Friday, March 6, 2009

RF41350




Lama tak update ya? ha ha ha..saya sibuk. Cuba tengok wajah di atas ini. Namanya Lingam. Sekali pandang macam biasa je kan?

Izinkan saya perkenalkan kepada anda semua RF41350 VA Lingam. Siapa dia? Ini lagenda. Ini VA Lingam yang amat ditakuti oleh penjenayah kerana tidak ada istilah takut baginya.

Pengalaman beliau; berbalas tembak dalam adegan kejar mengejar dengan Botak Chin, di tembak oleh pengganas Tentera Merah Jepun yang menawan Bangunan AIA (sekarang CITIBank) semasa beliau sedang memereksa maklumat awam yang mengatakan ada tembak menembak di situ yang menempatkan Kedutaan Amerika, Kedutaan Jepun dan Bank of Tokyo.

Kalau selak akhbar di Arkib Negara, anda akan lihat wajahnya terpampang. Dan saya sayu kerana dapat berjabat tangan dan bertentang mata dengan lagenda lagenda sepertinya. Rasa kerdil sangat jika dibandingkan dengan apa yang sanggup dia korbankan berbanding apa yang saya lakukan..

Saya tanya kepadanya,' encik tak takut mati ke?'
Dia jawab dengan tenang, ' ini mati bukan pengganas punya kuasa. Ini mati tuhan Allah yang tentukan!"

Tapi hari ini dia naik moto cub je..tapi hari ini dia bekerja sebagai driver saja. Dia pernah mohon tanah dari pej tanah Kuala Lipis sekitar 80an, 3 bulan baru terima jawapan-dukacita. Dia pernah mohon teksi sekitar 80an, 2 bulan baru jawab-dukacita. Menitik airmatanya dan saya juga sebak.....

Saya tanya lagi,' kalau ini hari ada penjenayah macam tu lagi?'
Dia jawab' bagi (lantik semula)saya jadi Polis! Sekarang juga saya pergi buru penjenayah itu!"

Kalau saya punya kuasa, saya angkat dia dan beri penghormatan sewajarnya...kerana orang sepertinya maka kita hidup selesa... sedangkan dia masih sengsara...

LU pikirlah sendiri!

kamal fnd

29 comments:

Anonymous said...

Salam.
Akak yang sekadar membaca pun turut sebak.
Dan kalau akak punya kuasa, akak tak akan tunggu untuk beri posthumous award atau recognition.
The right time is now.

Datuk zulshaari said...

terharu saya memebaca perengan yang terakhir, semangat beliau sungguh tinggi untuk Negara dan kita semua.. wajar pehak tertentu melihat dan mengambil tahu kehidupannya sekarang.. beliau banyak berbakti, kenapa mereka tidak melihat itu semua.. mana datuk-datuk menteri.. > JASA MU TETAP DI KENANG <

Anonymous said...

`Masih adakah pihak yang bersimpati dengan nasib kami?,'' tanya pesara berusia 64 tahun itu, yang terkena tembakan di dagunya dalam peristiwa di bangunan AIA pada Ogos 1975.

Itulah pertanyaan saudara Lingam (super cop) kepada Malaysia..cukup untuk mewakili semua wira negara.

Anonymous said...

chup! Chup! Chup!
Im lost!
Boleh sy th mana akak dpt quote 'masih ada kah pihak yg bersimpati dgn nasib kami'

Apesal i xjumpe pun..

Y i rase cm lost kejap.

Anonymous said...

sorry ashue. akak pula lost. silap akak sendiri tak take note of the source.
statement tu diambil dari satu interview ketika Lingam berusia 60 thn. jadi akak update umurnya.
kalau tak silap, akak baca tentang AIA ditawan tentera merah jepun in august 1975 dan Lingam kena tembakan di dagunya. Masa tu dia ingatkan berlaku rompakan besar.
Juga ada disebut tentang Lingam dan patrol partner cuba selamatkan Ketua Polis negara yang terbunuh dek serangan komunis di bukit mahkamah.
akak cuba cari semula tapi tak jumpa.
ashue cubalah cari ye. InsyaAllah jumpa tu. ashue lebih it savvy drpd orang lama ni.

hrmk said...

quote:
Dia jawab dengan tenang, ' ini mati bukan pengganas punya kuasa. Ini mati tuhan Allah yang tentukan!"

---------------------
confuse kejap...dia nie muslim ke..indian?

Anonymous said...

Hahaha... Biasa lah tu.
Nanti,bila org tu dah mati br nk ingat. Kan? Ms tu xde makne nye lg..

Zaman skrg ni pegang raket je boleh dpt elaun 3k/month. Dpt datuk lg.
Xyah pun kene tembak.
Bergadai nyawa segala.
Haha.ari tu bila khatijah ibrahim dpt datuk,
sy tanya "khatijah ibrahim tu sape mak?"
"Ala yg nyanyi lg kupendam sebuah luka tu"
I pun jwb "tu je ke lagu dia"
Mak jwb"tu je la yg mak th pun."

Aik? Nyanyi satu lagu je popular pun dapat datuk.

Sukati la..
Tp kalau i yg dapat datuk tu dgn hanya nyanyi satu je lagu, i pggil en. V.Amirthalingam ambik datuk tu. Malu sey..aib!

Anonymous said...

Salam.
Maaf Tn Kamal..akak nak menyimpang sekejap.
Ini berkaitan penggunaan extracts/quotes.
Firstly, akak nak minta maaf kpd journalist yg menemuramah saudara Lingam kerana akak quote tanpa memberi credit kpd journalist berkenaan.
Secondly, sebagai pengajaran/
peringatan kepada semua supaya memberi credit kepada penulis asal jika kita guna extracts/quotes, tak kiralah kita menulis untuk blog posting,tulisan ilmiah atau dokumen urusan rasmi.

Dari pengalaman, akak sediakan dokumen bagi pihak unit akak. Bila unit lain ambil alih kerja, dokumen asal ditokok tambah dan claim dokumen tu entirely milik mereka.
Jadi usaha asal unit akak langsung terpadam.

Likewise, ada pihak memberi sumbangan kecil, boleh terus dapat recognition within 24 hours.
Tapi ada yang buat social work berpuluh tahun, masyarakat tak kenal pun usaha dan siapa mereka.
Bukanlah mereka meminta-minta dihargai tapi sikap masyarakat kita
yang telah mendapat pelbagai kemudahan yang dipersoalkan.
Maaf, just a personal thought.

ps. ashue jumpa article tu?

Anonymous said...

xdpt la..
V.A.Lingam xdpt..
VK Lingam dapat..
:)

Anonymous said...

correct..
correct..
correct..
:)

Anonymous said...

bila seseorang itu masih hidup, ianya tidak akan dikenag tetapi jka dia telah pergi meninggalkan kita, pada masa itu lah dia akan dikenang dan berjasa

Anonymous said...

Lingam yang menganut Hindu juga tahu bahawa Allah menentukannya. Kita?hmmm....

Anonymous said...

Peace be upon you.
Kamal Laoshi, as you say it..Spot on ! We always seem to forget who we are, our purpose in life and where we are headed for..our final destiny.

In celebration of Maulidur Rasul,
let us do a self performance appraisal and see where we stand as ummah of our beloved Prohet.

Salam Maulidur Rasul to one and all.

Anonymous said...

Sorry..it should be PROPHET'

Hazrey said...

Salam bro.

Well to me, it is very simple. Where is MIC? They are championing the wrong people. I had cover one incident di estet, mangsa adalah India, penjenayah juga India. Till todate, tak pulak aku dengar any MIC people visited the victim. And the master mind is still at large.

What, adakah MIC akan champion the mastermind bila kena cekup nanti?

I aint involve in any political parties in Malaysia as I see that they are no longer people oriented, tapi popularity oriented.

VA Lingam is another classic story on how we ignore the heroes of our country and defended her with their lives. Ramai lagi yang masih tidak diberi perhatian.

You should visit the Johor policeman who was shot in KL some time ago. He is now, bed-ridden.

Anonymous said...

Bro Hazrey. gimme the contact number and location. I nak visit..

DeeN said...

Di Malaysia insan yg banyak memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara akan diiktiraf selepas mereka sudah tiada di muka bumi.
Harap semua pihak yg diberi tanggungjawab dan sedikit kuasa dunia dapat membukak mata seluasnya terhadap isu yg kononnya terpinggir ini. Mereka tidak mungkin mengharapkan sangat pangkat Dato' / Datuk / Tan Sri, tetapi sekurang-kurangnya hargailah jasa2 mereka dengan memberi kemudahan2 yg berpatutan selepas khidmat mereka 'dilepaskan'.

Sekian, terima kasih! :)

Pokjak a.k.a. Aizat said...

HUh in Malaysia only kaki bodek will get the recognition. Hopefully uncle VA Linggam will get some recognition at least don't appreciate what he had done. thanks Uncle for your service.

Pokjak a.k.a. Aizat said...

i'm sorry typo error. "at least do appreciate"

Anonymous said...

masalah mentaliti rakyat malaysia agaknya kan?
kesian hero2 tak didendang...

UMMI said...

emmm... inilah dia golongan 'pahlawan tidak didengdang'... mereka semua angkatan ayah saya juga.

ayah dah umur 76thn.tiap kali bercerita kisah dia duk dalam hutan.. buru komunis dia akan menitiskan air mata, kisah sedih 1969 kata ayah sampai hari in kedua2 saudaranya hassan dan hussin (kembar) tidak ditemua.. yang tinggal hanyalah lencana mereka dipinggir jalan kampung baru..

tapi sebagaimana RF 41350.. dia tak ada apa2 kalau dia sendiri tak berusaha untuk kemajuan diri dan keluarga, malah tiada pengiktirafan apa pun.

selalaunya generasi 60an 70an... masih sayang dan insaf akan setiap pengorbanan dan titisan darah pejuang seperti mereka.

berbanding anak2 remaja kini.. terlalu leka dan taksub akan hiburan dan kemewahan dunia. dalam segelintir orang kita berjuang untuk mendaulatkan bahasa.. sebenarnya 'melayu' sudah lama hilang jatidiri, agama, pakaian, tingkahlaku dan kesopanan dah tiada melayunya lagi.

kepada semua pejuang yang gugur kita sedekahkah Al'Fatihah dan kita doakan generasi kita agar mereka insaf dan menjadi pewaris yang bermaruah.

Papa said...

susah nak cari orang yang berintegrti tinggi macam ni. saya doa dia jadi muslim. sbb dia mmg manusia yg berkualiti.

Anonymous said...

Bace cmment ummi "pahlawan tak didengdang"
Pecah perot ketawa.
Bkn ke dengdang tu yg kita beli zaman bdak2,ada mainan ngn coklat dlm kotak warna biru..
Dengdang dgn helikopter ajaib!! Yg geng2 ngan Tora tu..
Hukhuk..

pija^_^ said...

meremang bulu roma bila baca kata2 Lingam... semangat beliau sgt tinggi dan berani... kite ni skarang(tmasukla saya), penakut n takut nak pertahankan negara sendiri.. ish3.. sungguh insaf rasenye... begitu kerdil diri ini jika dibandingkan dgn perajurit2 negara.. moga Tuhan membalas jasa mereka semua..

asilahmuhajer said...

sedih la baca..kalau la saye ditempat mereka, adakah saya sesabar mereka??

Unknown said...

Greetings Good heart people.Appreciated and touched.Im VA LINGAM RF41350.

email :amirtha41350@gmail.com
Tel: 0149332287

can be contactede anytime.

Thank You
VA LINGAM

Unknown said...

Cant get thru your handphone.Happy new years to you kamal and thanks for all the effort you have put.Thank you

Anonymous said...

Hi everyone, that was an amazing blog of my father. Please be informed that my father v. A lingam passed away on the 9 May 2014.
Thank you again.
Kumi

kamal fnd said...

I too lost my hero now..May he rest in peace knowing indeed there are people out there who didnt confuse themselves between assumed heroes and real legend like him. Ameen.

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis