Friday, February 27, 2009

Tribute buat perwira negara

Minggu ni sibuk dengan urusan penggambaran dokumentari Kasa Merah Si Saka Biru. Himpunan mereka yang berkorban dan terkorban untuk negaranya. Meremang bulu roma mendengar kisah antara hidup dan mati yang hanya berbeda beberapa detik untuk mereka semua.

Bertemu SM Apot dari 69 komando di rumahnya. Beliau merupakan tracker yang mempunyai 'kebolehan luarbiasa". Orangnya kecil tetapi hatinya lebar. Cukup merendah diri. SM Apot yang telah bersara kira kira 4 tahun lalu tinggal di sebuah rumah teres satu tingkat sekarang. Hati sebak lihat wira penentang komunis ini bila ternampak di hadapan rumahnya ada guni tin minuman dan akhbar yang menunggu dijual buat menambah pendapatan..

Sempat juga bertemu dengan DSP Abdul Razak Mohd Yusuf dari 69 komando. Orangnya kecil sahaja tubuhnya tapi perkasa jiwanya. Masakan tidak!inilah lelaki yang berdiri di hadapan kumpulan Al Maunah di Bukit Jenalik, Sauk..mempertaruhkan nyawanya sendiri selama 2 jam berdebat dengan ahli dan ketua kumpulan itu sedangkan dia bersendiri sahaja! Kerananya maka semua setuju menyerah diri. Namun bila ditanya kepada empunya badan, ' gerak Tuhan, katanya.

Seorang lagi yang saya sempat temui ialah Mr Black 69 komando juga. Orang utara yang seronok untuk ditemubual. Pernah bertembak dengan komunis dan bertempur dengan pengganas. Masih gagah dan sanggup melakukannya lagi perjuangan yang menuntut keringat, darah dan airmata ini..bahkan adakalanya nyawa!

Ramaikah di antara kita yang masih ingat peristiwa besar negara pada 26 ogos 1975? (dan kita menggelar diri kita warganegara?)

kamal fnd hashim







Tuesday, February 17, 2009

Foto BOGEL ada di sini

Kecoh baru baru ini bila ada cerita basi tentang foto bogel tersiar di akhbar. Ramai yang tercari cari dalam blog hatta internet sekalipun. Ramai yang kecundang sebab foto eksklusif seperti ini memang susah nak ditemui. Pelik betul!! Sapa kata susah?

Secara jujurnya, apa yang dilakukan oleh tuanpunya badan yang memberikan pose istimewanya, tak siapa waima dia sekalipun boleh menafikan. Abis tu, kalau dah berada dalam kedudukan terkangkang, takkanlah tanpa kerelaannya kan? Bila tengok foto tu, saya berpendapat dia bersekongkol memberi kerelaan dan keredhaan yakni semasa detik itu dirakamkan.

Cumanya, barangkali dia tidak merelakan gambar itu di siar. Apabila ini berlaku, ianya bukan kes outrage of modesty (cabul) seperti yang digembargemburkan. Sebaliknya, kes insult of modesty@509 Kanun Keseksaan.

Oh ya, saya sempat bertanya kepada tuanpunya badan yang kalau saya hanya bercakap tentang hal ini manakala pembaca blog saya tak dapat tatap sendiri foto ini, mereka pasti akan kata saya berat sebelah. Senyum sahaja respons darinya.

Saya kata saya minta izin. Dia mengangguk setuju. Saya kata ni bukan untuk edar gambar lucah tetapi untuk pendidikan masyarakat. Dia ketawa kecil sambil menunjuk isyarat ok.

Jadi, kepada anda semua, takpayah susah susah cari. Ini fotonya. Nilailah sendiri samada saya di pihak yang benar ataupun tidak. Apapun, gunakan pertimbangan sewajarnya. (Klik di sini.)

kamal fnd hashim

Monday, February 9, 2009

Cikguku..


Apa ke halnya yob?ha ha ha..angkasawan Mejar Fais dengan candid shotnya!"Wooo, belum ready lagi la!Wooo!", katanya tapi saya tetap klik klik klik..

Fais handsome orangnya bila berjumpa depan depan. Dan acapkali kami berganding bersama dalam ceramah motivasi dan sebagainya. Namun kami berdua berkongsi pendapat bahawa pencapaian hari ini adalah kerana guru guru yang banyak berjasa kepada kami.

Contoh yang terbaik cikgu sebelah ini yang saya ketemu di Kuala Terengganu. Sekolah Menengah Padang Negara. Beliau duduk di sebelah saya seraya berkata," budok budok gelar saya cikgu alleycats!" Tapi beliau tak kisah pun. Janji bahagia tambahnya lagi!!

"sesiapapun mereka samada anak raja atau menteri sekalipun, dianya bermula dari seorang guru biasa yang mengajarnya menulis, membaca dan mengira"- Pendeta Zaaba.

Hari ini, dalam ruangan ringkas ini saya ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada semua guru khususnya guru guru saya dari Sekolah Jubli Intan Rengam, Sekolah Dato' Haji Hassan Yunos, Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin yang mengubah bengapku hingga menjadi bijak, susahku hingga menjadi senang, kecilku sehingga menjadi matang. Antaranya:

SJIR=Zainab Haji Sabirin@ farah fawcett, Haji Sameon@ guru besar, Mr Lee @ English
Cikgu Mat Lazim@scout.

SDHHY= Cikgu Ghani Gilong@garang giler ajar agama, Mr Ang @ Math, Mr Lee @seni perusahaan, Cikgu Jelani @ Pendidikan Jasmani.

TBSS= Cikgu Ramli@bapak Fadzli Ramli, Cikgu Fadil@ garang tahap kritikal, Puan Zaleha@ guru kelas, Mr Jaib Singh @ English.

Maaf andai tertinggal beberapa nama lagi kerana aku sebak ketika ini mengingat betapa gigihnya kamu semua berjuang mendidik nusa yang bebal sepertiku...maaf kutak bisa membalas jasamu meskipun aku rindu mengucup tanganmu...maaf kerana barangkali hidupmu sukar ketika ini dan aku tak di sisi membantumu...

Kepada kalian pembaca blogku, ayuh berikan mereka penghormatan ini yang barangkali sekali ini seumur hidupmu..dan catatkan nama guru gurumu agar mereka tahu, bak wira tak didendang, jasanya tetap kita kenang...

kamal fnd hashim.



Monday, February 2, 2009

check betul betul haaaa....

Ada orang tulis nama saya kamal EffEndi. Ada yang tulis kamal EfEndi. Ada jugak KamaRUL EffEndi. Ada lak tu langsung tersasar;kamal ARIFFIN hashim!! Ni semua saya jumpa melalui jemputan faks,akhbar atau email. Ahaks!

(Beriya iya mereka jemput dan kata program depa ni terbaik la, bla bla bla. Tapi nama salah eja!ha ha ha)

Dan ini membawa satu persoalan; nama gelaran lebih relevan?

Kenapa pulak? iyalah-nak buat majlis, nak kena pikir menu makanan, acara pelancaran, bla bla bla. Mana ada masa nak fikir benda kecik macam nama pacal hina yang nak dipanggilkan?aib aib aib..

Jadinya, bila orang beri kita gelaran macam contoh badariah= badak, amin= buntat, ahmad= mat sabun, Ani= Tembam, makanya kita patut bersyukur. Kenapa? kerana mereka ingin mengelak malu kerana tak tahu nama sebenar kita. Sekurang kurangnya mereka tak la wayang!ha ha

Wayang? iya. Puak yang lain sebenarnya tak mahu pun ambil tahu ejaan nama sebenar seseorang itu kerana menyusahkan. Yang penting kepuasan dirinya dan apa yang dia boleh dapat dari orang itu. Dengan lain kata; lantaklah! janji aku settle masalah aku dah!

Kalau benda kecik tak leh handle, macamana nak handle tanggungjawab yang lebih besar?

Jadi pembaca blog ini saya harap dapat berkongsi nama gelaran yang anda dapat sejak kecik or remaja hinggalah dewasa. Sekurang kurangnya dapat kita sama sama gelak melihat kejujuran yang terdedah daripada jenaka yang terselindung!!

kamal fnd hashim

p/s Luorang nak panggil gue apa pun gue tak kisah sebenarnya..dah lali..tapi untuk orang lain, gue takut perasaan dia terbakar dan rasa terhina. Next time, lu check betul betul haaa(sebutan gaya Nasir Bilal Khan....he he he)

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis