Friday, October 17, 2008

TERserlah dan Terkenal.

Hari ini hari Jumaat. Banyak yang boleh diperkatakan hari ini tetapi saya memilih untuk melihat akan TER. Apa itu ter? Penambahan bagi menunjukkan samada lampau atau ketidaksengajaan. Misalnya, ter-jatuh=Tak sengaja. TERbesar=lampau skala.(Selepas ini, baca huruf besar TER sebagai Lampau dan ter kecil sebagai tak sengaja)

Isunya Shah Rukh Khan. Berdegar degar ramai yang tak setuju kononnya tak patutlah, tak ingat anak negara sendirilah, bla bla bla. Saya pun hairan jugak. Kenapa? Orang yang sama tak pernah bising bila orang yang pernah ter-ima (?) langsung tak dikenali kan?

Jadi, kenapa harus bising2 bila SRK dapat? Bukankah dia TERserlah dan TERkenal? Pergilah ke mana mana pasti dia dikenali umum. Lanjutan dari itu, dapatlah Melaka menjadi bahan berita dan Malaysia dapat tempiasnya. Hasilnya, Melaka dan Malaysia TERkenal dan terkenal.

Kalau Muzium di London boleh buat patung lilin mereka, kenapa kita nak bising bising? Walhal, memang benar sumbangan SRK TERbesar kan? Bukan menidakkan anak bangsa yang menjadi isunya. Takkan jaki kot.

SRK itu manusia unik dalam kerjayanya. Jadi bila Melaka tidak perlu membazir wang promosi iklan buat kempen melawat Melaka nanti, bukankah itu satu yang baik? Penjimatan ini dapat disalurkan kepada usaha usaha lain untuk jelata Melaka. Tak elok ke tu? TER atau ter -lepas pandang?

Rezeki ada di mana mana untuk semua.

kamal fnd hashim

13 comments:

Anonymous said...

Hak sendiri perlu dijaga, kalau bukan kita siapa lagi?

Encik mestilah sokong sebab wajah encik ada iras-iras SHK..

Hehee..

Anonymous said...

dont think so anonymous.. dats de fact like wat mr kamal said..srk deserve de datuk title 4 his contribution..not sayin dat oders not contribute enough..but if u wanna get some regonition y don u keep up ur good work?besides,no pain,no gain my fren!!

Anonymous said...

salah tu. SRK yang iras saya..

laili said...

TER...pulanggg...
Masing-masing ada pendapat sendiri...
Bila SRK dapat gelaran Datuk..
mungkin giliran Tuan Kamal pulak dapat gelaran tu..cik tumpang seronok...bukan seronok..
beronok-ronok..hehehe
Teruskan perjuanganmu...
MAY GOD BLESS U...

Fireroll said...

ala kak laili ni...
beronok-ronok pula kerjanya..
apa la....

erm....
bairlah apa sangat ada dengan datuk tu...
kerja tuan kamal yang sukarela untuk menangani jenayah ni pun dah kira baik, tapi jika dapat datuk tu kira rezekinya la.
LUMRAH ALAM.

Mrizam said...

Betul la pasal kes SRK ni. yang kita tak kenal dan muda lagi yang tak pasti apa yang diberi kepada negara pun dapat datuk, setakat menyanyi dalam majlis istana tapi tak dapat payment pun dapat datuk (oppss!!!!....terlepas)
Pada saya lantak pilah dia nak bagi sapa dia tahu pasal apa dan untuk apa dan memang dibawah kuasa dia yang lain tu menyibuk bising-bising buat apa...nak glamour konon memperjuangkan artis ...blah la lu ...
pada en.kamal apa yang kamu buat pada hari ini , insyaallah membuahkan hasil pada masa depan....bukan untuk kita sekarang tapi pada anak-anak kita akan datang...teruskan perjuangan walau tanpa gelaran atau sanjungan kami tetap menyokong usaha murni anda-vio

Anonymous said...

Kasarnya bahasa!!

Saya tak ada niat apa-apa pun.
Ya, saya kata wajah encik kamal iras SRK. Bahagian hidungnya.. hehee..

Saya lontarkan persoalan sekadar bagi pandangan saya.

Kalau ia tidak sesuai dan kasar pada pandangan semua, saya minta maaf.

Anonymous said...

ano.
ayat tu ending dia dot dot (..)bermakna nada biasa biasa je..

Kalau kasar, ending dia dot (.) je daa..

kalau tiga dot (...) hampa..

kalau 4 dot (....) kecewa..

kalau 5 dot (.....) kesal..

Haa, Ano cuba jawab dengan dot je ek?

Anonymous said...

Hampa, kecewa, kesal semua tu membawa makna yang sama encik, jadi berapapun jumlah dot tak memainkan apa-apa peranan

Betul x?

Anonymous said...

hampa=frust
kecewa=heart broken
kesal= regrets

ahaks!

Anonymous said...

Haha..

ondscene said...

salam semua...
samada TERsengaja atau TERsilap atau TERbetul tindakan memberi gelaran datuk itu, tak memberi apa kesan lagi kerana ia tetap diteruskan.Tak kan kita perlu menjadi buruk siku.
Walau apa pun alasannya, betul atau tidak memberi gelaran itu, TERpaksa kita terima dengan hati TERbuka

Dan, TERlanjur saya mengunjungi blog saudara Kamal ini, cuba-cubalah TERklik pada blog saya
ondscene.blogspot.com.

Mungkin ada yang boleh kita kongsi bersama apa-apa yang memberi menafaat, pengajaran dan pengetahuan...

Anonymous said...

Mm..setiap org mempunyai pandangan berbeza2..ala setiap org kan dah ditetapkan rezekinye,dah tu rezeki SRK btl x??

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis