Ada yang masih bertanya kenapa blog ini tidak diupdate setiap hari. Ahh..kalaulah saya punya masa seperti orang lain, pasti saya akan tekun menulis. Cuma tulisan yang bakal ditinggal sebagai nukilan rasa dan kata.
Awal minggu lalu, usiaku bertambah lagi. Dalam lain kata, baki usiaku udah pendek. Entah sempat atau tidak melihat belia bangsaku diterimapakai massa. Bukan kerana nasionalisme, tapi kerana generasiku begitu gersang!
Tiada yang lebih menyayat dari melihat bangsaku dihina, dipersenda dan dilupakan…
A) Senario Satu
4 bulan lepas, ada wakil bagi pihak YB Selangor menjemput saya menjadi ahli panel seminar. Menerusi telefon, pegawainya berkeras minat persetujuan hadir. Akhirnya saya katakan padanya,’ Hina sangat ke saya ni sampai jemput dalam tel je?Dah lah objektif dan peserta seminar u tak beritahu pun dan u nak persetujuan? U cakap dengan YB u tu, dia tak boleh call saya sendiri sekali je kalaupun sibuk?
B) Senario Dua
2 bulan lalu saya ada menghantar respon terhadap saranan seorang ahli politik kebangsaan bahawa belia mesti proaktif membantu dan melibatkan diri dengan aktiviti arus perdana. Berkobar kobar YB itu berucap menyerunya. Tapi yang pelik, email saya langsung tak berjawab! Saya hantar email kedua, pun tak berjawab. Apa dalam email tu? Saya kata bukannya belia tidak mahu membantu tetapi kejujuran dan keikhlasan untuk menerima belia itu perlu ada. Akhirnya, dia hanya membuktikan yang dia hanya berkokok.
Bukankah kedua dua senario ini membuktikan bahawa belia itu hanya retorik? Bahawa belia itu hanya massa picisan yang layak dihina dari diterima?
Barangkali hanya saya yang TERsilap.
Kamal fnd Hashim
Monday, November 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
salam...
Saya suka baca B)Senario dua: tentang seorang ahli politik kebangsaan yg menggesa belia mesti proaktif membantu dan melibatkan diri dengan aktiviti arus perdana.
Mmmm...rasa-rasa mcm kenal je..siapa YB tu..
Ternyata YB berkenaan tidak proaktif dalam menjawab email tuan..
Anak sapa la ni???
Sejahtera kepada semua.... Senario B) bukan pada YB aje .. malah pada pihak KBS sekali. Sepatutnye program utk belia diadakan projection nye untuk beberapa tahun. tapi trend sekarang tidak buat program ikut pengarah ,dia pegang jawatan ada lah program dah tak de program pun batal. Ader belia yang nk buat program x pakai budget yg besar tapi tak boleh (sistem kroni). kedua takut belia2 ini melampui batasan pemikiran mereka.
tak boleh nk accept cadang atau dengar ckp belia. Tuan pengalaman saya buat program tanpa budget byk tuan sehingga sampai ke sabah.
dengan niat kiter buat dulu program to get the result then propose pada kementerian atau persatuan.Program HIV/AIDS je.
berape byk pendedahan diberi pada mereka tanpa mengira wang masa agama bangsa TAPI TAK DE SATU EKOR PENGARAH ATAU PEGAWAI sokong program ini diteruskan.
Dengan jawapan sayang yang sinis diberi 'ALA ini kami dah buat dah'
Memang la you dah buat .Buat sekadar disuruh ,nak habiskan budget.
Oleh itu tuan untuk you lawan org cam ni atau berurusan cam ni need 3C .tuan
sedih dan demoted apabile niat belia ini utk tegahkan program disekat oleh anasir yang ego dan prejudis
INI MEMANG ANAK SAPA LAH NIE!!!
AMBULAN
emm.. betul tu.. kata nak tolong belia.. tapi xde ape2 pun... saya sebagai generasi kedua peneroka melihat ramai lagi anak2 belia peneroka yg tidak di ambil peduli.. keje kejap sana.. kejap sini.. last2 jadik mat rempit.. penagih... kita nak tolong pun susah sbb kita pun mkn gaji yg x seberapa...
kenapa boleh jadik begini?
memang kita sebagai orang tua sangat risau ttg keadaan anak kita 10 thn akan dtg...
mampukah mereka menempuh kehidupan ini degn ilmu agama penuh didada.. mudah mudahan.. Amin..
Macamana nak ubah? pasal banyak sangat cakap retorik je.
jadi terpulang pada kita untuk membuat apa yang terdaya.Sama-sama kita membangun belia kita melaui cara dan bidang masing-masing. Saya bertugas bahagia Penyelaras aktiviti pelajar disalah sebuah IPT pantai timur.Banyak dengar perkara ini terutama bila pelajar buat program yang bagus tapi tak dapa sokongan dari SUK, ....,....,.... dan ....jadi kita bagi nasihat apa yang boleh dan caranya agar program itu berjalan.
akhirkata renunglah kata-kata ini
" jangan ditanya apa yang negara beri pada kamu, tapi tanyalah apa yang kamu bagi pada negara". - John.F.Kennedy
Bab senario 2 tu, akhirnya admin laman respon dalam email kepada saya semalam. Dia kata semua komen dia bawa ke pengetahuan YB berkenaan.
Cuma membalasnya, tak dapeklah YB tu yang nak jawab sendiri one to one "untuk memuaskan hati" saya, katanya.
Puh, sarkastik!
P/s - Toksahlah cerca admin tu ek. Budak budak....
Salam ziarah :-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
siapa nak disalahkan? didikan/ environment/pemimpin/peraturan?
masing-masing diberi akal fikiran cuma bila matlamat hidup ialah I/ME/MYSELF, tanpa God conciousness, itu yang jadi haru.
Tak apa bro, tulis lah mana yang mampu. Saya pun macam tu jugak.
I will link your blog from mine ..
Salam..maaaf la mencelah..saya terjumpa blog yg sangat menarik ini..semasa saya melayari blog mazidul akmal sidik..
Moga selalu di update..
Cheers,
Tips untuk student loan
YB tu tak tahu ke dia berurusan dengan siapa, dia patut hormat kepada seorang PHD, Doktor Falsafah Melayu.
Tak patut YB tu buat amacam tu.
politician....always like that la bro...kiss a** a lot then u'll get the budget...
Hakikat di Jabatan-jabatan kerajaan berkaitan masyarakat,belia dan sealirannya ialah ada ramai pegawai-pegawai muda yang baru servis 1-2 tahun punya cita-cita untuk menaikkan kembali perjuangan belia kerana mereka pernah di akar umbi sebelumnya. Tapi bila didalam jabatan2 yang disebut tadi mereka seumpama diikat tangan dan kaki oleh senior2 yang berkata "kami lebih tahu dari anda, diam sahaj dan ikut apa kami buat, anda orang baru".
Salam bro..
takkan la sampai YB yang terpaksa call sendiri.
Mereka ada AJK masing2.
Bab2 nk menjemput serah je la kt AJK.
Post a Comment