Friday, July 11, 2008

"Berbulu"

12.30pm

(Hari ini jumaat lagi. Dan hati ini masih merindui..)

Hi, you all. Maaf kerana lama tak menulis. Sebenarnya, ada hajat nak menukilkan sesuatu tetapi masanya tak ada. Akhirnya, hari ni baru berkesempatan mencoret sesuatu.

Ah, masa berlalu begitu pantas. Semalam berada di Seremban. Berkongsi pentas bersama Angkasawan Negara, Prof Izzi dalam Forum Perdana. Yang kelakarnya, semasa tiba di Tol Senawang, sdr Azman ada menyambut kami. Bila tiba di sebuah rumah di Taman apa-ke-nama-nya, Tuanrumah dan hadirin menyambut kedatangan Dr Sheikh sahaja! Terkulat kulat lah saya di luar!!

Memungut diri sendiri dan melangkah masuk ke halaman rumah itu, saya masih sendiri. Di hati terdetik juga samada perlu hadir di situ atau tidak. Tapi, saya (seperti biasa tanpa rasa aib) terus duduk. Sempat juga bersalaman dengan mereka yang sebenarnya menoleh ke arah lain semasa berjabat. Barangkali trend baru...

Selepas makan, saya duduk dan menghirup air oren yang disediakan. Berbual kecil dengan Dr Sheikh. Cukup masa kamipun mahu beredar ke tapak forum. Tiba tiba isteri tuanrumah mencelah dan bertanya kepada saya ,' mana penceramah 2 orang lagi?".

Hendak ketawa pun ada! Ahaks!! Saya tersenyum dan memaklumkan bahawa saya adalah salah seorang daripadanya sementara Prof Izzi dalam perjalanan. Dan dia pula terkulat kulat!! he he he!!! Puas makcik tu minta maaf dan saya masih tersenyum!!

Bukan penghormatan yang saya inginkan sebenarnya bila membuat coretan di atas. Apa yang ingin saya utarakan adalah perihal sikap setengah daripada kita. Saya tak jakipun bilamana tidak disambut. Tak kesah pun kalau orang kenal atau tidak. Tetapi, ada di antara kita yang akan merasa 'berbulu' bila dia tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Sebenarnya, tak perlu rasa sakit hati. Barangkali kita merasa demikian (berbulu) kerana kita merasakan diri kita besar konon. Sombong!!Kalau kita percaya apa yang kita lakukan selama ini adalah penting, kita perlu mengenepikan angkuh dan riak dalam dada.

Bila melakukan satu kerja, kuncinya ikhlas. Sesungguhnya,sebagai aktivis, banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Antaranya tidak mengharapkan apa apa seperti pangkat, darjat, pingat itu dan ini waima penghormatan orang bila menghadiri sesuatu majlis.

Kalau saya, kamal affandi hashim, boleh tidak merasa apa apa bila diperbuat sedemikian, kenapa pula anda mahu merasa geram dan marah bila diperlakukan sedemikian kepada anda bilamana mengharungi hari hari anda? ( Cuma saya akan sedikt marah bilamana orang meletak darjat ilmu di telapak kai mereka.)

Saya dah 13 tahun dalam bidang saya dan satu sijil haprak pun tak ada tetapi saya masih meneruskan perjuangan ini.

Kenapa? Kerana tanpa pangkat, darjat, harta dan ilmu yang diperpinjamkanNya, barangkali kita tiada apa apa.


kamal fnd hashim

17 comments:

yati said...

saya pernah gak terkena macam tu tapi situasinya berlainan.
Satu malam saya menghantar pekerja saya berbangsa indonesia utk mendapatkan rawatan kecemasan tapi masa datang tu saya hanya berseluar jeans, t-shirt dan berselipar. Layanan diberikan oleh sebuah 'hospital swasta milik bumiputera' tu mengalahkan hospital kerajaan. Dah ler muka masing2 macam apam siam...Endah tak endah dan saya turut disindir beberapa kali oleh nurse2 yang dah baya ibu2 saya. Kalau dilawan kata kurang ajar... jadi layankan je la.. . Keesokan harinya saya datang lagi tapi dengan kasut Bonia harga RM300++ beg tangan Guy Laroche harga RM600++ dan berkebaya. Ketika itu layanan yang diterima teramat ler berbeza senyuman kakitangannya sampai ke telinga. Satu soalan yang ditanya 2 - 3 orang nak menjawap. Pelikkan... . Tu belum lagi kalau yang datang bawak jenama LV, Salvatore Ferragamo,chanel atau yang seangkatan dengannya mesti senyum sampai rabak punyala .... hampeh tul!!

Noorlaili said...

Hi Tuan Kamal,
"BERBULU"...
Baguslah Tuan ni,masih tersenyum walaupun dalam situasi begitu..
Mungkin sesetengah masyarakat kita yang kononnya terpelajar masih kurang belajar tentang budi bahasa atau nilai - nilai murni.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit.
Takpelah tuan..yang penting kerja yg tuan lakukan itu ikhlas, pasti ada ganjaran di akhirat kelak.
May God bless you.
All the best..

kamalfnd said...

yati,
apam siam tu macamana rupanya ek?

Fireroll said...

salam en kamal...
si angkasawan tu baru minggu lepas dtg ke ukm...
suasana pelajar2 baru mmg luar biasa keadaannya..mereka lebih teruja dengan beliau, mahu bersalam dan bergambar dan lebih sanggup mengetepikan protokol majlis yg ditetapkan oleh penganjur...
saya sebagai urusetia ada sedikit perasaan yang pada mulanya seperti hairan dengan keadaan begitu..
namun dengan sumbangan beliau yg mungkin dikagumi oleh segenap masyarakat,kesannya seperti yg saya ceritakan,sungguh luar biasa (padahal biasa aje).mcm PM pulak.

tapi biarkan lah...bukannya dpt apa2 pun...biarkan beliau dgn kerja murni sebagai pemberi semangat dan motivasi sains kepada pelajar, seperti en kamal dgn konsep tugas yg sama, kepada masyarakat umum tentang keselamatan dan penghindaran daripada jenayah...

untuk pengetahuan en kamal, saya baru dilantik sebagai pengerusi sekretariat pencegahan rasuah UKM yg pertama setelah ditubuhkan pada tahun ni...
nnt jika saya mahu buat program boleh la saya jemput en kamal ye...
hope en kamal sudi....

yati said...

apam siam tu apam balik da.... luarnya licin berkilat tapi didalam berlubang-lubang siap ada kacang lagi.. he..he.. . Orang dulu2 panggil apam balik tu apam siam sebab orang pertama yang jual apam tu adalah rakyat thailand.. tapi sekarang ni dipanggil apam balik sebab dia dah balik siam.. saya agak la.. he..he..

Fireroll said...

apam...........

zryn said...

takpela En Kamal...lain org..lain keutamaan mereka..don't worry...wpon dalam 1000 hanya 10 org sahaja yg benar2 menghargai ilmu yg anda kongsikan serta perjuangan anda...ianya mmg sgt bermakna.

Tak semua org juga akan melebihkan angkasawan negara berbanding En Kamal....cth mcm saya la..masa En Kamal dtg ke Menara T* dlm bulan Mac ke April haritu...angkasawan negara pon turut serta dlm majlis tu...percaya atau tidak..sy mendaftarkan diri utk menghadiri majlis tersebut kerana adanya En Kamal...bukan kerana angkasawan kita tu :)

Anonymous said...

Angka..sawan.... bila saya dengan berapa banyak angka RM yg dibelanjakan utk itu... saya terus terjun SAWAN....

Tn Kamal.. first time I saw U in TV...that was a few years ago... saya nampak iras muka penjenayah pun ada. Betul lah kan..it takes a criminal to tackle a crime... take this comment in a positive way, k

jude said...

salam cik kamal.. glad to hear from u again.. haha.. agaknye tuan umah tu terover excited nengok angkasawan tu kot... jgn ambik ati.. perkara besa la tu :D

kamalfnd said...

saya no hal punya.

Untuk yati=ooo apam balik..
Untuk laili=eh, mana nasi beriyani?
Untuk fire=anti rasuah ya? Tumbuk rusuk and suapan macamana?
Untuk zyrn= terimakasih ek!
Untuk anonymous=Ha ha..No Offence lah!!
Untuk Jude=sori tak dpt jwb call ari tu.

leezaanza said...

salam..
alo mr kamal, good 2 hear from u again..!!
u r really a humble man..besa la org kita,yg popular, yg hensem, gak yg dorang gilakan...ntah pape..mngkin dorang x perna t'fikir..klu xda orang yg concern bout crime prevention mcm mr kamal mngkin xkan ada bebudak ari ni yg bjaya mcm angkswn 2 satu hari nanti...if u got wat i mean ?? open ur eyes people!..klu graf crime kt msia ni makin turun,xpe la...oh ya, sebut pasal angkswn,klu btul2 cita2 dia nak jd angkswn why is him being a doctor?klu xda progrm angkswan,korang rasa dia akan kejar x angan2 dia 2?

kamalfnd said...

leezaanza menyatakan sesuatu yang menarik pada bait terakhir nukilannya..

Fireroll said...

biasa la anza...
dia dpt jadi angkasawan pun sebab free..
angkasawan kedua terhenti sekejap sebab xde budget...
dia yg seronok sendiri....

tapi aku dah berbuat sesuatu yg seakan-akan menghilangkan keperibadiannya di angkasa...
tp xbole bgtau...

en kamal,
nape nak tumbuk rusuk dan suapan..??
xpaham....
26hb julai 2008 ni sekretariat saya ada program pertandingan deklamasi sajak anti rasuah...

kamalfnd said...

Fire,
kata kelab anti rasuah? Suapan atau tumbuk rusuk tu adalah istilah yang sama dengan rasuah daa...

Fireroll said...

en kamal..
saya baru aje jadi ketua dalam sekretariat tu...
belum didedeahkan dgn terma2 rasuah ni...
klu suapan tu saya tahu la...
tapi tumbuk rusuk tu baru tahu...
tapi xpe, saya masih belajar...

nurdaniella said...

hai encik kamal, sebenarnya sebagai manusia biasa, kita tak layak pun ada perasaan sombong dan angkuh ni.. pape pun harap encik kamal bersabar melayan kerenah manusia dalam meneruskan perjuangan... mungkin juga encik kamal kena selalu exposekan diri dalam tv, barulah makcik tu boleh kenal...

qul said...

hahaha...best tul la..'BERBULU'..mmg berbulu je baca coretan tu..hehe
I really envy u la en kamal Oooiii... sebab muka tebal camtu la u can be what u are now...cayala ek..
tak pe...org tak layan VVIP pun tak kisah lerr kan en kamal kan...
gud luck pape pun yg u buat...

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis