Tuesday, December 15, 2009

Blackmaria Radio24 93.9FM

Ini hebahan terbaru.

Isnin, Rabu & Jumaat jam 11.30pagi frekuensi 93.9FM yakni BERNAMA Radio24 ke udara di Lembah Klang. 30 minit sahaja siarannya. Yang di luar lingkungan, silalah layari www.radio24.com.my dan dengarkan audio streaming ya.

Isnin berkisar tentang susulan kepada berita atau pasca berita melibatkan mutakhir jenayah yang menarik perhatian. Temubual dengan mangsa/keluarga dan juga pegawai penyiasat menerusi telefon akan dibuat. Tujuannya mudah- sedang orang lain tertanya tanya apa kesudahan sesuatu berita itu, kita bawakan yang terkini.

Di sini juga, mereka dapat berpesan tentang kesilapan yang menyebabkan peluang jenayah itu berlaku dan nasihat kepada orang ramai. Buka untuk menerima panggilan kalau ada masa.

Rabu versi Kopi Panas. Ada buka topik panas yang menjadi bualan hangat masyarakat dalam minggu sebelumnya dan nyatakan pendirian anda. Cuma ada 45 saat setiap pemanggil dan bila je dengar kocakkan air kopi yang sedang dikacau dengan sudu, masa dah tamat. Kita minum kopi dulu sementara pemanggil lain pula diberi peluang mengutarakan pendapat.

Jumaat pula untuk isu isu pencegahan jenayah dalam lanskap jenayah tanahair. Kisah Modus Operandi, Taktik dan lain lain ada dibincang di sini. Buka untuk pemanggil juga.

Kalau rasanya tak mau belajar selamat, tak mau berkongsi pandangan dan tak teringin menghargai nyawa sendiri, tak suka dengar leteran kamal fnd hashim, JANGAN dengar BLACKMARIA, JANGAN telefon 03-2692 7939, JANGAN sms taip R24 (jarak) mesej anda, hantarkan ke 32728 dan JANGAN email blackmaria@radio24.com.my ek!

he he he


kamal fnd

15 comments:

azieazah said...

Salam Sdr Kamal..

bagus zaman canggih sekarang, banyak ruang untuk public mendengar, berkongsi info dan belajar sesuatu untuk diri dan keluarga..

Keselamatan yang menjadi keutamaan pun perlu juga ada ilmunya..

Dan adakala nasib tidak menyebelahi, sering stesen radio (lebih kesian kepada para DJs) bila pemanggil2 yang tidak beretika (tak faham bahasa) yang sering dapat talian..

tapi beri soalan yang tak bersangkutan langsung.. buang masa orang lain yg memerlukan saat-saat itu..

geram gak bila dengar kes sebegitu terjadi secara on air..

Cetusan said...

R24 salah satu radio..yg saya dengar..semasa di Lkelang..DJnya lancar dan mesra ldan jelas sebutan tiada unsur slow..2

kakti said...

Assalamu'alaikum
Kamal Laoshi.

Hehehe...Reverse psychology...

ashue said...

alangkah indahnya kalau bf ku juga meng-abadikan nama ku di mana2 sahaja.. program radio, program tv.. bukti kasih syg la tu..

then tiba2 ada program radio "Black ashue..."


kahkahkah.. so pity..

kamal fnd said...

Macam patrol car gelaran untuk kereta peronda polis, Blackmaria tu gelaran trak polis yang bawak penjenayah daa. ha ha ha..

Anonymous said...

ha ha... tumpang gelak

kenyalang said...

macamana kalau kereta peronda polis digelar Blackmarayau. he, he, he.

Cetusan said...

hhee Kenyalang amboi perli saya nampak, mentang2 saya kuat mengular merayau..terasa tau..

kenyalang said...

he, he, he, xtau yg zeqzeq kuat ngular, kalau mcmtu bkn ular lg. tu dah naga.

kenyalang said...

he, he, he, xtau yg zeqzeq kuat ngular, kalau mcmtu bkn ular lg. tu dah naga.

kenyalang said...

he, he, he, xtau yg zeqzeq kuat ngular, kalau mcmtu bkn ular lg. tu dah naga.

kenyalang said...

maaak datok, bnyknya gambar aku kuar. maaf tn kamal n kwn2. tersalaaah tekan.

Anonymous said...

Tuan,

Saya berminat untuk menjemput pihak tuan untuk memberi ceramah? Saya boleh dihubungi melalui ahmadmuzaffar@istiadat.gov.my.

Terima kasih.

Faizul83 said...

hahahahah bila terbaca topik ni.. satu ja terpikir kat otak ni "adus nanti jenuh laporan tu laporan ni nak hantar kat occi lah, KP lah " ^_^

tapi bagus saluran ni...

Anonymous said...

perlu memeriksa:)

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis