Thursday, November 12, 2009

Kuching yang basah

Hari ini hari ke-2 di Kuching. Pagi semalam tiba dari Kota Kinabalu dan terus check in. Petang semalam sempat ke Waterfront. Senja semalam minum teh dangdut.

Semasa berada di deretan kedai berhadapan waterfront, brader brader kaki lima ramah menegur sapa. Lama tak jumpa? soal mereka. Ada apa Kuching Bro? Nyaman!!he he he! Nampak pula ada gitar Kapok dan terus minta kebenaran tuan punyanya. Ha ha ha...jadi Busker sekejap!! Mereka juga seronok! Saya pula seronok jumpa kawan kawan ini sampai terlupa malam nanti akan tiba di KLIA dan hendak memandu terus pula ke Penang!

B
rader kaki lima? Alah yang buat jualan kecil kecilan bermodalkan hanya meja lipat dan kerusi tu. Kalaupun di kaki lima, atas nama Kuching, perkhidmatan pelanggan mereka nombor 1. Tanyalah apa sahaja akan mereka bantu kalaupun kita tak membeli apa apa daripada mereka. Dan inilah ceritanya.

Saya bangga punya kawan seperti mereka. Sanggup mengusung meja ke mana-mana tanpa silu. Senyum tak luntur dari bibir mereka. Dan mereka tahu hak Kuching atas mereka. Tanpa malu, sanggup berusaha menjaja tenaga mencari rezeki biarpun kecil dan sedikit.

Sementara ada di antara kita yang lebih seronok mencuri rezeki, orang orang kecil seperti ini sentiasa dilihat dari kacamata kegagalan oleh sesetengah pihak. Pesong!! Kalau bukan kerana mereka, pasti tawar rencah hidup dan roh sesuatu tempat.

Eh, mencuri rezeki? Ya. Biar betul? Ya! Macamana pulak? Hari pertama bekerja begitu sopan dan berkobar. Hari ini sombong dan diri tak sedar! Hari pertama menjawat kerja begitu komited dan berwawasan. Hari ini, juara lembab dan tak bertenaga! Hari pertama harta syarikat harta syarikat. Hari ini harta syarikat harta peribadi!

Jadi, mulai hari ini, setiap kali guna komputer syarikat dalam waktu pejabat, datang lewat balik cepat, kawan yang clock in punchcard atau touch card, minum teh pukul 10 sampai 4, cakap melayu macam orang putih pelat, tak beri idea dan jadi batu dalam mesyuarat, tanya pada diri sendiri - dulu janji nak ikut jalan ala syaitan ke malaikat?

kamal fnd hashim

25 comments:

azieazah said...

Salam BRO...

Benar. Kadang2 takut juga tanpa sedar kita bekerja 8 jam, tapi 3,4 jam sahaja yang ikhlas. Selebihnya? hmmm...

Hanisham Ab Halim said...

Perghhh brooo, Makan dalam bro. Aku pun kadang2 lupa benda tu.

Anonymous said...

yang ini lebih condong kepada pegawai kerajaan agaknya..

hehehehe

Cetusan said...

salam Tuan,

ustaz pesan, kerja dgn Gomen kena ikhlas,

"masuk nak duduk kerusi 7.59.59 saat.

Minum kul 10am tiada dalam pekeliling.

nak keluar 4.29.59 dari kerusi."

itu ustaz pesan maaf ahli gomen. marah ustaz jgn marah saya.

lagi satu jika ahli gomen yang kuat ngular, wajar duduk Putrajaya baru tau , kantin ada orang atau tak..

insan kerdil biasanya banyk senyum murah rezeki.

ajim said...

en kamal,,statement dalam perenggan akhir tu, bukan orang makan cili jer terasa pedas,orang tanam cili pon mesti terasa bahangny,hehe,,,,,,tapi ,satu benda yg aku tahu,statement kamalfnd hashim pada nyata mmg macam mencari salah orang tetapi kalau disukat-sukat balik,ditimbal-timbal balik dia mmg ingin menyelamatkan semua,,now i know why"care for crime or two,anyone"

Azrul Adnan said...

bgs jim..
memang aku persan cam ko jugak..
semua post..'pedas2'...
tapi setiap post da pengajaran nya..

semua masalah tu memang realiti kerja...

lagenda said...

Salam Ziarah.......

Ingat-mengingati sesama islam ni wajib.Jadi kepada sesiapa yang terasa tu fikir-fikirkan renung-renungkan yer.

kenyalang said...

Salam,
25thn+ dah berkhidmat dgn Kerajaan, mmg dah lumrah suasana sebegitu di pejabat. nak sentuh jam minum je, mula 8.15 am habis 10.am. kita yg tunggu giliran minumpun dah menyangka mereka ni mungkin lemas dalam cawan atau dalam pinggan nasi ayam. Tiada siapa yg tahu dimana keikhlasan bekerja hanya Allah yg tahu. Hujung tahun naik pentas dapat anugerah khidmat cemerlang jd pelakon terbaik tahunan. He, he, he. Biasalah tu.

bungacahaya said...

Bila lahhh aku nak sedar!!!!!!

Sejam jer bro sebenarnya fokus kat pejabat. Pastu dh mcmmmmm2....

akak said...

Gomen tak gomen, sama aje.
yg penting niat, jujur, ikhlas.
bukan apa, hasil pendapatan kan jadi darah daging kita dan ahli keluarga. Biarlah berkat.
jgn esok kehairanan anak tak 'menjadi orang', hidup kesempitan je dan lain2 masalah.
lagi satu, kerja dan meeting banyak mana sekali pun,bagi yg Islam tu, jangan tinggalkan solat.
bos-bos gomen dan bukan gomen pula.. janganlah meeting mula waktu zohor abis lepas asar atau mula asar sampai lepas ghorib!
Astaghfirullah. Camna nak tanggung akhirat nanti?!

Berat juga jadi bos atau pemimpin , kan?

ashue said...

tak paham aku.. Asal malas je,org keje kerajaan.
Tp bukan ke ramai di antara kita membesar duit kerajaan.
Bapak keje pe? Kerajaan.
Mak keje pe? Kerajaan.
Kalo selalu monteng kojo, curik tulang, sah2 la rezeki x berkat.. Confirm2 anak2 mkn rezeki xberkat tu,sume bingal..
Tp ramai yg baik adanya.
Jd penganalisis la.. Pengarah la.. Pengacara la..
Tak pulak bingal..
Jd xbaek pointing finger suko ati mak kau yo..

Kompius aku.. Aku yg xpandai,ke,dia yg bodoh..

ashue said...

Yg "jd batu dlm mesyuarat" tu =Aku.
Pasal pe,bila meeting,semua org nk menang. Semua org betol..Mentang2 aku plg muda,xsape nk dgr ckp aku..
Bila tnye pendapat,aku jwb, skadar dgr je..
Padahal,aku xjwb pn xpe..
Demokrasi la kunun..
Politik Thailand betol..

akak said...

Betul kata ashue.
Tak boleh nafi.
Actually,ramai dari kita sebelum lahir dah terikat dgn kerajaan.
Belum lahir? Ye lah..mak gi check-up kat klinik kerajaan masa hamil:P
(akak - klinik ktm)
Bila anak dah besar, sekolah gomen. Lepas tu gi ITM (zaman akak belum taraf U)hampir percuma! Alhamdulillah, berkat pengorbanan dan doa orang tua. Sambung lagi masuk U dpt biasiswa k'jaan S'ngor.
Alhamdulillah, walaupun tak cerdik, diberkati juga usaha dan doa.
Dapat kerja gomen, Alhamdulillah.
Dapat tengok anak-anak didik berjaya dlm pelajaran dgn bantuan gomen.
Alhamdulillah, diberkati usaha dan doa pendidik ancient ini.
Oh ye..jangan lupa ye anak-anak didik sekelian.
Jangan lupa berzakat..mudah-mudahan bertambah BERKAT dan tak putus rezeki dan dapat kita terus berbakti, macam Tuan Kamal.
(Dan dapat tunaikan HAJI- sempena musim haji la ni)
2017 ?

My apologies Kamal Laoshi for a somewhat slight deviation but some cloud clearing's necessary though i'm not well-versed.I'll keep reading my 'blue book' after retirement to better equip myself. TQ for inspiring the mass.

Cetusan said...

yang usung kerusi pulak kena PAU, alahai nasib laa (bukan semua, sekali lagi segelintir, yang baik tak perlu terasa pedas).

Murni Alfathunnisa said...

salam Tn. Kamal..

Tercuit..huhu. Ada masa2nya curi waktu ofis. Walaupun tak sampai ke tahap mengabaikan tugas, tp terasa jugak. It's good also. at least, menyedarkan sy yg hmpir trlupa tntang rezeki x berkat ni. Thanks ya..kerana mengingatkan.

Cetusan said...

kalau makan gaji dengan Tn Kamal, bila ngular, dan nyesal boleh minta halal dan maaf dari Tn Kamal, sebab Tn Kamal yang bayar gaji. Kalau dengan gomen nak minta HALAL dengan sapa?

Anonymous said...

ur words are as deep as rabbit hole,
i hope the one who says it do it right, may good work and good luck b ur friend and trouble or crime b ur enemy.

jiejie said...

Hehehe! zeqzeq..you're a funny one.
It's not fair to compare the gomen with Tuan Kamal?
why not compare with...a big multinational company, or a gigantic construction company, or a huge petrolium company.
Then the letter for mohon maaf/halal might probably start with..
Dear Mr.CEO/ Dear Shareholders..
Please forgive me for using the company phone to call my gf/ computer to send emails to my gomen friends/car to send my wife to the spa..

Has anyone done this b4?

Whoever we are, let's all look at the mirror..

kamal fnd said...

nak menambah ulasan jijie-

please forgive me tu patutnya termasuk yang chat, post blog dan tengok mudah.my masa kerja! ha ha ha

ouch!!

ashue said...

Yg ckp kerja dgn Tn.kamal tu mcm tau je care kerja dia.
Masuk2 kerja je dia da tampal notis..
Etika berkerja, "kuantiti masa berkerja xpenting,yg pntg, kualiti.."
(aku simpan lg notis tu,boleh jd bhn bukti mahkamah tu..)

Disuruh berkerja diluar waktu berkerja, no problem.. Xde yg komplen.

Awal2 lg da diberi skop berkerja msg2..
Tp staf dia xpernah melenting bila disuruh kerja diluar skop..

Masalah gaji pn xpernah timbul. Smpai satu masa, masing2 ckp, "kalau ada,ada la.. Kalo xde, pandai2 la nk idup"
Manusia kan ada naik trun..

Yg plg utama,yg ckp" kalo mkn gaji dgn tn.kamal bilar ngular n nyesal boleh mintak halal n maaf dr tn.kamal sbb tn.kamal yg byr gaji"
Jwpn aku..- tak semudah itu-
:)

Anonymous said...

Majikan perlu pekerja,
Pekerja pn perlu majikan..
So pndai la cover blakang satu sama lain..

jiejie said...

ouch here
ouch there
ouch everywhere !

:D

Peace be upon all of us

kamal fnd said...

betul kata ashue tu..

ada ada, xde xde le..ada kalu sama sama makan, xde kalu sama sama lapar.

Tapi, depa semua sanggup berkorban masa, keringat dan darah kalaupun $$$ lambat atau xde! Haaa, mana mau cari beb!

Sebab itu, tokeh tak makan takpe. Janji associates makan.

Yang part minta maaf tu, he he, tak semudah itu!he he he

akak said...

Kamal Laoshi,
Alhamdulillah,you are fortunate to have diligent, reliable and loyal young ones working for and with you.
mudah2an usaha,ketekunan dan pengorbanan mereka diberkati dan bertambah murah rezeki tuan dan mereka.
Bila kita ikhlas dan bersyukur dengan apa yg ditentukan untuk kita, insyaAllah, kita akan rasa okay je wpun kesempitan.
Pengalaman orang lama..

kenyalang said...

salam,
Dlm keadaan apa2 jua kita hanya insan biasa tidak lari dari kesilapan. bumi mana tak ditimpa hujan. moga Allah ampuni segala dosa2 kita baik yg kecil mahupun yg besar. curi chat blog masa office hour tu......kdg2 sy....... he, he, he.

walau bagaimanapun setiap penulisn tuan kamal dlm blog ni sy ttp bangga dan sy anggap ia teguran membina. syabas tuan kamal. teruskan usaha tuan utk membenteras jenayah dan selamatkan negara m,sia. sy sokong kitak.

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis