Friday, February 27, 2009

Tribute buat perwira negara

Minggu ni sibuk dengan urusan penggambaran dokumentari Kasa Merah Si Saka Biru. Himpunan mereka yang berkorban dan terkorban untuk negaranya. Meremang bulu roma mendengar kisah antara hidup dan mati yang hanya berbeda beberapa detik untuk mereka semua.

Bertemu SM Apot dari 69 komando di rumahnya. Beliau merupakan tracker yang mempunyai 'kebolehan luarbiasa". Orangnya kecil tetapi hatinya lebar. Cukup merendah diri. SM Apot yang telah bersara kira kira 4 tahun lalu tinggal di sebuah rumah teres satu tingkat sekarang. Hati sebak lihat wira penentang komunis ini bila ternampak di hadapan rumahnya ada guni tin minuman dan akhbar yang menunggu dijual buat menambah pendapatan..

Sempat juga bertemu dengan DSP Abdul Razak Mohd Yusuf dari 69 komando. Orangnya kecil sahaja tubuhnya tapi perkasa jiwanya. Masakan tidak!inilah lelaki yang berdiri di hadapan kumpulan Al Maunah di Bukit Jenalik, Sauk..mempertaruhkan nyawanya sendiri selama 2 jam berdebat dengan ahli dan ketua kumpulan itu sedangkan dia bersendiri sahaja! Kerananya maka semua setuju menyerah diri. Namun bila ditanya kepada empunya badan, ' gerak Tuhan, katanya.

Seorang lagi yang saya sempat temui ialah Mr Black 69 komando juga. Orang utara yang seronok untuk ditemubual. Pernah bertembak dengan komunis dan bertempur dengan pengganas. Masih gagah dan sanggup melakukannya lagi perjuangan yang menuntut keringat, darah dan airmata ini..bahkan adakalanya nyawa!

Ramaikah di antara kita yang masih ingat peristiwa besar negara pada 26 ogos 1975? (dan kita menggelar diri kita warganegara?)

kamal fnd hashim







9 comments:

:::jillian de jill::: said...

Oleh kerana bencikan kerajaan, ingin melumpuhkan agenda mewujudkan keamanan dan cintakan negara di kalangan rakyat, komunis bertindak dengan mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975.

sumber:
http://tintakeris.blogspot.com/2008/05/komunis-letup-tugu-negara.html

tak tau pulak saya... terima kasih en kamal FND hashim... another knowledge gain today

cerpelai said...

Takpun cuba tanya muda-mudi sekarang ni tentang Hari Pahlawan..
Gua pernah tanya kat sorang budak U yang mengaku bijak..

"Hari Pahlawan?.. Apa tu?.. Ada hari macam tu ke?..", katanya.

Erkk?! 'Majunya' orang zaman sekarang..!!

Anonymous said...

Yang ni berlaku pada bulan Ogos 1975 :

Sekumpulan Pengganas Merah Jepun atau nama dalam bahasa Jepun dikenali sebagai 'Nippon Seki-Gun' telah menjadikan lebih kurang 50 orang diplomat Amerika Syarikat dan Sweden serta diplomat tempatan sebagai tebusan di Kedutaan Amerika di bangunan AIA, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975, 2 tahun selepas insiden tebusan di Munich, Jerman oleh pengganas Black September Palestin pada tahun 1973. Pengganas terbabit mengemukakan tuntutan kepada kerajaan Amerika untuk membebaskan 5 orang ahlinya yang telah dipenjarakan dan diterbangkan ke Libya. Pasukan Komando 69 ditugaskan mengendalikan misi tersebut

Anonymous said...

siapa pahlawan sebenar..orang kita masih mencari

Anonymous said...

Betul ke kata Iman dalam buku sejarah sekolah tak dinyatakan peristiwa yang Tn Kamal maksudkan?

Nampak gaya akak kena beli buku sejarah sekolah dan kaji apa yang anak-anak sekarang belajar tentang sejarah negara.

Anonymous said...

shasha SMK JENJAROM

patut la,,
tuan kamal busy rupe nyew....

Anonymous said...

TUGU NEGARA dibom pengganas pada hari berkenaan..

Anonymous said...

Tuan.
Bila cerita tentang pahlawan,sejarah..tak ramai pun yg beri komen.
Bila cerita pasal bogel,sex, entah siapa siapa pun singgah ke blog tuan.
Alahai anak anak sekarang.



Laili,echah,baby ashue sibuk gamaknya ya?

Pak Chu Car (Apih) said...

Yups betul tu... adakah ramai yang ingat lagi tentang meraka.. yang popular tu memang ar ramai ingat.. yang tak popular ni like dalam elite team comando or etc dimana diaorang tak leh dedah identiti diaorang.. salah sorangnya my granpa... sayang hidup tak dihargai.. anak muda skarang meneguk di air keruh and lupa daratan mereka yang berjuang ini lah yang membolehkan generasi muda dapat apa yang dia orang nak skrang.. sedih...

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis