itu adalah pilihan kamu.
kadang-kadang tin kosong lebih bagus dari tin sardin yang penuh tapi expired.
kosong itu juga mengajar kita utk membuat pilihan.
dan pilihan itu yang menentukan masa depan seseorang sama ada masih disitu, atau berubah.
Two, Three cat run-run
Not the same striped cat
Two, Three I can find
But not the same like my darling alone..
he..he..gurau saja ye..
masih ada 3 kosong
Kita hnya mrancang Allah pnentu sglanya. Lantaran pula sy ttarik dgn ungkapan=kenanglah masa indah yg prnah dhbiskn brsama knanglah dtik itu.
Hari ni jiwa tak kosong, tapi jiwa kacau...terasa ada simpulan tali yang dah tak dpt nak dileraikan.
en kamal..
saya ada menonton MHI 06/10/2010..en ada ckp pasal lock kereta yang dekat gear tu.. kat mana nak dapat kan lock tu..
tq
Post a Comment