Saturday, June 25, 2011

Hahaha

Lama deme tak nulis yob?..teguran dari sorang kenalan. Kebetulan dia orang perak. Ate memang pekat le peraknya!!he he he..sori Yob!

Sebenarnya, hero malaya ni ketandusan laptop! Bila teman (eh, aku orang johor le!) nak pakai tablet, nulisnya tak syok..tercatuk catuk macam ayam pagut jagung hancur..sebijik sebijik! Yang membawa kita ke persoalan seterusnya:-

Semakin kita moden, kita semakin primitif

Eh, biar betul? Betul!!

Ceritanya gini- kereta asalnya ada gear manual, kita lebih senang dengan auto. Rumah dulunya pakai kipas satay, kita tukar dengan kipas dan lepas tu pendinginhawa. Pagar dulu pakai spring je ala ala kampung, kita pasang pagar karan! Tapi, itulah nikmat moden kan? apalak salahnya??

Gini, moden itu interpretasinya barangkali di lidahmu hanya. Bukankah kita ada sistem berparlimen. Kenapa mahu terlalak lalak di tengah jalan menyusahkan diriku? Atau dek kerana perjuangan dan nikmat kemerdekaan yang lopong di dadamu?

Terserah padamu untuk mengikut aliran ideologimu. Tetapi janganlah kerana mahu menunjuk modenmu hingga terpadam logik akal dan iman di dadamu. Daripada bersorak hingga kampung tergadai, apakan terlupa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung?

Aku juga anak malaysia yang berhak menikmati hidupku dengan tenang. Tahniah kerana kau hanya membuktikan bahawa akalmu masih terjajah dan dijarah sedang rakyat2 kerdil sepertiku telah lama merdeka. Takziah kerana rupanya kau masih alpa sejarah negaranya!

kamal fnd hashim






17 comments:

Cetusan said...

Bilik Hotel, 8 julai dah penuh agaknya di lokasi..sapa untung?

Kolek Kecil said...

Tokey hotel cina yang untung.

Anonymous said...

Tuan..sedih melihat Melayu itu dipecah-pecahkan..rasa bimbang dan gusar yang tak dapat tidak ditanam dalam dada sekalian umat kerana laungan sombong yang palsu dan keji..didukung oleh sebahagian melayu yang tidak menjunjung langit di atas bumi yang dipijaknya..Gelisah yang dahsyat..sedih yang dalam..

Budak Renggam,
Al-Jubail,
Kingdom of Saudi Arabia

soffian said...

welcome back tuan.da lama laman sesawang tuan ni dibiarkan bersawang.he..

OMR (Rose) said...

good point sir!

Hanya kerna rebung berduri,
kenapa diredah hutan belantara,
Hanya kerna 'untung' diri,
kenapa digoyah aman negara?

Anonymous said...

hanya aman dipinta tapi kita disogok benda tak relevan. haih, maturity tak ditonjolkan dengan tahap pelajaran yang diterima. makin tinggi manusia makin cetek cara bersosial agaknya, salah laku.

bro@stokisonline said...

cetusan yg menarik...nice

anyss said...

Assalamualaikum
Saya suka entri ni

Ms Roy Yusof said...

Assalamualaikum & gud day..
I think I understand wat ur trying to say rite here tapi kan Roy nak tngk je, hehehe.. Bukan sokong tp kekadang t'fikir gak, nape yaa? Urmm~

slimdiet2 said...

jangan menang sorak, kampung tergadai

Unknown said...

Salam..

Takziah tuan atas kejadian yang menimpa tuan.. Saya kagum dengan keberanian tuan..

Cantiknyapurple said...

Lelaki yang sangat berjasa pada negaranya. Semoga cepat semuh & diberi kebaikan dunia & akhirat. Go warrior go!!

abdooss said...

saudara Kamal Affendi,

saya bercerita tentang tembakan kepada orang mengamuk kepada rakan sepejabat.

Rakan tu tanya; "kenapa tak tembak kaki?"
Jawab saya: "susah tu.. sedangkan nak tembak kepala pun boleh missed"
tambah saya lagi; "lagi pun mungkin Kamal Affendi tu bukan kidal, tapi sebab jari tangan kanan dia dah kena tetak, terpaksalah dia guna tangan kiri"

adakah tekaan saya betul?

Brahim Nyior said...

Selalunya apabila terjadi demo seperti ini, banyak yang buruknya untuk negara.

Saya sendiri pelik dengan suasana politik negara kita ni, cuma satu yang jelas pada pandangan mata saya.

Kalau pimpinan PAS beri sokongan dan arahkan pengikutnya pergi demo, tanpa berfikir panjang, hasrat itu akan dipenuhi, biarpun risikonya tinggi.

Kalau tiada sokongan PAS, hanya beberapa kerat sahaja khalayak yang berani menentang arahan polis.

Perjuangan mendirikan negara kebajikan, begitulah..

Suri said...

Blog Tuan paling saya suke...sebabnyer saya minat sgt dgn Tuan...harap lepas ni Tuan kongsikan ilmu yang Tuan ade...

Anonymous said...

saya suka baca blog en kamal nie...setiap kata-kata yg en kamal coretkan mmg menusuk ke tangkal hati. En Kamal ni mmg seorg penulis ke sebelum ni?? anyway teruskan usaha anda untuk membantu anak bangsa...

Maizura Md Ismail

Encik Din said...

tuan,

best betul ceramah semalam..time puasa gelak macam tu memang rasa senak perut...

hehe.

terima kasih kerana bagi ilmu yang sangat berguna pada kami..

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis