Monday, May 18, 2009

Alahai melayu...

4.00 ptg

Hisap dadah paling ramai- Melayu
Merempit paling ramai- Melayu
Ponteng sekolah paling ramai- Melayu
Ponteng kerja paling cekap- Melayu
Meniru paling tekun - Melayu

Tak Melayu hilang di dunia!! Bahkan!! (yang gelap kusam jugak diisi oleh kaumku tanpa gagal.)

Jangan salah faham. Melayuku masih tebal setebal maluku. Cumanya, aku melayu yang gigih memilih jalan hidupku; biar dunia mengejarku dan bukan aku yang mengejarnya! Atau melayumu sekadar layu sebelum berkembang?

Perlu apa ada kalau sekadar berani dan berjaya menyentap kegagalan dari rahang kejayaan?


kamal fnd

28 comments:

Anonymous said...

terbaaeek ah bang...kenapelah bangsa kite nih takde kesedaran ek??

UMMI said...

salam Tuan kamal...

Ummi nak tambah sikit,bolehkan, emm nanti kata orang, tuan umah letak mangkuk, kita pulak lebih senduk, tapi tak kisah nak juga..

juga

yang banyak berforum - melayu
yang suka berdebat- melayu
yang tak berhenti bercekau - melayu
yang tak putus masalah - melayu

agak2lah kan kita kena ubah nama lah, tak usah guna ME-LAYU..
panggilan itu 'melayu' kan bangsa kita. seperti tuan kamal, saya tidak mengutuk bangsa, kerana saya juga melayu TEPUK AIR DIDULANG, TERSIMBAH JUA KEBADAN SENDIRI..

justeru bahagian mana yang harus kita ubah?

akuazwan said...

salamz tuan rumah
bila berbicara pasal melayu, ramai la yang tampil menonjolkan diri, ramai la yang tampil menjadi hero

kununnya dia la hero kepada melayu semua, kununnya dia la yamg mampu mengubah hidup orang melayu

tapi kesudahannya sama je.
melayu tetap melayu

digitalspine said...

mmm.. dari melayu tentang melayu...

domain yg kita lalu.. yg buat.. mungkin melayu.
mouse yg kita pegang.. yg buat.. mungkin melayu.
monitor yg kita pandang.. yg buat.. mungkin melayu.
game yg kita main.. yg buat.. mungkin melayu.
keyboard yg kita tekan.. yg buat.. mungkin melayu.

apa sumbangan melayu utk melayu?

kongsi apa yg kita tahu, bukan sekadar merayu aku melayu!

sedih bila bersalaman sesama melayu sesudah jumaat, tanpa pandangan ngan senyuman kerana kalian adalah saudara2 ku..

akak said...

maaf. dalam usia yang lanjut ni, akak masih kurang arif.
mohon sesiapa tolong beri definisi 'melayu'.
kalau salah sorang ibu atau bapa je dikategorikan sebagai melayu,
anak-anak bagaimana?

Unknown said...

a defect in the Malays' DNA eh?

or just plain 'tidak apa' attitude?

kamalfnd said...

kaumku hanya lemah jiwanya...

Mr.Khairul said...

melayu??
ape ya??

cerpelai said...

Hahahaa..

Boleh tak kalau ditukar menjadi 'Tak nama melayu hilang di dunia'?

Sebab melayu makin hilang.. Yang tinggal cuma nama.. Melayu kita memang cemerlang, gemilang dan terbilang.. Tapi cuma pada sengketa..

Melayuku mahu jadi besar.. Tapi sudah jauh tersasar.. Melayuku memang hebat.. Tapi hebatnya tak kena pada tempat..

UMMI said...

saya pernah bersembang santai dgn seorang pakcik, katanya " menurut pandangan acik yg tak tinggi sekolah ni nak, segala apa yg terjadi kepada bangsa melayu lah ni berkaitan banyak kerana pegangan kepada islam yg dah bolos, bila tiang tak ada tak satu pun boleh ditegakkan..buatlah apa pun cara. tak akan jadi apa2 pun. kena semak balik rukun iman dan islam, kalau itu kita hayati betul2, tak tergamak anak melayu kita buat apa yang meke buat lah ni."

... betul juga ye

nunadina75 said...

Tak semua Melayu itu Islam walaupun dalam surat beranak agama Melayu itu Islam...

Anonymous said...

sy bangga jd ank melayu as u said cuma lemah jiwa ye saje...

Anonymous said...

Assalammualaikum...

Mohon kepada en kamalfnd hendak diletakkan kata2 alahai melayu di blog saya.

Saya akan kreditkan ke blog en kamal nih. :)

TQ!

Anonymous said...

dah namanya 'tanah melayu'.

echah_syed said...

yg kena ragut pun melayu..adehh!

lina 75 said...

btul la ckp tuan kamal 2.. knala sy cr org asing lpas ni...erm... he he!

baby ashue said...

Melayu mudah lupe,
melayu mudah lupe,
melayu mudah lupe..

Dulu bangsanya dipijak,
(skrg pn masih dipijak2)
Melayu mudah lupe..

Dulu bangsanya retak,
(skrg pn bak menanti belah)
Melayu mudah lupe..

Dulu bangsanya teriak,
(skrg pn asyik nak bertekak)
Melayu mudah lupe..

Dulu bangsanya haprak,
(ckp berdegah,habuk pn takdak)
Melayu mudah lupe..

Dulu bangsanya dihina,
(skrgpn ape kurangnya)
Melayu mudah lupe..

Dulu bangsanya sengketa,
(skrgpn asyik nk gaduh aje)
Melayu mudah lupe..

Dulu bangsanya derita,
(skrg pn makin merana)
Melayu mudah lupe..

Dulu bangsanya kerdil,
(skrgpn makin hari,makin kecil)
Melayu mudah lupe..

Dulu bangsanya terpencil,
(skrgpn makin tercicir)
Melayu mudah lupe..

I love u,Dr.M!!!

P/s: sajak "melayu kurang ingat" yg belum siap direka oleh mr.KAH,akan di post xlame lg..
Nakkk jugakk kan.

abang bro EL said...

dr Kamal...topik ni macam RACIST jer...

berbaloi baloi...ehehehe...

kamalfnd said...

apalak racist? ultra melayu ek? ha ha ha

abang bro EL said...

dr Kamal...

ULTRA MELAYU...

betul betul betul...jangan pandang belakang lagi...jangan tegur lagi...jangan bagi bangsa lain pandang rendah kat MELAYU lagi...

berbaloi baloi...ehehehehe...

akak said...

Dah diberi peringatan tapi masih tak beringat-ingat juga
Dah tersungkor baru teringat suatu ketika dulu mak kata..abah kata..opah kata..tok kata..cikgu kata..akak kata...Dr.KAH kata

Anonymous said...

Akum Bang, bukalah account FACEBOOK. Mesti ramai yang akan add abang.

jebat derhaka said...

melayu...xpayah comment lah..mula la kang orang cakap...dia lupa yg dia tu melayu ye tak?
ginilah...melayu...suka kejar fatamorgana...
apabila dikejar...xde apa2...tgk bangsa lain?jadikan contoh bukan jadi jakian....
ingat2 lupa tun hussein pnah cakap...kalau xsalahlah....
bila melayu kejar politik dia hanya kejar bayang bayang..tetapi bila cina kejar ekonomi...lihat siapa lebih berkuasa?

baby ashue said...

Apabila jebat telah kembali,
I like..
=)

jebat derhaka said...

lama sangat menyepi...sesekali bace post2 yg lepas tergelak juga skang topik melayu plaks...seraya berkata semua especially melayu pasti mengatakan isu ini isu sensitif kan?
nak cerita ketidak bestan pada melayu nie...banyak sangat leyh wat buku...abdullah cd ada buat jilid bukunya tapi xkeluar...sensitif...antaranya....melayu...sebab kerana muka,ego....pijak taik pun xpe...janji jgn kalah malu...erm...fikirkan cara untuk mengubah cara ini dan juga sikap ini...jgn terlalu bangga atau angkuh...dan jgn meletakkan diri di satu tempat yg selesa lama sangat...senang citer...hidup ini bagai satu perjalanan dan jika kita berada di puncak...ingatlah bahawa puncak itu runcing di atasnya dan bila2 kita akan jatuh...cari cara untuk kekalkannya...erm nie mesti ada yg bidas cakap nie confirmnyelah....so untuk peringatan bersama...read between the lines...=)

UMMI said...

hihihi, nak nyampuk gak lagi, :p, bukan setakat kejar fatamorgana je, malah yang galak ber'fantasi' dari menggigil tenguk betapa 'pekungnya' realiti pun 99% bangsa ku.. yang tukang sediakan ruang mengundi bangsa tu, yang kaki undi bangsaku, duit ngalir kekocek tu, yang kering sampai makan maggie demi 'fantasi' bangsaku.

habis, nak kata apalagi? lebih cakap kang,macam tak sedar diriku pun melayu, tak bercakap, risau esok2 generasi kita pun jadi harubiru.

kajian dah bertahun2, kertas kerja dah siap berkajang,forum dah naik kematu, tapi kita tetap kat citu.

yang galak kita rebut kerusi politik yang tak pernah janji apa2 selain 'kuasa' yang sementara, bangsa tu kejar kerusi biz, kerusi tauge, kerusi tempe, kerusi jati sampai kerusi batu nesan pun dah ada dah bukan dari bangsa ku, tapi bangsa tu, sampai kain kafan kita pun bangsa tu yang banyak supplykan
sob..sob..sob,

mujur2 nak pergi haji dan umrah, masih dijaga kerajaan dan tabung haji, silap hari bulan, bangsa tu pun mampu sediakan pakej untuk kita kesana.

erk, panjang sangat bebel ya, sori tuan umah, maaf teremosi plak.. ahaks!

bazLa' said...

salam..

tengok 360 yang pasal mat rempit hari tu, saya setuju betul dengan 3 pilihan yang gengster jalan raya ni ada pada masa akan datang kalau tak berubah jugak...

-hospital
-penjara
-kubur...

semoga mereka semua berfikir lebih bijak dan proaktif untuk pergi ke litar perlumbaan yang lebih hebat daripada jalan raya yang biasa je tu...huhu

salam

Duniamistik said...

MELAYU, MeLaYu, melayu...

PERANGAI orang melayu kita.

Orang melayu bila duk :-

1. Sorang2 : pikir(pikiaq) nak jadi JUTAWAN segera (x payah kerja, dapat duit)

2. Berdua(dngn kwn): Main Dam aji, isap rokok, sembang fasal politik korupsi, sembang nak tikam nombo ekor apa nak naik besok, sembang fasal pompuan, letak di kedai kopi.

3. Ramai2(lebih dari 10 orang):
buat kenduri doa selamat x ada punca (membuang masa, tenaga & wang), tengok Wrestling/bola sapa menang kalah bersorak seronok.

*p/s:- ini nukilan jenaka yang saya dapat dari orang2 tua dulu2 yang cerita dari cerita pada saya masa kecik2 dulu. muga2 Bangsaku tidak terus Alpa. Jangan satu hari nanti kita "dicerca" oleh cucu cicit sendri kerana "LUPA"nya kita pada Tanah air sendiri.

daripada:-
www.duniamistik.com
www.duniamistik.blogmas.com

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis