Tuesday, April 14, 2009

Kastamu Kastaku

Minggu minggu sebelum ni sakit. Mula dengan demam dan sekarang streps kat tekak. Mulai semalam inject lincomycin selama 10 hari. Hari ni hari ke 2.

Ada undangan yang tak dapat pergi kerana tak larat demam. Ada jugak yang tak dapat pergi sebab tak tahu pun ada undangannya!

Cuma teringat kisah teladan kawan lama yakni penyanyi Dato' Shake yang baru baru ni balik Malaysia. Shake yang saya kenal tak pernah sombong. Masih lagi anak jati Johor. Sebut Muar tetap Muor! Dah bertahun tinggal di luar negara, dia masih fasih berbahasa Melayu.

Turun kapalterbang, Shake akan tel saya dan ajak makan. Makan apa? Hahaha...Roti Canai! Hahaha...kelakar bila kitaorang duduk kat mamak, semua orang terkejut!

Dan inilah masalahnya..bagi sesetengah rakyat Malaysia, downgrade duduk kat Mamak, minum sirap dan makan roti canai..banjir lak tu! Yang standard, makan pizza, minum latte dan duduk kat Kopitiam je. Konon jaga standard lah but balik rumah puak puak ni le yang makan maggi gak! Ha ha ha

Moral storynya, betapa jauhpun kita merantau, betapa tingginya kasta kita, tak semestinya yang duduk kat warung tu lebih hina dari yang duduk kat coffee house sahaja! he he he...

Betul ke ek?

Selamat Tahun Baharu kepada penganut Hindu dan Kaum Sikh.
Selamat pulih segera buat Nabil Raja Lawak yang kemalangan msikal petang tadi jam 3.45 kat Bkt Jelutong.

kamal fnd hashim

23 comments:

baby ashue said...

Akulah org yg langsung tak kenal siapa Dato'Shake sehingga dia minum teh tarik depan aku sambil ckp "cantik jugak perempuan malaysia skrg ni eh"
huh??
kt Paris dah tak de perempuan cntik2 ker..

muahahaha..


Apa2pun,
Tu sais je t'aime!!

NSMY said...

lerrr... nabil eksiden? masih gegel terima anugerah ke?

betul tu tuan kamal, yg duk melepak kt starbuck, minum latte makan pizza tu lah yg balik2 umah makan megi *toing tuding jari ke muka sendiri pada zaman muda mudi.. xbermakna sy da tua :p*

jebat derhaka said...

pastu dok melantak kat starbuck and coffee bean nak menunjuk nie perasan tak?
bila g sana je lepak meja paling dekat dgn tepi orang lalu lalang atau siar aya dan minum sambil tgk2 orang lalu lalang...nk tgk sapa yg tgk dia minum air mahal2 ye tak?perasan tak?kih kih kih....macam2....
yelah setinggi2 bangau terbang...hinggap belakang kerbau jugak ye tak?bagus kalau masih tak lupa asal usul nie...dan tahu mengadaptasi...=)
sian saudara nabil...tu xleh terima hakikat kot menang anugerah?hehe...

Anonymous said...

Nabil tu i rasa la kan..dia berangan ada driver bwk keta nissan silphy dia kot..opss
i m sowie...syian nabil..
smoga cpt sembuh ek..

Budak Bijak - 54L said...

ada org marah ke klu beri comment ni...opss
not again...

Nabil Raja Lawak-smoge cpt sembuh la ek..lepas ni jgn bwk motor dh,bwak keta nissan silphy or keta nissan Latio edaran syarikat Tan Chong Motor Berhad...:-)

KAH..cool guy beb!

kamalfnd said...

nabil cakap dia nampak korner tu baiiiikkkk punya dan cecah lutut. Tau tau bersepahhhhhhhh!!he he he
Biasa naik ex5. Sekali bila bawak kawasaki baru dia, dia sudah kantoi la!!!he he he

Baby: siapa bilang gadis MALAYSIA tak menawan, tak menarik hati..ha ha

NSMY;maggi jimat masa. 2 minit siap...he he

JEBAT: Melayu elit beb..melayu elit!haha

Ano;dia brangan le tu!!memang!!!ha ha

Sal: kata Jebat-yelah setinggi2 bangau terbang...hinggap belakang kerbau jugak ye tak?bagus kalau masih tak lupa asal usul nie...tu yang nabil naik motor tu!he he he

he he he...lu pikirlah sendiri ek;- sebab apa industri minyak wangi banyak di luar negara?

baby ashue said...

Hmmm...
Tak kisahlah nk minum coffee bean ke.mamak ke.kopitiam ke.
Lgpn,duit masing2 kan..
Jgn asyik nk pau org dah la.

Kalau poket kita kosong pun,bkn ada yg nk tlg penuhkan pun kan..
Tp bila kita ada duit,ramai lah yg buat muke 10sen nk minjam.hmm..

Dan org tu jugak lah yg dengki bila tgk kita minum coffee bean sdgkan dia hanya mampu minum kt mamak..

Minda org malaysia maseh kelas ke3,y?
Cubelah berfikiran + cket.
Duduk kat luar sbb,smoking area, kang dok dlm,then smoking,dikatakan bodoh xpaham bahase pulak kan..
So,jgn la suke2 judge org ikot sedap mulot je..
Tak baik..
Nanti kene kt muka sendiri..

RakyatKelas4 said...

Dok kedai mamak...+teh tarik+roti kuah banjir, tu aktiviti nostalgia sejak zaman kechik2 lg.

Saya rase Dato' tu...saje jer nak ajak hg imbau kembali zaman muda2 die kat Malaysia. Maklumlah lama dok perantauan...

hg jgnlah expect, kena blanja kat restoran mahal2...

...frust nanti!

haha...syok baca blog Tuan Kamal ni.

jebat derhaka said...

betul tu ashue..tapi apa yg diperkatakan sebelum ini adalah melalui pemerhatian dan juga kolektif orang ramai...=)
bukan xminum di sana,saya pun minum juga di luar kerana merokok...sesambil itu melihat juga golongan muda yg lepak sekali...mata yg biasa melihat dan telinga yg mendengar...kita tahu apa niat dan maksud seseorang itu kan...=)
ini bukan terjahan kepada majoriti atau pun berniat jahat..segelintir sahaja..bak ayat2 terdahulu...siapa yg makan cili dia lah terasa pedasnya..alhamdulillah dikalangan komentar di sini tidak...maka ia tidak berlaku dikalangan kita..tetapi ada..=)
hanya berkongsi pemerhatian dan juga pendapat =)
dan waktu sekarang...
sekarang hangin out di kopitiam2 elit ini adalah perkara biasa...tetapi satu masa dahulu ia perkara baru...=)
tidak menujukan kepada sesiapa..tetapi ada juga yg berkata wear the shirt that fits you rite?
makan pakai ikut kemampuan...jikalau berduit apa salahnya..jika tidak? xperlu...adakalanya manusia nie bila terbiasa dgn kesenangan..cukup sukar untuk bersederhana bila keadaan tidak mengizinkan...ingin berpesan kepada diri sendiri dan juga blogger sekalian...hidup ini umpama belon...boleh membesar dan mengecil...=)
jadi ikut keselesaan dan kemampuan..hati2 jangan meletup..

cik ashue membela golongan yang tiada niat berbuat demikian itu benar...akan tetapi wujud golongan itu juga cik ashue...sekarang mungkin dah jarang...dulu bersepah...yelah...bak kata orang perak...
biar pape...asal bergaye!...
keluar mencekik coffee bean...balik makan nasi ikan masin kuah kicap...sambal goreng...tu pun kalau mak ada buat lebih bagi bekal bawak balik umah...no offense tau cuma memberi opinion...dan juga pandangan...mungkin kata2 ini terlalu tajam buat segelintir manusia...jangan amek hati...jebat minta maaf...xberapa reti sangat berlapik2 nihs..=)

baby ashue said...

betol..betol..betol..

Orang yg da biasa hidup senang ni..yg nak ape je dpt..tunjuk je sampai..kdg2 belum tnjuk da dpt..diorg da xpandai da hidup susah.

Da biase naik merce,alergic terus naik rapid kL..
Zaman skrg ni bus pun ada aircond la.siap ade tv lg tau..

Kdg2,cara berbelanja ni tengok pada individu gak..kalau kita tau kerja tu penat,kita lebih menghargai duit tu.

Ada bini2 ni,laki poket kosong pun,elaun bulanan,mak ai.. tetap malatop!
Siap boleh set rambut tiap2 minggu lg..spa lagi..xjugak cantik2..
Wawawawa...manusia2.. Lawak betol..

=( orang yg bekerja ni pun,teringin nk beli beg LV baru da berbulan2 xdpt2..
Ada mane2 datuk2,or tan sri2 nk sponsor beg LV baru pd i,col me pls..
Huarrghh!

akak said...

Assalamu'alaikum.
Lepas sakit dan bebanan kerja yang mencuri waktu tidor warga tua ini (veteran kata ashue), la ni baru ada masa terluang sedikit untuk menulis.

Wahai ashue, akak yang dah hampir suku abad bekerja ni pun belum memiliki beg LV. Bukan tak teringin. Bukan tak mampu. Malah dah nak bawa ke cashier. Tapi letak balik beg tu. Hati kecil dok bertanya..'do i really need it or want it?..dan banyaklah soalan-soalan lain. Sudahnya capai beg biasa-biasa je. Tapi rasanye sebelum bersara nak lah juga beg LV. :D
Nak harap orang bagi hadiah..mmmm

ina said...

yup,agree with that prempun m'si mmg lawa2 mcm sy ha ha ha lawa ke...tp smpai guy malu2 nk ngorat hu hu hu!

baby_ashue said...

jebat..oh jebat..

akak said...

jebat..ashue dah panggil tu !
kata pantang dipanggil..

jebat derhaka said...

sorry2 bz sikit patutla asyik tersedak ajer...erm yelah...akak kata tu betul...adakah keperluan atau kemahuan...saya sendiri kata begitu setiap kali jika teringinkan sesuatu..jika keperluan maka di beli tapi jika kemahuan?perlu diconsider balik...goncang poket kelebet wallet check account...ada lebih tak kalau beli...=)
sorry lately agak bz dgn kerja...maklumlah ekonomi meleset melecet nie kerja kena extra keras untuk hasil seperti tahun lepas...so apa khabar semua para2 kawan?

baby ashue said...

xde post baru ker.. dah tak tahu nak komen ape da.. tahap cipan punya boring nih..

abang bro EL said...

citer makan roti canai+ teh tarik vs coffe latte pun panjang berjela...semua ahli panel bersungguh sungguh menegakkan benang basah memasing...
simple jer...pada saya yang nak minum kat restoran mamak tu rakyat sejati Malaysia...
yang minum kat coffee house tu...mostly girls la...apa yang korang harap pada girls?they are like to be seeing..

Anonymous said...

Choose the correct answer:

A. they are like to be seeing
B. they like the scene
C. they like to be seen
D. they are like seeing
E. None of the above

abang bro EL said...
This comment has been removed by the author.
Pak Chu Car (Apih) said...

Ya betul.. orang kat luar negara terutamanya orang kita memang tak lupe semua tu.. yang heran yang duk kat malaysia perangai macam tu plak tuh.. adeh.. kami duk oversea ni rindu gile kat mamak and kedai tepi jalan.. fuh baru ar Malaysia ahaks

baby ashue said...

Sebab org malaysia dah nk muntah2 dah mkn roti canai ngan teh tarik la,diorg g coffee bean..
Jgn ckp soh mkn,lalu dpn mapley pn dah tak lalu daa..

Apa2 pn mee mamak bndar kinrara yg ada rencah taik idung ane tu yg org malaysia dok giankan.. Eee..yuks!

baby ashue said...

Sebab org malaysia dah nk muntah2 dah mkn roti canai ngan teh tarik la,diorg g coffee bean..
Jgn ckp soh mkn,lalu dpn mapley pn dah tak lalu daa..

Apa2 pn mee mamak bndar kinrara yg ada rencah taik idung ane tu yg org malaysia dok giankan.. Eee..yuks!

lina 75 said...

eh eh..mmg pompuan melayu lawa2, contoh ye sy..ha ha!tp smpai skarg x da bf jual mahal or mmg x da rezeki.. xda la lawa mn.. manis juga ada!he he..nasib baik dato shake dh kahwin ..he he..takecare guys..

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis