Hari sabtu dan ahad ini, jangan le lupe nak ke karnival klasik nasional kat kuala kangsor. Macam macam ade! Eh, ade tapok cegah jenayah khabarnye! Ate, kalo di izin Tuhan, teman ade di sane!!
Oh ya, jemputan ini terbuka kepada semua. Masuknya percuma. Ilmunya halal. Kalau kalau ada kelapangan, silalah ya.
Cuma maklum sahajalah, booth ilmu, berapa ramai pun yang nak singgah! Lainlah kalau booth kosmetik langsing badan atau ubat kuat..BRRRRR!!! sah sah sesak!
Dan membawa kita kepada persoalan yang utama; nyawa. Berapa nilai nyawa? datanglah sendiri dan saksikan berapa kerat yang akan hadir di booth Pencegahan Jenayah ni. Berapa nilai airmata? Jemputlah lihat dengan mata kepala sendiri nanti.
Rasanya tak habis bilangan jari sahaja yang akan singgah. Barangkali patut dibuat macam yang lain baru orang nak datang kot! Beritahu je ada 5T, berduyun yang akan berkunjung punya. Ntah ntah boleh roboh booth ni! 5T? apa 5T ek?
T- Tambang. Beritahu yang tambang penganjur tanggung- ramai yang nak ikut!
T- Topi. Sapa sapa turut serta, dapat topi. Ramai yang sanggup!
T- T shirt. Akan diberi sorang sehelai dua. Ramai yang berlumba nak datang!
T- TopUp. Sorang $30!! Perrghh, bersesak pun sanggup!!
T- masuk Tv!! penuh le jawabnya!!
Nilai semua= $30+$15+$25+$30+ glamour=$90 + glamour? perrggghh! tak ternilai wok!!!
Eh, banyak tu je ke gamaknya nilai satu nyawa?Haah le!! Adusss!!
kamal fnd hashim
Thursday, December 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Belum ada kesedaran.. dan sikap
Tetapi tidak wajar juga booth yang “serius” bernilai tinggi dikomersialkan seperti jual jamu..
ada hiburan tak, tada hiburan tak nak join.
begitulah mentality rakyat malaysia...klau benda FREE semua nak...sanggup bgun awal...tp cuba tngok kne byar...agaknya sorang pun xda...apatah lagi booth ilmu cam2...BRRRRR...
kisah ini seumpama tengok Konsert Hiburan dengan tengok Majlis Tilawah Al-Quran...berapa kerat orang yang tengok Majlis Tilawah Al-Quraan...fikir2 kan.
Salam..
aku kenal kau Kamal masa kat simpang renggam aku tinggal kat lorong kelantan 3 kau lorong kelantan 2... aku anak pak Raja !!! cuba teka heeeeeeheee now i'm staying in bangkok
terimakasih
memanglah realiti kehidupan sekarang..
klau free semua snggp..
kalau bab2 ilmu..kureng sikit..sbb yg glamornya depan mata..
erm..x tau apa nk jadi..
anak sarjan,
contact gue.
019-2109999
Post a Comment