Monday, February 14, 2011

Simpang Rengam.

Tanah itu masih sama. Udara itu masih sama. Kayu dindingnya juga sama. Yang berbeda hanya masa dan sekitarnya. 1254 A, Lorong Kelantan 2; rumah tempat dibesarkan hingga menjejak remaja.

Saat pertama tiba, ku cium bumi kem bn 5 itu kerana bersyukur dengan kurniaNya. Mentelah mengenang detik kecil sehingga dewasa dan bagaimana dibesarkan oleh kedua orangtua.

Benar kata orang, tak nampak batang hidung nampak bumbung pun jadilah buat pengubat rindu. Berjalan dan papan pintu rumah itu, kenangan sepanjang 14 tahun bermain di fikiran. Dan pengecasnya adalah sentuhan tanganku dengan daun pintu itu.

Peliknya, kalaupun abah sudah tiada, seolah mata dapat melihatnya. Tanpa menyangka insan kerdil sepertiku satu hari dapat mencipta sejarah, ku lewati juga tempat kerja abah. Terngiang ngiang suara abah di sebalik bau diesel dan tong drum didalamnya. Nampak abah di ruang mataku..jelas.

Dan nampak juga usaha emak yang mengayuh basikal menghantar ku ke sekolah agama kem. Cuma bila sahaja dia berpaling, aku lantas ponteng! Ahh, nostalgia!Dan kem ini tetap menjadi kompas hidupku. Dan aku juga sebahagian daripadanya.

Maaf abah kalau aku tidak cukup sayu kerana pada kali ini aku dapat merasa kebanggaanmu padaku.

kamal fnd




11 comments:

Cikgu Nurin said...

Tuan...kehilangan orang tersayang sesungguhnya amat menyakitkan....

blogenstarz said...

Berbangga kerana anda masih mengingati tempat kelahiran anda.
Saya masih merasai kenangan 11,12/02/2011 dimess pegawai BN 5 PGA.Terasa panasnya ekzoz big bike anda !
Anda rock dan mengagumkan Bn 5!

blogenstarz said...

mohon c n p

untuk tatapan kepada yang lain2 !

TQ
Kamal FinD

Azrul Adnan said...

bapa mana yang tak berbangga dengan anak seperti tuan..

al-fatihah bt alahyarham..

abdooss said...

Bro,

Alfatihah buat Allahyarham Ayahanda..

Anonymous said...

Sama kita Kamal kita kan Satu Geng.
dulu....

Pergi dan balik sekolah naik Trak Polis ke Renggam..
Memang Best tapi kenangan lampau..
Semoga Saudara Berjaya Didalam
Apa yang di hajati.. amin

Ain Atika Zailani said...

huhu...sedihnya...saya bersyukur sebab masih ada kedua orang tua...neway thanks abang sebab nyanyikan saya lagu happy birthday 20 february ..hari ni,,huhu..saya student uitm segamat..birthday girl..hihi..seronok gila dalam berbual dengan abg kamal malam tadi walaupun sekejap..heee...=) you're awesome !!!

anza said...

am sure ur father are proud of u.
al-fatihah.

Anonymous said...

ooo...selalu ponteng kelas ye?

ibnu marzuki al firdaus said...

jadi anak soleh doakan beliau. titik.

ira said...

kasih ibu bawa ke syurga,
kasih bapa sepanjang masa....

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis