Tuesday, October 26, 2010

remeh

Ada yang kurang faham dengan penjelasan saya berhubung perkara2 yang dilapor di akhbar mahupun tv. Bila saya kaji semula, ini kerana petikan ayat saya diambil di luar konteks serta bacaan falsafah yang berbeza. Misalnya-Pornografi dan video lucah bukan penyebab jenayah seksual-.

Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim menyatakan bahawa jenayah salah laku seks tidak ada kena mengena dengan internet dan hiburan yang dipaparkan media, sebaliknya terjadi kerana pilihan pelaku jenayah atas sebab tertentu.

"Pihak yang mendakwa salah laku seks berlaku kerana hiburan yang dipaparkan media dan capaian internet tanpa sekatan adalah pihak yang enggan mengaku kesilapan sendiri. Dalam hal ini, ibubapa memainkan peranan untuk mendidik serta memberi penerangan mengenai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara kepada anak." - Petikan Berita Harian 03.07.2010

Katak bawah tempurung, kenyataan bodoh, bangang dan banyak lagi komen2 pembaca dalam laman sosial dan forum. Tak seorang gamaknya mahu bertanya maksud kenyataan itu.

Soalannya, adakah pisau ada kena mengena dengan pembunuhan? atau motorsikal kena mengena dengan kemalangan jalanraya? pisau dan motorsikal itu statik. Yang menjadikannya berbahaya adalah apabila seorang manusia yang berada di hujung atau atasnya MEMILIH menjadikannya berbahaya!

Kenyataan saya itu rupanya membuat ramai yang keliru dan celaru. Begini, bila kita terjatuh kerana terpijak kulit pisang, kenapa mencari dan mencela yang membuangnya? kerana kita tidak mahu cuba terima kesalahan kita yang berjalan sambil bercakap telefon dan gagal memberi perhatian,kan?

Bila kemalangan jalanraya, kenapa kita marahkan kereta yang keluar memotong tanpa memberikan lampu isyarat itu? bukankah kita juga begitu? Dan kita juga tadinya memandu dengan laju! Bagaimana mungkin ibubapa 'terpaksa' menjaga anaknya. Bukankah itu amanah untukmu?

Dengan kata lain, pandangan saya, kita cuba lari dari tanggungjawab sebenar bilamana mencari alasan bagi mengelak memikulnya! Kalau porno itu ketahuan bahaya, kenapa kita juga yang berkobar kobar forwardkan pada kawan kawan bahkan menontonnya? repot pada pihak berkuasa? Eh, pernahkah kita??

Inti ceritanya, dari zaman tok adam kita rupanya hanya cuba mencari dan mengalehkan perhatian kepada remeh yang nyata. Barangkali kita langsung tidak berhasrat menyelesaikan masalah. Sebaliknya, kita lebih selesa menjadi sebahagian darinya.

kamal fnd hashim


Wednesday, October 6, 2010

Cekal

Sekadar renungan buat sahabat2ku semua apa yang sedang kufikirkan sekarang. Barangkali terdapat sedikit manfaat yang dapat kau pelajari buat bekal dalam hidupmu.

Ada yang beranggapan segalanya mudah untukku. Dikenali dan pasti dapat apa yang kuhajati kalau kumemohon apa apa sahaja. Percayalah, kalau ada kebaikanku itu, kalaulah ada, ia tidak mendatangkan apa apa manfaat sekali pun kepadaku sebenarnya. Seperti orang lain, aku juga perlu melalui proses dan tatacara yang sama. Dan permohonanku juga tidak berjaya bahkan!

Cuma beza kita, dirimu dalam hampa mula tertanya tanya apakah pengorbananmu selama ini tidak membawa sebarang makna sementara aku pula, kalau kalau terpaksa melaluinya lagi dalam hidup ini dan habuannya gagal yang serupa, tetap kulakukan sumbangan kerdilku kepada agama, bangsa dan negara tercinta dengan cara yang sama; tanpa cacat cela.

Anak bangsa perlu besar jiwa kalaupun terpaksa menderita kecewa kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.

kamal fnd hashim

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis