Ada yang kurang faham dengan penjelasan saya berhubung perkara2 yang dilapor di akhbar mahupun tv. Bila saya kaji semula, ini kerana petikan ayat saya diambil di luar konteks serta bacaan falsafah yang berbeza. Misalnya-Pornografi dan video lucah bukan penyebab jenayah seksual-.
Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim menyatakan bahawa jenayah salah laku seks tidak ada kena mengena dengan internet dan hiburan yang dipaparkan media, sebaliknya terjadi kerana pilihan pelaku jenayah atas sebab tertentu.
"Pihak yang mendakwa salah laku seks berlaku kerana hiburan yang dipaparkan media dan capaian internet tanpa sekatan adalah pihak yang enggan mengaku kesilapan sendiri. Dalam hal ini, ibubapa memainkan peranan untuk mendidik serta memberi penerangan mengenai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara kepada anak." - Petikan Berita Harian 03.07.2010
Katak bawah tempurung, kenyataan bodoh, bangang dan banyak lagi komen2 pembaca dalam laman sosial dan forum. Tak seorang gamaknya mahu bertanya maksud kenyataan itu.
Soalannya, adakah pisau ada kena mengena dengan pembunuhan? atau motorsikal kena mengena dengan kemalangan jalanraya? pisau dan motorsikal itu statik. Yang menjadikannya berbahaya adalah apabila seorang manusia yang berada di hujung atau atasnya MEMILIH menjadikannya berbahaya!
Kenyataan saya itu rupanya membuat ramai yang keliru dan celaru. Begini, bila kita terjatuh kerana terpijak kulit pisang, kenapa mencari dan mencela yang membuangnya? kerana kita tidak mahu cuba terima kesalahan kita yang berjalan sambil bercakap telefon dan gagal memberi perhatian,kan?
Bila kemalangan jalanraya, kenapa kita marahkan kereta yang keluar memotong tanpa memberikan lampu isyarat itu? bukankah kita juga begitu? Dan kita juga tadinya memandu dengan laju! Bagaimana mungkin ibubapa 'terpaksa' menjaga anaknya. Bukankah itu amanah untukmu?
Dengan kata lain, pandangan saya, kita cuba lari dari tanggungjawab sebenar bilamana mencari alasan bagi mengelak memikulnya! Kalau porno itu ketahuan bahaya, kenapa kita juga yang berkobar kobar forwardkan pada kawan kawan bahkan menontonnya? repot pada pihak berkuasa? Eh, pernahkah kita??
Inti ceritanya, dari zaman tok adam kita rupanya hanya cuba mencari dan mengalehkan perhatian kepada remeh yang nyata. Barangkali kita langsung tidak berhasrat menyelesaikan masalah. Sebaliknya, kita lebih selesa menjadi sebahagian darinya.

kamal fnd hashim
12 comments:
hahaha macam biasa KFH buat kan orang berfikir.. bagus ni..
Tuan.. kekeliruan itu ada dimana2.. sebab itu ada proverb yg berbunyi "lebih baik kamu tidak tahu, daripada kamu salah faham"
Soalan:
Kenapa Berlaku Jenayah Seksual?
Jawapan:
Kerana Menonton Filem Porno
Mungkin ape yang dimaksudkan tuan adalah menonton filem porno adalah pilihan & kehendak individu itu sendiri. Tetapi masyarakat pula mentafsirkan "jika filem porno tiada, maka tiadalah yang akan menontonnya".
Masyarakat berpendapat dengan cara menyekat source2 porno, dapatlah mengurangkan jenayah seksual. Mungkin apa yg dikatakan mereka ada kebenarannya. But, you know better than me, Mr. Kamal Affendi.
Adakah kalau nak kurangkan kes pembunuhan kita kena hadkan penggunaan pisau.. untuk elakkan kes samun bermotosikal.. kita hadkan penggunaan motosikal?
Apa yang saya faham adalah semuanya bermula dari dalam diri individu itu sendiri.. Dia yang memilih untuk melakukan jenayah itu.. sama juga macam pembunuh.. adakah dia membunuh kerana dia tonton cerita pembunuhan? dia yang memilih untuk membunuh.. bukan kerana cerita itu..
Saya menyokong pendapat Kamalfnd ni sebabnya masyarakat kita sekarang ini terlalu sangat menunding jari apabila berlaku sesuatu kesalahan atau kejadian.. tak kira la apa kejadian tersebut.. Semuanya salahkan orang itu.. orang ini.. Kenapa kita tidak hendak cermin diri kita dahulu? Cari apakah kesalahan kita.. kesilapan kita.. sehingga menyebabkan kejadian tersebut berlaku.. adakah kita mainkan peranan kita untuk mengelakkan kejadian tersebut berlaku..
Sebagai contoh.. KEs kemalangan yang berlaku di melaka tempoh hari.. memang pemandu itu memandu dengan laju.. tapi adakah pemandu2 lain memainkan peranan mereka? Kalau dah nampak bas tu pandu dengan laju.. dan kita tahu merbahaya.. kenapa KITA TIDAK MEMBUNYIKAN HON kepada bas tersebut untuk dia sedar yang dia telah pandu dengan laju..
Fikirkanlah sebelum kita asyik menunding jari kepada orang lain..
salam tuan,
org dulu2 dah ckp bila menari dongak ke langit, dan bila org ckp langkahnya sumbang, dia pula salahkan lantai tempat dia menari. sendiri langkah sumbang tak ngaku.
dah mmg begitulah org2 kita...
salam tuan,
Memang betul apa dikata tuan.. Namun org2 kita ni memang x paham2.. Bila ada jenayah berlaku salahkan itu dan salahkan ini. Sepatutnya cuba cari punya dan fikirkan bagaimana nak atasi.. Kalau parang atau pisau diguna untuk memotong daging,.. kenapa bole ada orang yang gunakannya untuk membunuh atau tujuan lain.. jangan pulak kita halang org beli parang atau pisau lepas ni yea.. hahaa..
'kenapa berjudi poker kuda?''
kerana bawah tangga jer ada pintu terus masuk.. depan mata..
dah hari hari tengok sesekali rasa juga nak masuk..
jadi elok kita salahkan org kenapa buka video game depan mata..
..kebal kebal juga..dah kena goda cair.
terutama jika lama tak jumpa..terisi..
kenpa mesti keliru..
sememangnya bnyk benda mempunyai bnyk maksud..cnth:perang n perang :)
cubalah bersangka baik trhdp semua perkara..jangan asyik mencari kesalahan org lain..
org kata..x fhm tanya..hiihi..bukannya main komen je..
salam....pokok pangkalnya dlm kes ni...ada penyebab yg menyebabkan sesutu itu berlaku...bukan semua manusia dikurniakan akal fikir yg sama...mampu membezakan baik buruknya...apa yg penting...byk bergantung pd latar pendidikan, keluarga dan masyarakat dan tidak terkecuali pihak penguasah yg meluluskan lesan pusat2 hiburan.
Mungkin, dunia makin maju, orangnya berubah. Berwatakan lebih segar. Orang senior sekarang berperangai muda remaja, suka memberontak membangkang. Tapi itu hanya dalaman, fizikalnya cepat tua, cepat sakit, cepat mati.
Orang muda pula memberontak segala dlm fb.
Manusia kan d berikan akal tuk berfikir dan ALLAH Dh pun kurniakan pd kita manausia kebolehan mmbuat pilihan...so, brfikirlah seblom wat pilihan....pikir ngan akal yg waras, kesan dan akibat kalo wat satu2 kputusan tu...
Berpeganglah pada Agama..
Tiada lagi kes jenayah akan berlaku..
saya setuju dgn pandangan tn. semua perkara yang berlaku adalah bergantung kepada PILIHAN sendiri. bukan disebabkan faktor lain yang mendorong kepada sesuatu kejadian. contoh bagi seseorang yang menghadapi tekanan dalam rumah yang ibu bapanya sering menyalahkan dirinya tanpa ada sebab yang kukuh. dia ada pilihan samada nak lari dari rumah atau buat pilihan mencari pendekatan lain untuk membantu beri kefahaman kepada ibu bapa akan perasaan dirinya.
Post a Comment