Friday, September 18, 2009

Doa

Sebenarnya, gembiraku berbaur sedih. Rianya kerana syawal, hibanya kerana ramadhan.

Ramai yang tertanya kenapa lewat penggal ke empat Ramadhan, blog ini sunyi sahaja.Mudah jawapannya.Bapaku meninggal pada Ramadhan ke 25 kira kira sebelas tahun dahulu. Menghormati dan mencari dirinya di dalam diriku. Maka aku pun diam..

Ria syawalku pula kerana ibu masih ada. Kerut muka dan kedut tangannya mengingatkanku untuk terus berusaha mendamaikan jiwanya. Wanita yang telah kehilangan abah serta 4 anak ini adalah penting dan utama dalam hidupku. Misiku melihat dia bahagia di hujung hujung usianya. Masakan aku benar dia bergenang airmata..

Buat kalian pembaca budiman, kalau kalau orangtuamu masih ada bila kau pulang nanti, selepas kau kucup tangannya, ucapkan doa yang selalu aku panjangkan kepada Tuhan-

" Ya Rahim, ampuni dosa kedua ibubapaku dan masukkanlah kedua duanya ke dalam syurgamu yang tertinggi tanpa hisab"

Kalau kau pula terpaksa berdiri di pusara, bacakan fatihah untuknya dan tetangga pusara. Bisikkan dalam munajatmu kepada Yang Maha Esa-

" Ya Rahman, sesungguhnya aku redha dengan pemergiannya. Kalau kalau aku menangis, hanya kerana aku ini manusia'


kamal fnd hashim

12 comments:

Anonymous said...

selamat hari raya tn kamal,
maaf zahir batin..

kirana nakia said...

Salam
Sangat sayu entry ini..

ejaescobart said...

salam,

ayahanda ku jua pergi ramadan ke 25 tiga tahun lepas..

alfatihah kepada ayahanda2 kita.. moga2 ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman.. amin...

Miss Nurul said...

Salam Lebaran,

Dengan Ketibaan Syawal Yang Mulia,
mari kita memohon ampun & maaf dari segala keterlanjuran kata & perbuatan,
Mata kadang salah melihat...
Mulut kadang salah terucap...
Hati kadang salah menduga...
Maafkan Segala Kekhilafan Yang Pasti Ada...

*** MAAF ZAHIR DAN BATIN ***
sEmOga iKatan SilatuLraHim kiTa bErsAma Akan diPerteguh
dan diRahMatiNYA demi Agama, Bangsa dan Tanahair...

SALAM AIDILFITRI 1430H

SARS said...

kita berdua berbeza namun serupa..selamat hari raya

lina 75 said...

selamat hari raya buat semua di sini n tuan rumah espcially..kosong2 ek... hehe3..take care

Cetusan said...

selamat hari raya
Tn ..

maaf zahir batin.
Sedu juga mengingati arwah pergi seminggu dalam syawal,9 tahun lepas,

Anonymous said...

Salam semua, Sgt sayu ye entry ini. Ayahku pula meninggal 10 Syawal 6 tahun yg lalu. Aku hnya 2 beradik. Sentiasa sunyi, tp syawal thn ni aku rasa bergitu bahagia kerana ibu ada disisi sanggup sebumbung dgn ku. Thn lepas adik berhijrah jauh mengikut suami di Tanah Semenanjung. Kini Kami dipisah Laut China Selatan. Kesian ibu sentiasa merindui adik terutama di saat ini. Al Fatihah untuk mereka yg telah tiada Dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin semua, terutama Tn Kamal.

MilKch

Anonymous said...

Salam semua, Sgt sayu ye entry ini. Ayahku pula meninggal 10 Syawal 6 tahun yg lalu. Aku hnya 2 beradik. Sentiasa sunyi, tp syawal thn ni aku rasa bergitu bahagia kerana ibu ada disisi sanggup sebumbung dgn ku. Thn lepas adik berhijrah jauh mengikut suami di Tanah Semenanjung. Kini Kami dipisah Laut China Selatan. Kesian ibu sentiasa merindui adik terutama di saat ini. Al Fatihah untuk mereka yg telah tiada Dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin semua, terutama Tn Kamal.

MilKch

Mr.J said...

macam2 gelaran boleh dibeli sekarang huH~. kalau ada duit aku nak beli gelaran YB datuk TUn semua sekali gus ahaha..

Bro, i ingat lagi u tunjuk demo pasal telur , jarum dalam tv dulu . pasal bomoh palsu tu. i adaptasikan dan buat magic kat datuk nenek i, dorang terus terkejut dan cakap i boleh jadi bomoh muda pula da... heheh

PUTUBAMBU said...

al-fatihah utk arwah bapa anda..

Azrul Adnan said...

semoga roh arwah di cucuri..
setiap yg hidup mesti akan mati jua..lambat laun kita juga..

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis