3.51ptg Sep 1 itu, telefon saya berbunyi ketika saya sedang membetulkan paip radiator kereta yang patah. Kepala pulak tengah serabai memikirkan bertimpa timpa ujian yang saya terima minggu lalu. Dengan tangan yang separuh hitam dek grease, saya jawab panggilan tanpa lihat nombor pemanggil.
"Hallo brader!Assalamulaikum! Tengah buat apa tu? ha ha ha", ujar pemanggil tu. Dalam hati saya, macam akan akan kenal suara ni tapi kat mana ya? Tup tup rupanya yang menelefon ialah YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi! Walla!
YB Datuk Saifuddin Abdullah, anak jati Temerloh ini seorang yang saya kira proaktif dan sangat berdedikasi terhadap tanggungjawabnya. Ada facebooknya sendiri. Ada Tweeter. Tidak pernah terlupa bahawa satu masa dahulu dia juga adalah manusia biasa seperti kita.
Dalam perbualan telefon itu, beliau bertanya butiran dan ehwal kedudukan UIAM yang berhutang 2 tahun dengan saya tu. Saya sampaikan kronologi dan minta ehsan pertimbangannya untuk meneliti. Tetapi yang lebih menyebabkan saya bertambah hormat kepada orang seperti beliau ialah bilamana beliau kata," ada butir contact person tu? Kalau ada boleh bagi sekarang".
Saya yang sangap ni terkapai kapai mencari butir tu dan siap minta beliau tunggu @ hold the line. Pun beliau kata OK! Akhirnya perbualan 5 minit sangat sangat bermakna untuk saya.
Kenapa? adakah masalah UIAM tu selesai?
Bukan! Bukan sebab itu!
Ate?
Kerana rupanya ada diantara kita yang kalaupun memandang langit yang tinggi, tidak dilupa rumput di bumi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Semoga settle masalah En Kamal tu yer... AMIN...
Allah sentiasa menolong hambanya yg teraniaya. Yg baik dari Allah yg xbaik dari kita. Harap bersabar Tn. Kamal.
ada juga INSAN yang menolong..datang tolong..
mudahan BEREH..
bgus YB.. harap2 bukan separuh jalan... kalo dpt jd menteri terus hrp begitulah juga hendaknya... ameen..
Barulah namanya Yang Berkhidmat.. Bukan semata-mata Yang Berhormat dan Berehat..
Itu dia pemimpin yang gua nanti.. Gua tadah dua tangan dan berdoa supaya lebih ramai orang seperti YB Datuk Saifuddin Abdullah muncul dan membantu kita yang semakin terkelepet..
alhamdulillah
Beginilah baru tercapai satu malaysia rakyat didahulukan.
Mungkin tgu menteri turun baru nk selak kertas keja lama,apapun yg terbaik wat encik kamal dlm perjuangan hak dan kelangsungan hidup..
Yg diberi nama dan detail....sudah biru xkeruan...malu alah...pesan wat semua...tuhan mendengar setiap doa org teraniaya dan umatnya yg tidak angkuh pada yg esa.
Bro, jangan lupa bagi duit raya. But then again, like I always said, nasib baik saudara kenal orang orang tu semua.
Macam mana pulak kalau depa internet pun takder, anak pekebun, anak penoreh? Yakinlah, banyak kes kes macam ni, secara prinsipnya, susah nak tunaikan tanggungjawab. Hak dilupakan. Bila dah keluar paper, dah keluar kat blog, baru terhegeh hegeh nak buat kerja.
Secara prinsipnya, itulah perangai orang kita.
En. Kamal.. please visit me http://digitalspine.blogspot.com/2009/09/stealing-password-aka-simple-hacking.html
cmne nk follow bro?
sorry newbies..
saya doakan kerja en kamal sentiasa di berkati..dalam masa terdekat ni..dengar kata datang universiti malaysia pahang..haa..bgs la..x sabar nak jumpa en kamal..
akhirnya dapat jugak saya jumpa tuan kamal..YB memang saya hormati seperti tuan kamal..saya sangat2 tabik 2 tokoh ni zaman sekarang..YB patut jd PM akan datang..saya harap2 sgt..insyaallah..
Post a Comment