Monday, November 9, 2009

Cemburu

3, 4 & 5hb di Langkawi. 6hb di Kuching. 7hb Bintulu. 8hb Shah Alam. 9hb, hari ini Kota Kinabalu. Ini antara pergerakan seorang sahaya bernama kamal affandi hashim. Tidur? Tuhanku Maha Kaya memberikanku tempias kudratnya sehingga aku berdaya melaksanakan amanahNya kalaupun lenaku pendek.

Barangkali ada yang cemburu kerana mereka juga punya panca yang sama. Dalam benak timbul soalan. Bagaimana kau menjaga kesihatanmu? Bagaimana kau begitu cergas? Bagaimana itu dan ini?!

Sebenarnya, aku tiada jawabannya. Yang aku tahu, hati aku hidup memujaNya dalam setiap nafas yang kuhirup dan langkah yang kuhela.

Bagaimana dengan cemburumu? masakan aku tidak punya!! Cuma cemburuku bertempat. Kalau kalian mahu tahu, cemburuku pada insan yang lahir serba kekurangan dan kurang upaya tetapi berjaya. Di sebalik segala nista, baik dari orang biasa atau terkadang sendiri dari batinnya, teguh kompas hatinya membelek tamadun manusia.

Kalau orang biasa yang berjaya, ahh, biasa biasa sahaja padaku!! Tetapi kalau yang kurang upaya, aku memandang tinggi dan tunduk malu kepada mereka. Kalaupun aku berjaya, ya, itu barangkali lelahku hasil tulang 4 keratku. Kalau mereka berjaya, aduhai, itu lelahnya hasil cerca manusia!

Perangku penuh senjata, perang mereka penuh sengsara. Perangku dengan segala pancaindera, perang mereka airmata bekalannya! Dan mereka boleh lebih berjaya dari kita semua?

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Kamal fnd Hashim

8 comments:

akak said...

Ar-Rahman.
Begitu juga dalam soal pendidikan.
Kalau pelajar di sbp berprestige dan mendapat segala kemudahan dan bimbingan, tak hairan dapat keputusan cemerlang. Malah memang expected. Kalau tidak, akan menjadi tanda tanya.
Kalau pelajar di sekolah biasa, di kampung, di ceruk hulu, dapat kejayaan cemerlang atau sekadar dapat 3 atau 4 A, akak kagum dengan kejayaan pelajar dan kegigihan guru mereka.
Akak cemburu dan malu kepada mereka yang mampu bangun semula setelah jatuh, yg menjadikan kekurangan sbg pendorong kpd kejayaan,yg sentiasa yakin , dengan usaha, doa dan berharap hanya kdpNYA, kejayaan dunia akhirat itu pasti, insyaAllah.

Azrul Adnan said...

azrul cemburu jika lihat orang berjaya dengan usaha yg sedikit..mungkin mereka mempunyai usaha lain yg mungkin azrul sendiri tidak dapat lihat..mungkin mereka berusaha mengingati ALLAH lebih dr azrul lakukan..itulah kunci kejayaan yg sepatutnya azrul lakukan..usaha lah demi agamamu..bangsamu..negaramu..wahai hamba ALLAH(azrul)

ajim said...

mana mungkin kejadian tuhan itu sia2,,tatkala si sempurna merasakan si istimewa ini menyusahkan,,mereka tidak sedar sisempurna inilah yg mampu mengajar mereka erti "bersyukur",, tatkala aku putus asa dan merasakan akulah manusia yg paling sengsara,manusia inilah yg menyedarkan aku bahawa sengsaraku sekelumit cuma berbanding mereka tetapi mereka lebih teguh melangkah berbanding aku,,

Anonymous said...

often, we're always on the go and did not realize passing of time until when we can finally sit down and think about what we've done, be it meaningful or vice versa..
many of the times, i was out of time, and was thinking how pple like YOU cn actually maximize the time u've in ur hand, it's not easy, definitely.. though it might sound easy to discuss about hw tough or easy it is, to keep urself fresh and more importantly to spread it to pple around you, not one, not two but maybe hundreds to almost a thousand of them, YOU have done an amazing job in many ways.
i've seem you speak in my school, u might have already know hw good u're are but it does no harm to accept another compliment, does it?

Cetusan said...

cemburu memburu nikmatNYA. puas.

selamat berkerja dengan 4 kerat.

lagenda said...

Salam Ziarah.....

Allah S.W.T akan sentiasa membantu kepada umatnya yang ikhlas seperti saudara.Teruskanlah usaha ini demi agama,bangsa dan negara.

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis