Sunday, July 26, 2009

Balasungkawa Yasmin Ahmad

Secara tiba tiba, Yasmin meninggal dunia. Ramai yang menangis tetapi barangkali juga ada satu dua yang ketawa. Menangis, harus kerana berdukanya atas ketiadaan, bahkan! Yasmin anak muda yang pemikiran dan karyanya kritis dan puitis. Cuma yang masih mampu tertawa? Ah, masakan?

Ya benar bahwa Yasmin seorang yang baik. Seingat dangkal akal, seriusnya hanya semasa berkarya. Waktu yang lain, dia biasa biasa sahaja. Pernah berjabat dengannya. Pernah berbual dengannya. Peramah.

Habis, kalau dia seorang yang baik, kenapa ada yang sampai hati ketawa? Kenapa ada yang sanggup bergembira? Kenapa tergamak mencuri duka dari orang yang menyayanginya??

Ahh, masakan lupa!

Yasmin memang tidak memusuhi sesiapa. Tapi sepertimana kita semua, Yasmin tidak boleh menghalang orang lain untuk sengaja memusuhi atau menjadikan Yasmin itu musuh mereka.

Kenapa begitu?

Semata kerana dia lebih cerdik darimu, kan?


Kamal fnd hashim

Buatmu Yasmin dan yang terdahulu, AlFatihah dariku dan yang terkemudian. Atas salahku kepadamu, jika ada, hanya Tuhan yang menghukuminya(kerana kau telah tiada). Atas khilafmu kepadaku, jika ada (pastinya tiada), aku telahpun memaafkanmu.

9 comments:

akak said...

Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun.
Begitulah perjalanan hidup kita. cuma perlu kita sedar bahawa kematian itu bukan pengakhiran tapi permulaan kepada 'perjalanan' seterusnya.
Kita akan bersedih dan menangis bila terpaksa berpisah dengan insan yang dikasihi.
Tapi apakah hak kita untuk mentertawakan atau tersenyum sinis tatkala musibah menimpa orang lain?
Yakinkah kita dilihatNYA lebih baik dari orang lain?
Sudah kita bersedia untuk penerbangan sehala yang tiada penangguhan dan tiada pembatalan?
Destinasinya?

W'pun belum berpeluang bertemu dgn Tn Kamal,adik-adik dan anak-anak sekelian, akak mohon maaf di atas keterlanjuran bahasa yang mungkin, (tanpa niat) telah menyinggung perasaan. Dan akak sentiasa memaafkan. Moga kita semua dilimpahi ni'mat hidayah dan as-sa'aadah dunia akhirat. Aameen.

akak said...

AlFatihah bagi semua arwah muslimin dan muslimat.
Semua Allah mengampuni dosa mereka yang telah pergi dan dosa kita yang akan turut kemudian.

nurdaniella said...

salam tuan kamal.. alfatihah buat arwah yasmin.. sudah adat dunia, tuan kamal.. tak mampu nak memenuhi semua kehendak.. pasti ada sahaja yang berhasad dengki.. sudah namanya manusia.. jika yang baik, malaikat barangkali..

asilahmuhajer said...

takziah buat keluarga arwah. semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Anonymous said...

Tiada hak kita nak ketawa orang yg telah kembali buat selama-lamanya. Masa kita belum diketahui lagi. Alfatihah.

ashue said...

Yasmin pernah ckp kt sy, "nanti bler da grad n xdpt keje mane2,br crik dia.. Kalau ade rezeki kt tempat lain yg lebih bagus,jgn ditolak.."

Itulah ungkapan dia mase i jmpe dia personally after forum kt uitm anjuran bdak2 masscom. Rasenye semua bdak2 masscom mengagumi kecekalan dan kesungguhan yasmin..sgt2 brilliant..dia adalah idol utk kbykn budak2 masscom..
Dan xlupe pd mr.saw theong hing, krn sudi berkongsi pengalaman dgn ktrg time tu..
U guys rawk!
Gonna mish u..

Anonymous said...

Minta maaf.. belasungkawa bkn balasungkawa

belasungkawa /bélasungkawa/ : pernyataan turut bersedih; ucapan takziah. Kamus Pelajar

belasungkawa (bélasungkawa) :
Jw pernyataan turut berdukacita, (ucapan) takziah: ia banyak menerima surat ~ atas kematian anaknya itu. Kamus Dewan Edisi Tiga

belasungkawa (bélasungkawa):
Jw pernyataan turut berdukacita, (ucapan) takziah: ia banyak menerima surat ~ akan kematian anaknya itu. Kamus Dewan Edisi Empat

surat belasungkawa :
surat utk menyatakan turut berdukacita; Kamus Dewan Edisi Empat


ref: http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/ka_rujukan_kamus_dbp.aspx?KataKunci=belasungkawa&Type=1

ashue said...

hiks..hiks..hiks..

kamalfnd said...

Ssetuju dengan pembetulan ejaan yang tepat yakni bElasungkawa.

Cumanya, ejaan asal itu, bAlasungkawa, adalah dari tulisan jawi..

Cuba eja belasungkawa dalam jawi.

B diatas bunyinya Ba
B dibawah Bi
B di depan Bu

Bunyi Be camana ejanya ek?

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis