Sunday, July 13, 2008

Di mana dirimu yang sebenar?

Sabtu 11 Julai
10.55am
Lokasi: Dewan Syarahan Kolej Seroja, UiTM Shah Alam
Butir:Ceramah Pembangunan Jatidiri untuk student Diploma.

Meletak kereta di porch, kaki saya terus melangkah. Di sambut 2 petugas yang bertugas (?), saya terus menghulurkan CD track lagu pembukaan sessi saya. Kedua duanya nampak sedikit cemas tapi mengangguk seraya khusyuk dengan 'arahan' saya. Tapi biasalah..sayakan veteran. Jadinya saya ulang semula set piece untuk mereka berdua memahaminya.(kalaupun sebenarnya hanya seorang diperlukan, tapi ini fail-safe SOP untuk saya).

11.00am
Penceramah sebelum saya masih beraksi di pentas. Kelihatan ada peserta yang bercakap cakap sesama sendiri, ada yang lentuk, ada yang tak ambil pot. Saya akses keadaan sekeliling dan 'membaca' atmosfera (ahaks!) dewan tersebut. Hairan. Penceramahnya bagus tetapi audience (khusus yang belakang belakang) buat hal sendiri sahaja.

11.05am
Saya beritahu penganjur, tolong maklumkan kepada Dato' penceramah bahawa masanya telah tamat. Saya diminta berkongsi my two cents worth of opinion dari jam 11 ke 1. Jadi, saya masih berada di perkarangan tingkat 1, luar dewan. Dan saya bilang saya perlu ke tempat lain selepas jam 1; Selatan dan Utara.

11.08am
Penceramahnya menamatkan sessi dan kami bertemu di luar. Dato tersenyum melihat saya dan saya terus beritahu saya yang minta penganjur memberi notis tamat kepadanya. Mujur dia tak minta Kenyataan Bersumpah! Ha ha ha..Bukan apa, saya hanya cuba menyelamatkan maruah penganjur dan supaya mereka tidak kekok.

11.10am
Yang Amat Berbahaya mulakan sessinya hingga tamat jam 1.10 pm(Sessi jemputannyakan sessi 120 minit).

Sebenarnya nukilan di atas adalah inti kesah kali ini. Acapkali saya sengaja meletakkan diri dan keburukan sangka ramai pihak demi pihak lain. Saya tak kesahpun mengakui bahawa sebenarnya saya yang salah, silap, kureng sedangkan sebenarnya pihak lain yang tersilap. Kenapa?

Entah.

Tapi, bukankah itu yang terkadang terpaksa kita lakukan? Cuba renung kembali saat orang lain mencipta kesalahan; saudara, kekasih, ibu, bapa, taulan etc. yang terpaksa kita tanggungkan demi mereka. Apakala ini berlaku, kenapa lancang sahaja kita sanggup berada di posisi bahaya itu?

Nah. Barangkali sebagai manusia, ini bukan kali pertama kita mengakui dan bertanggungjawab untuk kesalahan, kealpaan, khilaf orang lain. (Barangkali sudah wajib kita semua dianugerah-kan pingat emas olimpik kalau ada katogeri "Cover Line Of The Year Award" ya?)

Tetapi juga, di manakah batasannya antara mengorbankan diri dan menipu? Inilah dilemanya. Mahu menyelamat maruah atau cover line?

Adakala kita mengakui kesalahan orang lain bertujuan menghilangkan aib mereka; supaya kita dipersalahkan. Lebih tepat lagi, supaya kononnya kesalahan itu angkara kita. Asasnya; sayang.Dibuat untuk memelihara aman serta maruah dan juga menamatkan krisis serta merta.

Cumanya, ia konsep yang sedikit lacur kalau kita melakukan perkara yang sama untuk melindungi rakan subahat darihal perkara yang terang gelapnya.(baca= sudah nyata buruk) Contohnya; rakan yang ponteng kerja dan rajin mengular.(aku tidak bercakap tentang dirimu wahai pembaca!! (kalaupun ia sudah menjadi kelazimanmu) )..Asasnya; kawan.

Dan lebih busuk lagi malah porno kalau kalau kita melakukannya kerana hanya ingin menyebabkan supaya kebenaran sesuatu perkara itu terkambu dalam pengap yang palsu. Contohnya; menidakkan perkara yang hak dan mengiyakan perkara yang batil.Asasnya; sentimen.

Hanya kerana itu, ramai yang terpesong dalam nyata. Barangkali itu lebih mulia?

Entah.

Di mana dirimu yang sebenar ya? Apakah kita masih hilang dan sesat? Apakah kita masih bersepah mencarinya? Apakah kita masih tenggelam punca?Atau kita masih biasa biasa sahaja? Tepuk dada tanya selera.

aku masih seperti dahulu.

Kamal Fnd Hashim

8 comments:

Anonymous said...

salam..
aloo again..
stick de way u r, mr kamal..!! most of de time, kita ni baik x b'tempat klaupun da tau benda 2 salah..jaz admit it ler!! mgkin kita fkir ksalahn yg kita buat 2 will not brings any impacts..ala,benda remeh je lah!! but we got it wrong..sentiasalah berada di pihak yg nyata n benar...

Zamri Mohamad said...

Saya baca kedua-dua entri Tuan dan mendapat satu kesimpulan.

Kemahiran Interpersonal apabila mengurus tetamu majlis.

Protokol adab si penganjur sepatutnya katakanlah "Dato, waktu Dato sudah tamat. Penceramah kedua sudah menunggu."

Atau

"Seminit lagi, mohon dibuat kesimpulan."

Kes di RTM. Dahulu seingat saya, jika menjemput orang ke program tiga perkara penting mesti ada oleh penyambut atau individu terbabit.

1. Pernah lihat foto (dari internet dan lain-lain)

2. Tahu nombor plat dan jenis kereta. Bagi memudahkan urusan dengan pegawai keselamatan melepaskan kenderaan dan menyediakan parking.

3. Mempunyai nombor telefon jemputan dalam telefon bimbitnya.

Jika hendak bertanya mana penceramah seorang lagi, lebih molek "Saya Puan A, dan Tuan...." (Istilahnya, 'cover line' dan nak sahkan sahaja itulah orangnya.)

ZAMRI MOHAMAD
www.motivasimindamu.blogspot.com

laili said...

Salam.....
Saya setuju dgn anza..
Well..asasnya sayang..asasnya kawan..jadinya..sayang kawan.
Tapi..
menjadi diri yg sebenar atau meletakkan diri di pihak yg benar...mmm

Fireroll said...

bagus la fakta dari en zamri tu...
actually saya dah wat semua tu...
tapi masih dalam proses belajar hal-hal protokol...
supaya lebih lengkap...

Anonymous said...

Thanx Zamri. Tengok macamana motivator bercakap tu..penuh dengan isi. Tak macam penganalisis bcakap...ha ha ha

Zamri Mohamad said...

Hahah saya bukan motivator, cukuplah penulis bebas.

Dengar cerita Tuan sedang menulis buku. Saya sedang menunggu buku Tuan diterbitkan dengan PTS Millennia.

laili said...

Itu yang ditunggu....
tak sabar nak baca buku beliau...

nurdaniella said...

mungkin itu kelemahan orang kita, mudah sangat merasa simpati hingga sanggup cover line waima untuk kesalahan yang tidak sepatutnya kita tanggung.. asasnya, sayang...

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis