Tuesday, March 24, 2009

Fong Thean Kit


2 liang tembakan; perut dan peha. 5 minit pertama yang menyeksakan; muka penuh darah. Perlahan tangannya terlerai kerana hampir pengsan. Penjenayah itu terlepas dan lari hanya 10 kaki darinya. Tangannya gocoh cuba mengisi peluru semula.

Mata Fong hanya mampu melihat. Tiada lagi kekuatan tubuhnya. Jasadnya haus tenaga. Hamis darah dan perit peluru yang singgah ditubuhnya meratah tenaga..Ahh, sudah tiba masa barangkali untuk mati.Di kepalanya terbayang wajah anaknya yang masih kecil. Di jiwanya berbayang semangat sang saka.

Dasar pahlawan sang saka, Fong nekad. Hanya tinggal semangat sahaja dalam jasad penuh darah itu. Hanya tinggal semangat sahaja!

Darah membuak buak keluar ketika semangatnya mengisi salurdarah. Setiap pelosok otot dikerahnya bertindak.Entah dari mana datangnya tenaga, Fong mampu berdiri dan kemudian melompat semula.

Kali ini dijerutnya kaki penjenayah itu semula dan digenggamnya dengan kejap. Nekad. Kepalanya dihentak semula dengan butt pistol. Bersembur darah. Ahh!!Biar sampai matipun takkan kulepas kali ini!!! Kali ini pecah kepalanya..diperlakukan seganas ganasnya..Alang alang cedera, biar sampai mati, baru puashati !!

Berapa lama jangka nyawanya diberi percuma? Dengan 2 liang luka itu, 5 minit pertama yang menyeksa, 15 minit kedua yang merengsa.

Kenapa? Demi bangsa, negara dan kalian semua.


Di mana 15 minit balasanmu untuk negara?



kamal fnd hashim

Wednesday, March 11, 2009

SM 9458

Petikan dari dokumentari Kasa Merah, Si Saka Biru.

" Ini abah. Lelaki ini dari dahulu hanya tahu mengabdikan diri kepada negaranya. Lelaki ini jarang sekali dapat bersama keluarganya..

Dari muda hingga akhir hidup, hayatnya di belantara, bersama mereka yang seangkatan dengannya...memburu komunis dan petualang negara...

Dan aku pernah tertanya tanya, mengapa saat aku masih kecil, abahku asyik asyik tiada..sehingga aku lemas dalam rindu , dengan malam yang suram kelabu..

Ketika anak lain berdaya memimpin tangan bapanya, aku hanya berderai airmata..ibu juga menanggung pedihnya...terpaksa!


Hanya sahaja bila dewasa baru kutahu pengorbanannya..baru kutahu kemuliaannya...

Biarpun tubuhnya kecil, abah rupanya besar jiwa..bahkan hingga sanggup menderma nyawa supaya aku, generasiku dan seterusnya bisa hidup bahgia, aman dan sentosa.

Rupanya, pengorbanan kepada nusa adalah jauh lebih utama buat bangsa, agama dan negara.

akhirnya aku mengerti..."


kamal fnd hashim

Friday, March 6, 2009

RF41350




Lama tak update ya? ha ha ha..saya sibuk. Cuba tengok wajah di atas ini. Namanya Lingam. Sekali pandang macam biasa je kan?

Izinkan saya perkenalkan kepada anda semua RF41350 VA Lingam. Siapa dia? Ini lagenda. Ini VA Lingam yang amat ditakuti oleh penjenayah kerana tidak ada istilah takut baginya.

Pengalaman beliau; berbalas tembak dalam adegan kejar mengejar dengan Botak Chin, di tembak oleh pengganas Tentera Merah Jepun yang menawan Bangunan AIA (sekarang CITIBank) semasa beliau sedang memereksa maklumat awam yang mengatakan ada tembak menembak di situ yang menempatkan Kedutaan Amerika, Kedutaan Jepun dan Bank of Tokyo.

Kalau selak akhbar di Arkib Negara, anda akan lihat wajahnya terpampang. Dan saya sayu kerana dapat berjabat tangan dan bertentang mata dengan lagenda lagenda sepertinya. Rasa kerdil sangat jika dibandingkan dengan apa yang sanggup dia korbankan berbanding apa yang saya lakukan..

Saya tanya kepadanya,' encik tak takut mati ke?'
Dia jawab dengan tenang, ' ini mati bukan pengganas punya kuasa. Ini mati tuhan Allah yang tentukan!"

Tapi hari ini dia naik moto cub je..tapi hari ini dia bekerja sebagai driver saja. Dia pernah mohon tanah dari pej tanah Kuala Lipis sekitar 80an, 3 bulan baru terima jawapan-dukacita. Dia pernah mohon teksi sekitar 80an, 2 bulan baru jawab-dukacita. Menitik airmatanya dan saya juga sebak.....

Saya tanya lagi,' kalau ini hari ada penjenayah macam tu lagi?'
Dia jawab' bagi (lantik semula)saya jadi Polis! Sekarang juga saya pergi buru penjenayah itu!"

Kalau saya punya kuasa, saya angkat dia dan beri penghormatan sewajarnya...kerana orang sepertinya maka kita hidup selesa... sedangkan dia masih sengsara...

LU pikirlah sendiri!

kamal fnd

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis