Sunday, November 8, 2009
harga kejujuran
Hanya di Langkawi barangkali ada yang masih bulat jujurnya. Kesimpulan ini saya buat bila bersama Pak Tam Penjara bersarapan pagi di Restoran Ikhwan. Lihat sahajalah notis ini.
Lalu ia membawa 2 makna. Samada pelanggan mereka semuanya adalah jujur jujur belaka atau keyakinan mereka pada Tuhan amat luarbiasa. Kenapa yang kedua dan bukan yang pertama?
Kerana di Eagle Bay Hotel Langkawi, semasa mahu mendaftar masuk jam 2.10pm 3nov,(walaupun bilik telah disediakan oleh penganjur), si pegawai pemasarannya (Puan Sharifah) menyuruh saya tunggu sehingga semua orang tiba baru mahu memberikan bilik walhal saya yang baru mendarat jam 1.45 perlu memulakan ceramah jam 2.30 ptg di hotel itu!
Dan saya melangkah meninggalkan hotel ke-2 di Malaysia yang hanya tahu menghina bangsanya. Akhirnya terjumpa hotel bajet REGION yang layanannya mesra, harganya murah dan paling penting memartabatkan bangsanya!
Apa kaitan jujur dan cerita ini? 3 hingga 5 november, sungguh luarbiasa layanan Pn Sharifah kepada pegawai kerajaan yang menganjurkan seminar setelah tahu ketidakcekapannya sendiri mengundang padah. Hinggakan sanggup memandu menghantar mereka ke Jeti dan Lapangan Terbang!!!
Saya? untuk 3 hari itu menapak 2km ke tempat seminar Program Pemanduan Berhemah (Motorsikal) zon utara di eagle bay itu. Untuk 3 hari, saya tidak sentuh marker pen, kertas yang disediakan oleh hotel durjana itu. Untuk 3 hari, saya tidak menjamah airnya kerana bimbang Pn Sharifah terpaksa samak gelas yang saya gunakan!
Ishhh, takkan begitu hina dirimu kamal pada pandangannya? Benar. Kenapa kau kata begitu? Si Sharipah tidakpun meminta maaf denganku! Jadi? Bukankah aku tidak layak wujud dalam alamnya?!!
kamal fnd hashim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
25 comments:
Biasa la tu bos... Org mmg susah nak hargai sesuatu sehingga lah kehilangan nya. Hehehe! Dia takut ilang pojek arr tu....
erm...salam...
kenapa mesti ada tindakan sebegini..aku pelik dan hairan..
sabar tn kamal..ujian dan dugaan tn kamal selalu begini..
kenapa mesti kita sebangsa dgn orang sebegini??
en kamal,,,sesungguhnya untuk orang hebat mmg hebat dugaanNya,,,tatakala kau rasa dirimu telah berbakti,jangan di harap layanan baik dan balasan baik daripada manusia lain,kerana tiada janjinya ,,sesungguhnya balasan Allah adalah segala-galaNya,,,bersabarlah
bab malas/malu minta maaf ni memang cukup GELI, dah buat salah minta maaf.
bab jaga kakitangan kerajaan>>> kena senyum, kecik hati kalau tembak. majoritinya kena jaga siapa yang meluluskan pilihan hotel Penolong SUB??
ada yang tersirat dan tersurat, pandai makan pandai simpan, bila dapat SPRM , kirim salam sampai pencen.
Dugaan dalam mencari rezeki..
Mungkin peribadi dan sikap individu.
At the same time, ilmu tak diamalkan. kalau seorang pegawai pemasaran tau tgjwbnye, dia akan go all out utk menambat hati pelanggan supaya dapat returning guests tak kira siapa dan dari mana.
Dua hari sudah akak bermalam di Felda Resort di PD. Basic facilities,tv ada astro, air-con,a simple breakfast. Dinner kena beli di luar. Tempatnya tersorok tapi betul2 tepi pandai. Ada anjung yg boleh dibuat tempat aktiviti berkumpulan sambil
menikmati angin laut. Kalau tight budget, bolehlah tahan.
Bilik penginapan semua di tkt.1 tapi melihat kami 2 org wanita middle age terhegeh2 dgn beg masing2, receptionist wanita beri kami bilik yg paling hampir dgn tangga. TQ.Terima kasih juga kerana bagi tahu lampu kereta nyala..kalau tak abislah bateri..I'm getting forgetful.
betul Akak, individu yang perihatin, biasanya amalan sejak kecil nampak yang kecil bukan nampak yang besar2, sikap pemaaf bukan menegak benang basah.
Somtimes it takes a little sensitivity and common sense to make a good first impression dn yg menjadikn kita pekerja yg cekap dan kreatif. Kita tak boleh terlalu terikat dgn prosedur. Ada masanya kita perlu buat adjustment mendadak sesuai dgn keadaan semasa tapi tidak menjejas keberkesanan kerja.
Kebiasaan jabatan akak, bila anjur seminar/kursus, sebaik mungkin kami sediakan semua kemudahan kpd penceramah/ahli panel. Jika diperlukan, kita jemput/hantar kat airport. Jika tidak, ajk akan tunggu ketibaan di lobi hotel dan bantu dlm urusan check-in. Penganjur program mestilah bertgjwb penuh.
Bila Tn Kamal datang ke ofis akak nanti, insyaAllah akak 'jaga' sebaik mungkin sebab kepada kami dan masyarakat M'sia yg mengenali Tuan dan usaha baik Tuan, you are a precious gem.
Tn Kamal pergi Sarawak kan? haraplah tuan Kamal dapat layanan yang baik dari orang Bumi Kenyalang. Supaya tak serik dan datanglah lagi.
Saudara Kamal,
Saya sanjung saudara Kamal, tapi selepas membaca blog saudara, saya rasa saudara ini seorang yg pendendam orangnya.
Alangkah sedihnya bila membaca blog seorang penganalisas jenayah yg dihormati seolah olah membaca blog seorang yg tidak profesional.
Saya tumpang simpati dengan pengalaman Saudara di hotel puteri resort dan juga hotel Eagle Bay Hotel.
Jangan melenting, siap manusia melakukan kesilapan.Terlalu hina ke sehinggakan saudara menggunakan perkataan seperti 'hotel durjana'.Saudara tidak berpuas hati dengan layanan staff di sana, saudara boleh buat official complaint kepada pihak management.Mesti pihak management akan memgambil tindakan.Malangnya, Saudara menggunakan blog saudara untuk mengaibkan hotel serta individu yg tertera. Adakah tujuan saudara adalah untuk membalas dendam terhadap mereka dengan mengaibkan mereka di dalam blog saudara? Sungguh x sangka seorang yg profesional seperti saudara tergamak menulis macam ni. Kita orang Islam.. Maaf maaf sudahlah la.. Kalau saudara x suka jangan pergi lagi.. senang je..
X usah la menulis mcm ni lagi. Mengaibkan nama individu yang tertera kecuali la saudara seorang yg pendendam.Bak kata Nabil 'Sendiri mau ingatlah'
Wassalam..
y2j, ini blog En Kamal, beliau bebas meluahkan isi hati beliau. apa yang diluahkan disini lebih kepada pengalaman sebenar beliau.
ini adalah satu bentuk contoh tauladan dan peringatan kepada semua pembaca blog. terima dengan hati yang terbuka.
soal official complaint jatuh pada no. 2 kerana tertakluk kepada budibicara En Kamal.
cuba bayangkan, jika tidak berpuashati saja terus launch official complaint...maunya mereka yang namanya naik dalam complaint akan dikenakan tindakan oleh syarikat mereka (walau pada hakikatnya, memang patut begitu) namun ia masih pada kedudukan ya atau tidak, jika ya aduan dibuat...malang teruslah mereka yang berkenaan itu, jika sekiranya tidak...bermakna masih ada ruang untuk berubah.
btw...cara y2j menegurnya ni macam ada bau-bau bacang saja dengan mereka yang terlibat????
En Kamal, kat Malaya ni 'title' sangat penting la bro. Depan mata saya sendiri pernah terjadi...kita dilayan macam ada takda je...tapi bila dia terima panggilan orang berpangkat datuk (entah datuk tua entahnya datuk pangkat) hmmm....panjang sebut yaaa datukkkkkkk...dengan menampakkan gusi karatnya...
Saya bagi tips...jika berurusan dengan yang berdarah timur tengah...boh Syed Kamal atau Syeikh Kamal...kalau dengan darah asia asal boh Datuk Kamal (kiranya sempena dimasa hadapan akan dipanggil begitu dek cucu atau insyaallah Datuk kurnia jika dasar pemberian gelaran tidak berpaksi lagi pada mereka yang boleh gelek dan lari keliling taman bunga)
ikhlas
pakmat
Y2J
Terimakasih di atas teguran anda. Saya faham maksud anda dan tidak terasa marah sekalipun.
Cumanya, sebelum mengulas di masa hadapan di dalam blog saya, diharap Y2J dapat meneliti krseluruhan posting dari mula blog ini dibuka hingga posting akhir. Ia akan dapat memberikan Y2J pembacaan yang tepat dan perspektif saya melihat sesuatu.
Tidak profesional? kalau begitu lain kali saya akan gunakan media cetak dan elektronik sahaja untuk pengumuman sebegitu.
Pendendam? kalau begitu lain kali saya akan hantar surat berjela kepada Persatuan Hotel2 Malaysia supaya hotel ini diturunkan bintangnya. Eh, nanti semua pekerja yang baik baik juga menjadi mangsa? Kan saya pendendam, jadi apa bezanya?
Dan barangkali Y2J tidak kesah kalau bangsamu dihina dan lemah akalnya?
kamal fnd hashim.
Kepada Saudara PakMAT@tukang samput,
'ini blog En Kamal, beliau bebas meluahkan isi hati beliau. apa yang diluahkan disini lebih kepada pengalaman sebenar beliau
ini adalah satu bentuk contoh tauladan dan peringatan kepada semua pembaca blog. terima dengan hati yang terbuka.'
Memang benar En Kamal bebas meluahkan isi hati beliau di blog ini.tapi agak2 lar..Beliau boleh menggunakan kata pengganti seperti hotel x or puan x sebagai contoh. Tapi mengapa En. Kamal menulis dengan penuh detail nama hotel dan individu yg terbabit? bukan itu mengaibkan orang lain atau lebih kepada membalas dendam?Lagipun kita x tahu apa situasi yg sebenarnya yang telah berlaku.
'soal official complaint jatuh pada no. 2 kerana tertakluk kepada budibicara En Kamal'
Kelakar sungguh ayat saudara Pak Mat ini. Soal official complaint jatuh pada no 2? Sepatutnya official complaint yg paling important dalam sesuatu perniagaan untuk meningkatkan lagi servis yg disediakan.Lebih2 lagi kepada En Kamal kerana sebagai public figure apabila En. Kamal membuat official complaint tentu pihak management akn berasa malu kerana ditegur oleh En. Kamal. Dalam pada itu, pihak management tahu apa masalah sambil boleb memperbetulkan masalah itu agar tidak berulang. Adakah menulis di dalam blog sambil mengutuk individu tertentu dapat membantu untuk mengelakkan perkara yg berlaku kepada En. Kamal berulang? Bak kata Nabil 'Lu pikir la sendiri'.
'btw...cara y2j menegurnya ni macam ada bau-bau bacang saja dengan mereka yang terlibat????'
terus terang saya katakan bahawa saya ialah seorang hotelier@berkerja di hotel juga.
mereka yg tertera bukan kawan saya tapi mereka hotelier juga. Apa kata kita bagi mereka peluang untuk menceritakan apayg sebenarnya berlaku..Tentu menarik kan PakMat? Kerana jangan membuta tuli je utk menyokong seseorang.Kita perlu mendengar dari kedua dua pihak.. Itulah orang Melayu kita, suka sangat membuta tuli.
Saudara Kamal.
Terima kasih kerana membalas komen saya. Untuk pengetahuan Saudara, saya bukan sahaja membaca blog Saudara malah beribu lagi blog public figure, artis, ahli politik dan lain lain lagi.. Bahkan artis mulur laser seperti Azwan Ali pun saya baca. Yeh, saudara Azwan Ali memang suka mengutuk orang lain tetapi dia menggunakan kata pengganti supaya dia tidak mengaibkan individu tertentu.
'Tidak profesional? kalau begitu lain kali saya akan gunakan media cetak dan elektronik sahaja untuk pengumuman sebegitu.'
Saudara Kamal, maksud saya ialah penggunaan ayat Saudara Kamal dalam menulis. Setahu saya Saudara Kamal dulu wartawan juga. Sudah tentu ada etika ketika menulis bukan? Perlu ke Saudara Kamal menulis sperti 'hotel durjana'? Di mana profesional Saudara Kamal? Atau semasa Saudara Kamal menulis blog 'harga kejujuran' saudara kamal diselubungi emosi serta perasaan tidak puas hati?
Saudara Kamal, cuma satu je soalan
kenapa Saudara Kamal tidak membuat official complaint kepada pihak management Eagle Bay ataupun Puteri Resort? Sebaliknya menulis dalam blog untuk meluahkan rasa tidak puas hati.Adakah Saudara Kamal terlalu busy sampaikan tidak berpeluang membuat official complaint?
'Dan barangkali Y2J tidak kesah kalau bangsamu dihina dan lemah akalnya?'
Cuma saya pelik, Saudara Kamal bercakap mengenai menghina bangsa sendiri apabila terjadi sesuatu terhadap Saudara Kamal,tapi bukan ke cara Saudara Kamal menulis serta mengaibkan individu dalam blog saudara juga menghina bangsa sendiri? Bahkan lagi teruk kerana beribu blogger dapat membaca blog saudara Kamal.
Y2J,
Kenapa blog lain tidak menulis nama dengan tepat? kerana mereka takut disaman. Kenapa saya pula tulis nama dengan tepat? 1. Ianya fakta. 2. Hanya si bacul sahaja yang melempar batu sembunyi tangan.
Untuk makluman, email telahpun dihantar ke kedua dua hotel lebih kurang 9 hari dan 6 hari yang lalu tetapi masih tiada jawapan hatta perakuan bahawa ia telah diterima. Saya sedia maklum bahawa siapalah pelanggan seperti saya kepada hotel hotel berbintang itu.
ikut hati? kalau saya ikut hati, seperti yang telah saya nyatakan, dah lama keluar tv perkara ini kan?
Durjana? belot kepada bangsaku, ya, itu perkataan paling sopan. Kalau orang lain, barangkali diguna mereka perkataan jahanam atau bangsat kan?
Oh ya, saya bukan spt pihak lain yang pandai menulis komplen sahaja. Saya juga belum pernah gagal menulis pujian dan menyebut nama kakitangan yang begitu baik perkhidmatannya dan jujur.
Hairan juga kenapa Y2J tidak menyebut tentang hotel REGION itu ya? Atau bajet hotel sepertinya tidak layak pada pendapatmu digelar hotel?
y2j,
rasanya awak bukan orang melayu kerana awak jenis yang tak 'membuta tuli'.
cuba baca dan fahamkan betul2 apa yang saya tulis. jangan baca hujung pangkal lesap. nampaknya awak yang suka 'membuta tuli'tapi kesian sungguh kalau awak ni bukan melayu.
official complaint bukan saja kepada hotel yang berkenaan tapi juga kepada persatuan hotel2 malaysia tourism board malaysia, kementerian pelancongan dan beberapa cara lagi...oleh kerana awak juga hotelier, awak memang suka kalau official complaint jadi yang 1st bukan yang 2nd...maknanya biar mereka yang terlibat dan barangkali suatu masa awak sendiri yang terlibat dikenakan tindakan...begitu maksud awak?
saya rasa En Kamal pun tak pernah sekat sesiapa untuk memberi penjelasan. apa kata y2j sebagai 'hotelier' yang contact kawan2 baik y2j tu untuk beri penjelasan !
saya pun bukan 'menyokong' tapi membenarkan satu kewajaran. En Kamal pun bukan ada kelab penyokong. Kalau dianggap 'menyokong' maka rata2 yang diatas beri komen tu kira menyokonglah ya....(dengan maksud lain 'membuta tuli'...cantik bahasa awak ni ya !)
btw y2j, awak ni memang kelakar daripada nabil kerana pandai alias nickname orang.
ikhlas
pakmat
Encik Nizam berjaya saya hubungi. Menurutnya memang benar kejadian itu berlaku, baginya ia merupakan satu salah faham di antara Saudara Kamal dengan pengawal Nepal itu.
Menurutnya, dia juga telah rendah diri menelefon Saudara Kamal untuk meminta maaf selepas beberapa minit Saudara Kamal meninggalkan hotel puteri. Kalau betul Encik Nizam telah meminta maaf selepas kejadian itu, kenapa Saudara Kamal masih lagi menulis di blog ini? Kenapa Saudara Kamal tidak menulis tentang Encik Nizam menelefon Saudara Kamal untuk meminta maaf? Atau pun Encik Nizam mereka cerita itu? Atau pun Saudara Kamal amnesia? Ataupaun Saudara Kamal si bacul yang melempar batu sembunyi tangan?
Sanggupkah Saudara Kamal bersumpah yg Encik Nizam tidak pernah menelefon meminta maaf?
Saya akan cuba hubungi Puan Sharifah pula.. Kepada tukang sampuk@pak mat, menarik bukan apabila mendengar cerita kedua dua pihak? Cerita yg menarik tapi berbeza? Siapa yg benar? Siapa yg si bacul?
y2j.
Harap harap En Nizam juga cakap dia tiada di kaunter (sebab pergi makan) bila saya sampai.
Harapan saya dia juga ada beritahu yang saya meminta maaf kerana 'terpaksa' menganggu dia yang sedang makan untuk check in ketika dia keluar dari pintu restoran dengan muka bengkek.
Harapan saya juga dia beritahu guard Nepal itu tak berkasut semasa saya datang dan saya tegur kesalahan itu. (eh, en nizam pergi makan masa tu. manalah dia tahu)
Harap harap En Nizam juga beritahu yang dia juga datang ke porch dan beritahu saya yang kereta tidak boleh diletakkan di situ.
Harap harap En Nizam juga beritahu yang dia telefon 1jam 25minit selepas saya meninggalkan hotel itu.
Harap harap En Nizam juga beritahu dia "tak dengar" saya cakap nak turunkan barang dan kemudiannya menukar pengakuan kepada "tidak perasan" semasa dalam panggilan itu.
Harap harap dia beritahu pada ketika itu, dia pun "terlupa" untuk bantu angkat barang atau menawarkan payung kerana pasti saya akan basah kalau meletak kereta di kawasan terbuka itu.
Harap harap dia juga beritahu yang dia telefon kerana bimbang kerjayanya dan bukan kerana ikhlas menyedari kesilapannya.
Harap harap dia beritahu atas nama Allah.
kamal fnd hashim
kamal fnd hashim
Y2j,
terima kasih kerana kesudian anda menjadi "posmen" kepada En Nizam.
Tapi cerita awak tak meyakinkan dan kalau dibawa ke mahkamah pun tak laku. itu secondary statement.
apa En Nizam tu takde kemudahan internet ke untuk beri penjelasan sendiri sampai perlu guna y2j@tukangpencacai untuk jadi keldai tunggangan.
kalau setakat nak mereka cerita kat sini tak payah la, pi main jauh2. buang jer title 'hotelier' tukar jadi 'hotel liar'.
En Kamal berani ambil risiko disaman kerana memaparkan nama pihak yang terlibat kerana saya percaya beliau faham prinsip "berani kerana benar". itulah intipati utama kenapa saya mewajarkan luahan En Kamal. Beliau berani kerana beliau pasti sedar bahawa catatan beliau boleh dibawa ke mahkamah untuk tuntutan saman kerana defamation dibawah 'libel'.
kalau tak boleh terima hakikat dan peruntukan undang2 yang mengikat setiap warga, baik pi tunggang kuda padi awak tu jalan terkedek-kedek nun jauh-jauh.
Sekian, terima kasih.
ikhlas
Pak Mat
Takpelah pak mat. Biarkan y2j dengan nukilannya. Cuma bimbang dia tidak dapat handle the truth sahaja.
Apapun berkaitan dia tuduh saya lempar batu sembunyi tangan, itu terpulanglah. Rakan dan pembaca saya sendiri boleh menilai ketelusan saya yang tidak mencontohi y2j; hanya yang berdaftar dengannya sahaja boleh melihat blognya!
Lagipun, saya dah tahu siapa dia..he he he
saudara y2j,
menyembunyikan identiti adalah imej seorg bacul. tidak salah jika kita melontarkn pandangan ke atas setiap perkhidmatan.
blog tuan kamal bukan borang kajiselidik yg mn memerlukan "personal secure". oleh itu, lebih layak merujuk kepada sesuatu (spt Y2J sebutkn) secara lebih spesifik.
seperkara lagi,kalaulh title "professional" jadi keutamaan tn. kamal; sy rasa lama dah tn. kamal ni hari2 kluar buletin utama. hehehehe
Dalam kes ini saya sokong Tuan kamal, positifnyaT Kamal sudah jatuh lubang, jadi wajar bagi tau semua jangan jatuh lubang. Positif. Dua lubang itu, tak perlu sorok2 nama.
Salah satu pengajarannya, risiko buat silap.Rasanya Pihak hotel bukan buat silap, sekali malah berkali-kali. Lain kali ulangi lagi, orang lain kena lagi.
(Pengalaman hampir 200 buah hotel dan resort, yang pernah saya menginap selama 5 tahun.)
Cul oh cul! eh mana pergi pulak budak ni? Cul!! CUL OH CUL!!!
Pak Mat, mana si bacul tu ek? ha ha ha!!
Biarkan si luncai dengan labu labunya!!!
tengah mengasah buluh runcing gamaknya tu kot En Kamal...ekekeke
ikhlas
Pak Mat
salam Pakmat,
tak elok tau mengata orang, kecian dia, dah la keseorangan membela pihak hotel, kena komen kaw kaw..
dah la benang belum kering, kena tambah komen lagi,memang tak patut..
inilah thinking tipikal malay...nak menyatakan sesuatu kebenaran kena di x kan atau diletak bukan nama sebenar...
kenapa?kerana kebenaran itu amatlah menyakitkan?ugly truth?bila kita letak bukan nama sebenar atau x lah....memang xkan terasa atau berubahlah orang yg hendak ditegur...itu yg ada ayat pukul anak sindir menantu...bila xpuas hati kita cakap direct...kita namakan orang yg kita tak puas hati...orang yg b erselindung hanyalah orang yg bacul dan tahu baling batu sembunyi tangan....sedih,kesian,simpati....semua ada pada thinking dan cara orang kita bertindak...susahlah nak maju jika teguran pun dipersoalkan...betul aib orang xperlu ditunjukkan tetapi untuk dijadikan teladan dan pengajaran?kalau mcm tu jgn kuar kes rogol kes curi kes ragut sebab aib orang kan?maka orang awam xsedar dan jenayah pun makin tambah sebab xde kesedaran...selepat di muka..ayat lupikirla sendiri sila sebut depan cermin...mari kita tgk siapa yg kena....blog kamal memerlukan pembaca membaca dan faham dari pelbagai sudut dan perspektif...bukan satu hala...read between the lines...old timer old timer pasti dah faham kan maksud hamba...xkiralah dah tengok,komen,baca,eja,translate blog orang lainpun...senangje...minta maaf jika ayat nie kasar atau lucah
opinion is like an asshole..everybody have it so what?
semua orang ada hak bersuara..berkata,pandangan,cadangan dan macam2 lagi...xsuka jgn perlekeh jgn hina...xminta ikut atau buatpun...ada akal...gunakan sebaik mungkin...nilai dan simpan sendiri..ada idea membina...share bersama...bukan cuba menjatuhkan mana2 pihak...maaf jika tuan hamba terkurang ajar,kasar bahasa sebab ini adalah pandangan dan pendapat tuan hamba...wasalam
Post a Comment