Monday, March 29, 2010

9 tips untuk bakal penceramah.

Bagi yang berminat untuk menjadi penceramah, berikut saya perturunkan seba sedikit ilmu setelah 15 tahun di dalam bidang ini.

1. Kebanyakan yang mengundang ceramah sebenarnya tidak berminat mengetahui samada yang dijemputnya sihat atau tidak. Yang penting orang itu datang pada masa itu. Sebelum atau selepas itu, apa jadi pada penceramahnya, samada hidup, mati, cacat, itu urusannya.

2. Nilai kertas bagi sesetengah pihak lebih mahal daripada ilmu. Sebab itu mereka akan bertanya samada ada kelapangan atau tidak menerusi telefon sebelum bersedia untuk menghantar jemputan rasmi.

3. Penceramah hendaklah berkira kira soal kebajikan apabila timbul perbincangan upah. Ingat selalu bahawa kebajikan itu pahala walaupun penganjur lebih banyak berbelanja untuk hal lain. Ini kerana penganjur akan cuba memberikan yang terendah untuk ilmu dan tertinggi untuk makanan.

4. Tidak usah bertekak dengan pam atendan apabila cuba mengisi minyak kenderaan dengan memberitahu bahawa dia juga mendapat pahala kebajikan bila memberikan diskaun. Begitu juga dengan jurutol apabila membayar tol serta juga pemotong bil letrik dan air di rumah.

5. Cuba ambil kelas nyanyian kerana artis mendapat bayaran lebih banyak untuk lagu dalam 30 minit berbanding penceramah yang bercakap ehwal ilmu untuk 2 jam.

6. Bersedia untuk kelewatan majlis kerana telahpun dijanjikan sejumlah wang. Walaupun tempohmasa akadjanji telah tamat, katakan 10pagi ke 12tghari, dan terpaksa dianjak 12tghari itu ke 1 ptg, jangan fikirkan sangat tentang temujanji berikutnya yang tidak dapat ditepati gara gara penganjur gagal menepati masa.

7. Ingat bahawa sesiapapun mempunyai hak meletakkan gambar dalam iklan mereka walaupun tak pernahpun berjumpa dan membincangkan undangan itu. Ini bagi membantu mereka melariskan jualan walaupun nama penceramah jadi tercemar bila tidak hadir pada hari yang dijanjikan kerana tidak tahu menahupun hujung pangkalnya.

8. Sentiasa bersedia untuk hinaan paling hebat bila kesediaan penganjur untuk membayar upah selayaknya rupa-rupanya fitnah semata mata.

9. Jangan kecil hati bila penganjur salah eja nama kalaupun andalah fokus majlis itu kerana ada hal lebih besar yang perlu mereka fikirkan seperti khemah, protokol dan jamuan.

kamal fnd hashim


13 comments:

kenyalang said...

dan yang kesepuluh penceramah kenalah bijak coverline apabila merasa sakit ketika menyampaikan ceramah. Menarik sekali aksinya ketika itu. he..he..he..

kenyalang said...

dan yang kesepuluh penceramah hendaklah pandai coverline apabila merasa sakit ketika menyampaikan ceramah. Amboi2 menariknya aksi tersebut. he..he..he..

Cetusan said...

terima kasih info, mahal..


Tambah kuah ke 11:

Kalau tetiba whiteboard kehabisan dakwat hee..(nampaknya kena bawa spare dari pejabat).

sakai said...

pencuci mulut ke 12
tetapkan iman anda,andai tiba2 respon penonton:point mamat ni dah dalam kepala aku dah,satu2 aku boleh sebut,,tak de point lain ke nk bagi,,,

Cantiknyapurple said...

benarlah kata bidalan.
"Mata pena itu lebih tajam dari mata pedang".
Terima kasih atas perkongsian, En Kamal (atau sebenarnya luahan hati) =)

Mohon doanya semoga Nisa' akan terus improve & tak tergolong dalam kategori 'penganjur' yang dimaksudkan dalam kesemua 9 tips trsbt.

ashue♥ said...

Nak jugak tambah point ke 13:
kenalah bagi murah kat "kawan2" & "sdare mara" (kononya laa..) yang organize program tu.. padahal ntah sape2 ntah.. bila masa jadi sedare mara & kawan2 pun xtahu la..

Cetusan said...

"..ehmmm..
Tuan Penceramah ini kacak juga laa,
agaknya sudi tak jika saya minta nombor telefon..?"

kamal fnd hashim said...

Point 11 pernah berlaku. Point 12 jugak menarik.Point 13 tak kurang pedasnya.

Utk azreena nisa', setakat ini belum ada nak komplen apa apa. Sangat puashati. Nisa' always under promise, over delivered!

Utk Zeqzeq, point 14!

Apapun, pesanan ini supaya bakal2 penceramah tak le makan hati sangat je kalau tetiba terasa seperti melacurkan diri atau dilacurkan.

kamal fnd hashim

Meowwwww said...

Meowwwww

Azrul Adnan said...

Jangan kecil hati bila penganjur salah eja nama kalaupun andalah fokus majlis itu kerana ada hal lebih besar yang perlu mereka fikirkan seperti khemah, protokol dan jamuan.

apa yang lebih penting bg pengajur ialah berjalan lancar maybe..or masyukk..or anything else..
sudah cukup bg mereka..nama tu..sama bunyi x sama ejaan..mereka selalu tidak mengendahkan perkara yg remeh temeh walaupun perkara tu sgt penting..

kenyalang said...

tulah nama panjang sangat. satu badan sampai dua nama. mcm saya satu ja Kenyalang bt Helang @ Enggang xpernah pun org salah eja. he, he..

abu razeen said...

menarik dan mendalam, saat pedih itu seolah-olah dialami oleh pemberi tips, mohon izin untuk copy dan simpan dalam jurnal saya, terimakasih.. credit saya masukkan sekali.

catz said...

Salam,

terima kasih kerana berkongsi maklumat ini kerana saya juga sesekali dijemput berceramah.
tersenyum sendiri saya membaca posting ini.
:)
Banyak betulnya dan berlaku dlm realiti.
:)

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis