Friday, September 11, 2009

Demi Masa

Maaf lama tak update. Kesibukan. Bukan angkara sendiri tetapi karenah orang lain.

1. Institut PROFESIONAL Baitulmal.

Sekumpulan pelajar menjemput saya (menerusi telefon) bagi program mereka. Ini jemputan bermarkah untuk mereka. Kerja kursus rasanya.

Siapa mereka saya tak pernah berjumpa pun tetapi $200 dia tawarkan pembayaran untuk program itu. Hmm...menarik tetapi saya pulak beritahu apa yang saya mahukan.

Semalam ptg mereka telefon dan beritahu tak mampu.Baguslah saya kata. Dan saya sambung sedikit-

"Sebenarnya begini, bayaran tu untuk masa saya kan?

"Ya" jawab pemanggil itu

"Saya rasa masa awak semua lebih mahal berbanding saya.
"

" macamana?" tanya suara di hujung talian itu tak faham dan kehairanan.

" Dahtu, sehingga ke hari ini awak semua tak pernah pun cuba untuk jumpa saya dan berbincang tentang program ni. Jadi, kalau masa awak semua lebih berharga dari saya, patut ke saya datang?"

DUMMMM!Runtuh langit pemanggil tu agaknya!

Saya kemudian beritahu dia, banyak juga program yang saya datang tanpa dibayar pun. Saya juga ada hati perut. Tapi, bila yang menjemput merasakan masa-nya lebih berharga (dengan tidak pernahpun berikhtiar memperkenal, bertemu, berbincang dengan yang dijemputnya),makanya ia hanya satu penghinaan yang nyata.

Perlu apa datang ek?


2. TUAN HAJI Hamdan Adnan

(Sila baca mengikut lagu Setahun Sudah Berlalu Alleycats)

2 tahun sudah berlalu,Aidilfitri muncul kembali,dengan kehangatan semalam,
tanpaku sedari, masih tak settle settle lagi, kutulis semula ini,
tapi sayang kau masih buat tak peduli..

Begini TUAN HAJI,

Bagaimana engkau mencari redha Tuhanmu sedang redha manusia ini juga kau masih sipi sipi lagi? Kalau tiada redha manusia, apakan ada redha Tuhanmu?

Bagaimana ya kau bisa menempuhi hari hari mendatangmu bila sekarang ini sudahpun kau tahu ianya tanpa redhaku?




kamal fnd hashim


-Ilahi Anta maksudi, wa redhai Kama tulubi-

12 comments:

Cetusan said...

ada dua persepsi

samada MALU nak menawar atau tiada masa@ego kakitangan.

kamalfnd said...

atau barangkali kerana mereka mampu bayar. Ialah, duit ada. Apa perlu adab?hmmm...

kalau dia sopan dan jujur, saya akan hadir sepertimana yang lain jugak.

Anonymous said...

Setinggi mana pelajaran kalau dah tiada budi bahasa tiada gunanya. Dah terang dan nyata mereka tu tiada adab. Patutnya Tn Kamal tak perlu hadir jemputan macam tu. Bukan macam beli goreng pisang di gerai2 tu lain pule cerita.

Demi masa sesungguhnya insan itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan pula mereka berpesan-pesan dalam kebenaran dan berpesan-pesan dalam keimanan.

Cetusan said...

Tuan kamal kena pakai PA hhee

senang berhubung biasanya PA tu dia kurang malu nak bertanya, ialah tak semua penceramah pentingan bayaran, walaupun ada yang datang bawa pendrive dengan tuntutannya sama tuntutan EG sejam RM300 untuk MA.

akak said...

Ambil sebekas kurma segar
Tn Kamal berbuka kami hidangkan
Mereka bebudak baru belajar
Salah dan silap kita betulkan.

tapi kalau dah berumur (mcm akak), berpangkat dan ada gelaran (bukan mcm akak), nak ajar camna ye?

pernah di alami, kononnye dgn penuh sopan nak bagi idea utk perbaiki keadaan tapi responnye '...no no no, i'm section head, i know what i'm doing..'

then bila kerja tak menjadi..'tak ada kerjasama, tak ada sumbangan idea..' Laaa, kita juga yg salah.

I say Tn Kamal, what to do haa?

lina 75 said...

aslkm,tak abis lg satu malaya dah tau..alahai..melayu!

Ida said...

Aiyo... buku 555 dah dibuka dan disemak.. ish ish ish...

Hmmmm.. it's all back to common sense.. macam adat (ke adab?) orang Melayu nak menjemput saudara mara, sahabat handai, hadir ke majlis perkahwinan.. siap bujam bagai.. kena datang rumah.. kena bagi kad jemputan (sebab ada map).. bukannya main telefon aje suh datang..

Isk isk isk...

Anonymous said...

Sungguh jauh dikau pergi
berpisah untuk selamanya
tiada lagi senyum mesra
dan gurau senda

Kenang daku dalam doa mu.

Ramadhan tak lama akan pergi dan muncul syawal pula.

Anonymous said...

selamat hari raya tn kamal,
maaf zahir batin..

Cetusan said...

selamat menyambut RAYA puasa,,

mana-mana ada hutag tu..nak kira macam mana...

maaf zahir batin

Azrul Adnan said...

anyway..x sempat nak wish tuan kamal ari tu..selamat ari raya k..

baru azrul tahu,kenapa tuan kamal cakap memang susah berurusan dengan saya...patutlah kak fatma pun nangis..

tuan kamal memang sgt proffesional..

azrul harap..bila2 lagi dapat blajar lagi something good dari tuan kamal..

mas said...

org kata hendak seribu daya x hendak seribu dalih..
sy penah menghadiri satu ceramah kat menara tm dulu psl 'selamatkah anak anda' dan mmg En Kamal ada sebut ..En Kamal dtg sbb budak yg organize tu sentiasa follow up utk program diorg.
kalau mereka x berusaha bersungguh2 maknanya serupa cam hendak x hendak le...

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis