Thursday, March 17, 2011

Maruah Raja2 & TYT

1. Sama ada sengaja atau terlepas pandang, lelah melihat maruah Raja2 Melayu dan Tuan Yang Terutama Negeri2 sentiasa dipersenda dan diperkotak katik. Eh? betul ke ni? Ya, betul! Tapi bagaimana? Begini, terlalu ramai musang berbulu ayam yang hidup di pasaran dengan cara yang begitu halus; tak nampak dek mata. Eh, apanya? Begini ceritanya-

Bukanlah terlalu janggal melihat gelaran pada nama seseorang- Dato', Datuk Paduka, Datuk Seri dan sebagainya. Kesemua gelaran ini datang dari Raja2 dan TYT2 untuk mereka yang berbakti, barangkali. Cuma akhir akhir ini, terlalu ramai yang sewenangnya meletak gelaran itu yang tidak dikurnia oleh Raja2 Melayu atau TYT. Lebih malang, tindakan tidak dapat diambil kecuali jika mereka itu memang terlibat dengan penipuan/jenayah dan sebagainya sahaja!

Maka itu, kenapa tidak kita buat undang2 ataupun mewartakan gelaran itu sahaja sebagai pencegah khusus buat mereka yang curang dan sengaja menggunakannya? Bahkan gelaran ini, dari luar negara yang setengahnya hanya wilayah adat malah palsu, turut tidak diiktiraf bukan?

Barangkali hanya aku sahaja tetapi tidakkah mata kalian melihat maruah Raja2 Melayuku dan TYT2ku dilenyek oleh si pendusta? atau memang itu yang kau mahukan seraya dayus membenarkan?

kamal fnd hashim

7 comments:

Cetusan said...

bisnes punya FASAL

Anonymous said...

Salam puan,

Sebenarnya memang kita kena jaga benda cam i dan jangan buat rilek. Perkara berkaitan raja - raja ni perlu diambil serius. Ini sebenarnya jenayah. Eloklah disebat di khalayak ramai agaknya sebab stakat masuk penjara orang tak heran pun sekarang makan free lagi tu.

Mountain climber

LeezaAnza said...

telah tiba masa phk berkuasa buka mata n bertindak serta - merta, jgn nnti rakyat yg prihatin dikata menuduh mereka membabi-buta.

me said...

betul3

ibnu marzuki al firdaus said...

perhabis duit rakyat jer bagi makan gaji buta?!

Mrs. Suwardy said...

setuju sgt2 sbb saya sendiri pernah berdepan dgn penipu2 ini....sesuatu perlu dilakukan bagi mencegah mereka2 ini untuk terus berani. Org yg pernah saya jumpa sebelum ini bila kita bertanya kenapa gunakan gelaran itu, dia menjawab dulu bekas suaminya adalah Datuk dan semua org memanggilnya Datin dan kini dia telah berkahwin dgn seorang foreigner dan dgn sendirinya suaminya perlu digelar Datuk kerana dirinya adalah Datin..... hurm

ju said...

setuju sangat, sekarang ni ramai yg mengambil kesempatan utk melakukan jenayah dengan gelaran datuk..

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis