Tuesday, December 8, 2009

amuk tok nadim!

2 senario; 2 kontras. Ironinya respon terhadap keduanya berbeza.

Seorang lelaki terpaksa ditembak mati bagi mengelak amukan yang terbias. Maka berdegar sekelian alam. Respon- POLIS KEJAM!!!

2 polis cedera parah di pukul semasa cuba menangkap seorang pemuda yang mengamuk. Satu patah pinggul, satu patah tangan. Respon-bisu?!

Ahh, bukan tidak simpati dengan petaka ini dan keluarga pemuda pertama..Cumanya, bagaimana dengan mangsanya yang juga sebelum itu cedera ditetaknya? Apa hanya pemuda itu yang nyawanya berharga? Polis itu bagaimana?

Timbul pula puak hak asasi menjaja berita bahawa dia itu OKU. Apa? Orang Kurang Upaya! Eh? Bagaimana pula ceritera dia ke karaoke dari malam hingga awal pagi, mengangkat parang membelasah kawannya dan kemudian cuba menyerang polis? Ada pula upayanya!!!

Yang cacat hanya KAKInya yang dengkot dan tepok. TANGANnya tak bermasalah! Dalilnya? Laa, kan dia boleh mengangkat parang dan memegang microphone! Menyanyi juga dia berupaya!!

Bilamana 2 terlantar cedera parah kerana orang ramai yang lain lintang dan pukang semasa kejadian kedua, tak seorangpun termasuk pejuang hak asasi - YANG MENGAMUK KEJAM!!YANG MENGAMUK KEJAM!!

Jadi, kenapa lacurkan tandanama OKU? Ntah. Aduhai!! Aib! aib!, aib! Dan suara sumbang terus berdegar-POLIS KEJAM!!!POLIS KEJAM!!!Barangkali pampasan atau saguhati yang dicari atas kematian itu dan bukan atas dasar kebenaran?Ntah. Atau memang sepanjang hidupmu dik kau tiada bernilai apa apa tetapi atas matimu dik ada $$$ yang dibawa?

Aku juga mahu mengamuk kalau begitu kesahnya!!!!!!!

kamal fnd hashim

24 comments:

kenyalang said...

Salam,

saya sokong polis menembak yg mengamuk tu biarpun OKU. Itu kan sudah tanggungjawab polis untuk menjaga keamanan negara. kecian polis sentiasa dipersalahkan.

tak berani nak beri komen panjang2 nanti bermimpi dikejar anjing polis lagi hiiiii, seram nampak muka anjing garang dan besar.

Unknown said...

salam tuan,
ntah la tuan,saya pun xfaham masyarakat hari ini,
semua dah mula nak burukkan nama PDRM,
semua nak cari salah polis...diorang xfikir plak yg polis diculik,dikejar,dipukul,ditembak,dibunuh semata-mata nak menyelamatkan mangsa dan nak menjaga keamanan tanahair..saya rasa mcm ni je la tuan,blacklist nama yg kata polis kejam tu,jgn tolong ape2 kes yg jadi kat diorg kelak..baru diorg tahu polis tu kejam ke tidak...

sedia berkhidmat tuan...

Anonymous said...

cuma segelintir geng2 penjenayah je sanggup menyokong penjenayah..

majoriti rakyat malaysia masih menyokong tindakan polis. thank you pdrm.

sedih bila tengok mangsa2 ragut.

Anonymous said...

Encik Kamal..
saya hendak tanya sesuatu apa pandangan en.kamal dengan scenario ini..
kisahnya 1 patrol car dengan 2 anggota polis menahan seorang pelancong asing wanita dari negara matahari terbit.dijadikan ceritanya pelancong wanita tersebut hanya membawa photocopy passportnya sahaja.pelancong tersebut tinggal di apartment dalam perjalan ke sebuah bus stand.kemudian pihak polis tersebut mengugut mahu dihantar ke pihak immigresen.kemudian beliau menelepon kawan lelaki beliau warga Malaysia untuk mengambil passportnya.selepas kawan dia menghantar passport tersebut dan seperti biasa lelaki tersebut memberitahu pelancong wanita ini ada visa sah.sebagai orang awam lelaki tersebut bercakap dengan memasukkan kedua2 belah tangan di poket seluarnya.. seoarng anggota polis agak bercakap dengan marah kenapa teman lelaki tersebut bercakap sambil memasukkan tangan di poketnya..
kesimpulannya apakah hak seorang polis mempertikaikan cara orang awam bercakap dengan gaya orang awam.Adakah orang awam bila bercakap dengan polis dimestikan berdiri tegak macam robot!!!
kesimpulan yang diambil polis tersebut mungkin marah sebab tak dapat duit kopi???? mungkin
ya POLIS banyak berjasa pada Negara
tetapi orang awam akan membenci Polis jika cara mereka berinteraksi dengan orang awam tidak betul!!!!..
Apa pandangan En.Kamal

azieazah said...

Win win situation..

Momokan sejak dulu mungkin. Ditakutkan atau traumatised..

Saya sendiri tidak bleh lupa kes Salbiah (gadis kilang di Penang 80-an dulu) dirogol dan dibunuh polis.

Tapi mata boleh melihat, hati kena bijak menilai, fikiran semakin matang. Polis pun manusia biasa. Kerjaya oh kerjaya..

kamal fnd said...

Pandangan saya mudah;

Cerita atau maklumat perlu daripada pihak pertama. Kalau daripada pihak kedua atau ketiga, kesahihan agak sukar dibuat.

Pun begitu, sepanjang pengetahuan saya pihak Polis juga tidak pernah mahu menyimpan anggota dan pegawainya yang biadap. Dalilnya- cawangan tatatertib diujudkan bagi menangani keadaan ini.

Sesiapa yang rasa dianiaya ataupun dilayan dengan kasar, ada ruang untuk menyampaikan keluhan ataupun
aduan;- www.rmp.gov.my

Saya yakin, anggota dan pegawai polis yang memang jujur menjalankan tugas juga akan menyokong usaha menyampaikan aduan salahlaku anggota atau pegawai sedemikian kerana orang orang ini memalukan dan menjatuhkan imej pasukan.

Anonymous said...

Time aku skolah dulu, bercakap ngan cikgu, tangan masuk pocket dianggap biadab! Skarang x tau aa pulak..

Bercakap ngan polis, tangan masuk pocket ~ mungkin sbb ada menyimpan senjata berbahaya yg mungkin akan digunakan.

Bercakap sambil memasukkan dlm pocket.. nervous kot..

Still, tahniah PDRM kerana sanggup tu.. tunggu org hantar passport. Stakat passport photostate, dak skolah pun bleh bikin.

Unknown said...

kerja polis bukan duduk atas kerusi dalam bilik ada air cond...kalau xnak sukapolis pun,hormat ar skit...bercakap sambil tgn dlm poket,xke biadap nama nya tu...diorg penat keje,korg layan diorg mcm diorg tu hamba abdi je...ada otak,fikir la sikit,,,klau lu kena rompak nnti,jgn terhegeh-hegeh nak report polis la wei...

Anonymous said...

Sokong apa sahaja tindakan Polis yang munasabah. Itu tanggungjawab mereka. Sebagai orang awam bahkan bukan saksi atau mangsa, jangan suka-suka membuat persepsi atau andaian yang mengelirukan.
Apa yang saya lihat banyak perkara yang sering dipolitikkan akhir-akhir ini. Menilai dengan hati dan akal yang waras bukan tanpa usul periksa membuat pelbagai cerita bohong!

Teruskan perjuangan PDRM.

Unknown said...

entah la tuan kamal,kenyalang,sebalik tabir...saya tulis comment dlm entri tuan kamal ni pun saya kena maki kaw-kaw kat chat box dlm blog saya...saya yang cuma myokong,,saya boleh faham mcm mane situasi polis yg brhadapan dgn makian,cacian org ramai...

Cetusan said...

selamat berkhidmat.untuk semua warga tak ira PEON atau sesiapa.

Anonymous said...

Assalamualaikum semua orang kampung...

Ni nak habaq mai,polis sekarang kan tak macam dulu. Skarang polis kan sibuk. Sibuk cari duit kopi.. Tapi tak semuanya la. Sebab tuh la masyarakat skang kebanyakannya tak leh terima beberapa tindakan polis yang dianggap keterlaluan. Diorang anggap polis nih semuanya sama jek. Suka beno makan rasuah, mungkin nih la sebabnya masyarakat skang benci polis.Pape pon, banyak lagi cara yang leh wat selain dari tembak dia. Polis patutnye guna akal yang waras dlm membuat sesuatu keputusan!Dia tu bukannya penjenayah macam NORDIN MAT TOP @ MAT KOMANDO beb. Dia manusia biasa mcm kita cuma dirinya dikawal oleh amarah yang terlampau. Kalo korang kat tempat dia mungkin korang macam tu jugak. Come on lah guys.. Saya harap pasni PDRM akan terus memantapkan lagi pasukannya. Jangan mantap kerana rasuah udah le. (Keadilan tak mengenal kawan..)

ajim said...

mungkin ini memang mantaliti org kg saya,"polis=cekik rasuah jer pandai","polis=pandai cari kantau aje","polis=nak ikan free jer,nak minyak free jer"..one of the story yg saya nak share,,ada kes kt kg saya,antara anggota polis dan org kg,"seorang pelajar koma kerana terlanggar seekor rusa yg masuk kg,setelah pelajar terbabit dihantar ke hospital,orang kg beramai-ramai menyembelih rusa tersebut dan hajat di hati ingin di bahagikan satu kg,tetapi selesai proses menyembelih,anggota polis datang dan mengambil rusa tersebut atas alasan rusa terbabit perlu di bawa ke balai,,org kg hanya terdiam dan berputih mata,,sampai shj di balai,rusa terbabit dibahagi-bahagikan antara mereka dan menyebabakan org kg saya melabel polis malaysia memang mcm "tu"..apa komen en kamal...

abdooss said...

1)Tak adil serang Polis semata. Polis pun jalankan tugas sebaik yang mungkin, di waktu kejadian.

2)Cuma rakyat mahu keputusan yang dibuat (tembak mati) adalah yang keputusan yang terbaik. Sebab terlalu kerap kejadian ini. Bukankah sekarang Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan?

jebat derhaka said...

mentaliti manusia skang nie kreatif....perasan tak kenapa ramai tgk racing f1?MOTO GP?endurance?cub prix segala lah...cuba wat satu survey..mengapa diorang dtg tengok...insyallah hampir separuh akan berkata aku datang nk tengok diorang eksiden je menang atau kalah jatuh tempat kedua....apa yg cuba dijelaskan ialah orang suka menilai yg buruk daripada yg elok atau baik...rasa seronok bila polis wat silap...itu yg akan dicanang2...tapi bilamana polis yg sangggup bekorban demi keamanan dan kesejahteraan...xde sapapun yg bangkit bercerita pasal pengorbanan tu...habis kuat bagi la cek lima nam ratus dah habis citer...yg buruk tu dicanang sepanjang masa selama mungkin
kenapa ye mentaliti ini wujud?bagaimana dn cara menyelesaikan?

tangan dalam poket kalau dalam psikologinya seseorang yg bercakap dgn tangan dalam poket adalah orang yg menyelindungi sesuatu,berahsia dan juga gugup...mungkin bukan marah tetapi ditegur kerana syak akan apa yg dilakukan atau gaya yg ditunjukkan...adat polis walaupun bertemu buat kali pertama akan dilayan sedikit tegas...kerana sifat yg dilatih supaya berwaspada tetapi lama sikit okay kan?
biarlah polis menjalankan tugas mereka sebaik mungkin..biar memang betul ibarat setandan pisang tidak semuanya elok kan?buanglah mentaliti "logik langsat sebakul sebiji rasa masam sebakul kita akan anggap massm"dipetik daripada DR Tengku Ismadi...
seperti yg kamal kata...ada bahagian aduan...jgn segan jgn silu buatlah aduan jika ada xpuas hati dgn polis...demi kebaikan bersama jugak kan?

kamal fnd said...

Ok semua.

Ada yang sokong, Ada yang neutral. Ada yang pertikai.

Kepada yang pertikai, saya harap lepas ni kalau ada orang mengamuk, sila lah rapat dan jalankan tindakan yang anda sendiri rasa wajar.

Kalau takda orang mengamuk ,cari sahaja orang latah yang tengah pegang pisau.Pastu jangan lupa beritahu bagaimana kesudahannya.

Apapun, saja nak beritahu, undang undang meluluskan tindakan hak mempertahankan diri di bawah seksyen 99. Hak ini boleh dilanjutkan walaupun membawa kematian (Seksyen 100 Kanun Keseksaan) tertakluk kepada 6 jenis serangan;

a- serangan yang anda yakin boleh menyebabkan anda mati SERTA MERTA

b) serangan yang anda yakin boleh menyebabkan anda cedera parah SERTA MERTA.

c) Serangan bertujuan ROGOL

d) serangan bertujuan LIWAT

e) pecahrumah malam hari

f) khianat api.

Kalau pun penyerang itu kurang siuman atau hilang kewarasan malah mabuk sekalipun, hak pertahankan diri kita tetap wujud.

Salam selamat.

Anonymous said...

Saya nih dalam kategori mana tuan? Hehe.. Tolong jelaskan menatang pe 'khianat api' tuh??????? Isi yang bagus untuk buat karangan bm..

Faizul83 said...

assalamualaikum semua...

sy baca macam macam komen...

untuk pengetahun saya adalah salah sorang ANTI POLIS pada satu ketika dulu, pantang nampak polis, ada saya perkataan buruk keluar...

nak dijadikan cerita saya di takdirkan Allah, untuk menjaga hati bapa saudara saya yg juga sorang koperal, dia dah isi borang permohonan kemasukan Insp...
dengan rasa nak jaga hati dia.. sya pun ikut je lah..
dan dah di takdirkan Allah saya di terima...
bila masuk dalam baru saya rasa....

apa semua ke takpuasan hati kat atas kalau di terangkan... sampai kiamat tak abis... jadi salah satu cara paling berkesan...

saya CABAR semua yang boleh untuk daftar borang permohonan untuk jadi seorang polis dan LAKUKAN PERUBAHAN macam mana yang saudara saudari rasa sepatutnya...

salam menanti rakan rakan baru dalam pasukan ^_^

abdooss said...

1)Teguran terhadap Polis berlaku supaya yang salah dapat diperbetulkan dan supaya "Yang Membawa Nila" dalam PDRM dapat dikeluarkan. Bukannya untuk menghina atau mempertikai Kuasa Polis. Polis kan Penjawat awam yang paling Banyak kuasa dan Paling Banyak berdepan dengan Orang Awam? Cabar masuk Polis atau Cabar berdepan sendiri dengan orang mengamuk bukan satu tindakan bijak. Untuk ubah persepsi negatif, kita perlu cadangkan plan tindakan supaya masa depan lebih positif dan imej polis dapat dipulihkan.

2)Ya, Polis atau siapa saja ada hak mempertahankan diri. Bagaimanapun, Rakyat sekarang mahu setiap tindakan adalah lebih telus, terutama yang melibatkan nyawa manusia, tidak kira samada di pihak Polis atau suspek. Ini kerana suspek yang sudah mati tak akan mampu mempertahankan diri dengan dakwaan bahawa dia "Penjenayah Kejam". Bukankah Undang-undang mempertahankan hak individu "Tidak Bersalah sehingga dibuktikan Bersalah " (Innocent Until Proven Guilty) ?? Rakyat mahu segala tindakan sewajarnya sudah diambil, sebelum tembakan untuk membunuh dilakukan. Rakyat tak mahu "shoot-to-kill" adalah pilihan pertama..

kamal fnd said...

and yet bila polis pulak on the receiving end, guilty until proven otherwise! ha ha ha

I had CQB & CQC experience with criminals. They just couldnt care and charge at you when they are cornered.

Whatever they have be it guns, parangs,knives or improvised weapon, they do not hesitate to use it. I had been hit, stabbed at, shot at before!

Of course they are a lot different when you see them on tv... especially with their songkok, kopiah, suit, long sleeve shirts. he he he

Just sharing some perspective.

abdooss said...

Maafkan saya kalau saya Bias.. dulu kita tak bising bila Polis Tembak Mati Suspek RAKYAT ASING.. tapi bila berlaku kepada Suspek rakyat Malaysia sendiri, kita mula risau & marah (samada berasas atau tidak)

Tuan Kamal masih ingat kisah benar di parking LRT Raja Laut KL tahun 90-an? seorang doktor yg sedang duduk dalam kereta bersama seorang jururawat (waktu malam) telah diperiksa oleh 2 orang Polis preman. Kerana menyangkakan polis yang berpakaiaan awam itu adalah penjenayah, doktor itu cuba melarikan diri dengan kereta beliau. Anggota polis tersebut terus menembak mati doktor tersebut. TIADA CUBAAN MENEMBAK TAYAR KERETA TERLEBIH DAHULU. Mahkamah mulanya mensabitkan salah anggota Polis berkenaan, kemudian mahkamah rayuan melepaskan beliau. (Tolong betulkan kalau fakta saya salah)

Macam saya kata - Orang yang hidup boleh berdebat (macam kita).. yang mati tak boleh (bukanlah saya mahu pihak polis yang mati).. cuma tak mahu kisah berulang(org awam bukan penjenayah ditembak mati).. & berharap sebelum "shoot-to-kill", usaha lain sudah dilakukan untuk menangkap suspek hidup-hidup.

Faizul83 said...

kes yg abdos bagitau kat atas memang la salah ... sebab tu polis tu di tuduh dan di sabitkan dengan kesalahan... tapi di mahkamah rayuan di lepaskan...
sebab apa di lepaskan di mahkamah rayuan???
mungkin saudara abdoss pernah jugak terlibat dalam mahkamah dan peguam...

bila di sabitkan kesalahan di mahkamah tinggi (kes bunuh) atau sesyen(kes hukuman melebihi 14tahun) atau lain lain kes (majistret) maksud pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan polis tu BERSALAH....

tetapi bila di mahkamah rayuan lain pulak cerita.. kekadang pihak peguam akan memutarbelik atau mencari "TEKNIKAL" dan kekadang di sebabkan masalah "teknikal" sesuatu kes boleh dibuang.. contoh kes hanif yang bunuh norita... pihak pembelaan hanya menimbulkan keraguan munasabah, begitu juga yg berlaku di mahkamah rayuan... kekadang ada case law yang di gunakan untuk membandingkan dengan kes polis tu...(sy akan cuba cari MLJ atau lain lain)
jadi apa yang berlaku.. tiada sebarang "BIAS" dia telah di buktikan bersalah cuma beliau menang di mahkamah rayuan.....

pandangan peribadi....

ps: masih ingat sy terserempak denagn tan FND di sekolah men Ibrahim pada masa saya ke situ untuk ambil laporan disiplin pelajar yg di tangkap pada tahun 07... tuan masih di KL?? kalau ya boleh la datang jengah di IPD sentul sy belanja makan ^_^

Anonymous said...

Saya masih mempercayai polis rasanya biar pun bila teringat bbrp perkara yang berlaku kepada saya dan keluarga berkaitan pihak polis ni buat hati saya marah sgt,sesuatu yg sy x kan pernah lupa berlaku dlm hidup kami. Sehingga waktu ini,sy enggan membenarkan kaki saya memijak tempat yg bernama 'balai polis' walau pun hanya untuk menziarahi rakan yg tinggal di kuarters polis berhampiran. Betul tidak semua polis itu 'buruk' tapi yang sedikit tu la menyumbang kepada imej buruk polis. Saya juga masih rasa ada polis yang betul2 SEDIA BERKHIDMAT dan sanggup mati demi negara.
Hanya sedikit yg tersirat dihati..
-iza-

Anonymous said...

Aku benci polis yang buruk perangai!!!

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis