Sunday, June 6, 2010

Berita PANAS!!!

Ada yang bertanya pernahkan saya diancam penjenayah? Jawapannya tiada. Memang saya dalam bidang jenayah tetapi masih belum rasa terancam. Tambahan pula, saya yakin dengan PDRM dan saya juga memegang Hasbunallah huwanikmal wakil.

Cuma, tak ramai yang tahu bahawa saya ada masalah stalker. Benar! Rimas rasanya. Kemana saya pergi, kat situ dia ada. Ke barat pun dia sanggup ikut, ke timur apatah lagi! Pendek kata sanggup berhabis! Yang peliknya,urusan hidup saya pun hendak dicampurnya!

Halo! Cukuplah meminati hasil kerja saya, kalau ya pun. Apa yang saya hasilkan dan berikan buat masyarakat, itu hak awam. Kehidupan peribadi saya tidak termasuk di dalam kontrak kerja saya. Kerja saya je milik masyarakat.Saya-nya tidak, ada faham?

Setelah lama mendiamkan diri, hari ini saya nak kongsi tentang hal ini kerana dia dah melampaui batas. Kadang kadang orang seperti ini nampak baik, niatbaik. KONON!. Lama lama possessive. Nak suruh kita dengar nasihat dia sedangkan kita tahu apa dia buat dibelakang kita! Kita tahu apa dia lakukan dibelakang kita! Cumanya, saya diam tak membalasnya dan berpura pura seolah tidak tahu apa apa walaupun saya tahu keburukan pekertinya.

Sudahlah, tak perlu main wayang. Bukan main kau tuduh itu dan ini. Bukan main kau speculate ini dan itu. Nah, tamat sudah permainanmu wahai manusia. Cuma sedikit pesanan kepada sang pelaku,
malam ini dan seterusnya sebelum kau tidur, soal dirimu bagaimana kau mahu menuntut redha Tuhanmu bilamana aku sendiri tidak redha padamu?

Sebenarnya, mahu sahaja aku berdoa- Ya Allah, selagi aku tiada redha atasnya, alehkan pandangannya dari rumahMu kelak agar dia tahu salahnya- kerana aku sedang memohon kepada Tuhanku atas nama hak buat diriku dan bukan atas kerana marahku. Cumanya ini yang mampu kuhasilkan- Ya Rahim, kalau aku di pihak benar, semoga Kau memberi ingat padanya tentang dustanya kepadaku dan sekutuku.


kamal fnd hashim

21 comments:

ahmad tarmizi ibrahim said...

susah juga jadi public figure ek..

Wake UP! said...

Cegah sebelum parah.

Baik saudara dapatkan perintah restraining order dari mahkamah.

Takut benda yang tak diingini pula terjadi.

Off to the International Criminal Court you Israelis terrorists.

Cetusan said...

susah juga jika baik hati kacak dan melayang..nanti salah anggap

sbh said...

Salam En Kamal,

"Aminnnn..." untuk perenggan terakhir.
Cukup meresah dan menggundah gulanakan jiwa raga ya...
Mungkin nak mintak dilantik jadi 'consultant' kot tapi dalam gaya dan bahasa yang paling halusss...tapi apa kelayakannya??? ada kelulusan dari mana-mana 'UNIVERSIDAD' tak En Kamal???
:)

ikhlas
pakmat
jb

sakai said...

>>aku tahu,,kau juga manusia biasa yg ada sifat marah,,tetapi,,cuba ingatkan kmbali dirimu,,mungkin tuhan sedang berkata2 dgn mu tentang "sabar"<<

kamalfnd said...

sakai.

kerana sabarlah doaku itu berbeza..

kamal fnd

kenyalang said...

Kita insan biasa..
Oleh itu musuh jgn dicari...
Maut jgn dituntut..
Kesabaran ada batasnya..
Tp..kalau dipaksa maknanya dicabar..
Sy faham perasaan tuan...

kamal fnd said...

Kenyalang,

Sebenarnya dah lama tahu stalker ni punya modus operandi but i played it cool. But now dah penat jadi baik.

Bila kita tegur kenapa hantar sms dekat tghmalam (walaupun nak ucap tahniah),dia pulak hangin! Eh, dia lak tanya apesal kita sms balas tghmalam?

Laa, sapa yang hantar tghmalam ni?sapa yg mulakan sms? macam israel dengan Mavi Marmara lak! Dah la serang kat perairan a/bangsa, pastu tuduh aktivis yang provoke? Eh?

Jadi, itulah ceritanya.Selagi dia tak minta maaf, selagi itulah kami takkan redha padanya.

kamal fnd

Faizul83 said...

adush... apa tujuan dia tu???

kamal fnd said...

Motif Tuan? Ni takyah bukak IP. Ni ROA je..ha ha ha!! Ada gak ada org mcm ni ek!!

Terlupa dia agaknya apa Abu Bakar As-Siddiq cakap bila wafatnya Nabi?
("Sesiapa yang sayang Muhammad...")

jiwa kacau kot..

Cetusan said...

ni citer panas ke PEDAS,,aduz...risau kamek

kamal fnd said...

zeqzeq, posting ini panas, pedas dan terkini!

Cuma pesan saya- berhati hati di jalanraya. Pandang kiri kanan kiri sebelum melintas. Mana tau selepas ini "rezeki" ini berpindah padamu!

Ouch!!

Cetusan said...

..oleh itu Sayangi cintai Illahi kerana IA tak mati, tiap bernyawa akan meninggal,Rasul
S.A.W adalah manusia bernyawa.

"cuma samada benar Nabi Allah Khidir dipanjangkan usia sehingga kini ,,???Mati tetap mati..??ada betul ker?

adakah seorg pemuda yang bertapa di dasar laut itu masih hidup??sejak zaman Nabi Musa??sehingga Nabi Allah sulaiman hingga kini??

Faizul83 said...

hahahahha tak pun RTM.. boleh saman dia

♥Chura♥ said...

i loike the "jiwa kacau" statement..

tet!

kamalfnd said...

nak RKM tapi ni Tampoi punya kes Tuan..he he

NbW said...

takat tengok aje tak cukup agaknya "si jiwa kacau"
Harap Tuan Kamal dapat handle dengan sebaik-baiknya.. InsyaAllah

Azrul Adnan said...

semoga terus tabah dengan tabiat pelik sestgh manusia..

semoga tuan..trs sukses mara ke depan k..

zul said...

Salam....

Saya cuba menghubungi saudara di alamat email saudara untuk sessi ceramah sempena minggu keselamatan tetapi tiada jawapan...harap mendapat maklumbalas dari saudara..
Sekian....wanzulkurnain@yahoo.com

♥Chura♥ said...

Uih.. Ade lagi ke Tampoi tuh?

Bkn Tanjong Rambutan ker? tgk cerita Mr.Os dulu2 Tanjong Rambutan..

-g e z e k- said...

Dunia da nak kiamat mmg mcm tu...sabar je la k...Manusia wujud dgn mcm2 ragam...ragam y mudah berubah dan sukar ditafsirkan...


http://gezek.blogspot.com/

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis