Michael Jackson meninggal dunia dan satu dunia hiba. Semua pakat menjeruk rasa. Semua berkata dia inspirasi dan sebagainya..
Sehingga hari ini, tak seorang pun yang menangis, bukan kerana kematiannya tapi kerana gagal memohon maaf atas kesalahan kepadanya sehingga dia menghembuskan nafas terakhir.
Dan kita? barangkali biasa biasa sahaja. Tiada sesal dan kesal.
Barangkali kita masih menghitung bahawa esok masih ada...peluang masih terbuka. Dan kerananya, kita biasa biasa sahaja. Setiap waktu mencari kesalahan dan kelemahan seseorang kerana kita pasti bernafas esoknya.
Siapa tahu akhiranmu barangkali lebih dahsyat.!!
Bukan sahaja tiada airmata yang berderai, tetapi kau hanya sekujur bangkai.
Kepada semua yang bersalah kepadaku, hanya kalau ini hari terakhirmu, aku bersedia memaafkan dirimu..bukan kerana hatiku mulia, tapi tidak mahu kau terseksa di neraka.
Selagi kau masih bernyawa, semoga Tuhan merahmatimu!
Entahlah.
Bagaimana kalau ini pula hari terakhirku?
Thursday, July 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Salam Tn Kamal,
Terharu membaca coretan Tn kali ini. Insyallah sama-sama kita semua bermaafan agar suci hati dan tiada kekesalan di kemudian hari.
salam..
saya pernah alami benda ni.
the worst part is, org tu ialah ayah saye sendiri. dan saye rasa sesalnye sampai sekarang.
salam tuan kamal, kerana itulah, pentingnya kita sentiasa bermaaf2an.. tak perlu tunggu hingga hari raya..
bro..u are doing a very noble thing nowadays...may allah bless u and your family..
let's 'heal the world!' dengan saling bermaafan.
Segalanya yang buruk akibat ikut bisikan syaitan dan hawa nafsu.
contoh, kerana dendam manusia sanggup buat apa sahaja.
kalau kita semua mampu melawannya, kadar janayah dapat dikurangkan. (sememangnya sukar kerana kita tidak dapat melihat mereka)
tapi segalanya mudah kalau kita sentiasa mencintai Allah
(http://www.fuadlatip.com/v1/2009/05/jawapan-allah/)
insyaAllaah
terima kasih
salaam
kita sukar memaafkan orang sebaliknya kita lebih suka dimaafkan orang..
ojo lah ngomong seng ora ora yo....kata wong jowo..sesok ketemu meneh ,nek umure dowo
huh...... giler... dah siap maafkan/
salam tuan.
Saya pula lebih senang maafkan orang,tapi susah nak lupa..
Tapi kalau hari ini,hari terakhir ku,
Saya dah maafkan dah semua salah silap orang..dan dah halalkan dah hutang2 yg tertunggak. Tapi kalau saya masih bernafas....kpd mereka yg berhutang dgn saya, Lu pikir la sendiri.
AllAh lebih mengetahui segala di langit dn di bumi,i can feel his lonely n pain sometime thing look easy but it really not easy as may seem..rest in peace...
Post a Comment