25 ramadhan, hari ini, genap 10 tahun abah meninggal. Hanya 5 hari sebelum raya 1998. Rindu? Ahh, tuhan saja yang tahu. Kalau abah ada lagi,begitu juga angah, pasti sedang berdering dering telefonku bertanya itu dan ini, sana dan sini.
Dan bagaimana perasaanku setiap 25 ramadhan? Kehilangan yang amat sangat sehingga memaksaku berjodoh dengan kerja supaya aku TERlupakannya..LILLAH!
Sedang orang lain menghitung saat mengucup tangan orangtuanya, aku hanya punya cemburu. Sedang yang lain berkira kira hal ehwal raya, aku teguh bersandiwara bahawa aku juga gembira.
Tahniah pada yang masih punya keduanya. Kucup dan mohon ampunlah sepuasmu kerana di jari kerepot itu terdapat redhaNya.
Takziah bagi yang tiada waima satu pun jua. Hanya sahaja jantungmu di dalam rongga dada. Jika tidak, nescaya ia melompat jatuh lalu berkecai dalam rindu yang menyeksa.
Buat abah, kamal, anakmu, mohon ampun yang teramat. Bahawa saja kau telah mendidikku menjadi manusia; mahu saja kuikut serta tanpanya..
salam rindu buat ayahandaku Hashim Abdul Ghani. Abah, mataku masih basah. Dadaku masih rindu..
kamal fnd
Thursday, September 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
kerinduan itulah yang menjadikan seseorang itu kuat dan tabah dalam melalui kehidupan...
be strong en kamal..
salam Aidilfitri...
selamat hari raya encik kamal... kita serupa.. sudah 26 tahun saya beraya tanpa ayah di sisi.. apapun life must go on.. hanya doa sahaja yang dapat dikirimkan buat ayah dan juga adik...
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
Dear sir,
We read your story published in Johor Buzz on 29 September 2008 NST with great interest.
Like you, our Persatuan Penduduk TSM had worked very closely with IPD Muar to launch the Community Policing(CP)in our taman, so far so good.
We had posted the your article into our blog (tamansrimaharani.blogspot.com) so that more peace loving citizens can read it.
Please post a comment when you are able to do so.
Selamat Hari Raya Aidilfitri !
Regards, TSM Muar.
selamat hari raya abg..
maaf zahir dan batin..
semakin kita kejar orang yang kita sayang.. semakin jauh dia meninggalkan kita..
i redha..
Post a Comment