Ada yang menasihatkan supaya berpegang kepada agama untuk mengelak seseorang menjadi penjenayah. Satu nasihat yang baik, benar bahkan tiada kompromi terhadapnya. Ironi kenyataan itu adalah kesemua yang sahih seorang penjenayah di tanahair khabarnya mempunyai agama. Belum ada yang atheis menjadi penjenayah!
Pasti ada yang terfikir (ataupun belum), kalau begitu keadaannya bahawa keseluruhan banduan itu mempunyai dan menganuti agama, apa ceritanya ya? Hmm..
Pada hemat saya, tidak perlu terlanjur berfikir. Memang mereka ada agama tetapi bedanya adalah hidayat. Dan kita juga cuma senang mencemuh daripada mendoakan orang yang belum mendapat hidayat. Kita lebih selesa menjuih bibir daripada mahu berusaha mengubah nasib mereka. Bahkan, barangkali kita juga menikmati saat saat itu!
Yang demikian kata pendeta- lihat sahaja hatimu dan duduknya. Ya, benar mereka sering terlupa tetapi kita pula sengaja melupakan hak mereka ke atas kita. Maka siapakah yang lebih kejam pada detik itu? Orang yang tidak berpengetahuan atau orang yang berpengetahuan tetapi tiada juga membawa manfaat samada atasnya atau yang lain?
Kata bijakpandai, biar ilmu sedikit tetapi amalnya konsisten daripada ilmu banyak tetapi amalnya mengikut tempat, masa dan keadaan. Dan Al-Furqan- berpesanlah dengan kebenaran..
Justeru, faedah nasihat itu akan jadi lebih molek bila kita perpanjangkan seraya mendoakan hati hati yang kelam dan tenggelam. Tak gitu?
kamal fnd hashim

4 comments:
mungkin juga kemuliaan bersifat kekal sehingga merasa diri tiada dosa
Salam tuan,
Lama x dgr khabar berita semenjak sosilawati menjadi terkenal. he..
hows life tuan? still didiskriminasikan oleh 'org2 sucike'? he..
Saya setuju bahawa semua penjenayah tu beragama, tp sejauh mana mereka mengamalkan suruhan2 & menjauhkan diri daripada larangan2 agama yg dianuti masing2 itu yg membezakan antara individu2 tersebut, sepertimana yg tersebut di dalam Al-Quran :'Sesungguhnya yg mulia dikalangan kamu adalah yg bertakwa'.
Tetapi tuan, saya tak menafikan bahawa masyarakat memainkan peranan yg amat2 penting dlm apa jua situasi yg berlaku disekeliling mereka. Tak salah rasanya kalau saya katakan bahawa perasaan prihatin & kasih semkin menipis dalam masyarakat Malaysia. Masing2 lebih mementingkan diri sendiri kerana takut dilabelkan sebagai 'penjaga' tepi kain orang. Bila terkena diri sendiri barula mereka tersedar betapa pentingnya nilai 'kesatuan' itu.
Mungkin sume ni kerana kita sentiasa berfikir bahawa 'kubur masing-masing' tuan.
Sama2la kita fikirkan.
tengah fikir
Apa pandangan tuan tentang Phd palsu Fazley?
Post a Comment