Saturday, March 13, 2010

Sekarang vs kemudian

Ini hobi terbaharu. Bela jam lama. Setakat ini ada beberapa koleksi peribadi seperti Pagol di sebelah kanan ini, Rado, Orient dan Titoni. Kesemuanya keluaran sekitar tahun 60an ke hujung 70an.

Kenapa? Satu soalan yang baik. Jawapannya- kenapa tidak? Jam lama ini menyimpan seribu kenangan. Jam ini merakam dan menyimpan masa. Bukan masa masa tetapi masa ketika.

Satu masa satu ketika dahulu ada perkara yang tergapai dek akal, dek mampu yang terbatas. Maka, hajat yang tertangguh itu akhirnya lunas bilamana keadaan berubah. Sekarang baru dapat merasa memakai jam yang suatu ketika dahulu hanya impian buat orang kerdil sepertiku.Jam ini buat mengingatkan siapa diriku. Jam ini juga mengajarku untuk tidak sombong dek teringat asal usulku. Dan jam jam ini juga lambang usaha gigihku mengejar jaya.

Tetapi apa kisah sebenarnya? Begini, ini nasihat buat semua termasuk adik adikku..seperti adik adik bangsaku ini di PLKN yang ditemui di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak bagi menjayakan program dan Forum Minggu Keselamatan UTP awal bulan ini.Kadangkala kau rasa seperti mahu memiliki sesuatu tetapi tak terjangkau. Usah kau salahkan dirimu, keluargamu yang papa malah Tuhanmu yang menangguhkannya. Simpan hajatmu dan berusahalah menuju kejayaan. Hanya dengan ilmu pengetahuan sahaja kau bisa keluar dari runsingmu. Marahmu, kecewamu, gerammu tidakkan membantu. Dan bila sahaja dirimu berjaya menjadi manusia, banyak perkara yang dahulu hanya mimpi bagimu menjadi nyata.

Kadangkala, jenuh kau berusaha dan hanya setelah beberapa ketika (setelah banyak kali hampir sahaja kau menyerah kalah) barulah kau mencapainya. Terkadang, bila sahaja kau tidak mahu mengejarnya, saat itulah kau mendapatkannya! Aneh!

Pun begitu, jangan kau gusar ehwal gagalmu. Kalau kalau kau sudah berusaha tanpa jemu kalaupun sepanjang hayatmu tetapi masih tidak berjaya mencapai mimpi itu, barang pasti nikmat dari Tuhanmu tidak di sini tetapi di dunia selepasnya!! Apa kau terlupa? Mana satu yang kau mahu? sekarang atau kemudian?

kamal fnd hashim

10 comments:

♥ashue♥ said...

Both!
untung sekarang,untung kemudian!
memang nampak mcm tamak, tapi selagi ada impian,selagi itu ada usaha..

Cantiknyapurple said...

alhamduliLLAH!
udah bisa berblog kembali =)
semoga sudah semakin sembuh juga.

sakai said...

value sekarang dan value kemudian,kedua-duanya,bermakna,,,

kenyalang said...

sudah pasti hendak kesenangan di dunia dan akhirat. cuma jln yg dipilih, usaha dan amalan yg menentukannya.

Tok Janggut said...

alang2 tersebut jam lama...try view my blog.http://rimautokakpedang.blogspot.com

Cetusan said...

bayangkan seutas jam satu awek yang bagi hadiah??


Nota: kenapa Laptop saya ada berjalurbertidih2 komen? hanya di Blog ini?

kenyalang said...

simpan jam tu untuk kenangan, manalah tahu suatu masa nanti dpt menantu, beri sbgai hadiah utk menantu. kalau dah ditakdir pula si besan tu bkas awek u, ha, ha, ha, kantoi zeq zeq.

Cetusan said...

bagus juga idea Kenyalan sekurangnya menggamit kenangan lalu.

KakTi said...

kita memang slalu doa untuk kebaikan dunia akhirat tapi kekadang kita diuji dn perlu memilih.
Ada ketikanye kita perlu korbankan dunia serta perlu redho, sabar dn yakin dgn ketentuanNYA.
Yakin that sooner or later, InsyaAllah akan diberi ganti dgn yg lebih baik.
Kekadang selepas pelbagai ujian, di dunia lagi diberi ganti dgn rezeki dn ni'mat (bukan brbentuk material je)melimpah ruah yg tak kita jangka.
Cuma kita jgn lupa bersyukur dn hendaklah terus memberi.
'Tgn yg memberi lebih baik dri yg menerima..'

(sekadar pengalaman org lama y.b.)

abdooss said...

Bro,
Pagi ni 730 masuk MHI lagi..cerita pasal tukul besi dan tadika.. Harap-harap belakang dah ok ye. Amin.

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis