Sunday, November 1, 2009

Semalam Di Malaya

2.35am 31 Oktober 2009.

Sampai di Puteri Resort Hotel, Ayer Keroh, Melaka. Hujan. Berhenti di lobi untuk melihat kalau kalau ada bilik. Tiba tiba datang pengawal Nepal beritahu tidak boleh letak kereta di situ! Maklumkan pada dia untuk letak sebentar untuk tengok kalau ada bilik. Dia mengangguk dan berlalu..berkaki ayam!

Sampai reception dan tekan loceng. Berkali kali. Lepas 3 minit tak muncul pun sapa sapa. Tiba tiba datang mamat lain dengan walkie talkie dan bagitau staf reception pergi makan! Laa..

Mamat nama Nizam ni pun keluar dari tempat makan dan salam dihulurkan kepadanya. Aku pula yang memohon maaf kalau kalau mengacau! Yalah, tengah sedap makan. Selesai urusan pendaftaran, aku maklumkan kepadanya aku mahu menurunkan barang barang di dalam kereta, meletak kereta dan baru ambil kunci.

Bergerak ke kereta dan turunkan barang. Tiba tiba Nepal berkaki ayam yang sudah pula berkasut memberitahu di situ tidak boleh meletak kenderaan! Laa, amnesia ke Nepal ni? Dan Nizam pun datang beritahu tidak boleh letak kenderaan di situ! Laa!

Kutoleh kiri dan kanan lobi itu kosong sahaja. Langit masih lagi mencurah. Dan tanpa banyak soal, ku isi semula dua beg dan pakaian ke dalam bonet. Dan ini kenyataanku kepada mereka:-

"Saya tahu sini tak boleh park. Saya dah cakapkan yang saya nak turunkan barang dan kemudian letak kereta. Sini letak kereta open air. Saya tak mahu barang barang saya basah. Kalau awak rasa orang malaysia macam saya tak layak duduk hotel ni, awak cakap je lah. Kalau saya mat salleh, dah lama awak tolong angkat barang barang ni. Tak pun offer payung. Tapi pasal saya orang melayu rakyat malaysia, saya memang tidak diterima duduk hotel awak ni kan!"

Terkulat kulat keduanya dan aku terus memandu meninggalkan hotel yang mana rakyat negaranya sendiri menjadi anak tiri! Ku fikir tanahairku namanya Malaysia. Rupa rupanya masih Malaya!!

kamal fnd hashim.

28 comments:

akak said...

Hotel Puteri tu bukanlah hotel yg banyak bintang, kan Kamal?
Dari pengalaman akak, ada segelintir front desk staff beberapa hotel yg kurang bintang ni tak begitu layan local guest. Lain pula sebuah hotel byk bintang di bandar hilir. w'pun mahal sikit (boleh claim!)Akak suka nginap situ bila ke Melaka sebab front desk staffnye yg sangat profesional dan berbudi bahasa wpun yg bertugas hanya international trainee staff. Semua stafnye memang boleh dipuji.

So why the difference? Tak cukup atau silap training ke? Mismanagement? Atau pun isu sikap?

Siapa boleh tolong jawab?

Ahmed Fauzan said...

Promote je hotel tu...Promote ckp INI BUKAN HOTEL MELAYU...abis cerita...

kenyalang said...

Salam!
Terfikir:
Seandainya kami yg jauh mendatang dari S'wk pihak hotel layan serupa di tengah2 mlm sebegitu kemana agaknya arah tuju kami? Sdgkan masa dah terdesak dan hotel2 lain dh penuh.

Terdetik dihati ini, budi bahasa pelayan hotel tersebut entah kemana letaknya? Dimana konsep 1 M'sia yg dilaung2 Kerajaan kebelakangan ini?

faqhrule said...

dia orang tak kenal sapa bang kamal agaknya.

isu double standard jugak la ni!

Dak Wan® said...

Klu temanlah di tempat sedara, mau teman langgor je Nepal tu... Kadok naik junjung btol.

Azrul Adnan said...

kalau azrul..
azrul x kan jejak kaki kat hotel tu lagi..
bt apa nak g hotel cam tu g..

bungacahaya said...

Ketika mengendali program rasmi di sebuah hotel di KL 5 bintang dan bulan bagaiiii....; seorg Nepal selamba meniup wisel ke muka saya (betul2 depan muka yerr...) sbb kes parking juga. Bila saya explain, Bahasa Inggeris tak paham, BM apatah lagi.

Jadi????Camno tu?

silang kata said...

tepon osama...bom je hotel tu

baby ashue said...

Villa Pak Sam kan ada... Mesti dpt lynan 1st class punya..

baby ashue said...

eh,ape da Puteri Resort..
Downgrading ok..
Mana ada org stay hotel2 cmtu..
Tak masuk navigator pn la..

Cetusan said...

nak kena tengok keretajuga ker??

Ida said...

Kawan-kawan ada bagitau dulu, resort tu memang problematic... kalau nak kasi bintang pun tak terkasi sebab service teruk!

ajim said...

tidakkah kau terfikir ini adalah ujian drpd tuhanmu untuk dirimu???bila mana tuhanmu ingin melihat adakah kau antara hamba-hambanya yang sabar??

editorsemasa.net said...

Served them right, tuan. Memang mangkuk ayun staf hotel tu. Orang Melayu ni kena belajar cakap terang, kalau perlu sembur, sembur terus depan muka. Nak berlapik-lapik apa lagi? Tu la pasal orang tak hormat.

http://www.semasa.net

jebat derhaka said...

nak kena tunggu ada nama,pangkat dan juga darjat baru nak layan elok2?mat salleh baru nk layan elok2?kenapa tak distandardizedkan?mengapa ada double standard?welcome to malaysia....dimana kerja sekadar kerja kerana xda keja lain selayaknya....ala balai...bak kata orang utara.owh ye...jika nizam reti keja,logik dan berbudi bahasa...lama dia xkeja situ ye tak?bukan masalah terpencil nie..masalah pemikiran nie...sian.

ajahare said...

gitulah keadaannya kat Malaysia ni, bukan saudara sahaja yang terkena..ramai lagi sahabat kita yang kat luar tu mengalami insiden yang sama termasuk saya.Pengusaha hotel kat Malaysia kenalah buka mata..

riss said...

sib baik x duduk situ, tuan kamal..bukan best pun! bukan je service x bagus..bilik & kemudahan kt situ semua x best...

Brahim Nyior said...

BOIKOT JE.

BUAT PENGUMUMAN SEPERTI BERIKUT:

HOTEL PUTERI, MELAKA MENGAMALKAN DISKRIMINASI TERHADAP ORANG TEMPATAN. ELAKKAN KE HOTEL TERSEBUT.

Kalau perlu, maklumkan kepada ketua-ketua jabatan di Melaka dan sekitar, supaya tak buat majlis di sana.

Sure hancus mancus hotel tu..

Cetusan said...

sokong Brahim..

hotel serupa itu boikot saja dgn surat edaran.

Baru tau siapa perlukan siapa.

.

leezaanza said...

haha..dats rite mr kamal.org luar ank kandung,kte smue ank tiri except klu klu ade nama,pangkat,etc.

dats y sye rse klu skali xpuas ati ngan pkerja2 ni,sound je trus or talk 2 d manager..

klu x nnti dorng wat pekak je dan kte yg akn trus sakit ati.

Faizul83 said...

kongsi sikit pengalaman rakan saya.... dia pernah masuk ke sebuah kedai jam di KLCC dengan hanya berpakaian seluar pendek dan T-shirt hanya beliau seorang saja di situ promoter tengok atas bawah atas bawah terus blah... kebetulan ada warganegara asing di situ dua-tiga orang masuk.... terus promoter tersebut melayan si warganegara asing.... dengan agak bengan rakan saya yang betul betul nak beli menempik agak kuat minta panggil manager...

ninoZ said...

tu blom kira kita cakap bahasa melayu yang formal pastu front desk buat buat tak paham n cakap bahasa inggeris in return..hina sgt ka kalau berbahasa melayu?
ishhhhhh......

y2j said...
This comment has been removed by the author.
tasnimFatma said...

kenape la orang melayu suka sgt bezakan pangkat dan darjat sebangsa sedangkan bangsa lain tidak mempedulikan itu?

matzis said...

hotel yang ada bintang tak semestinya bagus perkhidmatannya, kadang-kadang hotel yang tiada bintang jauh lebih baik perkhidmatannya.

CAMP R.P.G said...

hehe kena hulur tips kot boss

kamalfnd said...

Pernah duduk hotel lipas pun tapi layanan mesra alam dari kakitangannya sampaikan TERlupa hal lipas!

EH, maaf- I SOUND STUPID IF I SPEAK MALAY! ha ha ha

akak said...

Pernah juga nginap di hotel ada lipas bermain-main kat dressing table, dan anak lipas dalam mee goreng yang dihidangkan.

Tapi hotel ni juga pandai jaga hati tetamu..tak jadi nak marah

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis